Makan-Makan · Malaysia

Road to North :D_Day 2

 

Day 2.

Tengah lena tido atas katil tilam tebal ni.. suasana subuh yang sangat sunyi.. tiba-tiba comey tekejut dengar bunyik gedeganggg pastu..”aduhhh”..

hehehe.. amende laa si sully nih.. die tido kat katil atas comey.. boleh plak die terantuk dinding sorang-sorang die.. hahahahha.. terus comey terbangun.. pakat ngan saky gi toilet aka bathroom kat ujung tangga. Lantai hotel nih dibuat daripada kayu parkir tu.. so, masa kami nak pergi mandi tu, ada laa bunyik lantai keriang keriuk.. takmo kasi bunyi tu jelas sangat, kami jalan jingkit2 :P..

Pas siap mandi dan bersiap-siap, kami mengemas barang-barang untuk check out terus.. Plan kami pagi tu, lepas breakfast, kami nak pergi beli jeruk meruk kat pasar chowrasta tu.. mane leh tinggal jeruk kalo datang Penang.. errr.. actually nak tanye gak awat ehh.. bukan ke kat tempat kite jeruk pun banyak je.. nak-nak kat paso malam kan.. macam-macam pesen.. ke sebab kat penang jeruk lagi murah..? entah laa… comey tak reti nak compare harga sebab jarang beli jeruk banyak-banyak.. stakat 2-3 hengget tu ada lah..

Kami berenti makan kan kedai mamak area pasar tu.. makan roti canai dengan kari kawwwww.. hehehe.. tapikan.. comey tengok orang kat sini, die datang kedai bukan makan roti canai.. tapi diorang order nasi putih dengan kari ikan.. banyak lak tu.. macam makan tengahari plak dah… ingatkan india je makan cam tu.. cina ngan melayu pun sama… muhibah betul.. hehehe

 

masa kami mula-mula sampai kat lorong nih, penjual baru nak setup kedai.. jadi nampak macam lengang sket lah..
masa kami mula-mula sampai kat lorong nih, penjual baru nak setup kedai.. jadi nampak macam lengang sket lah..
breakfast di kedai mamak kat lorong Chowrasta.. tak reti nak makan nasik kari pepagi hari.. digoreng dengan garing skali ya..
breakfast di kedai mamak kat lorong Chowrasta.. tak reti nak makan nasik kari pepagi hari.. digoreng dengan garing skali ya..

 

Selesai makan, kami pi kat tempat orang jual jeruk tu.. banyak gerai rupenya.. kalau kat dalam pasar tu, ramai cina yang menjual jeruk ( according to Sully hehehe ).. sully nih zaman muda-muda die penah jadik warganegara penang sebab menetap kat USM.. ada satu kedai jeruk nama “Jeruk Buah Pala Aishah”.. kami dah malas nak jalan-jalan carik kedai lain.. terus masuk kedai ni je.. apa lagi.. pilih-pilihhhh.. rasa-rasaaaa… huh.. mau rasa sampai kenyang nih.. dah macam rabbit dah.. sepanjang masa duk ngunyah hahahaha..

Ni la nama kedai pakcik tu.. Aishah ni nama anak die..
Ni la nama kedai pakcik tu.. Aishah ni nama anak die..

 

Uncle nih baik.. die cakap nak kasi murah-murah dan tak berkira mana dengan kitorang.. hamik.. sorang-sorang borong jeruk seplastik beso blake.. Macam-macam ada.. Yang paling glemer adalah jeruk salak, mempelam putih dan kuning, kelubi, cermai, anggur, ceri warna warni, betik, bawang putih dan macam-macam lagi lah.. dan yang bestnya, time die kira-kira harga tu, die kira kuat-kuat.. maknanya, korang tau laa harga satu paket tu berapa.. takde laa main total je suh korang bayar..

syorgaaaaa jeruk.. boleh rasa semua jeruk tu sampai kembung perut
syorgaaaaa jeruk.. boleh rasa semua jeruk tu sampai kembung perut
jeruk-jeruk nih semua jenis manis2 blake...
jeruk-jeruk nih semua jenis manis2 blake…

 

Lepas tu, kami bergerak ke bukit bendera plak.. Bukit bendera ni terletak berdekatan dengan area Air Itam. Masa kitorang sampai sane, stesen keretapi tu tengah under renovation. Tapi tourist still ramai.. so, kalo korang ada plan nak pergi jalan-jalan sini, silalah keluar di awal pagi sebab takmo berebut time naik keretapi tu.. iyeeee, Malaysian kan suke berebut.. cuba laa jugak buat-buat bertamadun, tapi skali pakcik mata sepet kat blakang tolak gedebush sampai terteleng-teleng..wehh.. sinsing lengan jugak dibuatnye… kalo nak tahu pasal history Bukit Bendera nih, comey tempek info daripada arkib negara..

