Apa-apa saje lah

Akak Ofis yang dermawan..

image
yuhuuuuu… happy2.. even baju second hand.. tapi really appreciate kat akak officemate yang ingat kat diri ini.. huk2.. terharu tauuuu

 

Comey datang ofis pagi ni dengan haru biru sekali.. ada ke patut.. gi ofis tapi tertinggal laptop kat umah.. aiyooooooo.. macam gi sekolah tapi lupa nak bawa beg sekolah lah pulak.. macam hantu turun ofis cepat-cepat dan balik umah amik laptop tu.. adoyaaa.. termakan semut gamaknya.. tu yang lupa serba serbi jadinya..

Sebenornye.. dalam haru biru tu ada happynya.. Ada akak ofis kat tempat comey bekerja.. kami lain-lain company.. tapi die panggil comey dan cakap nak bagi baju die yang die sangat sayanggggggggg tapi dah tak muat dengan dia..

Comey macam bulat biji mata kejap… errrr… saya ke kak..?

Akak tu cakap.. iye lah.. awak.. try tengok.. muat tak.. akak sayanggg tau baju ni.. lama akak simpan.. tunggu kurus tak turun2 badan…

Dah keciwa nak simpan.. kasi kat awk lah.. masa akak zaman muda, lebih kurang awak lah saiz akak nih..

Comey macam..” iye ke kakk.. ehhh.. comelnye baju niiii… sukaaaa.. kain die cantik sangat..”

Wahhhhhh.. muka happy pun terselah lahhhhh hehehehe..

Balik karang nak test baju-baju tu..

Comey nak beli carrot kek kat akak tu..

Terharuu… betul! sebab tetiba dapat baju.. even second hand.. tapi terharu jugak sebab ada orang lain ingat kat kite..

 

ps: pagi isnin yang celaru.. gamaknya sebab tak cukup tidur kot… or dah terlebih tidor nih

Bebelan

Dua makna.. pompuannnn

Iye.. saya budak GEMOK!..

sangat irritating apabila orang yang tak gemuk/ cantik/ cukup sifat/ tak duk dekat gaza yang penuh dengan masalah israel jahat nak mampus…  duk resah gelisah komen kat diri sendiri :

” alaaaaaa… kenapa saya pakai tudung tak cantik nie”

truly : lihatlahhh daku… cantikkannnnnnn.. superb!!!

“pergi sane sini pun orang nak kesah.. serabut lah”

truly: muahahahaha.. glemernye aku.. seme tempat aku pergi orang pandang nak amik kisah..

“alaaa… kenapa orang cakap saya cerah sangat nih.. macam albino plak.. (nada sedih laa sangat)”

truly: dah cerah bagai still duk pakai produk nak kasik putih.. telan cat putih laa setin!!!

“alaaaa.. berat badan saya dah naik laaa.. macam mane nie…. uwawaaaaaaaaa”

( gemuk tang mane pun tak tau.. flat rate je daku nampak)

didoakan gemuk bebetul kangggg baru tau…

comey tak paham laa.. sangat tidak paham…

kenapa perlu bekeluh resah atas satu sebab yang sangat tidak logik..

ada orang kisah awak kurus ke gemuk ke panjang ke pendek ke kelabu ke oren ke.. takde kot…

orang hanya kisah kalo awak sihat atau sakit je..

kadang2.. macam double meaning pun ada yang jenis gini..

menunjuk dalam diam..

iyer lah kot..

Banyak lagi kot bunyi2 tak senada yang dengarnya macam sangat tak suka.. tapi akceli.. suka je…

Itulah comey punyer summary kalo terbaca.. or tedengar.. or terlihat adegan2 diatas…

Comey hanyalah comey.. tak pernah dan tak akan ubah diri sendiri hanya untuk please mata orang lain.

Makan-Makan · Malaysia

Road to North :D_Day 2

 

Day 2.

Tengah lena tido atas katil tilam tebal ni.. suasana subuh yang sangat sunyi.. tiba-tiba comey tekejut dengar bunyik gedeganggg pastu..”aduhhh”..

hehehe.. amende laa si sully nih.. die tido kat katil atas comey.. boleh plak die terantuk dinding sorang-sorang die.. hahahahha.. terus comey terbangun.. pakat ngan saky gi toilet aka bathroom kat ujung tangga. Lantai hotel nih dibuat daripada kayu parkir tu.. so, masa kami nak pergi mandi tu, ada laa bunyik lantai keriang keriuk.. takmo kasi bunyi tu jelas sangat, kami jalan jingkit2 :P..

Pas siap mandi dan bersiap-siap, kami mengemas barang-barang untuk check out terus.. Plan kami pagi tu, lepas breakfast, kami nak pergi beli jeruk meruk kat pasar chowrasta tu.. mane leh tinggal jeruk kalo datang Penang.. errr.. actually nak tanye gak awat ehh.. bukan ke kat tempat kite jeruk pun banyak je.. nak-nak kat paso malam kan.. macam-macam pesen.. ke sebab kat penang jeruk lagi murah..? entah laa… comey tak reti nak compare harga sebab jarang beli jeruk banyak-banyak.. stakat 2-3 hengget tu ada lah..

