Fraser Hill · Gunung Ganang

Fraser Hill-Day 1

Aduhhhh.. lamenye tak menulis cikpress comey nih.. sibuk keje tu sikit je.. sibuk ngan bende lain yang banyaknye.. hehehe

Baru-baru ni comey and the geng ada ikut program hiking di Fraser Hill dan waterrafting di Kuala Kubu Baru. Group bebudak pejabat yang organizekan.. Trip hanyalah 2 hari 1 malam.. Kami bergerak dari tempat berkumpul lepas solat insyak.. dalam tunggu pakcik lambat, bebudak baru nak settle itu ini, dalam kul 11 malam jugak lah baru bas comey bergerak ke Hulu Selangor tu..

Akceli, ini adalah pertama kali comey sampai ke Fraser Hill. Duk dengar-dengar citer je sebelum ni.. Dalam 5 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Masjid Jamek Ar-Rahimah sebelum subuh. Jadi dapatlah kami salin baju hiking dan prepare beg apa yang patut untuk dibawa hiking. Takdelah bawak beg besar gabak tu. Cuma standby poncho, air, makanan ringan & packed lunch je. Barang-barang lain kami tinggalkan dalam bas je..

Dekat simpang masjid tu, ada sebuah kedai makan nama”Restoren Seri Mutiara”. Macam sahur lah jugak pas subuh kami bederet pi kedai akak nih. Kedai bukak pukul 6.30.. tapi kalo nak trip tu ramai peserta, baik korang bincang ngan akak tu beforehand untuk prepare lebihkan masakan ke apa ke.. So, si Memerang selaku ketua ekspidisi dah booked ngan akak kedai tu suh lebihkan mee goreng dan nasi goreng untuk ditapau oleh anak-anak buah beliau buat bekal masa lunch di puncak Fraser Hill tu.

Comey packed nasi goreng pluss sambal tempe. Panas2 lagi.. Owh, lupa nak cakap. Since comey dah tau awal-awal yang kami akan tapau makanan untuk lunch, maka comey dah standby bawak bekas plastik segiempat. Kalo tak, nasik tapau tu samada akan penyet dalam beg dan serentak itu akan mengeluarkan aroma yang affect sebijik beg!.. huuhuu comey tak suke..

Lepas breakfast, kami pun kembali ke bas dan menuju ke bukit Fraser. Dalam perjalanan tu, kami selisih dengan camping site ” Sanctuary Sungai Chilling”. Tapi penangan jalan yang macam ular kene palu tu perghhhhhhh… tingtong terus!

Mabuk + pening + rase cam nak mati = bila nak sampai  nihhhhhh

Ya rabbi… azab nyer.. kalah roller coaster nih..

Kereta 4WD yang swimg kami kiri kanan masa hantar kami naik dan turun kat bukit tu..
Kereta 4WD yang swimg kami kiri kanan masa hantar kami naik dan turun kat bukit tu..
Jumpe papan tanda nih.. kompem korang berada di gate yang betul hehehe
Jumpe papan tanda nih.. kompem korang berada di gate yang betul hehehe
Close up trail ke Pine Tree Hill dan Twin Peak
Close up trail ke Pine Tree Hill dan Twin Peak

Kami berenti di separuh jalan. Ada tempat  berhenti untuk bas since bas kami tak nak naik sampai atas ( reason tak tahu.. samada bas memang takleh naik atau drebar bas tu tak berani nak bawak bas naik..). Kat situ, kami turun dan naik kereta  4WD yang disewa dari KL. Bayangkan 15 orang disumbat dalam 4WD tu.. macam bangla nak kene jual dah hahahaha… Alhamdulillah.. di sebalik ngeri dengan jalan yang berlekuk-liku tu, kami semua selamat sampai ke kawasan gate “Pine Tree Trail” dengan selamatnya tanpa ada yang tercampak keluar ataupun cacat anggota badan.. hehehe

Perjalanan bermula…

Walaupun hampir terbang.. tapi angin dingin yang menyapu wajah membuatkan diri ini terasa puitis sekejap muahahahaha
Walaupun hampir terbang.. tapi angin dingin yang menyapu wajah membuatkan diri ini terasa puitis sekejap muahahahaha

Mula-mula semangat masih membara.. lenguh-lenguh tak terasa mana lagi sebab kebanyak perjalanan sepanjang lebih kurang  3KM pertama adalah menurun bukit. Tangga-tangga yang kejam hakikatnye nampak macam santai dan tidak torture minda ( yer laa.. kome turun tangga.. almost 75 degree pacaknya tau..) Estimate nak sampai di puncak Pine Tree Hill adalah 3 jam pendakian tambah dalam sejam perjalanan naik dan turun dari puncak Twin Peak.

