Bebelan

Kahwin…. kawen…

Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Don & Pasangan.. Didoakan agar bahagia hingga ke akhir hayat.

Kahwin.. topik paling utama yang singgah kat muka anak2 dara yang  belum kahwin.. soalan tu akan makin bertebaran dan berleluasa dengan gagahnya apabila ada majlis-majlis keramaian atau ahli keluarga balik berkumpul.

Soalan tu akan lagi berdarah apabila saudara yang pangkatnya lebih adik  daripada mangsa pertanyaan (sambil kelek anak yang tembam tengah isap botol susu)

Dah kawen      : awak bile lagi nie… tetunggu2 nak makan nasik minyak awak tauuuu

Belum kawen : ….. tak de jodoh lagi .. nak buat macammane  (dalam hati.. beli je laa.. tunggu2 aku punye buat ape? bukannya aku yang masak pon huh! )

Dah kawen      : tu laaa.. awak memilih sangat nie.. umur dah lebih2 ni.. takleh pilih2 dah.. bersyukur je ada orang nak kat awak

Belum kawen  :… wat muka bodo sambil buat2 sibuk.. huhuhuh (iye lah tu.. takkan aku nak main rembat je.. dah aku tak berkenan.. nak buat camne.. tak reti aihhh nakmain telan je nih)

Tu baru simple sketsa tuh.. belum masuk ngan cakap2 belakang lah, sindir sinis2.. tak paham betul lah..

Untuk pengetahuan umum.. perkara kahwin ni bukanlah terletak kat tangan kita semata-mata.. kan jodoh, ajal, maut, rezeki kat tangan tuhan belaka.. kalau dah diusahakan sesuatu perkara tu, final touch nye kenalah doa kat tuhan moga dipermudahkan dan dimakbulkan doa tu..

Korang ingat yang belum2 kawen tu tak teringin ada pasangan hidup ke..? mestilah jauhhh kat sudut hati tu kepingin inginkan teman macam orang lain.. Gengster laaa macam mane sorang pompuan pun, hati still macam pompuan lain.. sedih bila tengok orang lain yang bahagia dengan keluarga sendiri.. dengki tu mesti ada punye.. kompem!

Satu je yang comei perasan bila terpikir2 pasal topik nih.. sebelum ada keluarga sendiri, maka masa yang ada tu bolehlah dicurahkan pada mak ayah kite.. berbakti kat diorang, jaga diorang, entertained diorang, bawak diorang jalan2.. makan kat tempat best2.. belikan barang2 kat diorang, kalo ada duit lebih bawak g travel ke..kalo bukan anak sendiri yang nak happykan mak ayah kite.. sape lagi… SAYA NAK JAGA MAK AYAH SAYA! tu doa comei.. comei doa agar hati dan perangai comei takde derhaka dah pada mak ayah.. huhuhuh cedey la plak.. ( cakap kasar pun kategori derhaka tau! )

Kesimpulan:

Kahwin=jodoh+doa+usaha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s