Malaysia

Road to North :D_Day 3

Day 3

Huarghhhhh… malas nye nak bangun.. seronoknye dapat tido walopun memalam ada bunyi senandung irama bergetar daripada anak tekak Sully. Hahaha.. rase nak sumbat mulut sully ngan bantal.. krohhhhh krohhhhh… sangat lena leteww…

Kami packing barang-barang lepas semua nye settle mandi dan solat subuh.. ready to check out lah.. last day kami berempat travel sesame.. lepas hand over kunci bilik, kami pun pergi lah kat tempat parking.. nak load up barang dalam kete..

comey ada cerita kan.. yang hotel Station 18 nih bersebelahan dengan kelab malam aka disko.. jadi, nak dijadikan cerita, lepas kami keluar melilau dan supper semalam, kawasan parking dalam pagar kat hotel tu dah penuh.. terpaksalah park kat hujung bangunan sebelah kelab malam tu.. ada lah selang sepintu je.. Jadi pagi ni, fuh.. berterabur botol arak pecah ada keliling kereta.. ngeri gak.. terus kami inspect kereta tu kot ada kecederaan diluar jangkaan.. manelah tau mangkuk mabuk mane ntah yang tersondol kat kereta ke ape ke.. dah keliling kereta kami tenung, alhamdulillah.. takde kesan eksiden atau calar pun.. cuma si sully lah rajin kutip serpihan kaca-kaca tu dan buang kat longkang…

Kami gi breakfast dulu.. ada bangunan kedai berdekatan dengan petronas.. Kedai Mee Rebus amende ntah.. lupa dah.. tapi signiture dish adalah mee rebus dan pelbagai jenis roti.. Comey amik laa mee rebus tu.. tapi rasanye macam sangat berbeza dengan mee rebus yang biasa comey makan.. lebih kepada rasa rojak campur gitu.. tapi bukan kuah kacang.. semangkuk tu ada telur rebus, jemput goreng, isi ayam dan mee kuning.. huh.. muak gile nak perabih kan satu mangkuk besar tu…

Kemudian kami bergerak menuju ke Batu Gajah untuk melawat tempat bersejarah Kellie’s Castle. Kami drive lebih kurang dalam 20-30 minit dari Station 18, Ipoh. Apa yang boleh dikatakan, bagi yang kaki photographer atau sukakan background ala-ala dinding bangunan runtuh gitu, silalah kesini.. Comey sedikit teruja bila mana lihat bangunan ni dari jauh.. dengan matahari terik dan tegak kat atas kepalanya.. fuh… sampai sepet2 mata dibuatnye…

blok lama istana.. orang cakap tempat ni berhantuuu.. sangat berhantuuuu
blok lama istana.. orang cakap tempat ni berhantuuu.. sangat berhantuuuu
puing runtuhan yang masih lagi utuh berdiri..
puing runtuhan yang masih lagi utuh berdiri..

DSCN2773

merchandise kat kelly castle..
merchandise kat kelly castle..

DSC_4056

mee udang mak jah.. meletopppp.. kat wangsa maju je
mee udang mak jah.. meletopppp.. kat wangsa maju je
terdapat jambatan merentasi sungai di laluan masuk kelly kastle
terdapat jambatan merentasi sungai di laluan masuk kelly kastle

Jadi.. bergambar sakan lah kite yer.. oh.. lupa nak cerita.. kebetulan laa plak. Masa comey and the geng sampai kat castle tu, ada laa sepuak bangsa duk test camera kat situ.. Siap ada model posing-posing.. Masalahnye.. awk bergambar sakan tu kat tempat public.. dah nama tempat public means bukannye awak punye backyard.. jadi, silalah hormati hak dan privasi orang lain juga.. sekali diorang conquer satu ceruk.. nak lintas pun payah.. berkepungg gitu.. pastu wat muka ala2 yang kite nih serabutkan kerja diorang.. tak suke sungguh.. well.. kami nih bukannya jenis kemaruk sangat.. dah spot tu tak available, kami pi carik angle lain.. takde maknanya nak menunggu2 kome siap berposing tu… huh! ( pastu sambung bergambar lagi..heheehe)

