Apa-apa saje lah

Bosan

Kebosanan melanda dengan hebatnya.. adoya… adakah ini disebabkan cuaca dalam pejabat yang hampir menyamai takat beku eskimo..? ( suis suhu rosak ke hape.. dah macam igloo )

huuuu.. bile laa comei boley pegi kat tempat cam gambo yang comei tempek ni.. berangan betul la.. cita2 nih.. nak jugak guling2 dalam salji gedabak camni.. nak bawak sirap ngan jagung tin skali.. hehehehe

Emm.. paper dah siap.. tunggu touch up kasi ceria sket je.. yang lain2 kene tambah kedian.. biasa laa.. kene bagi kat bos kasi die cantas apa yang patut dulu.. walopun takde ape2 nak cantas, bos mesti kene tunjuk cantas jugak.. mane ada pekerja yang perfect dak..? asyik betul je bila masa nak blajar kan.. ( amende yang comei melalut nih )..

okeh.. sambung keje! tataaa

Makan-Makan

Petai…

Tetibe terasa nak cerite pasal petai ni.. bukan ape.. osmet comey suke bebenorrr ngan buah petai ni.. err.. kategori buah ke sayur nih..?? ( buah petai laa senang crite.. kalo salah.. tulun betulkan comey ye ).

” Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan MalaysiaIndonesiaBrunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia SelatanNama botaninya Parkia speciosa – Hassk.” :- kredit untuk wikipedia

Kenape ekkk cerite pasal petai ni… ??

Yang pertamanye.. sbb osmet comey la ni.. sedapp je duk makan sambal petai dengan nasik.. die pun kuor laa soklan cepu mas..

“errrr.. saye duk makan sokmo (always) ni takpe ke..? ade effect apa2 tak..?”

comey pi jawap..

” ishh… ulam tu… takkan makan ulam ada effect gak..”

Pastu terasa la plak nak wat sedikit research.. mane la tau..  banyak mitos dari faktanye plak

Okeh… comey dapat simpulkan khasiat-khasiat petai adalah :

  1. mengandungi klorofil dalam biji-biji petai dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman
  2. membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya
  3. orang yang makan petai akan jadik  lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
  4. kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia
  5. menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok
  6. mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit
  7. kulit petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk
Keburukan :
  1. memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.  ( macam makan petai berulamkan nasi kott..

Jadi, rasanya takde masalah laa jika anda memakan petai dengan gembiranya sebab kebaikan 7 lawan keburukan 1..  Sape menang..??? eheheheheh..
Apa-apa saje lah

Salam perkenalan..

Salam Perkenalan..

Hemm.. pegang je keyboard, jari terus freeze.. idea hilang.. padahal.. masa create akaun bukan main bersemangat waja lagi..

Tapi takpe.. belajar daripada blank! Tak gitu..? 😀

Banyak cerita yang nak share nih.. tapi untuk permulaan ni, saya akan cuba mendisipline kan cara penulisan yang berhemah dan takde shortpom2 macam bebudak tak abis skolah lagi tewww… ( reyot mulutku nak nyebutnye )

Jadi, dari semek comei ( hehehe perasan sengsorang takpe kannn ).. salammmmmmmm bloging dari comei untuk semuaa lote2 kat sane neh 😀