Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 3

At last.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba jua.. hehehe.. pelik kan? Tak sabar nak jumpa “tamadun”.. takmo dah :

  1. basah lencun
  2. sejuk
  3. perang ngan pacat
  4. Nak mandi payah, nak gi toilet pun memang mimpi laa
  5. Penat jalan tak sampai-sampai
  6. Nak minum air panas kene turun sungai amik air, panaskan air dan tunggu air gelegak bebetul baru boleh buat air ( kat umah pakai hot flask je)
  7. Nak makan kene tunggu ramai-ramai dah ready.. takleh wat selfish pi makan sorang2
  8. Galas beg besar gabak dan berat nak bengkok tulang belakang
  9. Kuku kaki semua kembang air plus kuku kompem jahanam
  10. Stokin sentiasa basah lencun!
  11. Pakai kasut dalam air
  12. Pakai baju hiking yang sama selama 2 hari sebab taknak ada banyak helai baju basah yang akan memberatkan beg.. get it?
  13. Perang ngan agas.. gatal woooo
  14. Tido dalam khemah yang tanah tak rata.. lagi torture minda bila tanah tu ada batu ketul or akar kayu.. nanges!
  15. Jatuh tegolek sebab tanah bukit dalam hutan licin
  16. Nak jatuh tapi tak sempat jatuh sebab tangan berpaut pada akar dan dahan pokok yang tergantung.. ( tapi disaster bile terpaut dahan yang berduri.. Nanges lagi )
  17. Badan berpeluh-peluh ngan busuk!
  18. Takde fridge nak makan eskrim
  19. Takde tv
  20. Takde radio
  21. Takde spagetti
  22. Takleh online ( Zalora, Lazada, blogspot, kpop, korean drama, RunningMan)
  23.  Kene marah ngan mak ngan ayah.. (sebab aktiviti lasak ngan kejantanan uwawawa)
  24. Makan annual leave
  25. Takde sijil hape2 pun..

Perghhh.. laju je taip.. nononggg je kuor ayat.. heheheh.. sila baca dengan nada yang biasa2 aja.. bukan nada nyah yang gedix dan annoying.. tu bukannya perasaan tak puas hati.. tapi apa yang comei rasa bila dah duk dalam hutan selama 2 hari.. so I already know my limit.. not more than 3 days to out from civilization life. Heheheh.. tak pernah lagi pecahkan rekod 3 hari tu… Nanges sambil jalan kat tengah jalan gamaknya.. hehehe

Tapi.. jangan laa salah paham.. bukannya aduan or keluhan or repekkan kat atas tadi adalah disebabkan perasaan benci or tak puas ati or bagai.. tapi hanyalah omelan kosong je.. ( memang tu hakikat ponnn ).. masa penat tu macam-macam boleh keluar kot mulut.. tapi once dah berjaya reached the peak, semua penat tu washed away like a slowly river flow.. perghh.. hehehe.. betul.. tak tipu! ^^ Happy moment dengan kengkawan yang berjaya atau half way kat peak.

Pagi last day tu, comey ngan Sakky bangun awal sket.. pi sungai.. gosok gigi, basuh muka.. mandi2.. erkk.. tak mandi pon hahahaha.. sejuk weh.. air sungai dari air terjun tuuu. Pas siap tukar baju, Sakky tukar jadik chef.. masak nasik lomak.. pastu masak sambal sardin. Perabihkan bahan makanan.. takmo bawak turun dah.. Ikan kering Abby habis kene panggang.. keropok keping ngan papadom pun berjaya digoreng sebanyak 70%. Masak air dan tadaaaaa.. teh strawberry mantap seteko aka periuk karrimor Abby yang cun tu.

Dalam pada kemas fly, tinggal ground je lagi yang tak kemas sebab barang-barang personal still bertaburan. Kami breakfast sama-sama sambil gelak2.. imbau kenangan selama 2 hari.. Pas makan, kami sama-sama kemas semua peralatan masak dan khemah. Comey kemas barang sendiri je hik2.. diorang mmg tak harap comey pi kemaskan pun.. samaada takut jahanam atau hilang terus! ( Daku tak macam tu tauuuu 😛 )

Kemas beg.. tak hirau kiri kanan..
Kemas beg.. tak hirau kiri kanan..
bakar semua sampah sarap...
bakar semua sampah sarap…

Balut kaki siap2 ngan bandage yang tak pakai lagi.. wat balik pun sia-sia je.. baik pertahankan kaki dari serangan pacat yang sangat zombie. Sebab apa zombie.. pijak ke… lempang ke.. tarik ke.. selam air ke.. mmg tak mati-mati… huh.. ( baygone lak tak  bawak sbb mmg tak aspect langsung kawasan sini tempat pembiakan pacat.. ).. Korang jgn tak tau.. even pakai stokin tebal 2 lapis.. gigi pacat still boleh tembus sampai ke kulit.. Scary kan..

IMG_8500

Sungai di sepanjang laluan turun .
Sungai di sepanjang laluan turun .

Okeh.. dah ready.. start jalan ke arah ketamadunan.. hehehe.. Abg guide, Memerang ngan Middy super laju.. comey ngan Sakky pelan-pelan jalan kat belakang.. kene tinggal.. dalam ati kami.. kalo tak sure jalan.. kami tunggu Zammy, Abby ngan Ijan yang stay blakang skali.. Kadang-kadang jumpe jugak dengan jalan yang tak macam jalan.. jadik kami was-was.. nak go on ke or carik laluan lain.. Tak sure.. tunggu je lah orang belakang.. jangan wat pandai-pandai.. nanti tak sampai terus.. Hutan besar nih

5 jam perjalanan lepas berhenti sane sini… maka kami pun sampai lah semua skali.. First team zasss turun tak sampai 2.30.. perghhh… bandingkan 5 jam vs 2.30 .. babai laaa

Naik powill dan terus menuju ke bandar sungai lembing.. comey tumpang mandi kat tandas balai polis.. Yang lelain tumpang mandi kat umah abg guide.

Mission Accomplish..!! Sayonara.. Till next trip.. InsyAllah..

Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 2

Lepas subuh, kami bersiap2 untuk bergerak mendaki bukit taubat dan terus hiking ke puncak.. Perjalanan yang guide estimate adalah 2 jam untuk melepasi bukit taubat dan 4 jam lagi untuk naik terus ke puncak. Total perjalanan naik adalah 6 jam..

Around 7 o’clock lepas kitoang siap packing bagai.. takdelah bawak beban berat pun ( sebab tanker yang 3 orang lagi dah tolong bawakkan).. kami pun start lah jalan.. oh.. jangan lupa bawa headlamp.. penting tu.. siap dengan extra battery lagi.. sebab kompem akan berjalan malam.. Overtime lah nie..