Lepas habis berpeluh satu badan, kami pun beransur untuk pulang..last trip kami adalah Menara Jam Condong Teluk Intan. Sebab apesal menara nih jadik condong.. adalah disebabkan factor geology atau faktor masa dan beban. Ye laa.. menara ni asalnye tempat takungan air. Menara nih sama design dengan Menara Pisa di Itali. Sama ke..? Lebih kurang la kot…

gambar lama yang tergantung dalam bangunan menara condong
gambar lama yang tergantung dalam bangunan menara condong
pemandangan bandar Teluk Intan dari dalam bangunan
pemandangan bandar Teluk Intan dari dalam bangunan
Sila abaikan princes yang duk posing tu yer.. l
Sila abaikan princes yang duk posing tu yer.. l

Menara condong adalah tempat terakhir yang kami jelajah sebelum kami pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Masing-masing dah penat berposing sakan. Tengah-tengah panas terik tu, kami sejukkan diri masing-masing dengan order ABC special dekat dengan medan selera sebelah jalan menara condong tu. Boleh tahan laa dengan aiskrim dan sirap yang meleleh2….

Perjalanan balik kami singgah di Kedai mee udang Mak Jah di Wangsa Maju.. ni baru bebetul mee udang! Meletop lahhhhhhh ๐Ÿ™‚ Dibarisi oleh incik udang yang demok-demok dan sangat segar.. senyap kami berempat mengadap mee udang mak jah ni..

20130414_171334

Till then.. adiosssss

Bebelan

Makhluk Asing… DGP

Manusia ni ada macam-macam perangai..
Ada yang supportive, ada yang dengki..
Ada yang low profile, ada yang gedix..
Ada yang ikhlas, ada yang talam dua muka..

Comey dalam sejarah hidup.. terjumpa dengan spesis 3 Serangkai ” DENGKI GEDIX PARASITE”..
Memang makhluk asing dari planet orton yang dibuang daerah sebab perangai memang tak boleh nak tukar dah.. hahahaha ( Moga Allah berikan hidayah kepada mereka-mereka ini )

Sebab apa..?

Dengki dengan kesenangan orang lain..
Dengki dengan kenikmatan hidup orang lain..
Dengki dengan kejayaan orang lain..
Dengki dengan kecantikkkan orang lain..
Dengki dengan kemesraan orang lain..
( dah kalau asyik mencari kesalahan orang lain.. dengki laa tu!)

Bab gedix nih memang takleh blah laaa… plus, perasan jelita.. perghhhhhhhh… sakit mata nooooo… Agaknya kes kurang membaca kot, meh nak share okay, jelita dan cantik adalah sangat subjektif. Pada pendapat comey laa kan.. cantik itu datang luaran dan dalaman.. kalau muka je cantik tapi hati busuk.. oh tidak akan jalan. Kalau orang duk bercakap hal buruk sepanjang masa, bila laa nak datang keberkatan ย hidup. Kan setiap kata-kata yang keluar dari mulut dah lahir dari hati itu merupakan satu doa. Isk isk iskkkkk….

Tang jenis parasite ni, comey sentiasa berdoa agar dijauhkan sahabat-sahabat comey dari perangai buruk nih. Contohnya, merapati dan berkawan dengan seseorang disebabkan pangkat, kuasa atau duit mereka. Apabila tiada lagi pangkat, darjat dan kuasa.. maka mereka ditinggalkan. Takmo kawan dah.. Pastu buruk-burukkan kawan yang pernah menjadi kawan baik sendiri. MasyaAllah.

Berkawan disebabkan ingin mendapat benefit a.k.a parasite lah.

Kadang-kadang comey terasa kesian. Spesis sebegini sangat angkuh umpama kaduk naik junjung dan menongkat langit. Sedangkan, siapa lah mereka ini untuk menilai dan menghukum orang lain. Kebanyakkan yang berkawan dengan spesis begini hanyalah sekadar ingin menjaga air muka sahaja. Tiada terkesan di hati. Sangat kasihan…

Bebelan

Oh tarawikh…

Selamat Berpuasa..

