jalan-jalan

Air terjun Sungai Pandan, Kuantan.

 

Comei and the fellowship of the camping geng ( hahahahaha) decide nak habiskan weekend kami dengan berkelah di air terjun Sungai Pandan di daerah Kuantan Pahang.

Ceritanya, si hesei lah yang dah meroyan berbulan-bulan nak berkhemah dan bbq, tapi takde masa luang. Payah betul nak berkumpul ramai-ramai. Yer laa, masing-masing punye jadual packed gile. Bersusun program dan aktiviti.

Kami bertolak dari pejabat pukul 5.30 petang. Konon2nya, perjalanan gedebuk-gedebak akan ambil masa lebih kurang satu jam atau satu jam setengah je nak sampai ke destinasi. Tapi nak dijadikan cerita, kami dikejutkan dengan gerombolan kenderaan yang bersesak-sesak time nak balik tu, disebabkan ada roadblock  atas jalan. Perghhhh… kat sejam jugaklah comei tersangkut kat jem tu. Berdebar sudah sebab jam dan lepas pukul 6 lebih.. dan kami tak gerak ke destinasi lagi..

Ohh.. lupe nak crite. Si hesei sepatutnya gerak lagi awal sebab die dah di assign untuk survey tempat dan pasang tent kat tempat yang best la… tapi haru jugak.. ngan die2 skali lekat kat jem. ^^~~~~

Tiba-tiba tepon berdering.. oh.. si hesei called.. apehal laa plak mamat nih.. Ingatkan nak update yang die dah settle part die.. tapi sadisnya ayat pertama yang kuor dari mulut die adalah ” camne nak masukkkk.. pintu pagar berkunci nih! “.. duhhhhhh

Serabut time tu gak. Comey and the geng suh die ikhtiar panjat pagar dan pi carik someone kat dalam. Mesti ada lagi tu… dan Alhamdulillah, berkat terjah lompat pagar, ada laa penjaga yang still stayback kat dalam tu. Tekujat pakcik tu tengok si hesei hahahha.. siap Tanya lagi macammana dapat masuk… bak kata pepapah ” Usaha itu memang tangga kejayaan hahahaha”

Oh.. satu lagi kejadian kelakar. Udah ler si saky pakai baju kurung masa pi camping tu, ayu giler hahaha.. kami plan nak masak spageti olio special buat dinner. Tapi terlupa nak amik mee yang dah rebus tu kat dalam peti ais. Nasib baik cepat tersedar, Tu pun kes si sulli yg tanya. Kalau tak, makan meggi olio laa jawapnya malam tu.

Sebelum masuk ke kawasan air terjun sungai pandan tu, kami berhenti kat Balai Polis Jaya Gading, tinggalkan maklumat diri dan nombor telefon. Errr.. memang gitu kaedahnya kalau nak pi hiking ke camping ke.. atau mana-mana tempat yang ada kaitan dengan pejabat perhutanan dan yang sewaktu dengannya.

Sempat lagi akak polis tu buat lawak tekehel.

“awat laaaa angpa pi malam Jumaat, pi laa waktu tak jumaat. Tak ngeri ka..?” ~~~~kami muka frozen. Err.. hesei sorang-sorang tunggu kami kat hutan tu.. dan sekarang dah kul 8 malam. Huhuhu

Gedebuk gedebak, akhirnya kami sampai laa kat kawasan camping. Seriesly takde sorang pun manusia kat hutan lipur tu kecuali kami berempat. Cuak. Fly dan ground dah siap pasang cantik-cantik tak jauh dari tebing sungai tu. Senang nak ambik air ke ape. Bulan pun sangat cantik. Terang benderang. Tak yah pakai headlamp pun. Suasana macam waktu remang senja gitu.

Perut lapar macam beruang dah. Tak sabra-sabra setup tempat bbq, tabur arang dan tu diaaaaaa.. menu utama adalah kambing tandoori, ayam tandoori madu, sosej, berger, crabstick dan spaghetti olio yang kekurangan udang dan seafood lain hahahaha…

Kami dikenakan yuran masuk sebanyak RM 8 untuk setiap orang bagi aktiviti berkhemah dan untuk single stay dikenakan yuran sebanyak RM 2. Duit tahanan sebanyak RM 50 juga perlu disediakan andai kebersihan tidak memuaskan, maka burn lah duit tahanan tu. Tapi dun worry, kat sana sangat banyak plastic sampah hitam yang besar-besar. So, takde lah korang membuang sampah merata-rata tempat.

Overall, tempat berkhemah sangat memuaskan. Air sungai dan kawasan sekitar sangat bersih. Kalau perempuan nak salin baju pun, tempat untuk bersalin  ada disediakan. Toilet sangat bersih dan wangi. Tiada peralatan yang rosak dan tak ngeri langsung even hutan keliling tebal. Kawasan masuk adalah berpagar dan berkunci. So takkan ada lah mat-mat rempit datang bertenet dan buat benda-benda tak senonoh kat tempat awam. Nak best, silalah datang pada hari yang takde cuti umum dan cuti sekolah. Sunyi dan aman damai… sejuk mental dengar deruan ari terjun yang turun hehehe…

Gambar tak banyak sangat since malam-malam kamera kurang nak jelas dan tangan lagi sibuk nak pegang ayam panggang ngan kambing hahahaha…

image

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s