Apa-apa saje lah · China

Pre-journey

 

Tiket comei dah booked pada bulan May 2013. Tak sure akan ada tiket yang lagi murah, comei dan sulli bantai blasah beli tiket promosi MAS dan AA. ( oh promo.. kerana dikau lah daku bergerak ke hadapan tanpa kesakitan dan kepayahan yang ekstrim hehehe )

Lepas kad kredit masing-masing cedera parah akibat pertempuran semasa payment process, maka kami berdua sah! akan travel ke “merantaulah sampai ke Negara China”. Yippieee..  Dapat tarikh super cantik gabungan cuti Raya Aidiladha.. errr… matilah kene tutuh ngan mak bapak lepas nie.. masa beli tiket takde pikiaq masalah kalau tak balik raya… Nih lagi 3 minggu nak gi, tak inform apa2 lagi. Ngeri la plak.

Okeh.. check list yang utama :

  1. Itenary si sulli dah susun baikk punye. Mantap bab-bab organize itinerary. You the best laa sulli.. sayangggggggg unni
  2. Hotel pun dah booked semua. Pakai encik agoda. Sonang dan reliable.
  3. Visa dah settle. Comei pakai agent je. Isi borang siap-siap, pastu kepilkan salinan booking hotel dan tiket flight, bayar service fee dan settle. Seminggu lepas kejadian boleh mai collect passport.
  4. Train booking ticket tengah tunggu si Helen dari China DIY Travel. Sangat di recommended sebab setakat yang comei survey, charge diorang adalah yang paling munasabah berbanding agent lain. Nak booked sendiri pun boleh, tapi takut takde tiket yang available since kaunter tiket keretapi dibuka 20 hari lebih awal daripada tarikh perjalanan. Kaedahnya adalah si Helen dan partner die akan tolong booked kan tiket keretapi untuk kita base on details yang kita submit kat diorang. Lepas dah confirm tiket dah dibeli, diorang akan charge harga tiket berserta 10 AUD untuk setiap tiket sebagai charge perkhidmatan. 10 AUD memang macam mahal kalau di convertkan ikut RM, tapi still murah berbanding agent dari China sendiri. Dan tiket boleh dicollect di kaunter tiket kat airport Beijing.
  5. Cuti~~~ errr.. belum apply lagi. Tapi insyaAllah akan lepas. Sebab tahun ni sangat sikit spent cuti. Yoohooooo
  6. Traveller adapter dah beli. Siap beli yang ada USB plug lagi, senang nak charge powerbank gak.

Bulan 10 adalah musim peralihan daripada autumn kepada winter. Walaupun dalam travelguide china tak berapa di sarankan pergi china time tu sebab diorang banyak holiday dan cuti-cuti besar. Nak elakkan crowd dan high rate expenses. Tapi comey manage pergi pada minggu ke 3 dengan harapan crowd dah surut.

Tak sabar menunggu tarikh travel kami ^^..

Kumpul duit dan kurangkan lemak dalam badan. Kuatkan mental dan yang paling penting, kuatkan kaki dan jaga kesihatan badan dengan baik. 🙂

jalan-jalan

Air terjun Sungai Pandan, Kuantan.

 

Comei and the fellowship of the camping geng ( hahahahaha) decide nak habiskan weekend kami dengan berkelah di air terjun Sungai Pandan di daerah Kuantan Pahang.

Ceritanya, si hesei lah yang dah meroyan berbulan-bulan nak berkhemah dan bbq, tapi takde masa luang. Payah betul nak berkumpul ramai-ramai. Yer laa, masing-masing punye jadual packed gile. Bersusun program dan aktiviti.

Kami bertolak dari pejabat pukul 5.30 petang. Konon2nya, perjalanan gedebuk-gedebak akan ambil masa lebih kurang satu jam atau satu jam setengah je nak sampai ke destinasi. Tapi nak dijadikan cerita, kami dikejutkan dengan gerombolan kenderaan yang bersesak-sesak time nak balik tu, disebabkan ada roadblock  atas jalan. Perghhhh… kat sejam jugaklah comei tersangkut kat jem tu. Berdebar sudah sebab jam dan lepas pukul 6 lebih.. dan kami tak gerak ke destinasi lagi..