Kami berenti makan kan kedai mamak area pasar tu.. makan roti canai dengan kari kawwwww.. hehehe.. tapikan.. comey tengok orang kat sini, die datang kedai bukan makan roti canai.. tapi diorang order nasi putih dengan kari ikan.. banyak lak tu.. macam makan tengahari plak dah… ingatkan india je makan cam tu.. cina ngan melayu pun sama… muhibah betul.. hehehe

 

masa kami mula-mula sampai kat lorong nih, penjual baru nak setup kedai.. jadi nampak macam lengang sket lah..
masa kami mula-mula sampai kat lorong nih, penjual baru nak setup kedai.. jadi nampak macam lengang sket lah..
breakfast di kedai mamak kat lorong Chowrasta.. tak reti nak makan nasik kari pepagi hari.. digoreng dengan garing skali ya..
breakfast di kedai mamak kat lorong Chowrasta.. tak reti nak makan nasik kari pepagi hari.. digoreng dengan garing skali ya..

 

Selesai makan, kami pi kat tempat orang jual jeruk tu.. banyak gerai rupenya.. kalau kat dalam pasar tu, ramai cina yang menjual jeruk ( according to Sully hehehe ).. sully nih zaman muda-muda die penah jadik warganegara penang sebab menetap kat USM.. ada satu kedai jeruk nama “Jeruk Buah Pala Aishah”.. kami dah malas nak jalan-jalan carik kedai lain.. terus masuk kedai ni je.. apa lagi.. pilih-pilihhhh.. rasa-rasaaaa… huh.. mau rasa sampai kenyang nih.. dah macam rabbit dah.. sepanjang masa duk ngunyah hahahaha..

Ni la nama kedai pakcik tu.. Aishah ni nama anak die..
Ni la nama kedai pakcik tu.. Aishah ni nama anak die..

 

Uncle nih baik.. die cakap nak kasi murah-murah dan tak berkira mana dengan kitorang.. hamik.. sorang-sorang borong jeruk seplastik beso blake.. Macam-macam ada.. Yang paling glemer adalah jeruk salak, mempelam putih dan kuning, kelubi, cermai, anggur, ceri warna warni, betik, bawang putih dan macam-macam lagi lah.. dan yang bestnya, time die kira-kira harga tu, die kira kuat-kuat.. maknanya, korang tau laa harga satu paket tu berapa.. takde laa main total je suh korang bayar..

syorgaaaaa jeruk.. boleh rasa semua jeruk tu sampai kembung perut
syorgaaaaa jeruk.. boleh rasa semua jeruk tu sampai kembung perut
jeruk-jeruk nih semua jenis manis2 blake...
jeruk-jeruk nih semua jenis manis2 blake…

 

Lepas tu, kami bergerak ke bukit bendera plak.. Bukit bendera ni terletak berdekatan dengan area Air Itam. Masa kitorang sampai sane, stesen keretapi tu tengah under renovation. Tapi tourist still ramai.. so, kalo korang ada plan nak pergi jalan-jalan sini, silalah keluar di awal pagi sebab takmo berebut time naik keretapi tu.. iyeeee, Malaysian kan suke berebut.. cuba laa jugak buat-buat bertamadun, tapi skali pakcik mata sepet kat blakang tolak gedebush sampai terteleng-teleng..wehh.. sinsing lengan jugak dibuatnye… kalo nak tahu pasal history Bukit Bendera nih, comey tempek info daripada arkib negara..

Rules and Regulation.. sila baca
Rules and Regulation.. sila baca

“Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai `Penang Hill’ mempunyai ketinggian lebih kurang 830 meter dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis Light dengan menggunakan buruh-buruh yang terdiri dari orang salah dari India dan orang-orang tempatan.

Pada tahun 1897 J. Hein dan A. Wilson telah membuat permohonan rasmi kepada J.K. Birch Resident Counselor Pulau Pinang untuk menjalankan perkhidmatan keretapi tarik dengan kawat ke puncak Bukit Bendera. Ini kerana memandangkan kesulitan perhubungan untuk ke Bukit Bendera pada masa itu.

Walau bagaimana pun selepas beberapa rundingan, satu rang undang-undang keretapi Bukit Bendera telah digubal dan selepas dibentangkan untuk pembacaan kali ketiga dalam Majlis Mesyuarat Jajahan Negeri Selat di Singapura, Rang Undang-undang ini telah diluluskan pada 21 November 1899.

