Bebelan

Oh tarawikh…

Selamat Berpuasa..

Perkara yang biasa apabila kita menghadapi bulan Ramadhan adalah.. semayang tarawikh dan bazar ramadhan..

Bercakap pasal gi tarawikh ni, comey ada sedikit pengalaman nak share. Bukan apa, bila masuk bulan bertarawikh, akan penuh laa surau-surau dan masjid-masjid dengan umat Islam yang ingin mencari lailatulqadar dan extra pahala.. Mula-mula apabila tok bilal azan masuk waktu solat Insya, makcik-makcik akan bangun solat sunat sebelum Insya dan bebudak duk berbisik-bisik sambung gossip pasal skolah dan kelas..

Masa ni jemaah dah mula ramai.. ada yang isi tempat lompong tengah-tengah saf, ada yang bentang je sejadah kat mana-mana yang diorang suka, ada yang carik port sejuk, ada yang nak duk blakang skali sebab senang nak sandar tepi dinding.. pendek crite macam-macam pesen.

Cuma ada satu yang comey tak berapa berkenan dengan stail makcik-makcik nih.. dah laa bawak sejadah besar gedabak saiz carpet tu.. bila imam dah angkat takbir, sepatutnya sama-sama bergerak dan merapatkan saf. Tapi…., ada segelintir makcik-makcik yang tegar dengan sejadah masing-masing. Tak nak berganjak walaupun dah terputus saf. Tak paham konsep betul laa.. Yang duk bawah kipas tak nak bergerak dah.. takkan laa kita yang muda mudi nih nak tegur makcik-makcik lak.. ( dah la gi surau stahun skali huhuhu.. eden laa tu ). Last-last, berlubang laa barisan solat tu..

Habis bab tarawikh.. masuk bab bazar lak..

Comey perasan.. harga makanan dah semakin mahal dari tahun lepas.. last  year, comey boleh lagi beli lauk dengan harga RM1.. ( dah makan sorang je.. sikit pun takpelah.. asal tak membazir ).. comey suka beli, yang tu sikit, yang ni sikit.. even portion sikit pun takpe.. lagipun bazar nih takleh dipercayai sangat.. beli banyak-banyak pastu bila makan, macam takde deria perasaan je lauk-lauk yang dibeli tu. Pernah comey beli gulai terung yang dah basi, sup yang macam air paip, kuih yang tak masak.. kalo yang tawar atau terlebih garam tu dah biasa sangat dah..

Tahun ni, harga sambal yang kering tu pun paling minima boleh dibeli dengan harga RM2.. dan portion adalah sama dengan yang tahun lepas.. sikit.. sangattt sikit. Sedih betul…

Ada menteri dalam paper aritu wat kuor statement.. kalau harga ayam naik, solution jangan makan ayam! Comey macam errrrrrrr.. dah tu.. kalau harga umah naik, duk bawah jambatan laaa? Aiyohhhh

Dan ikut pada pemerhatian comey, kurang dah pembeli yang gi bazar membazir.. seriusss.. gamaknya masing-masing pun terasa dengan harga makanan yang melambung-lambung tu.. Lagi satu, bazar sangat berserabut dengan orang ramai yang melampau-lampau.. nak bejalan pun payah, apetah lagi nak membelek2 apa yang berkenan. Gi bazar macam gi perang. Dengan kene langgar kiri kanan blakang depan, wat kurus pahala pose je..

 

Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bertarawikh.. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s