Bukit pertama yang ditempuh adalah Bukit Taubat.. kenapa dinamakan bukit taubat..? sebab korang akan taubat nasuha dan taknak naik lagi bukit nih hahahaha.. macammana nak describe keadaan bukit taubat nih eaa.. emmm.. umpama bukit yang lerengnya 100% daripada selut yang warna merah tu.. dan licin (sebab time comey pergi tu cuti Chinese New Year.. so cuaca mendung dan hujan je manjang). Dan nak naik tu kene menggunakan 100% kekuatan buku lali dan tapak kaki sebab nak elakkan gelongsor jatuh dan lebih parah..takde tempat nak pegang kat kiri kanan tu.. pokok2 ada.. tapi jauh dengan trek dan sangat hutan. Ada lahh sekali dua terpeleot sane sini.. adat la tu.. tapi elakkan jatuh yang boleh menyebabkan korang injured dan seksa nak turun balik nanti. Kalau dah pernah injured macam cramp atau perasaan macam tertarik urat dalam lutut or peha, mintak ngan doc siap2 ubat untuk sakit urat. Boleh makan malam sebelum start activiti tu. Bukan makan ubat pastu start hiking yer.. kang ting tong plak.

Air sungai yang deras.. maybe sebab hujan semalam kot
Air sungai yang deras.. maybe sebab hujan semalam kot

Perjalanan berakhir apabila korang jumpa kem 3. Tempat  ni sangat sesuai untuk camping sebab ada water source dan dah dekat dengan kaki gunung. Actually pelan asal masa Day 1 kitorang nak camping kat sini, tapi memandangkan ada diantara team member dah tak larat nak jalan dan masing-masing ada yang tak cukup tidor bagai, maka cancellah wat base camp di kem 3 ini dan free body day pack je naik ke puncak.

Pokok Ada Rasa.. betul... pokok nih ada tag pokok ada rasa.. tak tau ler balak jenis apa.. tapi ada lah dekat 6 pemeluk..
Pokok Ada Rasa.. betul… pokok nih ada tag pokok ada rasa.. tak tau ler balak jenis apa.. tapi ada lah dekat 6 pemeluk..
Kem 3.. kat tempat nilah berlaku tragedi kemalangan jiwa yang menyebabkan seorang guide meninggal dunia sebab ditimpa dahan jatuh
Kem 3.. kat tempat nilah berlaku tragedi kemalangan jiwa yang menyebabkan seorang guide meninggal dunia sebab ditimpa dahan jatuh

Okeh.. stat dari sini.. 4 jam hiking yang bebetul hiking..  stress dah datang.. nafas semput, kaki lenguh, badan rasa berat yang amat sangat.. udara juga makin sejuk bile latitude menjadi semakin tinggi.. kadang-kadang duk sibuk menguap macam tak cukup oksigen. Ada trek yang boleh nampak lutut jumpe dengan dagu lagi.. hohoho.. masa nih muka dah tak cantek dah.. dah bertukar jadik penyu.. rasa nak golek2 badan biar turun bawah balik.. ~~~~tapi takutt :”(.. redah je lah…  bejalan dah tak pakai kaki.. tapi mind control dah nih.. betis dah tak rasa betis lagi.. trek sangat pacak yer.. plus cuaca yang hujan dan udara yang sangat sejuk sebab baju dah basah kuyup.. trek juga penuh dengan kayu balak yang tumbang, pokok berkeriuk bergesel sesama pokok sebab angin ( sangat ngeri masa nih ). Jadi, jalan cepat-cepat walaupun dah semput dan jauhkan diri daripada kawasan yang ada pokok cracking sound tu.. huhuhu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Anak sungai yang akan korang jumpa lepas berjaya melepasi bukit taubat nasuha.. :D
Anak sungai yang akan korang jumpa lepas berjaya melepasi bukit taubat nasuha.. 😀
Pokok "Ada Rasa".. seriesly... tak tau kenapa nama pokok cenggitu.. naseb baik bukan pokok masak tiga rasa keh3
Pokok “Ada Rasa”.. seriesly… tak tau kenapa nama pokok cenggitu.. naseb baik bukan pokok masak tiga rasa keh3

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tepat jam 3 petang, kami berjaya akhirnya sampai ke puncak. Happy betul.. err.. happy lah 3 minit.. masa bergambar-gambar tu.. skali mai angin tiup.. perghhhhh.. rase menusuk sampai tulang hitam! Menggeletar memang takleh cakap apa dah. Zammy ngan Memerang terus bukak dapur dan panaskan air. Buat air kopi panas kaw.. pastu kitorang lunch dengan nasik lemak ngan sambal yang dah tapau tu.. hohohoh heaven tau.. dah ler penat + lapor + sejuk = dapat lak makan nasik lemak sambal.. Actually ade telur goreng ngan mentimun.. tapi ada dalam beg si Abg Lan. Die lak kami tak tau duk mane.. so.. blasah je laa mana yang ada dulu..

Successs :D ^^' .. rupa2nya.. gunung tapis nih gunung angkat program Everest.. ( signage tu yang cakap..)
Successs 😀 ^^’ .. rupa2nya.. gunung tapis nih gunung angkat program Everest.. ( signage tu yang cakap..)
lambai tangannn...~~ nak suh lompat tapi jerit tak kuor suara dah :D
lambai tangannn…~~ nak suh lompat tapi jerit tak kuor suara dah 😀
peace lagi.. kene kerat jugak tangan budak nih.. takde gaya lain dah.. asyik jari 2 kerat tu je yang reti posing
peace lagi.. kene kerat jugak tangan budak nih.. takde gaya lain dah.. asyik jari 2 kerat tu je yang reti posing
Tunjuk kaki yang "kattang" ke..? heheehhe (kattang=super gagah)
Tunjuk kaki yang “kattang” ke..? heheehhe (kattang=super gagah)
nampak signage ni maka dengan rasminya kami dah sampai kat simpang taman bonsai
nampak signage ni maka dengan rasminya kami dah sampai kat simpang taman bonsai
semak samun dah jarang-jarang ada.. tapi kene beware sebab jalan sangat licin nih
semak samun dah jarang-jarang ada.. tapi kene beware sebab jalan sangat licin nih
Kami pergi dulu yer... hehehe.. kene gerak dulu sebab dah rest almost stengah jam.. Zammy ngan Middy prepare tea break untuk Ijam ngan Abg Lan kat blakang.. Bagus betol diorang nih :D.. sentiasa ingat kat kawan2
Kami pergi dulu yer… hehehe.. kene gerak dulu sebab dah rest almost stengah jam.. Zammy ngan Middy prepare tea break untuk Ijam ngan Abg Lan kat blakang.. Bagus betol diorang nih :D.. sentiasa ingat kat kawan2
Abang guide dan abang sweeper ku :D.. deeply thanks for their patient.
Abang guide dan abang sweeper ku :D.. deeply thanks for their patience towards us.
cantik kan..? ^^
cantik kan..? ^^
Sangat terang.. nampak segala keindahan Allah taala.. Alhamdulillah
Sangat terang.. nampak segala keindahan Allah taala.. Alhamdulillah
Alhamdullilah.. dalam 10 minit, awan pergi dan matahari muncul
Alhamdullilah.. dalam 10 minit, awan pergi dan matahari muncul
Kami hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu awan dan berikan kami pemandangan gunung Nya
Kami hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu awan dan berikan kami pemandangan gunung Nya
Sedikit demi sedikit kabus berlalu pergi.. memberikan kami pemandangan yang mampu menghapuskan semua penat dan fizikal drain.
Sedikit demi sedikit kabus berlalu pergi.. memberikan kami pemandangan yang mampu menghapuskan semua penat dan fizikal drain.
Puncak tapis.. err.. sebelah puncak tapi dekat taman bonsai.. Kabus banyak lagi even dah pukul 4 petang
Puncak tapis.. err.. sebelah puncak tapi dekat taman bonsai.. Kabus banyak lagi even dah pukul 4 petang
Debushhhh.. tangan duk selak dedaun.. mata tengok depan.. kaki terjelus elok dalam lopak selut yang beku
Debushhhh.. tangan duk selak dedaun.. mata tengok depan.. kaki terjelus elok dalam lopak selut yang beku
kentang nih laa yang paling epik.. ingatkan kentang bakar bercheese menjadi.. rupanya jadik arang! Taste pun sebijik arang nihh keh3.. tahniah yer Zammy
kentang nih laa yang paling epik.. ingatkan kentang bakar bercheese menjadi.. rupanya jadik arang! Taste pun sebijik arang nihh keh3.. tahniah yer Zammy
Errrr.. tersnap nihhh
Errrr.. tersnap nihhh
Zammy ala seriel killer gigih masak air even terketaq-ketaq melawan kesejukkan
Zammy ala seriel killer gigih masak air even terketaq-ketaq melawan kesejukkan