Rules and Regulation.. sila baca
Rules and Regulation.. sila baca

“Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai `Penang Hill’ mempunyai ketinggian lebih kurang 830 meter dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis Light dengan menggunakan buruh-buruh yang terdiri dari orang salah dari India dan orang-orang tempatan.

Pada tahun 1897 J. Hein dan A. Wilson telah membuat permohonan rasmi kepada J.K. Birch Resident Counselor Pulau Pinang untuk menjalankan perkhidmatan keretapi tarik dengan kawat ke puncak Bukit Bendera. Ini kerana memandangkan kesulitan perhubungan untuk ke Bukit Bendera pada masa itu.

Walau bagaimana pun selepas beberapa rundingan, satu rang undang-undang keretapi Bukit Bendera telah digubal dan selepas dibentangkan untuk pembacaan kali ketiga dalam Majlis Mesyuarat Jajahan Negeri Selat di Singapura, Rang Undang-undang ini telah diluluskan pada 21 November 1899.

Untuk itu sebuah syarikat yang diberi nama Syarikat Keretapi Bukit Bendera ditubuhkan oleh Kogan, Heim dan Wilson dengan modal sebanyak $50,000. A. Alan Wilson telah dilantik sebagai Jurutera Perunding dan Charles Paterson telah diberi kontrak untuk membina landasan keretapi itu.- http://www.arkib.gov.my

Apa yang special..? Sudah tentulah keretapi bukit Bendera ni.. menurut kawan comey, dulu-dulu punye keretapi adalah jenis kayu dan open air.. maksudnye takde tingkap lah.. dah laa tak laju aka lembab hahahah.. terkesot-kesotlah keretapi kayu tu atas rail nak panjat bukit bendera.. tinggi dan pacak jugak bukit ni tebenornye..  Keretapi yang latest bentuk die ala2 LRT kat subway tu.. seat jenis yang bertangga gitu.. dan.. lajuuuuuu je naik hehehe..

ni yang comey cakap gerabak bertangga nih...
ni yang comey cakap gerabak bertangga nih…

Udara kat atas bukit bendera ni sangat sejuk… err.. takde lah sejuk sampai kene pakai baju sejuk tu.. ala-ala sejuk kat Cameron Highland tu..Kat atas tu ada cafe untuk lepak sambil minum coffee atau kalau sekadar nak tengok pemandangan, boleh tawaf sekitar bukit bendera tu samaada menggunakan kaki anda ataupun boleh sewa kereta golf ( alaaa, kereta kemetot yang ada 2 seat je tu.. ) untuk round kawasan bukit bendera.. rasanya kene bayar RM60 pertrip…

pemandangan dari dalam keretapi menuju ke Bukit Bendera.. sejukk mata mandang
pemandangan dari dalam keretapi menuju ke Bukit Bendera.. sejukk mata mandang
bunga-bunga berkembangan :D
bunga-bunga berkembangan 😀

 

DSCN2667

 

gambar muka depan tiket
gambar muka depan tiket
tiket naik keretapi.. kene simpan tiket nih sebab diorang scan in and out sblm balik
tiket naik keretapi.. kene simpan tiket nih sebab diorang scan in and out sblm balik

 

Dah puas ati bergambar bagai, kami pun decide untuk turun dan carik nasi kandar for the last things to do and eat in Penang hehehe… Kami decide nak makan nasik kandaq.. tu dieee… comey bukanlah penggemar nasik kandar sangat sebenarnye.. tapi dah alang2 duk kat tempat origin nasi kandar ni.. kene rasa jugak lahh..