Untuk itu sebuah syarikat yang diberi nama Syarikat Keretapi Bukit Bendera ditubuhkan oleh Kogan, Heim dan Wilson dengan modal sebanyak $50,000. A. Alan Wilson telah dilantik sebagai Jurutera Perunding dan Charles Paterson telah diberi kontrak untuk membina landasan keretapi itu.- http://www.arkib.gov.my

Apa yang special..? Sudah tentulah keretapi bukit Bendera ni.. menurut kawan comey, dulu-dulu punye keretapi adalah jenis kayu dan open air.. maksudnye takde tingkap lah.. dah laa tak laju aka lembab hahahah.. terkesot-kesotlah keretapi kayu tu atas rail nak panjat bukit bendera.. tinggi dan pacak jugak bukit ni tebenornye..  Keretapi yang latest bentuk die ala2 LRT kat subway tu.. seat jenis yang bertangga gitu.. dan.. lajuuuuuu je naik hehehe..

ni yang comey cakap gerabak bertangga nih...
ni yang comey cakap gerabak bertangga nih…

Udara kat atas bukit bendera ni sangat sejuk… err.. takde lah sejuk sampai kene pakai baju sejuk tu.. ala-ala sejuk kat Cameron Highland tu..Kat atas tu ada cafe untuk lepak sambil minum coffee atau kalau sekadar nak tengok pemandangan, boleh tawaf sekitar bukit bendera tu samaada menggunakan kaki anda ataupun boleh sewa kereta golf ( alaaa, kereta kemetot yang ada 2 seat je tu.. ) untuk round kawasan bukit bendera.. rasanya kene bayar RM60 pertrip…

pemandangan dari dalam keretapi menuju ke Bukit Bendera.. sejukk mata mandang
pemandangan dari dalam keretapi menuju ke Bukit Bendera.. sejukk mata mandang
bunga-bunga berkembangan :D
bunga-bunga berkembangan 😀

 

DSCN2667

 

gambar muka depan tiket
gambar muka depan tiket
tiket naik keretapi.. kene simpan tiket nih sebab diorang scan in and out sblm balik
tiket naik keretapi.. kene simpan tiket nih sebab diorang scan in and out sblm balik

 

Dah puas ati bergambar bagai, kami pun decide untuk turun dan carik nasi kandar for the last things to do and eat in Penang hehehe… Kami decide nak makan nasik kandaq.. tu dieee… comey bukanlah penggemar nasik kandar sangat sebenarnye.. tapi dah alang2 duk kat tempat origin nasi kandar ni.. kene rasa jugak lahh..

Kami pun carik laa list kami dalam nota masing2.. macam biasa, Sully sentiasa ada nota “places wajib visit @ food wajib to eat”.. dan kami pun stat pusing GPS cari nasik kandar kampung melayu Air Itam. Kampung melayu nih banyak lorong.. dan berkat tersesat celah-celah perumahan lorong pisang ( macam-macam nama lorong pisang ada tauu ) dan hasil pertanyaan kat bebudak yang duk kait buah mempelam tepi jalan, maka kami pun sampai laa kat destinasi.. rupa2nya, kedai makan kampung melayu ni terletak bawah rumah flat dan berdekatan dengan sekolah.. kire blakang pagar sekolah tu akan masuk kawasan rumah flat ni lah..

Kampung Melayu Nasi Kandar
A-29, Ground Floor, Rumah Pangsa,
Jln Kampung Melayu, Kampung Melayu, Air Hitam

tengokk.. betapa ramainya customer yang duk beratur nak beli nasi kandar.. seme pakat duk kerumun stesen lauk pauk
tengokk.. betapa ramainya customer yang duk beratur nak beli nasi kandar.. seme pakat duk kerumun stesen lauk pauk

 

Masa comey pi sane.. perghhh.. penuh orang berkerumun.. kami terjenguk-jenguk laa jugak.. tak tahu nak beratur kot celah mane nih.. mcm pakat masuk jer.. last-last.. kami pun tenggek je kat mane2 yang nampak boleh masuk…

Pakcik aka Mamak tu amik pinggan nasik, letak nasik dari flask nasik tu.. pastu pusing kat kite dan tanye..

” mau lauk apa..?”

“errrrr… .. ” ( sebab tengok lauk pauk cam samaaaa je.. semua jenis berkuah kari tapi tak tau dalam kari tu ada isi apa..huhuhuh)

Comey amik lauk ikan, telur ikan dan sotong.. fuhhh.. mewahhh.. harga tak tahuuu sebab style combine bayar

Tapi total 4 orang makan 3 jenis lauk adalah RM52 / RM13 sorang… takdelah cekik darah sangat.. tapi taklah tahap murah tu.. seb baik makan sedap!

memang nampak sepah.. comey dah pening kepala tengok betapa banyaknye kuah kari tu.. huhuhuhu.. len kali.. mintak diorang taruk dalam mangkuk.. seksa tekak
memang nampak sepah.. comey dah pening kepala tengok betapa banyaknye kuah kari tu.. huhuhuhu.. len kali.. mintak diorang taruk dalam mangkuk.. seksa tekak
Ni menu kedai nasi kandar kampung melayu.. harga nye macam biasa-biasa je.. takde laa murah sampai terharui.. dan takde lah mahal sampai terketar2 masa nak membayaunye...
Ni menu kedai nasi kandar kampung melayu.. harga nye macam biasa-biasa je.. takde laa murah sampai terharui.. dan takde lah mahal sampai terketar2 masa nak membayaunye…

 

Pas makan.. kami pun bergerak laa keluar dari Penang menuju ke Taiping, Perak..