 

Pas makan, kemas-kemas apa yang patut dan bergambar lompat sane sini, abg guide ngan Memerang decide yang lepas pukul 4 kalau takde orang lain sampai atas, kitorang akan gerak turun. So, dalam perjalanan turun tu, kami nak singgah kat Taman Bonsai terserempak laa dengan si Zally ngan abg lan on the way naik. Ijam takde lak. Kami babai kat tengah jalan dan jumpe balik diorang masa kat kem 3 waktu malam tu.. Abang guide suh tunggu semua orang dah sampai kat kem 3 baru boleh gerak turun sesame.. bahaya jalan malam kalo takde guide.. kat tempat tu banyak binatang liar.. jalan ramai-ramai rasa selamat sket..

Perasaan berjalan malam ni tengah hutan rimba ( bukan sebarang hutan tau.. bersempadan dengan taman negara. So, memang tempat binatang liar travel jugak lah Gunung Tapis nih ). Err.. ini opinion comey sendiri.. rasanya, kalau masuk hutan or gunung yang jarang-jarang orang naik, better bawak mercun banyak-banyak.. Kalau ada perasaan kureng enak..~~pepaham sendirilah bila korang rasa bulu roma korang meremang atau ada bau lain macma~~ boleh letup mercun tu sebijik dua.. binatang liar pun lari kalau dengar bunyi berdentum tu.. minda korang yang separa clear sebab letih pun boleh refresh balik. Group comey ada bawak mercun tu.. so bila berenti rehat sekejap, bersahut-sahutan lah bunyi mercun tu antara team comey ngan team ijam.

Sampai kat base camp balik pukul 12 tengahmalam.. tepat! hehehe.. letak beg, terus menuju ke tepi sungai.. carik port jauh-jauh sket dan boleh duduk, terus selam kaki dalam air dan kutip pacat yang bergayutan tu.. hhuhuhu.. geli nak nangessss… tapi buat jugak lah.. walaupun dah kembang telingan dan rambut rasa macam dah naik mencacak tu.. siap basuh-basuh stokin, bersihkan kasut, buang selut yang tebal melekat kat badan tu.. Comey dan geng ciki-ciki lain masuk khemah, amik pakaian bersih dan mensucikan diri kat sungai tu… take turn.. yang lelaki duk atas.. hidupkan api dan rehatkan badan dulu.. Pas kami dah bertukar jadik siti solehah, barulah diorang lak take turn mensucikan diri dari segala2nya.. kul 1 pagi duk berkubang dalam air sejuk hahahahah…

Pas solat.. masuk khemah atau fly dan terus pengsan. Sapa nak makan, pi amik roti cecah air dah.. tak larat nak masak dah.. stakat wat air teh panas je yang mampu.. mata dah tak larat nak celik dah 😀

GuD Niteee… babai Day 2.

Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 1

Trip dirancang seawal 2 bulan sebelum. Bukan apa, group kami terdiri daripada warga pantai barat dan warga pantai timur.. so memang akan termakan cuti jugak lah sorang satu. Seminggu sebelum kejadian, group leader pun emaillah checklist barang-barang personal yang perlu dibawak dan barang-barang group. Comey incharge bahagian medical kit. Jenuh laa jumpe 2 orang docter nak penuhkan kit tu ( kit laa sangat.. padahal zipped plactic made from ikea je.. rembat plastic dapur pun takpe.. asal waterproof)

Okeh, trip terdiri daripada 5 guys yang gagah perkasa dan 3 orang ciki-ciki yang mana salah sorang tu adalah super ciki ( semestinya bukan daku hek3).. maksud super ini.. trek yang comey buat 5 jam die boleh pintas wat 2 jam stengah saje.. hebakkkkkk sangat.. dan muka die senantiasa suci, takde iras letih dah sentiasa kanak-kanak Ribena..  Go Go Girl Power ^^

Sebelum apa-apa terjadi, eloklah kite bersarapan dulu.. sumbat perut kenyang2 sebelum lenjan kaki masing-masing kearah kawasan yang tiada tamadun dan seksa. Kami sarapan di gerai kecil berhadapan dengan balai polis sungai lembing. Kecik je tempat makan tu. Comey makan nasik lemak lauk sambal bilis+telur goreng+air teh tarik+ tapau pulut kepal 2 ketul.. dan harganya adalah 3 hengget sahaja.. bulat je mata comey tengok makcik tu dan siap tanye lagi skali.. makcik.. betul ke 3 hengget.. makcik ada tertinggal kira apa-apa tak..? ><’

Inilah powil yang kiut itu.. bukan sebarang kiut tau.. hampir wheely nih..
Inilah powil yang kiut itu.. bukan sebarang kiut tau.. hampir wheely nih..
redah lopak dan kawasan yang becak dengan powill.. perasaan masa nih lebih dasat dari naik roller coaster tau
redah lopak dan kawasan yang becak dengan powill.. perasaan masa nih lebih dasat dari naik roller coaster tau

Dah makan, dah tapau.. tukar slipar kepada kasut getah sekerap.. stoking panjang gile (dah macam penjaga gol dah).. beg dah compress, okeh..lompat naik atas powil ( 4 wheel ).. comel gile powil tu.. pastu mai ngeri.. erkk.. boleh muat ke 9 orang (plus guide) ngan beg gedabak masing2 nih? Okeh.. tenang~~ tenang~~.. susun beg elok2.. yang lain2.. scram aje!