Kami pun carik laa list kami dalam nota masing2.. macam biasa, Sully sentiasa ada nota “places wajib visit @ food wajib to eat”.. dan kami pun stat pusing GPS cari nasik kandar kampung melayu Air Itam. Kampung melayu nih banyak lorong.. dan berkat tersesat celah-celah perumahan lorong pisang ( macam-macam nama lorong pisang ada tauu ) dan hasil pertanyaan kat bebudak yang duk kait buah mempelam tepi jalan, maka kami pun sampai laa kat destinasi.. rupa2nya, kedai makan kampung melayu ni terletak bawah rumah flat dan berdekatan dengan sekolah.. kire blakang pagar sekolah tu akan masuk kawasan rumah flat ni lah..

Kampung Melayu Nasi Kandar
A-29, Ground Floor, Rumah Pangsa,
Jln Kampung Melayu, Kampung Melayu, Air Hitam

tengokk.. betapa ramainya customer yang duk beratur nak beli nasi kandar.. seme pakat duk kerumun stesen lauk pauk
tengokk.. betapa ramainya customer yang duk beratur nak beli nasi kandar.. seme pakat duk kerumun stesen lauk pauk

 

Masa comey pi sane.. perghhh.. penuh orang berkerumun.. kami terjenguk-jenguk laa jugak.. tak tahu nak beratur kot celah mane nih.. mcm pakat masuk jer.. last-last.. kami pun tenggek je kat mane2 yang nampak boleh masuk…

Pakcik aka Mamak tu amik pinggan nasik, letak nasik dari flask nasik tu.. pastu pusing kat kite dan tanye..

” mau lauk apa..?”

“errrrr… .. ” ( sebab tengok lauk pauk cam samaaaa je.. semua jenis berkuah kari tapi tak tau dalam kari tu ada isi apa..huhuhuh)

Comey amik lauk ikan, telur ikan dan sotong.. fuhhh.. mewahhh.. harga tak tahuuu sebab style combine bayar

Tapi total 4 orang makan 3 jenis lauk adalah RM52 / RM13 sorang… takdelah cekik darah sangat.. tapi taklah tahap murah tu.. seb baik makan sedap!

memang nampak sepah.. comey dah pening kepala tengok betapa banyaknye kuah kari tu.. huhuhuhu.. len kali.. mintak diorang taruk dalam mangkuk.. seksa tekak
memang nampak sepah.. comey dah pening kepala tengok betapa banyaknye kuah kari tu.. huhuhuhu.. len kali.. mintak diorang taruk dalam mangkuk.. seksa tekak
Ni menu kedai nasi kandar kampung melayu.. harga nye macam biasa-biasa je.. takde laa murah sampai terharui.. dan takde lah mahal sampai terketar2 masa nak membayaunye...
Ni menu kedai nasi kandar kampung melayu.. harga nye macam biasa-biasa je.. takde laa murah sampai terharui.. dan takde lah mahal sampai terketar2 masa nak membayaunye…

 

Pas makan.. kami pun bergerak laa keluar dari Penang menuju ke Taiping, Perak..

Ada laa 2-3 tempat plan nak singgah.. Yang pertama adalah Taman Tasik Taiping yang merupakan bekas kawasan lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.

Apa lagi.. bergambar sakan laa kami.. ada deretan pokok-pokok besar yang dahannya menjulai sampai ke jalan sebelah.. dah yang menakjubkan, dahan yang terjutai tu tumbuh sekataaaa je antara satu pokok dengan pokok lain…

aman.. damai.. sejuk.. bersih...
aman.. damai.. sejuk.. bersih…
sapa yang jiwa kacau.. sila ke sini!
sapa yang jiwa kacau.. sila ke sini!

 

Lepas puas hati bergambar, kami meneruskan perjalanan ke daerah Kuala Kangsar. Niat di hati nak melawat Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan dan merupakan salah satu daripada masjid yang terindah di Malaysia. Comey pun sempat lah masuk dan solat kat dalam. Comey sangat hairan sebab kat dalam masjid takde kipas apetah lagi ekon.. tapi masyaAllah.. tak panas pun.. sejuk je.. dah la hiasan dalaman sangat cantik. Lampu dinding ala-ala mini chandelier dah.

Masjid Ubudiah...
Masjid Ubudiah…
sangat klasik.. aiskrim potong..
sangat klasik..  pakcik ni jual aiskrim potong dekat bawah pokok tepi masjid

Kemudian, kami pergi ke Istana Iskandariah.. saje je melilau.. tak masuk pun.. sekadar amik gambar kat luar dan sebelah istana tu ada Musium Diraja Kuala Kangsar atau Istana Kenangan. Tapi sekadar bergambar di luar pagar je lah sebab musium ni tengah dibaikpulih.