Ohh.. lupe nak crite. Si hesei sepatutnya gerak lagi awal sebab die dah di assign untuk survey tempat dan pasang tent kat tempat yang best la… tapi haru jugak.. ngan die2 skali lekat kat jem. ^^~~~~

Tiba-tiba tepon berdering.. oh.. si hesei called.. apehal laa plak mamat nih.. Ingatkan nak update yang die dah settle part die.. tapi sadisnya ayat pertama yang kuor dari mulut die adalah ” camne nak masukkkk.. pintu pagar berkunci nih! “.. duhhhhhh

Serabut time tu gak. Comey and the geng suh die ikhtiar panjat pagar dan pi carik someone kat dalam. Mesti ada lagi tu… dan Alhamdulillah, berkat terjah lompat pagar, ada laa penjaga yang still stayback kat dalam tu. Tekujat pakcik tu tengok si hesei hahahha.. siap Tanya lagi macammana dapat masuk… bak kata pepapah ” Usaha itu memang tangga kejayaan hahahaha”

Oh.. satu lagi kejadian kelakar. Udah ler si saky pakai baju kurung masa pi camping tu, ayu giler hahaha.. kami plan nak masak spageti olio special buat dinner. Tapi terlupa nak amik mee yang dah rebus tu kat dalam peti ais. Nasib baik cepat tersedar, Tu pun kes si sulli yg tanya. Kalau tak, makan meggi olio laa jawapnya malam tu.

Sebelum masuk ke kawasan air terjun sungai pandan tu, kami berhenti kat Balai Polis Jaya Gading, tinggalkan maklumat diri dan nombor telefon. Errr.. memang gitu kaedahnya kalau nak pi hiking ke camping ke.. atau mana-mana tempat yang ada kaitan dengan pejabat perhutanan dan yang sewaktu dengannya.

Sempat lagi akak polis tu buat lawak tekehel.

“awat laaaa angpa pi malam Jumaat, pi laa waktu tak jumaat. Tak ngeri ka..?” ~~~~kami muka frozen. Err.. hesei sorang-sorang tunggu kami kat hutan tu.. dan sekarang dah kul 8 malam. Huhuhu

Gedebuk gedebak, akhirnya kami sampai laa kat kawasan camping. Seriesly takde sorang pun manusia kat hutan lipur tu kecuali kami berempat. Cuak. Fly dan ground dah siap pasang cantik-cantik tak jauh dari tebing sungai tu. Senang nak ambik air ke ape. Bulan pun sangat cantik. Terang benderang. Tak yah pakai headlamp pun. Suasana macam waktu remang senja gitu.

Perut lapar macam beruang dah. Tak sabra-sabra setup tempat bbq, tabur arang dan tu diaaaaaa.. menu utama adalah kambing tandoori, ayam tandoori madu, sosej, berger, crabstick dan spaghetti olio yang kekurangan udang dan seafood lain hahahaha…

Kami dikenakan yuran masuk sebanyak RM 8 untuk setiap orang bagi aktiviti berkhemah dan untuk single stay dikenakan yuran sebanyak RM 2. Duit tahanan sebanyak RM 50 juga perlu disediakan andai kebersihan tidak memuaskan, maka burn lah duit tahanan tu. Tapi dun worry, kat sana sangat banyak plastic sampah hitam yang besar-besar. So, takde lah korang membuang sampah merata-rata tempat.

Overall, tempat berkhemah sangat memuaskan. Air sungai dan kawasan sekitar sangat bersih. Kalau perempuan nak salin baju pun, tempat untuk bersalin  ada disediakan. Toilet sangat bersih dan wangi. Tiada peralatan yang rosak dan tak ngeri langsung even hutan keliling tebal. Kawasan masuk adalah berpagar dan berkunci. So takkan ada lah mat-mat rempit datang bertenet dan buat benda-benda tak senonoh kat tempat awam. Nak best, silalah datang pada hari yang takde cuti umum dan cuti sekolah. Sunyi dan aman damai… sejuk mental dengar deruan ari terjun yang turun hehehe…

Gambar tak banyak sangat since malam-malam kamera kurang nak jelas dan tangan lagi sibuk nak pegang ayam panggang ngan kambing hahahaha…

image

image

image

Apa-apa saje lah

Mencari… damai yang hilang

 

 

Masa remaja-remajus dulu lagu ni sentiasa terpahat di pinggir hati..