Ada laa 2-3 tempat plan nak singgah.. Yang pertama adalah Taman Tasik Taiping yang merupakan bekas kawasan lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.

Apa lagi.. bergambar sakan laa kami.. ada deretan pokok-pokok besar yang dahannya menjulai sampai ke jalan sebelah.. dah yang menakjubkan, dahan yang terjutai tu tumbuh sekataaaa je antara satu pokok dengan pokok lain…

aman.. damai.. sejuk.. bersih...
aman.. damai.. sejuk.. bersih…
sapa yang jiwa kacau.. sila ke sini!
sapa yang jiwa kacau.. sila ke sini!

 

Lepas puas hati bergambar, kami meneruskan perjalanan ke daerah Kuala Kangsar. Niat di hati nak melawat Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan dan merupakan salah satu daripada masjid yang terindah di Malaysia. Comey pun sempat lah masuk dan solat kat dalam. Comey sangat hairan sebab kat dalam masjid takde kipas apetah lagi ekon.. tapi masyaAllah.. tak panas pun.. sejuk je.. dah la hiasan dalaman sangat cantik. Lampu dinding ala-ala mini chandelier dah.

Masjid Ubudiah...
Masjid Ubudiah…
sangat klasik.. aiskrim potong..
sangat klasik..  pakcik ni jual aiskrim potong dekat bawah pokok tepi masjid

Kemudian, kami pergi ke Istana Iskandariah.. saje je melilau.. tak masuk pun.. sekadar amik gambar kat luar dan sebelah istana tu ada Musium Diraja Kuala Kangsar atau Istana Kenangan. Tapi sekadar bergambar di luar pagar je lah sebab musium ni tengah dibaikpulih.

Under renovation.. takleh masuk kat dalam lar
Under renovation.. takleh masuk kat dalam lar

 

Perut dan berkerut-kerut.. iyeee.. itu tandanya ia minta di isi. Kami pun sepakat nak cari kedai Laksa Pokok Limau. Dapat banyak recommendation daripada travellog tegar. Siap ada dalam sistem “waze”.. hehehe bertuah betul!. Kedai ni terletak di Kg Kledang, Kota Lama.. tak jauh pun daripada bandar Kuala Kangsar tu.

Comey and the geng order laksa dengan telur goreng. Mula-mula makan macam pelik. Ye la kan.. telur goreng dadar biasa makan dengan makanan yang kering-kering je.. Ni kuah laksa dah banjir dalam mangkuk…

Suapan pertama ” ehhhh…”

Suapan kedua ” sedap laa plak.. kuah die pekat likat dan panas2.. mee laksa plak kenyal dan tak lembik sangat”

suapan ketiga ” bestnye telur goreng nih… walopun terendam kat kuah laksa, tapi still rasa garing.. lagi satu.. telur goreng tu dah macam sponge yang menyerap kuah laksa tadi..”

Suapan keempat.. semua dah senyap melantak laksa tu.. nampak macam sikit sebab punye laa sebab tamak, comey dah ready nak tambah.. tapi bile dah nak habis makan tu, rasa sangat kenyang laa plak.. comey syak telur goreng tu penyumbang kekenyangan utama lah.

Laksa bawah pokok Kuala Kangsar
Laksa bawah pokok Kuala Kangsar

 

Dah habis makan, kami pun dah habis destinasi dah.. so, kami decide untuk terus menuju ke hotel Station 18 yang terletak di Stesen 18. Comey dah lame sangat tak pergi ke Perak. Maksud comey, kawasan stesen 18 ni macam satu kawasan industri yang baru dibangunkan. Ada Tesco dan Aeon Jusco berdekatan dengan hotel ini..

Okeh.. hotel preview.. mula2 skali, hotel ini berada di tengah-tengah antara restoren dan juga kelab malam.. sebenarnye, bukan sebelah hotel je ada kelab, depan hotel pun ada kelab besar-besar alam gak.. tapi dun worry lah.. bukannya kite nak masuk pun.. ( first time comey lalu dekatttt sangat dengan kelab malam dan boleh lihat lampu kelab yang memancar-mancar dah berdetum-detam).. hehehe

Bile dah sampai depan hotel, ada sorang uncle tu tolong guide kitorang masuk parking kete.. masa tu, kitorang ada sedikit perasaan cuak sebab dekat area parking yang kosong tu, ada 2 ekor anjing yang besauuuu dan tengah riang menggoyang2kan ekor mereka.. kami ni kan muslimat penakut.. takut tersentuh ngan takut kene gigit juga.. tapi uncle tu macam tau2 je.. terus die halau anjing2 tu.. bukan 2-3 ekor anjing yang duk melilau depan hotel tu.. tapi penuh.. ada dekat 10 ekor.. tak tau laa dorang bela atau anjing jalanan..