Perkara yang biasa apabila kita menghadapi bulan Ramadhan adalah.. semayang tarawikh dan bazar ramadhan..

Bercakap pasal gi tarawikh ni, comey ada sedikit pengalaman nak share. Bukan apa, bila masuk bulan bertarawikh, akan penuh laa surau-surau dan masjid-masjid dengan umat Islam yang ingin mencari lailatulqadar dan extra pahala.. Mula-mula apabila tok bilal azan masuk waktu solat Insya, makcik-makcik akan bangun solat sunat sebelum Insya dan bebudak duk berbisik-bisik sambung gossip pasal skolah dan kelas..

Masa ni jemaah dah mula ramai.. ada yang isi tempat lompong tengah-tengah saf, ada yang bentang je sejadah kat mana-mana yang diorang suka, ada yang carik port sejuk, ada yang nak duk blakang skali sebab senang nak sandar tepi dinding.. pendek crite macam-macam pesen.

Cuma ada satu yang comey tak berapa berkenan dengan stail makcik-makcik nih.. dah laa bawak sejadah besar gedabak saiz carpet tu.. bila imam dah angkat takbir, sepatutnya sama-sama bergerak dan merapatkan saf. Tapi…., ada segelintir makcik-makcik yang tegar dengan sejadah masing-masing. Tak nak berganjak walaupun dah terputus saf. Tak paham konsep betul laa.. Yang duk bawah kipas tak nak bergerak dah.. takkan laa kita yang muda mudi nih nak tegur makcik-makcik lak.. ( dah la gi surau stahun skali huhuhu.. eden laa tu ). Last-last, berlubang laa barisan solat tu..

Habis bab tarawikh.. masuk bab bazar lak..

Comey perasan.. harga makanan dah semakin mahal dari tahun lepas.. last ย year, comey boleh lagi beli lauk dengan harga RM1.. ( dah makan sorang je.. sikit pun takpelah.. asal tak membazir ).. comey suka beli, yang tu sikit, yang ni sikit.. even portion sikit pun takpe.. lagipun bazar nih takleh dipercayai sangat.. beli banyak-banyak pastu bila makan, macam takde deria perasaan je lauk-lauk yang dibeli tu. Pernah comey beli gulai terung yang dah basi, sup yang macam air paip, kuih yang tak masak.. kalo yang tawar atau terlebih garam tu dah biasa sangat dah..

Tahun ni, harga sambal yang kering tu pun paling minima boleh dibeli dengan harga RM2.. dan portion adalah sama dengan yang tahun lepas.. sikit.. sangattt sikit. Sedih betul…

Ada menteri dalam paper aritu wat kuor statement.. kalau harga ayam naik, solution jangan makan ayam! Comey macam errrrrrrr.. dah tu.. kalau harga umah naik, duk bawah jambatan laaa? Aiyohhhh

Dan ikut pada pemerhatian comey, kurang dah pembeli yang gi bazar membazir.. seriusss.. gamaknya masing-masing pun terasa dengan harga makanan yang melambung-lambung tu.. Lagi satu, bazar sangat berserabut dengan orang ramai yang melampau-lampau.. nak bejalan pun payah, apetah lagi nak membelek2 apa yang berkenan. Gi bazar macam gi perang. Dengan kene langgar kiri kanan blakang depan, wat kurus pahala pose je..

 

Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bertarawikh.. ๐Ÿ™‚

Fraser Hill

Fraser Hill – Day 2

Lama peram episode ke2 waterrafting dan hiking ni.. kerja yang mai melonggok ngan sekolah tak habis2.. huhuhu.. padam kejap niat nak menaip.. tapi since everything dah slowly slowing down.. boleh la korek2 draf lama nih.. ๐Ÿ˜€

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah… dapat bangun pagi tanpa ada masalah tulang yang riuk.. tapi urat murat still keras kejung laa lagi.. terbongkok-bongkok cari selipar subuh2 hari.. mane pergi ntah.. keadaan sekeliling masih sunyi sepi.. ehh.. mana ada sunyi sepi nye.. bising ngan bunyi generator tu ada lahh.. macam motorbot penambang je..

