Fraser Hill

Fraser Hill – Day 2

Lama peram episode ke2 waterrafting dan hiking ni.. kerja yang mai melonggok ngan sekolah tak habis2.. huhuhu.. padam kejap niat nak menaip.. tapi since everything dah slowly slowing down.. boleh la korek2 draf lama nih.. 😀

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah… dapat bangun pagi tanpa ada masalah tulang yang riuk.. tapi urat murat still keras kejung laa lagi.. terbongkok-bongkok cari selipar subuh2 hari.. mane pergi ntah.. keadaan sekeliling masih sunyi sepi.. ehh.. mana ada sunyi sepi nye.. bising ngan bunyi generator tu ada lahh.. macam motorbot penambang je..

Comey and the geng kene duty masak breakfast. Tapi, jeng jengg jengggg… sebab ada Pak Abu yang tegar memegang senduk dan memeluk kuali, makaa kami lepaskan tanggungjawap memasak pada diorang.. Mane leh lawan cheff.. kene makan ngan senduk kangggg

Menu pagi adalah nasi goreng, keropok keping, telur goreng dadar, sosej goreng, ayam bbq yang dipanaskan balik, dan air teh panas. Sambil2 masak tu, kami makan biskut jagung gula cecah air teh. Dah siap hidang dan makan.. disebabkan agenda untuk waterrafting di Kuala Kubu still lagi lambat, maka comey pun menyembamkan muka ke dalam khemah dan Zzzz….

Dah siap kemas-kemas selepas terkebil-kebil terkejut tido, thanks to Sulli sebab tolong kejutkan, maka kami pun berbondong-bondong bergerak kuluar dari camping site ke 4WD. Angkut barang-barang sekali harung dengan orangnya. Perjalanan daripada campsite ke tempat waterrafting tu lebih kurang 45 minit.. atau lebih cepat.. maybe si memerang bawak kete dengan berhemah since kami macam pendatang tanpa izin tersendat kat belakang 4wd tu.

weeehuuuuuu... best telan angin masa rempit kat belakang 4wd ni.. buncit perut telan angin..
weeehuuuuuu… best telan angin masa rempit kat belakang 4wd ni.. buncit perut telan angin..

 

Eksited wohhhhh… bila sampai kat tempat waterrafting tu. Ada raft, paddle, safety helmet dan jugak life jacket. Masa tu, owner pakej waterrafting tu dak sampai lagi.. tapi disebabkan eksaited, kami pakai semua bende alah tu siap-siap.. dan apa lagi.. berposing sakan larr heheheh

Bile abang Nasir tu sampai ( owner pakej waterrafting tu ).. dia pun explain lah issue safety dan how to conduct a raft. Banyak yang die bebel sebenarnya.. dan sesungguhnya, teori adalah sangat tidak praktikal semasa dalam raft.. praktikal terus baru paham dan tahu camne nak react bile dah ada dalam air plus tangan pegang pedal (personal opinion…)

Tempat starting untuk waterrafting. Kene turun bawah sket tapi takde laa jauh mana pun dari tebing tepi jalan tu
Tempat starting untuk waterrafting. Kene turun bawah sket tapi takde laa jauh mana pun dari tebing tepi jalan tu
Pilih-pilih.. mana yang bekenan.. life savior masa waterrafting
Pilih-pilih.. mana yang bekenan.. life savior masa waterrafting
Tak takut ilang ke barang-barang nih.. cantekkk je layout tepi jalan. Takde orang jaga lak tu. Kami apa lagi.. posing sakan lar
Tak takut ilang ke barang-barang nih.. cantekkk je layout tepi jalan. Takde orang jaga lak tu. Kami apa lagi.. posing sakan lar

 

White waterrafting ni sangat exiting.. mau nye tak.. comey melalui jeram dan air sungai yang deras… even pandai berenang pun, comey tak rasa boleh berenang andai korang jatuh dalam sungai tu.. bak kata guide tu, kalau dah terjatuh, sendal kaki dan jaga tangan serta kepala. Kaki boleh tendang atau kuis batu batu yang besar tu daripada terhempuk kita. Tangan lak imbang badan agar boleh “menggulingkan” diri ke tepi atau kalau dah blur sangat.. layan je sungai tu sampai kat bawah dan insyaAllah akan ada guide akan rescue korang.

