Bebelan

Makhluk Asing… DGP

Manusia ni ada macam-macam perangai..
Ada yang supportive, ada yang dengki..
Ada yang low profile, ada yang gedix..
Ada yang ikhlas, ada yang talam dua muka..

Comey dalam sejarah hidup.. terjumpa dengan spesis 3 Serangkai ” DENGKI GEDIX PARASITE”..
Memang makhluk asing dari planet orton yang dibuang daerah sebab perangai memang tak boleh nak tukar dah.. hahahaha ( Moga Allah berikan hidayah kepada mereka-mereka ini )

Sebab apa..?

Dengki dengan kesenangan orang lain..
Dengki dengan kenikmatan hidup orang lain..
Dengki dengan kejayaan orang lain..
Dengki dengan kecantikkkan orang lain..
Dengki dengan kemesraan orang lain..
( dah kalau asyik mencari kesalahan orang lain.. dengki laa tu!)

Bab gedix nih memang takleh blah laaa… plus, perasan jelita.. perghhhhhhhh… sakit mata nooooo… Agaknya kes kurang membaca kot, meh nak share okay, jelita dan cantik adalah sangat subjektif. Pada pendapat comey laa kan.. cantik itu datang luaran dan dalaman.. kalau muka je cantik tapi hati busuk.. oh tidak akan jalan. Kalau orang duk bercakap hal buruk sepanjang masa, bila laa nak datang keberkatan  hidup. Kan setiap kata-kata yang keluar dari mulut dah lahir dari hati itu merupakan satu doa. Isk isk iskkkkk….

Tang jenis parasite ni, comey sentiasa berdoa agar dijauhkan sahabat-sahabat comey dari perangai buruk nih. Contohnya, merapati dan berkawan dengan seseorang disebabkan pangkat, kuasa atau duit mereka. Apabila tiada lagi pangkat, darjat dan kuasa.. maka mereka ditinggalkan. Takmo kawan dah.. Pastu buruk-burukkan kawan yang pernah menjadi kawan baik sendiri. MasyaAllah.

Berkawan disebabkan ingin mendapat benefit a.k.a parasite lah.

Kadang-kadang comey terasa kesian. Spesis sebegini sangat angkuh umpama kaduk naik junjung dan menongkat langit. Sedangkan, siapa lah mereka ini untuk menilai dan menghukum orang lain. Kebanyakkan yang berkawan dengan spesis begini hanyalah sekadar ingin menjaga air muka sahaja. Tiada terkesan di hati. Sangat kasihan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s