Dah booked siap2.. dan di beri kunci bilik.. macam biasa.. kami amik bilik yang ada katil double deluxe.. hotel ni hotel baru gak.. sebab cat baru, simen baru, tiles baru.. bau pun baru.. kebersihan bilik marvelles, bathroom pun besar ( lagi besar dari bathroom hotel kat Midvalley tu.. ampeh hotel kat midvalley).

Keaadan dalam bilik di Hotel Stesen 18.. sangat luas, bersih dan murahhhh lak tu..
Keaadan dalam bilik di Hotel Stesen 18.. sangat luas, bersih dan murahhhh lak tu..
parking area kat hotel..
parking area kat hotel..

 

Malam tu kami takde buat apa2.. baru terasa penat bile badan dah landing atas katil.. Oh.. sebelum tu, kami merayap dekat shopping mall Aeon jusco tu.. saje je.. ada laa yang tersambar cardigan ngan baju sehelai dua.. Pas lenguh melilau, kami pi late dinner.. makan sup panas-panas kasi lega perut yang berkeladak ngan nasik kandaq hahahahah..

ps: bestnyaaa katil tilam tebal nih.. (cuma blanket je tak cukup tebal kui3).. Zzzzzzz

Bebelan

Online Shopping… tergoda lagi

 

Aduyaaaaaaaaaaaaaa… tergoda juaa..

Terbeli lagi.. huhuhuh

Comey gatal tangan duk godek2 surfing tenet.. terterjun laa kat page zaloras.com tu..

Belek punye belek.. terjumpe la bende alah nih..

Dalam hati dah sembang sengsorang..

” errr.. murah nih.. ”

“sekadar wat lenjan takpe kot…”

“boleh simpan kasutku yg mahal tu.. takde laa cepat lusuh”

“sakit kaki gak duk pakai kasut getah tu.. tapi padan laa dengan harga.. tak sampai 10 hengget tuuu”

Jadi.. tanpa pikir panjangggg.. comey beli lah kasut hiking nih… skali ngan delivery charge.. RM40 engget!

Kasut brand power kedai Bata pun lagi mahal tau.. (sajeee nk sejukkan hati sendiri mueheheheh)

Tak sabar nk tunggu kasut baru..

Tak sabar nk g hiking ngan kanak2 ribena lagi..

Taraaaaaaaaaaa.. ganaz tak… ahhahaha..

sebab nih kasut lelaki.. so kene undur satu saiz daripada saiz asal
sebab nih kasut lelaki.. so kene undur satu saiz daripada saiz asal
Makan-Makan · Malaysia

Road to North.. The journey begin :D_ DAY 1

Day 1.

Pukul 6 pagi sesudah solat subuh, kami dah start sumbat barang dalam bonet kereta. Takde laa barang sangat pun. Cuma backpack masing-masing ngan bantal bucuk comey je. Comey, Sully, Lindan dan Saky masing-masing amik cuti kerja satu hari untuk ukur jalan dari timur ke utara hehehe.

Hening pagi di Lebuhraya Pantai Timur.. babaiii... kami pi Utara la plak hehehe
Hening pagi di Lebuhraya Pantai Timur.. babaiii… kami pi Utara la plak hehehe

Kat umah sully ada laa sekor anak kucing.. kecik lagi. Maybe dalam 2-3 bulan kot umur dia.. tapi dak tau ler mana maknye pegi.. Mengiauuu je kucing tu sebab lapar kot. Sebab kami nak tinggal rumah lama ( takut kucing tu mati kebuluran), kami pun decide nak anto baby kucing tu kat paso yang ada gerai makan kat ujung tu aaa.. Hopefully, kucing tu boleh survive laa :(.. pepagi dah ada story dukacita.

Okey, tinggalkan part kucing. Kami start masuk lebuhraya dan berenti rehat di Hentian Temerloh jam 9.3o pagi. Breakfast biasa2 je.. Tapi macam mahal je harga makanan.. Mee sup semangkuk ( sup yang tersangat clear dah macam air panas dah..) RM 4.50, nasi lemak+sambal+telur rebus RM 2.50 dan roti bodoh RM 1.50 sebijik.. hemm… kalo sedap tu, takde laa nak kisah sangat.. ni biasa2 je.. Okeh, sebelum gerak cek tayar sebelum gerak dan perjalanan diteruskan…

Lepas melalui Tol Gombak, kami terus amik DUKE highway dan menuju ke Ipoh. Kemudian kami ambil PLUS Highway (lebuhraya utara-selatan) dan terus je pandu hingga jumpa Tol Juru. Sampai kat sini lebih kurang pukul 1.30 petang.

