Bebelan

Oh internet banking..

 

Baguss… bravo untuk comei…

 
Niat awal tahun bukan main lagi.. at least nak update catatan seminggu skali.. ampeh.. kat 2 bulan terus tinggal bersawang hahahaha…

Kelas comei dah start balik minggu depan.. holiday ngan honeymoon selama sebulan akhirnya berakhir.. perghhh ayat hehehe..

Kerja macam biasa.. normal.. cuma kadang-kadang diserabutkan oleh orang yang bekerja.. bukan kerja itu sendiri yang serabut..

Oh.. pertengahan tahun hingga ke skarang, comei banyak terkehel ngan online banking. Bab shopping online tu memang takleh nak kata apa2 dah.. tapi yang bab-bab series macam pembayaran LHDN dan e-Etiqa, banyak makan duit comei tahun nie..

LHDN kene buat bayaran balik sebab kesilapan taksiran.. mane silap ntah.. tapi dah malas nak korek3.. bayar je laa… kan MALAYSIA ADALAH NEGARAKU TERCHENTAAAAAAA…. bayar cukai banyak2 untuk bagi menteri-menteri yang duk dalam cabinet almari tu dapat segala elaun mak nenek. Kannnnnnnnn.. Tapi yang comei cuak, kate e-bayaran.. tapi try 2-3 kali sangkut.. E-Note ada, tapi sape laaaaaa yang design user manual tu.. tak membantu langsung.. stakat print-screen pastu tempek ayat sebijik sejebon kat situ.. isk… FAQ untuk user manual pun takde.. failed.

Satu lagi nak hangin.. internet banking Bank Islam. Comei seboleh-bolehnya nak gunakan semua fasiliti yang bank Islam offer dan cuba support perkhidmatan yang diorang sediakan. Tapi gak, system perbankan bank Islam online sentiasa hang, nombor TAC lambat macam siput vavi nak appear kat telephone, kadang-kadang screen akan offline sbb tunggu TAC yang lembab cam hampeh. Comei terkena apabila comey buat pembayaran untuk renew insurance takaful Maybank. Comei transfer laa duit dari Bank Islam sbb masa tu account lain tengah kering kontang. Dan option bank untuk etiqa tak banyak. Ntah macam mana silap, mula-mula cakap unsuccessful, comey pun buat skali lagi.. bila check balance, dua kali transaction kene deduct. Satu keje plak nak mintak agent insurance etiqa tu revert back duit dalam account.

Stakat hari ni, dah sebulan lebih comei menunggu duit revert tu. Dah 3 kali buat complaint, dah jawapan adalah, “Puan diharap bersabar, duit akan dimasukkan dalam masa 1 minggu dari tarikh aduan”. Tak tahu laa 1 minggu diorang bersamaan 3 minggu kot. Duk kat Negara lain gamaknya… Dduhh..

So, Bank Islam banking. Sori naik lori.. comei dah serik. Comei pakai untuk menabung tabung haji je. Yang reliable hanyalah Maybank2u dan Affinbank selama2nya… walaupun interface affinbank macam cikai je.. tapi reliable. Tu penting. Transaction pantas dan takde bugging.

Nak tepon skali lagi puak2 etiqa nih.. tak beretika sungguh, Mane boleh bagi client menunggu bukan main lama lagi. Kalo terkurang bayar gamaknya, hari2 laaa ngko pakat duk panaskan line tepon. Bile terlebih bayar, wat dekkkk je..

Carut kangg…

( Astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmm… istighfar comei.. istighfar….. sabarrr )

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s