Comey and the geng kene duty masak breakfast. Tapi, jeng jengg jengggg… sebab ada Pak Abu yang tegar memegang senduk dan memeluk kuali, makaa kami lepaskan tanggungjawap memasak pada diorang.. Mane leh lawan cheff.. kene makan ngan senduk kangggg

Menu pagi adalah nasi goreng, keropok keping, telur goreng dadar, sosej goreng, ayam bbq yang dipanaskan balik, dan air teh panas. Sambil2 masak tu, kami makan biskut jagung gula cecah air teh. Dah siap hidang dan makan.. disebabkan agenda untuk waterrafting di Kuala Kubu still lagi lambat, maka comey pun menyembamkan muka ke dalam khemah dan Zzzz….

Dah siap kemas-kemas selepas terkebil-kebil terkejut tido, thanks to Sulli sebab tolong kejutkan, maka kami pun berbondong-bondong bergerak kuluar dari camping site ke 4WD. Angkut barang-barang sekali harung dengan orangnya. Perjalanan daripada campsite ke tempat waterrafting tu lebih kurang 45 minit.. atau lebih cepat.. maybe si memerang bawak kete dengan berhemah since kami macam pendatang tanpa izin tersendat kat belakang 4wd tu.

weeehuuuuuu... best telan angin masa rempit kat belakang 4wd ni.. buncit perut telan angin..
weeehuuuuuu… best telan angin masa rempit kat belakang 4wd ni.. buncit perut telan angin..

 

Eksited wohhhhh… bila sampai kat tempat waterrafting tu. Ada raft, paddle, safety helmet dan jugak life jacket. Masa tu, owner pakej waterrafting tu dak sampai lagi.. tapi disebabkan eksaited, kami pakai semua bende alah tu siap-siap.. dan apa lagi.. berposing sakan larr heheheh

Bile abang Nasir tu sampai ( owner pakej waterrafting tu ).. dia pun explain lah issue safety dan how to conduct a raft. Banyak yang die bebel sebenarnya.. dan sesungguhnya, teori adalah sangat tidak praktikal semasa dalam raft.. praktikal terus baru paham dan tahu camne nak react bile dah ada dalam air plus tangan pegang pedal (personal opinion…)

Tempat starting untuk waterrafting. Kene turun bawah sket tapi takde laa jauh mana pun dari tebing tepi jalan tu
Tempat starting untuk waterrafting. Kene turun bawah sket tapi takde laa jauh mana pun dari tebing tepi jalan tu
Pilih-pilih.. mana yang bekenan.. life savior masa waterrafting
Pilih-pilih.. mana yang bekenan.. life savior masa waterrafting
Tak takut ilang ke barang-barang nih.. cantekkk je layout tepi jalan. Takde orang jaga lak tu. Kami apa lagi.. posing sakan lar
Tak takut ilang ke barang-barang nih.. cantekkk je layout tepi jalan. Takde orang jaga lak tu. Kami apa lagi.. posing sakan lar

 

White waterrafting ni sangat exiting.. mau nye tak.. comey melalui jeram dan air sungai yang deras… even pandai berenang pun, comey tak rasa boleh berenang andai korang jatuh dalam sungai tu.. bak kata guide tu, kalau dah terjatuh, sendal kaki dan jaga tangan serta kepala. Kaki boleh tendang atau kuis batu batu yang besar tu daripada terhempuk kita. Tangan lak imbang badan agar boleh “menggulingkan” diri ke tepi atau kalau dah blur sangat.. layan je sungai tu sampai kat bawah dan insyaAllah akan ada guide akan rescue korang.