Jumpe pakcik nih kat tengah2 jalan.. sangat gracefully menyeberang jalan kat bukit ni.. ( meremang bulu roma.. geliiiiiii)
Jumpe pakcik nih kat tengah2 jalan.. sangat gracefully menyeberang jalan kat bukit ni.. ( meremang bulu roma.. geliiiiiii)
Nyorok pak abu.. nyorokk cepattt
Nyorok pak abu.. nyorokk cepattt
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk

Menghampiri puncak Pine Tree Hill adalah satu laluan yang dah macam ala-ala wall climbing dah.. dengan bukit batu dah vertical terus pacaknya.  Kami panjat bukit tu dibantu oleh tali yang disediakan dan jugak kawan-kawan yang tak gayat dengan ketinggian. Ada kawan comey tu dah lekat kat tengah-tengah “vertical limit” tu.. chewah… macam dasyat je… hahahaha… tapi bagi orang yang gayat mcm comey huhuhu… jantung bedegup tak duduk diam tau sepanjang merangkak naik ke atas tu.. tapak tangan dah habis merah pegang kat tali tu.. dalam hati.. fuh.. kalo terlepas nih.. silap letak kaki ke.. bukan takat nangka busuk tegolek ni.. boleh pecah beterabur isi nangka dibuatnya… N.G.E.R.I

Lord Of The Ring versi Fraser Hill... tinggi orrr
Lord Of The Ring versi Fraser Hill… tinggi orrr

Alhamdulillah.. semua selamat sampai ke atas puncak.. berkat bantuan kawan-kawan yang memahami dan saling tolong menolong.. kami pun bergambar sakan lah kat puncak tu.. makan packed lunch kami dan kami teruskan perjalanan ke puncak Twin Peak. Oh, nak mention, cuaca kurang sejuk.. jadi tak payahlah bawak sweater ke ape ke.. tak sempat nak sejuk pun since badan panas berasap je manjang. Space kat puncak pun takdelah luas sangat.. nak camping boleh.. tapi watersource takde lah.. tapi sangat dogol kat atas tu.. macam tak secure je kalo nak camping kat puncak. Tu pendapat comey lah..

Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Dari puncak Twin Peak
Dari puncak Twin Peak
Kaki yang super kattang
Kaki yang super kattang
Sejuk.. puas ati.. dan Happy!
Sejuk.. puas ati.. dan Happy!
banyak jumpa batu sempadan antara Selangor dan Pahang kat atas puncak nih
banyak jumpa batu sempadan antara Selangor dan Pahang kat atas puncak nih

Okeh.. sekarang perjalanan pulang nan hazab pun bermula..  awal2 lagi dah turun bukit ala-ala wall climbing.. kene pandai cari tempat kaki nak pijak dan tangan kene cengkam tali atau mana-mana tempat yang  boleh dipegang. Masa nih memang dah heret kaki dah.. Nak-nak bila dah menghampiri 3.5 KM ke pintu gate keluar. Dengan tangga yang sayup-sayup jauh mata memandang, huuhuu.. ada sorang team member ekspidisi ni, riak muka memang epik lah.. bila dia jumpa simpang yang ala-ala mendaki sikit, dia akan hulur kepala pastu dengan muka yang tersangat frust die akan ngadu ” alaaaa.. tangga lagi.. bila nak habis ni…” hehehe.. muka memang “lost soul” terus pluss “ngko jangan banyak cakap, aku dah separuh nyawa lagi ni”..

Beza antara group arnab dan group kura-kura lebih kurang satu jam.. ok lah since takde lah kawan-kawan yang cedera parah tahap mengesot ke apa.. Kami semua bergerak turun ke tempat parking bas dan menuju ke Sanctuary Park Sungai Chiling. Dekat sejam jugak lah perjalanan turun melalui jalan yang ya rabbi.. kepala ngan perut dah macam kat dalam washing machine dah.. mabuk wehhhhhh… dah laa kaki penat bagai nak putus rasanya..

Sampai di camping site, bas dan kenderaan lain takleh masuk, kene tinggal kat luar pagar besar tu. Dengan berbekalkan lampu suluh personal masing-masing sebab haram takde lampu atau pun cahaya kunang-kunang di pintu gate sungai chiling tu ( noted untuk korang jugak hehehe ).. kami pun gotong royong hangkut barang-barang camping untuk group dan juga barang masing-masing. Dengan penat longlai yang memang tak sempat nak surut langsung sebab baru lepas mendaki bukit fraser tu kan.. sedikit mental dan torture lah jugak… jalan tahap hayun kaki dah.. takde perasaan dah masa tu heheheh..