Sejam jugak la berhempas pulas nak sampai kat first sungai yang perlu cross.. hopefully air tak naik lah.. sebab kalau air naik, bahaya nak lintas dan kebarangkalian kene cancel trip adalah sangat besar… Upah powil gi balik adalah RM450 dan guide adalah RM 400. Cadangnya, first day powill akan direct pegi ke air terjun pelangi dan patah balik untuk cross sungai. Tapi setelah dipikir2.. maybe akan makan masa nak sampai ke camp base kalau kami pi ke waterfall dulu.. mesti terjun tiruk bagai.. badan dah berat + basah.. nak hiking lagi.. estimate masa jalan 4-5 jam.. so kanak2 ribena dengan sokongan cherry-cherry yang lelain bersetuju yang air terjun akan pergi waktu last day, iaitu Day 3.

Kete powill stop dekat tepi sungai dan perjalanan bermula. Terhuyung haying jugak la nak cross sungai tu. Even air tak dalam, tapi arus sungai tu boleh tahan kuat la jugak. Kawan comey si shaky nih sempat laa tergolek dalam air sungai waktu dekattt dah nak sampai kat tebing sebelah. Kih kih kih.. gelak sengsorang kat blakang.. gelojoh nak mandi letteww… ^^

takyah tengok kiri kanan.. lintas je
takyah tengok kiri kanan.. lintas je

Mane yang laju, pi jalan dulu.. comey tergamam apabila melihat pacat-pacat sedang berusaha gigih nak panjat kasut dan seluar comey. Uwaaaaaaa.. daku geli ngan binatang takde kaki nih.. dah ler lembik.. laju lak tu diorang panjat. Kawan comey laa (Zammy)   yang sentiasa jadik mangsa pengutip pacat yang setia.. sebab dah janji dengan die nak jalan ketwok je..takmo laju2.. sebab takleh laju pon hahahaha.. si Zammy nih laju je tebenornye.. dah ler tanker ( beg super berat walopun orangnye kurus je 😀 ).. So he’s become my sweeper aka peneman bejalan dan sembang2.. lagi 3 orang dah laju kedepan. Diorang tu memang.. Memerang ngan Middy pakai enjin turbo gamaknya.. Plus guide.. diorang bukak jalan, tebas resam dan zoommmmmmm…  Kami yang belakang sket nih.. kutip pacat kejenye.. Menci tauu!

Zalli yang mula-mula pakai sandal je.. lepas tu cuak tak tahan ngan pacat yang kerasukan tengok orang huhuhuh
Zalli yang mula-mula pakai sandal je.. lepas tu cuak tak tahan ngan pacat yang kerasukan tengok orang huhuhuh
tengok tu.. dah kene jentik , tumbuk dan tampo pun masih berkeyakinan tinggi nak panjat badan orang
tengok tu.. dah kene jentik , tumbuk dan tampo pun masih berkeyakinan tinggi nak panjat badan orang

Berenti rest kat 2nd sungai yang ada.. kene cross lagi.. tapi air cetek je.. paras lutut gitu.. (masa ni lah kasut cap getah sangat berguna.. selam je dalam air.. kejap je kering.. hehehe).. cabut pacat lagi.. minum air sket.. pastu  group picture.. muka masing-masing still lagi ceria sebab jalan tak lama pun.. tak sampai sejam.

Meredah la resam bagai.. dah macam berenang pun ada.. Kami naik powil kul 9, sampai kat sungai kul 10, start jalan dan sampai kat base camp kul 3. Setup tent dan pasang ground and fly.. buat unggun api..tebas apa yang patut.. sempat laa masak meggi dulu isi perut. Oh.. lupe, comey makan pulut kepal yang bungkus pagi tadi ngan makcik jual makanan murah tu.. tak terasa nak duk atas darat sebab pacat banyak lagi orrr.. duk dalam air berenti lenguh.. Orang last yang sampai around pukul 6 sebab banyak berenti dan setiap kali diorang jumpe sungai diorang pi terjun mandi.. hehehe.. riadah betul.

kami jumpe satu tempat air terjun mini.. tapi tak singgah lah.. just jalan je
kami jumpe satu tempat air terjun mini.. tapi tak singgah lah.. just jalan je
comel je en.bejambul nih.. goreng sedap tak ehh?
comel je en.bejambul nih.. goreng sedap tak ehh?
resam jenis nih tak best.. sebab die ada duri yang tajam.. abih la tecalar balar lengan ngan kaki..
resam jenis nih tak best.. sebab die ada duri yang tajam.. abih la tecalar balar lengan ngan kaki..
ada satu tempat tu, tanah dah runtuh.. so kene panjat lah thru selut2 licin tu.. kiri kanan lak jurang uhuhuh..
ada satu tempat tu, tanah dah runtuh.. so kene panjat lah thru selut2 licin tu.. kiri kanan lak jurang uhuhuh..
lintas alur.. tanah lembik ngan lecak memang takleh elak.. halal je lah
lintas alur.. tanah lembik ngan lecak memang takleh elak.. halal je lah
pacat gemuk dah kenyang.. pasni nak takik ngan batu.. geram!
pacat gemuk dah kenyang.. pasni nak takik ngan batu.. geram!

 

Okeh, keluarkan semua bekalan makanan daripada beg masing-masing. Layout cantik-cantik supaya senang nak cari dan amik. Zammy ngan Memerang dah stat buat unggun api. Baru diorang sedar yang si memerang dah pikul 6 kg arang kotak atas belakang. Huhuhuh.. badang betul laa.. takde keje pi pikul arang sampai 6 kg.. bara arang tu boleh panggang kambing seko tau.

Si Shakky ngan Middy jadik tukang goreng mee mamak (extra pedas horrr).. Zally tulun shaky goreng fries, Comey ngan abang guide ngan Zammy bakar ayam sampai rentung hahahaha.. Si Abby lak bakar daging burger ngan sosej cheese gemok. Pas makan malam.. prepare menu untuk pagi esok plak.. nasik lemak ngan sambal untuk lunch dan mee goreng yang tak habes dengan sosej untuk breakfast. Pepagi hari dah kene trekking untuk naik ke puncak. Kalo lewat gerak maka lewat laa kami sampai balik kat camp base. Tak nak OT lebih.. Pack untuk sorang satu, dah pagi esok nya free body je naik ke puncak. Takde laa free body sangat. Bawak beg kecik untuk isi air, kamera (penting) dan jajan nak kunyah2.. Barang makanan berat lain si tanker Abby, Memerang ngan Zammy yang bawakkan. Oppss.. jangan lupa, air Ribena mobile jua… pembekal vitamin c dikala anda kekeringan hahahaha..