Mamam eskrem dulu.. nom nomm nommm... hehehe.. gile havoc kat RR Tapah nih.. biasa hentian ada kedai makan biasa2 je.. kat sini seme jenis fastfood ada.. Donat dunkin pun ado
Mamam eskrem dulu.. nom nomm nommm… hehehe.. gile havoc kat RR Tapah nih.. biasa hentian ada kedai makan biasa2 je.. kat sini seme jenis fastfood ada.. Donat dunkin pun ado
Abam kat kaunter tu sedikit encem lar.. muehehehe
Abam kat kaunter tu sedikit encem lar.. muehehehe

Perut dah start bunyik keruk-kerak.. brekafast je pun tadi.. pastu duk ngunyah jajan je dalam kete.. Mau perut tak nanges mintak diisikan.. hehehhe.. Misi pertama adalah pi lunch dulu sebelum menyeberangi jambatan pulau pinang. So, kami teruskan perjalanan ke Sungai Dua.. atas sket dari Permatang Pauh untuk try seafood dan char kuey tiaw yang dikatakan famous kat area nih..

Kebanyakkan bloggers recommend mee udang dan seafood dekat area sini lah.. since comey and the geng sedikit terjah, kami drive pakai google maps ngan application android waze untuk cari tempat-tempat ni. Deretan kedai-kedai makan nih before stesen minyak Mobil lepas daripada simpang sikit je.. Tapi sayangnya.. kebanyakkan kedai maybe bukak malam or hari jumaat tutup. Ada 2 kedai je yang bukak.. so kami pun menerjah laa kedai makan Ida Mee Udang.

Kami memasing order fruit juice dan mee udang.. pendapat jujur kami berempat lah.. tak best pun mee udang kedai nih.. tahap kechiwa pun ada.. dah ler lapar.. dapat mee udang lak kuahnye alahaiii.. cair semacam je.. dah ler takde rase kuah udang langsung.. udang lak kecik-kecik je.. tesusun 3 ekor.. bak kate sulli.. kuah die macam air panas campur ngan sos tomato je.. pastu perah asam limau..  Tak puas ati betoll.. (makan sambil bebel).

Lunch pertama di Penang.. Sebab restoren yang dicari tu tutup, kami blasah kat gerai yang berada di sekitar..
Lunch pertama di Penang.. Sebab restoren yang dicari tu tutup, kami blasah kat gerai yang berada di sekitar..
Ini lah rupenye mee udang Ida Sungai Dua.. rasanya tidak seindah rupa laa plak..huhuhu
Ini lah rupenye mee udang Ida Sungai Dua.. rasanya tidak seindah rupa laa plak..huhuhu

pfft.. tapi tu, pendapat kitorang laa.. kalo korang jenis suka je.. takde kudis gatal pun.. memasing punye tastebud kan bebeza..

Selesai makan, kami menuju ke George Town.. actually, comey first time sampai Penang nih.. so teruja gile dapat naik Jambatan Pulau Pinang. Dapat lihat laut yang terbentang luas dan pembangunan kawasan sekitar Perai. Memang membangun dengan pesat lah.

Jambatan Pulau Pinang... tak sibuk sangat.. maybe sebab weekday kot
Jambatan Pulau Pinang… tak sibuk sangat.. maybe sebab weekday kot
tengah-tengah bandar George Town
tengah-tengah bandar George Town

Kami tinggal di Red Inn Heritage yang terletak di Lorong Love. Hehehe.. sweet kan nama lorong die.. Comey search pakai “Waze” je.. Alhamdulillah, senang je jumpe. Condition hotel dari luar, nampak mcm bangunan lama zaman perang tu.. dengan lampu ala2 suram.. Receptionist diorang lak orang filipina.. Boleh laa skadar nak parking barang dan rehatkan badan. Red Inn Heritage ni sedikit glemer di kalangan backpacker. Masa comey sampai, semua yang ada kat dalam adalah foreigners. Rase macam duk overseas plak dah hehehehe..

Si receptionist tu siap mintak “Passport pleaseeee.. dalam loghat filipino”..  Kami pun balas balik ker.. ” Malaysians pleaseeeee”.. hehehehe

Red Inn Heritage Hotel, Love Lane.
Red Inn Heritage Hotel, Love Lane.
Kami amik dorminotary.. 4 orang sebilik bunkers type. Backpackers style hehehe
Kami amik dorminotary.. 4 orang sebilik bunkers type. Backpackers style hehehe

Satu tips.. nak senang, korang potostate siap2 IC person yang booked hotel tu.. boleh cross ID kite siap2.. kalo diorang yang potostate, takut softcopy still ada kat dalam machine fotokopi diorang tu.. well.. berhati2 lebih baik daripada lagha kan..  ( kang diorang jual ID korang kangg.. haaaa)

Linden booked dorm 4 katil dengan harga RM100 ( ada laa plus tax masa nak checkout tu..) Light breakfast disediakan. Oh.. memang coffea corner available all the time.. cuma comey je kembang tekak nak share sudu cawan kat situ..