Khemah dah siap setup awal2 oleh geng peralatan. Sebab dah aspect yang kami akan mungkin sampai di camp site lewat malam.. Kami gotong-royong prepare dinner dan bbq. Nak dijadikan cerita, arang untuk kami buat bbq habis kene curi. Tak tahu laa mangkuk mana ntah yang sampai hati tak tinggalkan satu beg pun untuk kami. Satu keje plak bebudak comey terpaksa pi carik arang tu kat kedai. Delay lagi bbq kami. ~~laparrr~~

Tapi alhamdullah.. walaupun semuanya penat dan ada yang injured, tapi masing-masing tak lepas tangan dan hulurkan bantuan apa yang patut. Kami late dinner malam tu.. mee goreng basah+ segala macam seafood ( ada yang digoreng sbb tak sempat nak dibakar )+ ayam perap madu yang terbaekkkkkk hasil perapan kak na hehehe..

Ketung-ketang, tengah malam jugak lah baru kami lena.. walaupun kene kacau ngan bunyik genset…. oh.. lupa nak cite.. camping kami ari tu ada genset wa cakap luuuuuuu…  mane mau carik camping kat campsite tepi sungai yang mengalir air jernih dan sejuk dan ada ikan berenang-renang dan pakai genset.. perghhhhhh.. memang sedikit lawak lah.. bukan sikit lawak sebenarnya.. super lawak. Dah la, kami share camp site tu dengan pengunjung lain.. Deep apologies to them on behalf of my side. Bukan apa, matlamat nak menikmati alam semulajadi tu dah sedikit lari tajuk. Mana tak, dengan bising ngauman enjin genset tu, plus ada bau diesel lagi..tak patut bawak lah.. memang laa suasana jadi gelap, kena pakai lampu headlamp atau lampu gantung yang pakai bateri tu.. well, kalo nak pakai lampu kalimantang, camping pakai chalet ler.. tak yah bertent, ground ngan fly.. yer dak.. hehehe

Pada yang dah di assign duty untuk mengemas, memasak dan bagai2 tu.. dah settle semua, barulah masuk tent perebah badan… owh.. sedapnya baring betulkan uratttt.. memang dah kejung semua betis, paha ngan belakang.. rasa nak suh je sesapa pijak blakang..( tapi takleh pijak belakang yer.. rosak habis saraf2 kat belakang badan kite tu.. )…

Zzz…

Bebelan

Masa oh masaaa…

Pernah tengok tak filem cina tajuk ” Running out of time”.. lakonan Andy Lau.. mesti punye lah.. (lain laah kalo korang dilahirkan dalam generasi twitter ngan instagram.. ).. Comey bukan nak komen pasal movie atau level lakonan diorang pitching lari ke idok.. tapi berkenaan dengan masa.

Kalau bercakap pasal masa.. takde sape yang claim die sentiasa lebih masa.. tk penah lagi laa dlm hidup comey tejumpa org yg keluh kesah dalam hidup die sebab tak tau nak buat apa dalam hidup hari2 sebab masa lebih..

Nak-nak kalau yang ada komitment lain.. lagilah banyak bende nak didividekan..

Sapa kate single banyak masa .. free and easy all the time.. bagi comey orang yang sentiasa tak tau macammana nak habis kan masa adalah seseorang yang pemalas sebenarnya…

Contohnya time weekend.. tak payah nk tunggu musim spring nak buat spring cleaning ( mengigauu ke..? mimpi ler negara kite bermusim2 nih )..kemas rumah, sapu debu, cuci dapur, sental peti sejuk, cuci kereta, kemas almari baju, cuci kasut, lipat baju, susun majalah, buang sampah.. huh! mane cukup nak buat semua ni masa weekend..

Tu tak masuk lagi amik masa gi kenduri owang kawen lah.. kuor jumpe kawan lama lah, tenung kotak bergambar lagi.. janji nak belanja adik kuor makan yogurt beku lagi..

Sapa cakap “saya takde masa laaa nak buat itu ini… banyak kerja”.. banyak laaa cekadak… dah orang lain.. sama la jugak.. bukan hidup macam makhluk asing yang lain dari yang lain..

So moral of the story, kalau anda terkehel dalam sesuatu keadaaan, jangan salahkan masa.. tapi salahkan diri sendiri kerana dimanipulasikan oleh orang yang pandai menggunakan masa.

ps: Bagi orang yang masa harian dihabiskan di pejabat atau tempat kerja.. time weekend adalah hari untuk memanja dan memalas kan diri..

Bagi orang yang masa harian dihabiskan di rumah iaitu seorang housewife.. time weekend adalah hari untuk keluar berjalan-jalan dan ambil angin..

Sangat kontra kan.. itulah kehidupan..