tent ngan ground pun tak proper pasang lagi.. masak meggi dulu.. makan tengah penat.. heaven.. Plus strawberry tea.. hahahah
tent ngan ground pun tak proper pasang lagi.. masak meggi dulu.. makan tengah penat.. heaven.. Plus strawberry tea.. hahahah
Ada ayam bakar, sosej bakar, mee goreng berdessup, fries dan segala macam mak nenek sos diorang hangkut bawak
Ada ayam bakar, sosej bakar, mee goreng berdessup, fries dan segala macam mak nenek sos diorang hangkut bawak
walopun rentung.. tapi taste tetap superb!
walopun rentung.. tapi taste tetap superb!
kan dah cakap.. sosej gemok!
kan dah cakap.. sosej gemok!
Gunung Tapis

Checklist sebelum gi Hiking- Especially untuk ladiesssss

Sneek peek Taman Bonsai Gunung Tapis
Sneek peek from  Taman Bonsai Gunung Tapis

Checklist for the ladiesssss untuk hiking trip 3D2N:

  1. Pakaian dan peralatan :

–          Comey cuma bawak 2 helai seluar trek( satu pakai dan satu wat tido)

–           2 helai dri-fit tshirt ( Trekking pakai t-shirt sama je.. wat berat pikul baju basah wat per..nak wangi2 pi opis la.. jangan masuk utan)

–          1 helai windbreaker (sebab nipis dan ringan dan boleh tahan sejuk)

–          kain batik wat emergency apa2

–          baju smayang yang pek traveller tu..

–          ubat-ubatan .. yang ni biasa group ada sediakan.. tapi kita sedia maklum dengan badan dan kecederaan yang kite senang dapat.. so, sediakan dalam pek kecik.. letak dalam bekas waterproof dan simpan.. yang biasa2 bandage, handsplus, krim antibakteria, insect repellent, minyak angin, ubat sakit urat, ubat tahan sakit ( nak senang pi klinik cakap.. saya nak masuk utan..nak standby ubat.. kompem doc akan listkan segala mak nenek untuk korang).. standby untuk diri sendiri.

–          Toiletries; mini size je segala benda.. rebottled. Perlu diingatkan.. beg ringan sangat membantu dalam membawa pendakian berjaya ke puncak. Beg berat seksa woooo

–          Stokin panjang dan pendek.. comey suka extrakan stoking.. beli yang murah2.. nak buang pun tak sayang..

–          Ponco.. gi beli kat kedai 2 hengget tu.. beli 2.. poncor nih cepat koyak.. tu pasal beli extra.

–          Sleeping mat & sleeping bag untuk tidor yang bermutu dan tidak sengal badan.

–          Kamera

–          Selipar jepun kot nak begerak kat base camp takkan nak pakai kasut bagai gak..

** tambahan.. comey ada tertinggal headlamp dan batteri.. penting tuu… beli yang jenis LED tu.. lampu die terang dan jelas dan jugak jimat bateri.

Untuk Makanan dan Minuman:

–          Biasanya kalau trekking dalam group, barang makanan akan dibelikan secara pukal, dan pembahagian makanan masa nak bawa tu.. ikut kapasiti pembawa lah kan.. macam group comey nih.. ada 3 orang supply tanker.. sepatutnya ada 4 orang.. tapi sorang lagi tu last minit kene cancel.. boss suh keje.. meroyan gak laa sekejap pakcik tu.. so diorang bertiga nih akan berusaha menyumbat beg masing-masing penuh dengan barang2 dan pikul sampai naik keatas. Comey wat muka mintak ampun dan di wavekan daripada membawa bebanan yang maha berat tu.. hohoho.. tak larat den.. kat sini group understanding dan tolak ansur sangatlah memainkan peranan.. nak travel dalam hutan 3 hari kenalah ada persefahaman dan bonding yang kukuh.. kawan-kawan ibarat family dah.. perasaan segan..? sebab dah kenal, dah berkawan, sentiasa bergurau.. dan penat yang amat.. maka tiadalah lagi perasaan malu2 itu… hehehe..  Malu kenelah bertempat tau… kalu serba bende nak malu.. payah laa orang lain.. bukan maksud buang perasaan malu tu dengan tukar baju depan2 orang ke or yang sewaktu dengannya.. contoh.. kalau malam-malam terasa nak buang air kecil.. ajak kawan pompuan dah ok.. tapi kalo bawah yng lelaki temankan skali lagi okay.. dalam hutan tuu.. bukan tepi semak.. dan bukan die suluh hang pun.. jadi pak pacak jauh2 je.. in-case serempak dengan apa2 kann..

–          Untuk diri sendiri.. comey bawak biskut paket kecik.. senang nak abiskan skali makan je.. pastu air mineral select sport 700ml.. air Ribena mobile.. dan nak extrakan air mineral pun takpe.. kalo tempat hiking tu banyak water source, bawak bekal sket dah ler.. topup kat sungai je.. ingat RINGAN.. ingatlah COMEY hehehe.. kalo korang jenis yang mengunyah lebih.. bawak je laa coklat ke apa yang patut.. comey ada bawak kismis kotak cap lego tu.. tapikan.. adoyaa… masa hiking atas gunung tu.. kitorang berenti recharge energy.. makan laa kismis cap lego tu.. comey main tuang atas tapak tangan pastu terus sumbat dalam mulut. Nak jadi ke crite, tengah duk refill kat tapak tangan tu.. tergerak laa nak pandang dan kuis-kuis tapak tangan.. hamik.. 2 ekor ulat yang gemok tengah tegedik-gedik nak lari.. uwuwuwuw… ottokee.. mesti dah banyak ekor masuk dalam mulut comey.. lenkali.. jangan beli kismis kotak.. beli kismis timbang and repacked balik.

Ni khas untuk Mt Tapis sahaja..

silalah beli Baygone berbotol-botol sebab pacat masyallah.. banyaknye.. tak terkira dan terhitung.. daripada ngeri dan phobia terus tak larat nak layan dah pacat ni.. bukan kecik2 pacat.. yang berbelang, yang kurus, yang panjang, yang pendek.. pendek crite macam pacat buat AGM laa ari tu.. langkah sket sauk pacat.. even pakai stoking berlapis-lapis pun diorang akan gigih panjat stoking korang dan masuk dalam badan dan nyonyot darah korang.  Dan once die dah gigit kat situ, even korang berjaya get rid off this pacat, yang lelain akan panjat dan magicnye diorang akan gigit kat tempat yang sama je. Comey punye kaki ada satu fevered spot untuk si pacat nih diorang gigit tempat yang sama 4-5 ekor tau..

Bali · Sweet Journey....

Trip to Bali- Day 3

Malasnya nak bangun dari katil nih.. segala sengal urat dan tulang yang terkehel sane sini dari Tree Top Adventure tu mula terasa menyengat.. lenguh kaki ngan peha, lengan calar balar.. lebam sane sini.. perghh.. first time pi oversea balik macam kene dera hahahaha..