Under renovation.. takleh masuk kat dalam lar
Under renovation.. takleh masuk kat dalam lar

 

Perut dan berkerut-kerut.. iyeee.. itu tandanya ia minta di isi. Kami pun sepakat nak cari kedai Laksa Pokok Limau. Dapat banyak recommendation daripada travellog tegar. Siap ada dalam sistem “waze”.. hehehe bertuah betul!. Kedai ni terletak di Kg Kledang, Kota Lama.. tak jauh pun daripada bandar Kuala Kangsar tu.

Comey and the geng order laksa dengan telur goreng. Mula-mula makan macam pelik. Ye la kan.. telur goreng dadar biasa makan dengan makanan yang kering-kering je.. Ni kuah laksa dah banjir dalam mangkuk…

Suapan pertama ” ehhhh…”

Suapan kedua ” sedap laa plak.. kuah die pekat likat dan panas2.. mee laksa plak kenyal dan tak lembik sangat”

suapan ketiga ” bestnye telur goreng nih… walopun terendam kat kuah laksa, tapi still rasa garing.. lagi satu.. telur goreng tu dah macam sponge yang menyerap kuah laksa tadi..”

Suapan keempat.. semua dah senyap melantak laksa tu.. nampak macam sikit sebab punye laa sebab tamak, comey dah ready nak tambah.. tapi bile dah nak habis makan tu, rasa sangat kenyang laa plak.. comey syak telur goreng tu penyumbang kekenyangan utama lah.

Laksa bawah pokok Kuala Kangsar
Laksa bawah pokok Kuala Kangsar

 

Dah habis makan, kami pun dah habis destinasi dah.. so, kami decide untuk terus menuju ke hotel Station 18 yang terletak di Stesen 18. Comey dah lame sangat tak pergi ke Perak. Maksud comey, kawasan stesen 18 ni macam satu kawasan industri yang baru dibangunkan. Ada Tesco dan Aeon Jusco berdekatan dengan hotel ini..

Okeh.. hotel preview.. mula2 skali, hotel ini berada di tengah-tengah antara restoren dan juga kelab malam.. sebenarnye, bukan sebelah hotel je ada kelab, depan hotel pun ada kelab besar-besar alam gak.. tapi dun worry lah.. bukannya kite nak masuk pun.. ( first time comey lalu dekatttt sangat dengan kelab malam dan boleh lihat lampu kelab yang memancar-mancar dah berdetum-detam).. hehehe

Bile dah sampai depan hotel, ada sorang uncle tu tolong guide kitorang masuk parking kete.. masa tu, kitorang ada sedikit perasaan cuak sebab dekat area parking yang kosong tu, ada 2 ekor anjing yang besauuuu dan tengah riang menggoyang2kan ekor mereka.. kami ni kan muslimat penakut.. takut tersentuh ngan takut kene gigit juga.. tapi uncle tu macam tau2 je.. terus die halau anjing2 tu.. bukan 2-3 ekor anjing yang duk melilau depan hotel tu.. tapi penuh.. ada dekat 10 ekor.. tak tau laa dorang bela atau anjing jalanan..

Dah booked siap2.. dan di beri kunci bilik.. macam biasa.. kami amik bilik yang ada katil double deluxe.. hotel ni hotel baru gak.. sebab cat baru, simen baru, tiles baru.. bau pun baru.. kebersihan bilik marvelles, bathroom pun besar ( lagi besar dari bathroom hotel kat Midvalley tu.. ampeh hotel kat midvalley).

Keaadan dalam bilik di Hotel Stesen 18.. sangat luas, bersih dan murahhhh lak tu..
Keaadan dalam bilik di Hotel Stesen 18.. sangat luas, bersih dan murahhhh lak tu..
parking area kat hotel..
parking area kat hotel..

 

Malam tu kami takde buat apa2.. baru terasa penat bile badan dah landing atas katil.. Oh.. sebelum tu, kami merayap dekat shopping mall Aeon jusco tu.. saje je.. ada laa yang tersambar cardigan ngan baju sehelai dua.. Pas lenguh melilau, kami pi late dinner.. makan sup panas-panas kasi lega perut yang berkeladak ngan nasik kandaq hahahahah..

ps: bestnyaaa katil tilam tebal nih.. (cuma blanket je tak cukup tebal kui3).. Zzzzzzz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s