tu dieeeee... penat weh pasang telinga nak dengar apa yang encik guide tu instruct masa kelam kabut tu.. ngeri tengok air pusar lagi
tu dieeeee… penat weh pasang telinga nak dengar apa yang encik guide tu instruct masa kelam kabut tu.. ngeri tengok air pusar lagi
yiiiihaaaa.... telan air!! Best nih.. free style
yiiiihaaaa…. telan air!! Best nih.. free style
Terbaik laa face impression masing-masing.. bot kawan comey nih memang jinx laa.. every corner dan jeram yang diorang jumpe kompem terbalik.. dengan ekstrimnya hahahaha
Terbaik laa face impression masing-masing.. bot kawan comey nih memang jinx laa.. every corner dan jeram yang diorang jumpe kompem terbalik.. dengan ekstrimnya hahahaha
Last corner rapids.. masa nih, guide every boat akan cuba lingkupkan ahli dalam boat.. last experience katanya.. pfft :P
Last corner rapids.. masa nih, guide every boat akan cuba lingkupkan ahli dalam boat.. last experience katanya.. pfft ๐Ÿ˜›

 

Trip adalah lebih kurang 2-2.30 jam. Dah habis course jeram, kami lunch dekat Kem Pupuk Semangat ย di hilir sungai tu. Badan tengah penat-penat dan basah kuyup, dapat minum air oren ais adalah sangat nikmat hehehehe… Masa kami makan tu, macam-macam series laa kuor recall balik pengalaman sorang-sorang masa aktiviti tadi.. semua walaupun penat tapi very the happy ending.. Tak rugilah bayar RM180 sorang semata-mata nak join aktiviti waterrafting.. Seriesly.. berbaloi-baloi.. sangat worth it. Simpan duit sampai berbunga bebakul kalau hati kosong.. takde maknanya… Bak kata emak comey : Duit takde boleh cari.. kebahagian…pricelesss… ๐Ÿ˜€

Next time, InsyaAllah akan pergi lagi kalau ada rezeki lebih..

Checklist untuk korang kalau berminat :

  1. Booking awal-awal dengan service provider.. kautim dengan packed lunch terus..
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian. Sebaik-baiknya pakailah yang berlengan panjang baik lelaki maupun perempuan.. bukan apa… panas weh.. boleh rentung dibuatnya.. start waterrafting around 10.00 – 10.30 pagi camtu. Pastu akan hanyut dalam raft tu selama 2 jam sehingga 3 jam gitu.. ikan kering~~~~~~~
  3. Bawaklah camera waterproof.. boleh kasi kat guide boat dan diorang boleh acting as ย a cameraman. Rugi wooo.. best moment mane leh tak capture.
  4. Boleh pakai kasut sukan biasa ataupun sandal… jangan pakai selipar bodo tu sebab pastinya akan hanyut.. sure!
  5. Kalau tercampak dari boat, jangan tahan tangan atau badan. Lepaskan dan guide akan selamatkan orang hanyut. InsyaAllah..takkan lemas nye (melainkan jikalau sudah ajal..)
  6. Barang kemas (bagi orang perempuan..) boleh je nak pakai.. tapi kalau hilang, takyah nak kepoh2 bising ke hape.. redha dan mintak halal ajaa..
  7. Makan pagi kenyang-kenyang dulu.. sebab akan pakai tenaga yang sangat banyak.. plus jerit-jerit bagai nak gabak..
  8. Paddle, safety helmet & life jacket akan di provide oleh penganjur.
  9. Level kedasyatan: 4
  10. Scary but extremely exiting.

Tu je yang comey boleh describe pasal waterrafting. Dun worry laa telan air sungai atau tangan tergesel batu sungai atau kaki terpeleot dalam bot masa bot terjun jeram.. hehehehe… di sebabkan level adrenalin sangat tinggi masa aktiviti tu, insyaAllah takde rasa sakit-sakit masa tu.. malammm tu baru terasa sakit-sakit urat hahahahaha… ( tapi takleh ngadu since sendiri carik pasal kann ๐Ÿ˜€ )

 

-Peace-