“Tercalar pelangi dihiris gerimis

senjapun merangkak menutup mentari

Terbias warnanya ke wajah”

Bila jiwa sudah hilang damainya…

Pabila jiwa tiada ketenangan… sentiasa gundah gulana.. bagaikan ada sesuatu yang mengekang mental dan pemikiran dari bebas daripada perasaan ini…

Ubatnya, hanya kembali kepada-Nya..

Doa dan sentiasa berdoa..

Bersihkan hati dari perasaan dengki, cemburu, tidak puas hati..

Ajal, maut , rezeki dan jodoh adalah suratan Ilahi..

Siapakah kita untuk mempersoalkan perjalanan ketetapan-Nya..

Berdoalah.. dan berzikir lah…

Bebelan

Oh internet banking..

 

Baguss… bravo untuk comei…

 
Niat awal tahun bukan main lagi.. at least nak update catatan seminggu skali.. ampeh.. kat 2 bulan terus tinggal bersawang hahahaha…

Kelas comei dah start balik minggu depan.. holiday ngan honeymoon selama sebulan akhirnya berakhir.. perghhh ayat hehehe..

Kerja macam biasa.. normal.. cuma kadang-kadang diserabutkan oleh orang yang bekerja.. bukan kerja itu sendiri yang serabut..

Oh.. pertengahan tahun hingga ke skarang, comei banyak terkehel ngan online banking. Bab shopping online tu memang takleh nak kata apa2 dah.. tapi yang bab-bab series macam pembayaran LHDN dan e-Etiqa, banyak makan duit comei tahun nie..

LHDN kene buat bayaran balik sebab kesilapan taksiran.. mane silap ntah.. tapi dah malas nak korek3.. bayar je laa… kan MALAYSIA ADALAH NEGARAKU TERCHENTAAAAAAA…. bayar cukai banyak2 untuk bagi menteri-menteri yang duk dalam cabinet almari tu dapat segala elaun mak nenek. Kannnnnnnnn.. Tapi yang comei cuak, kate e-bayaran.. tapi try 2-3 kali sangkut.. E-Note ada, tapi sape laaaaaa yang design user manual tu.. tak membantu langsung.. stakat print-screen pastu tempek ayat sebijik sejebon kat situ.. isk… FAQ untuk user manual pun takde.. failed.

Satu lagi nak hangin.. internet banking Bank Islam. Comei seboleh-bolehnya nak gunakan semua fasiliti yang bank Islam offer dan cuba support perkhidmatan yang diorang sediakan. Tapi gak, system perbankan bank Islam online sentiasa hang, nombor TAC lambat macam siput vavi nak appear kat telephone, kadang-kadang screen akan offline sbb tunggu TAC yang lembab cam hampeh. Comei terkena apabila comey buat pembayaran untuk renew insurance takaful Maybank. Comei transfer laa duit dari Bank Islam sbb masa tu account lain tengah kering kontang. Dan option bank untuk etiqa tak banyak. Ntah macam mana silap, mula-mula cakap unsuccessful, comey pun buat skali lagi.. bila check balance, dua kali transaction kene deduct. Satu keje plak nak mintak agent insurance etiqa tu revert back duit dalam account.

Stakat hari ni, dah sebulan lebih comei menunggu duit revert tu. Dah 3 kali buat complaint, dah jawapan adalah, “Puan diharap bersabar, duit akan dimasukkan dalam masa 1 minggu dari tarikh aduan”. Tak tahu laa 1 minggu diorang bersamaan 3 minggu kot. Duk kat Negara lain gamaknya… Dduhh..

So, Bank Islam banking. Sori naik lori.. comei dah serik. Comei pakai untuk menabung tabung haji je. Yang reliable hanyalah Maybank2u dan Affinbank selama2nya… walaupun interface affinbank macam cikai je.. tapi reliable. Tu penting. Transaction pantas dan takde bugging.

Nak tepon skali lagi puak2 etiqa nih.. tak beretika sungguh, Mane boleh bagi client menunggu bukan main lama lagi. Kalo terkurang bayar gamaknya, hari2 laaa ngko pakat duk panaskan line tepon. Bile terlebih bayar, wat dekkkk je..

Carut kangg…

( Astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmm… istighfar comei.. istighfar….. sabarrr )