China · Sweet Journey....

Day 1- Beijing

 

 

Day 1.

Bismillahirohmanirohimm… Ya Allah, Engkau selamatkanlah perjalanan kami berdua. Semoga kami dihindari daripada segala bencana dunia dan kembali dengan selamat. Ameen.

Bag dah sumbat dalam bonet kereta, passport dan segala dokumen perjalanan dah ada dalam sling bag.. Cuti dah approve! Yahoooooooo.. perjalanan pun bermula..

Kami park kereta dekat Ampang ( rumah kekanda Sully, mekasih kak long.. sebab susah payah tolong anto kami berdua kat stesen LRT ) pastu terus g ke KL Sentral dan naik ERL ke KLIA.

Disebabkan kaunter check in masih belum buka lagi, kami pun heret laa si tapir merah dan hijau tu ke hulu hilir carik surau. Jumpa laa surau dekat dengan Departure Hall tapi belah belakang skali, dekat dengan area meninjau. Semestinya KLIA, surau sangat bersih, kemas dan luas. Ada yang duk betulkan urat, ada yang main2 tepon dan ada yang duk mengaji.

Pas solat, kami terus pergi ke kaunter check in dan ambil boarding pass. Kaunter yang dibuka banyak, tapi takde designated places. Skali harung je atas label International Flight. Pantas dan tuntas. Still kene beratur, tapi tak lama laa.. KLIA thumbs up for you.

Pas si tapir merah dan hijau selamat di kebumikan dalam perut conveyer tu, kami pun meliliau laa tengok keliling. Jarang sangat dapat melilau dalam KLIA sebab biasa2 travel ikut penerbangan jiran sebelah die nih,si  AA. Nak dijadikan cerita, masa nak beli tiket tu, terbukak laa hati tengok page MAS, perghhhh.. buntang terus biji mata kami bila tengok harga MAS lagi murah daripada AA untuk tarikh yang kami plan tu.. apa lagi, syukur Alhamdulillah sambil menggulupur ngan Sully dek suka hati. Sebelum kami masuk melepasi departure gate tu kami pi carik kafe “Food Garden”, sane banyak pilihan makanan stail masakan panas atau kampung. Kafe fastfood pun banyak, tapi disebabkan kami berdua nih jenis perut nasik dan makan sampai kenyang aka buntal.

Prosedur imigresen adalah seperti biasa je. Tak ada drama dan tak heboh pon hehehehe.. Dah lepas bahagian imigresen, kami terus menuju ke aerotrain dan ke Internationa Departure Hall. Suasana kat situ sangat happening, dan kami ada lebih kurang 1 jam setengah untuk cuci mata dan cuci hidung hahahaha.. perfume sangat banyak dan semuanya duty free. Comey tersambar laa jugak satu set losyen dan myth spray Victoria Secret. Sebab utama adalah murah dan adik yang jadik sales girl tu comey je ramah tamah tak eksyen. Hehehehe… terjebak.

Flight sedikit delay disebabkan ada sorang passenger tersangkut dekat imigresen. Dan pilot sangat baik hati buat permohonan maaf dan mintak semua yang ada dalam flight bersabo.. Comey dan Sully okey je sebab eksaited dapat bantal, blanket dan headset untuk movie dan radio. Wah wah wahhhh… tak payah prebook yu olsss.. semuanya included.. oh tiket MAS daku.. I Lap Yu. E> kekeke.. kedaratan sekejap.. sila maafkan kami..

Terendap-rendap jugak laa kami duk menatap info board nih
Terendap-rendap jugak laa kami duk menatap info board nih
Kami dapat seat berdua.. kalau kene kapit ngan grandpa grandma kat tengah2 tu, sakit gak kott hehehehe
Kami dapat seat berdua.. kalau kene kapit ngan grandpa grandma kat tengah2 tu, sakit gak kott hehehehe

Kul 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan sahur.. hahaha.. mata pun takleh bukak lagi, pastu depan mata ada selambak makanan atas tray. Mamai2 tapi tangan pantass je bukan plastik sudu dan garfu tu. Ada mee dengan ayam ( macam black bean noodle ), air teh, oren, semangkuk buah-buahan potong, yogurt (tapi perisa original.. cannot go huk3).

Yaaaa.. ini lah sahur kami yang tersangat meriah. Mata pun tak berapa nak bukak lagi.. Lets have the feastttttt
Yaaaa.. ini lah sahur kami yang tersangat meriah. Mata pun tak berapa nak bukak lagi.. Lets have the feastttttt

Kapal terbang selamat mendarat dan pilot buat pengumuman yang cuaca di Beijing Capital International Airport adalah sekitar 18-20 degree. Hemmm.. jaket semua ada dalam mat tapir.

remangg pagi yang meremang.. :) Subhanallah.. sangat cantik.
remangg pagi yang meremang.. 🙂 Subhanallah.. sangat cantik.

