Makan-Makan

Petai…

Tetibe terasa nak cerite pasal petai ni.. bukan ape.. osmet comey suke bebenorrr ngan buah petai ni.. err.. kategori buah ke sayur nih..?? ( buah petai laa senang crite.. kalo salah.. tulun betulkan comey ye ).

” Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan MalaysiaIndonesiaBrunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia SelatanNama botaninya Parkia speciosa – Hassk.” :- kredit untuk wikipedia

Kenape ekkk cerite pasal petai ni… ??

Yang pertamanye.. sbb osmet comey la ni.. sedapp je duk makan sambal petai dengan nasik.. die pun kuor laa soklan cepu mas..

“errrr.. saye duk makan sokmo (always) ni takpe ke..? ade effect apa2 tak..?”

comey pi jawap..

” ishh… ulam tu… takkan makan ulam ada effect gak..”

Pastu terasa la plak nak wat sedikit research.. mane la tau..  banyak mitos dari faktanye plak

Okeh… comey dapat simpulkan khasiat-khasiat petai adalah :

  1. mengandungi klorofil dalam biji-biji petai dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman
  2. membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya
  3. orang yang makan petai akan jadik  lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
  4. kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia
  5. menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok
  6. mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit
  7. kulit petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk
Keburukan :
  1. memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.  ( macam makan petai berulamkan nasi kott..

Jadi, rasanya takde masalah laa jika anda memakan petai dengan gembiranya sebab kebaikan 7 lawan keburukan 1..  Sape menang..??? eheheheheh..
Advertisements

4 thoughts on “Petai…

  1. bg point yg ni, maybe not for everybody
    “5.menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok”

    coz, last sunday, sy berbuka sambal petai (msk dgn udang), sy sakit kepala yg amat sgt. sy terpaksa berbuka puasa pun, mkn ubat, still skt yg amat sgt.. muntah 3x. bila prg clinic, blood pressure sy 160/120! doct kata blh kena strok.

    so, nsb sy tak baik, tak dpt mkn petai dah.. (dah byk kali sakit kepala sbb mkn petai)

    1. Hai Lia,

      dasat jugak penangan petai nih.. ingatkan spesis sayur-sayuran ni takde laa allergic.. sebab biasa dengar allergic dengan seafood, protein or dairy. Tapi takpelah lia, even dah takleh amik petai, banyak lagi ulam-ulaman lain yang boleh gantikan sipetai tu.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s