Last day ada menghirup udara segar pantai Bali. Kami packing barang-barang, sumbat apa yang patut dan cek satu bilik hotel before check out.. sebab makan kepala ikan sangat, jadi RAM sedikit slow.. nak elakkan lupa apa-apa, tripple check je laa keliling bilik tu.. Yang paling penting, passport dan tiket balik!.. Jangan jadik warga asing tak bertauliah plak kat negara orang..

20130117_084503

Breakfast takde apa yang menarik pun. Menu sama je.. takde apa-apa yang istimewa pun. SKIP

Okeh, part best. Dendang bawak kami semua pi tempat souvenir yang already fix price. So takde lah korang kene takik kat penjual2 kat tepi2 jalan tu. Ada laa jugak yang beli kat tepi2 jalan tu.. tapi bersedialah kene tarah dengan harga yang sangat USD dan AUD. Nama tempat nih KRISHNA. Yer… nama kedai adalah nama dewa hindu.. Besarrrr gitu.. Store die ala2 macam mydin wholesale tu.. Jual macam-macam dari keychain sampailah serbuk kopi.

Kalo korang malas nak tawar menawar dan elakkan dari kene ketuk, haa tempat nih the best nak beli ole2 yang ada cop bali.
Kalo korang malas nak tawar menawar dan elakkan dari kene ketuk, haa tempat nih the best nak beli ole2 yang ada cop bali.
hoooo.. sayur dalam mangkuk kecik tu comey dokleh pegi lansung.. rasa manis campur masam2..
hoooo.. sayur dalam mangkuk kecik tu comey dokleh pegi lansung.. rasa manis campur masam2..
lunch kat makanan sunda di Bali.. dekat dengan airport dah.. ikan garume goreng die memang terbaik lah.. ngan garing sampai ke tulang.. makan sampai tinggal bakul tu je.. hehehe
lunch kat makanan sunda di Bali.. dekat dengan airport dah.. ikan garume goreng die memang terbaik lah.. ngan garing sampai ke tulang.. makan sampai tinggal bakul tu je.. hehehe
meal on flight.. meggi dan chatime.. best... slurppp
meal on flight.. meggi dan chatime.. best… slurppp
Alhamdulillah.. selamat pergi dan balik...
Alhamdulillah.. selamat pergi dan balik…

Itu je lah nukilannya.. banyak lagi yang nak tulis.. tapi rupe2nye.. baru daku perasan.. daku pemalas nak taip hahahahaha..

Bali.. see you again!

Apa-apa saje lah · Bali · Sweet Journey....

Trip to Bali- Day 2

Esoknya pepagi comey pi satu tempat di kawasan pergunungan daerah Bedugul. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dan persekitaran mengingatkan comey dengan Cameroon Highland.

DSCN2460

ada yang meluncur laju, ada yang tertampal kat jaring.. its all about your body strength hehehe.
ada yang meluncur laju, ada yang tertampal kat jaring.. its all about your whole body strength hehehe.
Tree top adventure.. tinggi tau.. dah ler jauh.. ada laa dalam 2 jam perjalanan dari hotel Holiday Villa Kuta tu..
Tree top adventure.. tinggi tau.. dah ler jauh.. ada laa dalam 2 jam perjalanan dari hotel Holiday Villa Kuta tu..

DSCN2523

Cuaca sangat nyaman dan udara pun semakin sejuk apabila van kami mula mendaki kawasana pergunungan bedugul nie. Pemandangan dipenuhi dengan kehijauan lading-ladang dan kebun-kebun sayur. Pokok buahan-buahan seperti strawberry dan alpukat.. eh avocado.. alpukat dah siap kene kisar dah.. jadik jus yang pekat likat dan dicampur dengan chocolate cair hehehhe..

So, hampir dua jam perjalanan maka kami pun sampai lah di Tree Top Adventures Park. Emmm.. first impression adalah.. omak aiiii.. tingginyeee.. kalau jatuh ni..mau patah riuk.. kebetulan laa plak group kami nih sampai awal pagi.. jadi takde customer mana pun lagi.. adalah pengunjung dari Taiwan 2-3 orang campur ngan abang kakak putih gebu.. heheheh *mengarut*

Dah sampai, amik gambar seraound dua, pastu gi register dekat kaunter. Disebabkan dah memang kauntim dengan Dendang yang diorang akan arrange kan segala macam hal tiket mak nenek, kami pun sarungkan la safety harness tu. Tapi tak reti pakai sendiri dan diorang pun takkan biarkan korang sauk bende alah tu sendiri.. tak safe!

First skali adalah latihan penggunaan safety harness dan bagaimana semua klip2 yang bersangkutan tu berfungsi.. bukan main klip dan cangkuk je yer.. kot tak ada je yang terbongkang landing atas tanah sebab silap pasang klip. Ada 3 klip utama yang digunakan.. Klip satu dan dua untuk sangkutkan kita dengan tali yang dipasang kat atas pokok tu.. dank lip yang ke-3 digunakan untuk sliding ( ala2 flying fox gitu ). Once dah terbegerak di mana2 check point, no turning back. Kene teruskan walopun dah lenguh kaki tangan sebab tergantung kat tali temali tu.. kene paksa diri jugak untuk bergerak.. kalo tak, samaada guide akan pi rescue korang atau korang akan sangap laa tergantung kat pokok2 tu..

Jadi, panjat tangga ikut level masing-masing (route determine by color macam black adalah tersangat extreme dan red pun extreme jugak.. slow sikittt je dari black) dan teruskan perjuangan anda2 semua dalam memanjat dan menggelonsor dari pokok ke pokok.. kompem tak jatuh kalu pasang klip harness tu dengan betul. Kalau jatuh pun, Insyallah takkan mati sebab korang akan tegantung2-gantung kot.. tapi sakit jugaklah kalo terlanggar tali kabel yang besar jari tu.. boleh buat lebam biru tau.

Area Tree top nih ada botanical garden. Kawasan bukit-bukit yang menghijau dengan pokok-pokok bunga yang cun2.. tapi.. disebabkan masa kitorang pi melawat tempat tu.. elok plak ujan turun mencurah dengan lebatnya, maka kami pun tengok suasana dari dalam van je la..

Lunch apa yang patut dekat persisiran tasik Bedugul dan solat zohor kami teruskan perjalanan ke Ladang Kopi Organik dekat area Jimbaran. Takde apa-apa yang special pun, cuma cara diorg susun dan olah suasana cara pembuatan kopi tu dari awal sampai akhir mengikut gaya penceritaan. Maksudnya, dari benih kopi-amik bijik kopi-bakar/goreng-proses sampai packaging ikut step by step.

Masjid atas bukit.. pacak jugaklah memanjatnye..
Masjid atas bukit.. pacak jugaklah memanjatnye..
dari atas kawasan masjid atas kawasan bukit/ pergunungan..
dari atas kawasan masjid atas kawasan bukit/ pergunungan..