Interior design Red Inn Heritage Hotel.. Style suram muram gitu.. kalo yang jenis rabun tak pakai spek, kompem langgar couch yang tersadai kat dalam tu..
Interior design Red Inn Heritage Hotel.. Style suram muram gitu.. kalo yang jenis rabun tak pakai spek, kompem langgar couch yang tersadai kat dalam tu..
tangga dalam Red Inn.. dah ler tinggi.. step die kecik-kecik lak tu
tangga dalam Red Inn.. dah ler tinggi.. step die kecik-kecik lak tu
Cantik kan.. korang boleh lepak2 tengok tv kat lobi hotel ni.. juga ada mini fridge dan coffee maker & free wifi.
Cantik kan.. korang boleh lepak2 tengok tv kat lobi hotel ni.. juga ada mini fridge dan coffee maker & free wifi.

Lagi satu tips untuk diri comey sendiri dan jugak orang lain, kalau travel by car dan tak bound untuk bawak banyak barang, rasanya boleh kot spare cadar nipis selai ngan sarung bantal sendiri.. ( untuk backpackers nyer hotel lah…). Bukan apa, masa kitorang masuk bilik tu, rase macam di0rang tak salin pun cadar ngan sarung bantal. Just bagi towel je.. so, kalo diri yang jenis tak kisah ngan hygienic tu, pakat blasah je kot..

sempit je.. tapi still lepas nak solat 3 orang.. ruangan nak simpan barang ada kat kepala katil masing-masing (ada plug nak charging bateri ke apa ke & ada personal lamp ).. pendek kata.. selesa laa.. tengok betapa tebalnye tilam tu
sempit je.. tapi still lepas nak solat 3 orang.. ruangan nak simpan barang ada kat kepala katil masing-masing (ada plug nak charging bateri ke apa ke & ada personal lamp ).. pendek kata.. selesa laa.. tengok betapa tebalnye tilam tu

Pukul 4.00 petang, lepas cuci muka, solat dan refresh diri.. kami pun turun balik explore kawasan George Town nih.. Tempat pertama adalah menuju ke Toy Museum yang terletak di Jalan Tanjung Bungah.

Kame Hame Haaaaaaa... kabbushhhh... feveret katun masa kecik2
Kame Hame Haaaaaaa… kabbushhhh… feveret katun masa kecik2
Ni plak hero pojaan hati ku.. Cloud dari Final Destiny
Ni plak hero pojaan hati ku.. Cloud dari Final Destiny
Ayyy kity-kity.. sambil geletek bawah dagu...
Ayyy kity-kity.. sambil geletek bawah dagu…
Jedi Master Yoda "Size matters not. Look at me. Judge me by my size, do you?" Yoda
Jedi Master Yoda “Size matters not. Look at me. Judge me by my size, do you?” Yoda
Nih feveret gak nih.. tapi diorang takde display la plak gundam yang latest.. Double O Gundam Exia
Nih feveret gak nih.. tapi diorang takde display la plak gundam yang latest.. Double O Gundam Exia

DSCN2624

Toy museum nih teletak bersebelahan dengan sebuah sekolah ( lupa dah sekolah tu nama apa). Bangunannye… errr.. macam lebih pada warehouse atau gudang kecik kot.. kene bayar tiket nak masuk sini.. RM15 perhead. Review..? emmmmmmmmm.. dah pergi skali, takkan pergi lagi wakakakaka… ingatkan apenye toy museum nih.. rupa2nya ada figure anime, cartoon, superhero dan movie. Ada yang  human scale size dan selebihnya yang saiz kecik2 tu.. tapi.. bosan lahh… sebab semua figure tu berada dalam kotak plastik yang lutsinar tu.. cheap gile! Bila kite nak ambil gambar, akan terpantul balik reflect cahaya tu.. sangat tak cantek..  😦

Roughly dalam sejam, posing sane sini, kami pun gerak ke next attraction iaitu pantai Batu Feringghi.  Boleh lihat pemandangan pantai yang cantik sambil makan laksa penang. Tapi laa.. cuaca tersangatlah panas..  kul 6.30 petang pun matahari still lagi terik.. berkerut2 muka tahan panas.. hehehe.. Sambil menunggu panas terik hilang.. kami redakan perut kami dengan laksa dan air limau nipis.. nyum2

DSCN2641

Pantai Batu Feringghi.. (tak larat nak panjat batu bata tu.. tapi scene kat situ sangat cangtekkkk huhuhu)
Pantai Batu Feringghi.. (tak larat nak panjat batu bata tu.. tapi scene kat situ sangat cangtekkkk huhuhu)
simple je kedai makcik nih..
simple je kedai makcik nih..
Berhenti rehat dekat medan selera ( macam medan selera je) kat Pantai Batu Feringghi, makan asam laksa dan minum air limau nipis sejuk.. fuh.. nikmat.
Berhenti rehat dekat medan selera ( macam medan selera je) kat Pantai Batu Feringghi, makan asam laksa dan minum air limau nipis sejuk.. fuh.. nikmat.