tu dieeeee... penat weh pasang telinga nak dengar apa yang encik guide tu instruct masa kelam kabut tu.. ngeri tengok air pusar lagi
tu dieeeee… penat weh pasang telinga nak dengar apa yang encik guide tu instruct masa kelam kabut tu.. ngeri tengok air pusar lagi
yiiiihaaaa.... telan air!! Best nih.. free style
yiiiihaaaa…. telan air!! Best nih.. free style
Terbaik laa face impression masing-masing.. bot kawan comey nih memang jinx laa.. every corner dan jeram yang diorang jumpe kompem terbalik.. dengan ekstrimnya hahahaha
Terbaik laa face impression masing-masing.. bot kawan comey nih memang jinx laa.. every corner dan jeram yang diorang jumpe kompem terbalik.. dengan ekstrimnya hahahaha
Last corner rapids.. masa nih, guide every boat akan cuba lingkupkan ahli dalam boat.. last experience katanya.. pfft :P
Last corner rapids.. masa nih, guide every boat akan cuba lingkupkan ahli dalam boat.. last experience katanya.. pfft 😛

 

Trip adalah lebih kurang 2-2.30 jam. Dah habis course jeram, kami lunch dekat Kem Pupuk Semangat  di hilir sungai tu. Badan tengah penat-penat dan basah kuyup, dapat minum air oren ais adalah sangat nikmat hehehehe… Masa kami makan tu, macam-macam series laa kuor recall balik pengalaman sorang-sorang masa aktiviti tadi.. semua walaupun penat tapi very the happy ending.. Tak rugilah bayar RM180 sorang semata-mata nak join aktiviti waterrafting.. Seriesly.. berbaloi-baloi.. sangat worth it. Simpan duit sampai berbunga bebakul kalau hati kosong.. takde maknanya… Bak kata emak comey : Duit takde boleh cari.. kebahagian…pricelesss… 😀

Next time, InsyaAllah akan pergi lagi kalau ada rezeki lebih..

Checklist untuk korang kalau berminat :

  1. Booking awal-awal dengan service provider.. kautim dengan packed lunch terus..
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian. Sebaik-baiknya pakailah yang berlengan panjang baik lelaki maupun perempuan.. bukan apa… panas weh.. boleh rentung dibuatnya.. start waterrafting around 10.00 – 10.30 pagi camtu. Pastu akan hanyut dalam raft tu selama 2 jam sehingga 3 jam gitu.. ikan kering~~~~~~~
  3. Bawaklah camera waterproof.. boleh kasi kat guide boat dan diorang boleh acting as  a cameraman. Rugi wooo.. best moment mane leh tak capture.
  4. Boleh pakai kasut sukan biasa ataupun sandal… jangan pakai selipar bodo tu sebab pastinya akan hanyut.. sure!
  5. Kalau tercampak dari boat, jangan tahan tangan atau badan. Lepaskan dan guide akan selamatkan orang hanyut. InsyaAllah..takkan lemas nye (melainkan jikalau sudah ajal..)
  6. Barang kemas (bagi orang perempuan..) boleh je nak pakai.. tapi kalau hilang, takyah nak kepoh2 bising ke hape.. redha dan mintak halal ajaa..
  7. Makan pagi kenyang-kenyang dulu.. sebab akan pakai tenaga yang sangat banyak.. plus jerit-jerit bagai nak gabak..
  8. Paddle, safety helmet & life jacket akan di provide oleh penganjur.
  9. Level kedasyatan: 4
  10. Scary but extremely exiting.

Tu je yang comey boleh describe pasal waterrafting. Dun worry laa telan air sungai atau tangan tergesel batu sungai atau kaki terpeleot dalam bot masa bot terjun jeram.. hehehehe… di sebabkan level adrenalin sangat tinggi masa aktiviti tu, insyaAllah takde rasa sakit-sakit masa tu.. malammm tu baru terasa sakit-sakit urat hahahahaha… ( tapi takleh ngadu since sendiri carik pasal kann 😀 )

 

-Peace-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s