20130118_144137

Boleh laa test kopi luak ( biji kopi yang dikutip daripada tahi musang- diorang claim the most expensive coffee in the world). Boleh try minum segelas ( harga 50,000 rp secawan kecik) sebelum decide beli yang paket tu. Mahal oooooo.. even kopi yang perisa ntah hapa2 pun boleh capai harga RM30/sepaket. Comey rasa diorang nih tengah kerat leher kitorang, tu yang ketuk harga mahal benor. Last2 comey tak beli pun.. sayang kat duit hehehe.. lagipun comey bukannya jenis yang reti menghargai kopi sangat. Tak paham amende kopi yang sedap sangat :/ . Tahu telan terus masuk dalam perut hahahahaha… Tekak daku hanya ada level sedap dan tak sedap aje.. takde yang middle ke hape ke..

pokok buah kopi organik.. tang mane organik tu tak tau ler.. baja kot..
pokok buah kopi organik.. tang mane organik tu tak tau ler.. baja kot..

DSCN2530

First time tengok pokok vanilla.. gitu rupenye beliau...
First time tengok pokok vanilla.. gitu rupenye beliau…
boleh test kopi pelbagai perisa.. FOC.. naik kembung jugak laa perut den hehehehe
boleh test kopi pelbagai perisa.. FOC.. naik kembung jugak laa perut den hehehehe
DSCN2539
walaupun beliau ni kelihatan membawa sebiji beg shopping, beliau bukanlah pelancong asing.. daku suh die posing je sambil pegang paper beg tu.. heheheh.. Anda sporting!

DSCN2540

Singgah kat kopi kejap je.. sebab tak menarik pon hahahaha.. Lepas tu, kami pi memanjakan diri di SPA. Spa kat sini tersangatlah banyak. Suh je abang guide bawak korang pi Spa yang dijamin kehalalan dan ketoiyiban hehhe.. bukan apa… takut yang tukang sental tu mix gender. Mahal ke tak..? terpulang pada pakej yang korang amik.. tapi overall.. still murah bangat nak dibandingkan dengan spa kat Malaysia nih.. Comey and the gengs amik pakej 2 jam termasuklah urut, lulur dan mandi bunga. Die punya urut memang sentap lah.. mana2 yang terkehel kes treetop adventure tadi terus elok balik..

DSCN2543

Spa nama ape ntah, dah penat sangat nak menangkap gambar bagai.. tapi ada patung pakcik nih tersadai kat pintu masuk
Spa nama ape ntah, dah penat sangat nak menangkap gambar bagai.. tapi ada patung pakcik nih tersadai kat pintu masuk

Kami duk dalam SPA nih around 2 hours.. kuor2 je dah malam.. ( niat solat jamak takhir okeyhhh).. Perut dah mencerut2.. so Dendang pun bawak laa kami pi isi perut.. dah booked siap2.. gi duduk dan makan je.. ada band yang main gitar, ketuk2 tamborine.. sambil makan tepi pantai, angin tampor2 muka dengan girangnya :D..

Dinner di Jimbaran.. korang pernah dengar tak ayat berjimba2.. kununnye, ayat berjimba tu kuor dari tempat nih lah..
Dinner di Jimbaran.. korang pernah dengar tak ayat berjimba2.. kununnye, ayat berjimba tu kuor dari tempat nih lah..

tbc… 😀

Bali

Trip to Bali – Day 1

Tak pernah terfikir dalam hidup yang suatu masa comey akan sampai di Bali. Kenapa..? sebab Bali tak masuk dalam senarai wish list places need to visit. Mungkin sebab dah duk dalam kepala yang Bali adalah nusantara, nusantara adalah asia dan asia adalah Malaysia. Tapi tu lah cakap.. kalo tak pergi soheh tak tahu apakah rahsia Bali sebenarnya. Jeng..jeng..jeng…

Ngurah Rai International Airport
Ngurah Rai International Airport

Penerbangan Airasia ke Denpasar mengambil masa selama 3 jam. Kami check in pukul 7.30 pagi dan terbang ke Ngurah Rai International Airport pada pukul 9.55 pagi. Takda apa-apa yang special since immigration takde masalah dan takde tersangkut.

Beg kene kunci tau.. mane lah tau.. tempat orang macam-macam pesen manusia ada..
Beg kene kunci tau.. mane lah tau.. tempat orang macam-macam pesen manusia ada..

Check In luggage pun sekejap je since pergi pepagi hari dan walaupun kaunter bukak satu je, tapi memang customer tak ramai.. tak tahu laa mane datang lepas tu sbb dalam flight penuh jer ngan passenger gi Bali. Comey amik luggage Cuma 15 kg je… sebab memang dah survey yang Bali highest chance adalah tempat untuk sightseeing, culture dan spa kot.. Nak beli belah pun ada je.. tapi since tema Bali adalah tema percutian ( tak macam Bandung, memang kompem tempat untuk beli belah dan banyak factory outlet). Pastu , sebab dah takde apa2 plan nak lepak-lepak kat luar comey masuk dalam international departure hall je. Verify custom dan cop gedegangggggg kat passport. Wallaaaaaaa.. kini confirm boleh masuk Bali.

lengang je airport nih.. takde la crowded mcm lcct
lengang je airport nih.. takde la crowded mcm lcct
Cari lorong foreigner okey..
Cari lorong foreigner okey..

Turun je dari kapal terbang AA tu, terus ke kaunter check out ( ntah betul ke dak comey punye statement nih ).. since Malaysia takde dikenakan Visa On Arrival, kami hands over declaration form kat abam officer nan hado tu dan terus ke luggage claim. Takde apa2 pertanyaan dan sekatan.. terus masuk dan jalan…

Visa on arrival fee. Boleh semak kat sini dari negara mana dan kene charge apa.
Visa on arrival fee. Boleh semak kat sini dari negara mana dan kene charge apa.

Lepas tu melilaulah mata kami semua duk mencari siapakan pembawa sepanduk tour agensi yang akan bawak kami semua pusing Bali. Masa tu, aircond kat airport tu rasanya tak berfungsi kot. Maybe sebab airport tengah renovate and ada power tak sampai mane2 kot. Berpeluh-peluh sambil heret beg yang berat tu sane sini.. oh ya! Menapak cari toilet dulu.. kat Bali tandas diorang panggil “Kamar Kecil”.. Setiap pintu akan ada ukiran ala2 dewa-dewa kraton gitu. Ngeri gak sebenarnya.. sebab ukiran-ukiran tu sedikit seram.. ngan mata bulat tejojol, gigi taring tekeluar, jari kuku yang tajam dan panjang.. Tapi ada orang tengok creatures tu sebagai satu ukiran seni.. hehehe..