Malam tu.. sebelum balik hotel, kami singgah makan di Anjung Gurney.. bebetul depan bulatan Gurney depan pantai..Ada banyak stall kat sini.. tapi yang paling menarik perhatian adalah Pasembor glemer Anjung Gurney.. pakcik tu pasang lagu Industan kuat-kuat sambil die menari-nari ( sambil potong pasembor tu kauuu ) dan sebut

” rojakk~~rojak~~rojak~~”… hahaha.. addicted betol.. kami blasah makan serba-serbi signiture dishes kat situ.. membuntalkan diri ini hehehe

Pasembor paling glemer kat Anjung Gurney.. sos die best.. takde laa rasa kacang pekat sangat.. just nice
Pasembor paling glemer kat Anjung Gurney.. sos die best.. takde laa rasa kacang pekat sangat.. just nice
tu die... semangkuk besar nih kami makan 4 orang.. licinnnn
tu die… semangkuk besar nih kami makan 4 orang.. licinnnn
char kuey tiaw.. sepinggan 4 engget.. tapi sikittt sangat laa comel rase.. :( tak cukup sebab sangat sedap hehehe
char kuey tiaw.. sepinggan 4 engget.. tapi sikittt sangat laa comel rase.. 😦 tak cukup sebab sangat sedap hehehe
cendol penang..
cendol penang..
ABC special.. ada rasa sarsi ngan soda kat ice shave tu
ABC special.. ada rasa sarsi ngan soda kat ice shave tu

Day 1.. end…

ps; lenguhnye kaki… panasnyeee.. nak balik hotel nak mandiiiiiii.. uuwuwuuu

Bebelan

Project Mega_ Road to East

Woshh.. bosangan weh..

Comey ada plan nak execute satu project mega dengan travel buddy comey.. hemm.. tapi still dalam perancangan.. takleh nak disclose lagi sebab ia adalah sesuatu yang tidak pasti.. chewah.. dah tak nak bagitau.. toksah laa sembang kannnnn..

Mesti kat sudut celah hati limpa korang ada terselit..” elleehhh… duit banyak boleh laa nak pi sane sini…”

Takde maknanyaaaaaaaa… kalau jenis duit melimpah ruah tak habis guna pakai.. atau pokok daun  duit sentiasa berbunga kat blakang umah tu..takdenye nak planning-planning tu.. bukak website.. ketik2… kelik2.. haaa.. done! Pilih je pakej yang mane nak… kannn

So.. don’t miss out airlines sales.. pagi2 bukak laptop first web page yang bukak adalah airlines website… hahaha.. wajib!

Dan start baca travel-log kengkawan dalam dunia blog.. tourguide dan travel guide..

( tapi still tiket mahal…. huhuhuh)

Tak pe.. saboo itu separuh daripada iman…

🙂

Till then… babaiiii

Makan-Makan

Seafood @ Cherating

 

 

 

 

 

Comey ada sorang kawan.. kawan comey nih dah nazar, kalau die ada rezeki lebih..die nak blanjer comey ngan osmet comey makan mewah sket.. hehehe.. dah cite2 beliau merangkap impian kami pun tercapai juaaaaa…

Kami melilau carik restoren kat area pantai cherating.. memang habis hujunggg la kedai die.. dan kat dalam kedai nih ramai plak mat2 saleh ngan foreigner duk makan penuh2 meja.. tak tau ler sebab apa… comey set dalam kepala.. kalo mat saleh nih tak berkire pasal harga sangat sebab berapa sen laa sangat harga makanan kite berbanding kat tempat die.. jadi.. nih mesti sebab die masak gempak.. kehkehkeh…

Duk kat meja bulat.. belek2 menu.. dan kami order udang, lala, sotong, sup dan sayur… air lak order watermelon juice.. bebetul die blend watermelon tak campur gula even satu sudu.. piorrrr…

image
Lala goreng halia.. nampak je banyak gabak.. tapi besar tang kulit je.. isi.. secotet!

image
Yang ni best.. marveles.. sotong goreng halia… memang menjadik laa lebih-lebih lagi kalo sotong tu super fresh.. lembut dan manis cair di mulut..
image
Yang ni memang pengerusi majlis meja makan laa.. bukan level lobster.. tapi saiz udang harimau nih dah menghala ke size sepupu lobster dah.. udang harimau goreng with telur masin.. crunchy gileeee

Ada lagi hidngan lain.. tapi sebab perut dah bergendang dondang.. lupa nak snap yang lelain… makan timeeeeeee…