Monumen pahlawan bali di tengah bulatan jalan raya
Monumen pahlawan bali di tengah bulatan jalan raya

Dah naik bas, kami pergi solat zohor di Masjid Nurul Huda, 10 minit jauhnya dari lapangan terbang. Okeh, first turun dari bas je dah nganga. Apa taknya.. masjid disebelah gereja dan gereja adalah disebelah kuil.. dalam satu pagar.. perghhhh.. sangat muhibbah..dan depan pagar utama nak masuk ke tempat agama ini, ada satu ukiran patung kuda putih dengan panglima yang maha gagah perkasa bebetul kat tengah bulatan jalan.

orang Bali dengan pakaian tradisi mereka
orang Bali dengan pakaian tradisi mereka
Luas jugak laa perkarangan kawasan rumah ibadah nih
Luas jugak laa perkarangan kawasan rumah ibadah nih
Boleh nampak deretan rumah ibadat; Masjid- Gereja- Kuil  dalam satu pagar
Boleh nampak deretan rumah ibadat; Masjid- Gereja- Kuil dalam satu pagar
Tempat ambil air solat untuk wanita di Masjid Nurul Huda
Tempat ambil air solat untuk wanita di Masjid Nurul Huda

Lintas jalan tu ada sebuah kedai masakan padang.. according to Dendang (nama tour guide kami) kedai ini adalah halal.. Bali majority penduduk adalah beragama hindu. Tapi hindu bali dan hindu india adalah sedikit berbeza. Dendang cakap, kasta hindu India adalah lagi tinggi berbanding Hindu Bali (low ranking kot).

Okeh, basuh tangan dulu baru duduk. Dah duduk terus capai kamera hehehe.. amik gambar duluuuu..  Ada telur bebek gulai aka telur itik, daging masak  rendang, puyuh garing, ayam masak rending, sambal merah dan sambal hijau, sayur celur dan sayur goring ( tak tahu sayur apa.. tapi rasa macam pucuk paku dan pucuk ubi celur). Nasi die likat sket.. macam dah campur dengan pulut dan bau haruummmmm… Makan puas ati sebab dalam flight takde prebook meal dan hotmeal dah habis.. so tinggal mee segera je.

Ada rendang daging, telur itik (bebek) gulai, sayur celur, ayam goreng rempah, sambal merah dan sambal hijau
Ada rendang daging, telur itik (bebek) gulai, gulai ayam,  sayur celur, ayam goreng rempah, sambal merah dan sambal hijau

Bali Halal  Tour. Recommended untuk sesapa yang malas nak survey hapa bagai kat Bali. Transportation dan layanan yang diberikan sangatlah puas hati. Dendang ngan Firman ni pun baik je.. boleh diajak berbincang kalo korang ada nak ubah iternary.

Pakej adalah 3 hari 2 malam termasuklah sarapan, lunch, dinner dan segala macam charge tiket masuk ke Waterbomb theme park, Safari & Marine Adventure Park dan Tree Top Hill.

Boleh contact diorang :

 
BALI HALAL TOUR
PELNI Building Lt. 2, JL. Raya Kuta 299
Phone: (0361) 823 2525
Fax.: (0361) 774 664
email: info@balihalaltour.com
website: www.balihalaltour.com
Face book: Bali Halal Tour

HP Dandan: 081 238 42 119
HP Firman: 081 93 430 1313

Dah lunch.. menapak ke bas dan terus menuju ke waterbomb themepark. waterbomb ni bebetul duk kat tengah kota Bali. Dalam 15-20 minit dari airport kalo tak jem lah. Okeh.. cerita pasal waterbomb. Hehehehe.. nak tegelak pun ada.. obviously yang target market untuk pengunjung ke waterbomb Bali nih adalah pelancong berkulit putih.. dan separah vogeh! Kyaaaaaaaaaaa… hahahahaharamm..

Slide untuk kanak-kanak. Orang tak berapa kanak-kanak pun boleh je join ride nih..
Slide untuk kanak-kanak. Orang tak berapa kanak-kanak pun boleh je join ride nih..
Tempat beli gambar2 yang cameraman diorang tlg amikan dan bagi tag gambar kat korang
Tempat beli gambar2 yang cameraman diorang tlg amikan dan bagi tag gambar kat korang
hoyeahhhh
hoyeahhhh
gazebo family size. Kene prebook or kalau bernasib baik akan dapat laa jugak amik nih even walk in
gazebo family size. Kene prebook or kalau bernasib baik akan dapat laa jugak amik nih even walk in

IMG_4811

tempat massage pun ada.. lenguh2 pi hulur je tag tangan kat situ.
tempat massage pun ada.. lenguh2 pi hulur je tag tangan kat situ.
Tak dapat dinafikan, kawasan waterbom nih sangat cantekkkk. Very the Bali
Tak dapat dinafikan, kawasan waterbom nih sangat cantekkkk. Very the Bali
Adventure dan sangat seronok.. (sbb orang tak ramai dan takdelah beratur amik line lama2 )
Adventure dan sangat seronok.. (sbb orang tak ramai dan takdelah beratur amik line lama2 )

Mau mak tak tekejut.. masuk je gate terus depan mata lintas lansung dan perarakan of two pieces ( tutup atas dan bawah aje ngkooo).. macam-macam saiz ada, yang gebu yang berdebu hahahahaha.. takleh blah betol.. Okeh.. back to the iman.. Diorang pakai system tag kat tangan. Jadi prepare rupiah dan boleh topup duit kat kaunter depan entrance gate tu. Gelang tu boleh digunakan untuk sewa towel, loker dan beli makanan dan minuman kat dalam tu. Even massageeeee juga boleh swap kat gelang tangan tu.

Uweeeeeeeeeeeeeeeeeeeee… pas tukar baju.. bergerak cari mane satu slide yang nak test pahwerrr.. hehehe.. tapi takde gambar la.. mane leh bawak camera comey yang tak telus air tu.. tapi memang laaa… sane vogeh.. sini vogeh.. almost everywhere ada taugeh… ehh vogeh hahahaha.. Kul 6 petang waterbomb ni tutup kedai.

Comey stay di Wina Holiday Villa, Kuta. Dekat je dengan tempat pengeboman 11 tahun dulu yang menyebabkan 2 ratus pelancong asing mati terbunuh. Hotel itu akan melalui jalan utama kota Bali iaitu Kuta.  Tetamu yang daftar masuk akan diberi satu wet towel yang berperisa mint. Iyeee.. wet towel sejuk yang sangat segar dan terus ditempek dimuka comey yang berminyak-minyak dan panas .  Lupa nak bagitau, cuaca di Bali tersangatlah panas. Panas nye tu boleh buat semua orang berpeluh-peluh dan sangat kering. So, bila dapat wet towel tu sementara diorang nak distribute kunci bilik, haruslah terus ditempek dimuka masing-masing.

DSCN2445

DSCN2446

DSCN2457

Malam tu kami tak keluar kemana-mana pun. Cuma explore kawasan hotel sikit-sikit je. Dah tak larat nak keluar jauh-jauh. Tu pun just lepak depan kolam mandi. Ada satu section diorang sediakan sofa-sofa dan ada buku-buku bacaan dan majalah. Sambil dengar bunyi air mengalir dan angina malam yang sepoi-sepoi bahasa.. perghhhhh.. santai betul (kecuali..nyamuk banyak maaaaaaa… uwuuwuuu.. gatei betul nyamuk Bali nih.. hehehe).

to be continued..