Alhamdullilah.. touch down to PEK. Kami menonong je ikut flow untuk collect si tapir. Tapi sebelum tu, kene melepasi gate Imigresen dulu. Beratur panjang gak laa untuk line foreigner. Opss, lupa nak habaq, sila isi form declaration masa dalam flight tu, kepit dalam passport terus. Slip boarding pass pun selit lah skali, in case kalau ada apa2 masalah, takyah laa nak selongkar beg ke ape ke..

Untuk ke Arrival Hall, kene naik aerotrain gak.. boleh tahan jauh jugak laa keliling bulding tu.. Lepas collect beg, kami pi carik kaunter untuk collect tiket train yang dah booked dengan Helen kat Terminal 3, Arrival Hall kat T3 kaunter No.22, bukak kaunter stat kul 7.00 pagi ( muka amoi tu ya tuhannn.. mcm baru bangun tidoo.. terus tukar uniform keje..  ressenggg). Setiap tiket yang di collect kat kaunter airport akan dikenekan charge 5 Yuan, so kami ada tiket keretapi dari Beijing ke Xian dan Xian ke Suzhou. Setiap orang kene bayar 10 Yuan.

Tak mampu nak angkat muka. Penat tengok perut orang berdiri. Tengok beg sendiri udah
Tak mampu nak angkat muka. Penat tengok perut orang berdiri. Tengok beg sendiri udah

Kami ke seberang bangunan untuk ambil keretapi ke Bejing City. Tapi sebelum tu, kene beli tiket keretapi kat AREX kaunter dan kad Yikatong. Kad tu harganya 20 yuan dan kami topup setiap kad sebanyak 70 yuan. Daripada Airport, kami berhenti di Dongzhimen dan bertukar subway Dongsi ke Qianmen di Line 2.

Keluar dari pintu subway, kami jalan di sepanjang jalan Meishi street dan lintas jalan sket sampai laaa kat hotel kitorang. Si Sulli nih memang pakar laaa bab baca peta. Tabik spring. Peta curik dari google maps lak tuhhh. LEO Hostel, here we come! Ececehhhh..

Kami sampai awal lagi.. dalam kul 8 gitu.. Mula-mula, kami ingat prosedur check in sama macam kat tempat kite, masuk kul 12.00 kuor kul 2.00 petang. Amoi tu mintak passport dan cakap kami boleh check in terus.. terusss terseringaiiii kami sengih-sengih.. boleh guna toilet dan simpan barang dengan selamatnya.

Hiasan dalaman hostel LEO
Hiasan dalaman hostel LEO

Pas amik jaket tebal sket dari dalam si tapir, topup air mineral dan makan roti sikit-sikit, kami pun menuju ke destinasi yang pertama iaitu Fragrance Hill. Tempat nih menurut cakap-cakap si traveller dalam dunia blogger, satu kemestian untuk dikunjungi lebih-lebih lagi di waktu autumn.

Amik subway daripada Qianmen menuju ke Xizhimen dan berhenti di Beogongmen. Pastu amik bas dekat dengan bus stop area station Beogongmen tu. Perjalanan dengan bas boleh tahan jauh jugak lah.. nak-nak announcement dalam bas tu dalam bahasa pekat diorang, tak kire tadah camne pun tinger tu, campur dengan bunyi bising dalam bas lagi, hiruk pikuk  dan takde seat, berdiri sepanjang waktu, cabaran jugak lah nak mendengar station Xianshang.

Alhamdulillah.. selamat sampai.. Kene bayar 10 yuan untuk entrance fee.

Cerita sadis:

Nak dijadikan cerita, di tepi jalan tu ada laa tempat jualan buah-buahan dan gerai makanan. Satu kedai tu tengah duk tarik mee tepung tu. Dek disebabkan kami teruja, first time tengok live depan mata laa katakana, comei terus laa snap gambar. Si Sulli lak, duk korek camera gabak die dalam beg sandang tu. Entah macammana, tetiba comey terdengar bunyi bukkkkkkk.. lembuttt je bunyi tu. Muka Sulli kalut dah. Kamera gabak tu jatuh terselorot dari bahu Sulli tersadai kat tanah depan mamat mee tarik. Blurrrrrr.. Kamera gabak dengan lense satu jengkal stengah tu selamat patah kat die punye penyambung body kamera tu. Seb baik Sulli ada kamera canggih sebijik lagi. Cuma memory kad kecik, kene transfer-transfer hari-hari gambar tu.

Gara-gara pakcik tarik mee ni lah, camera gabak si Sulli arwah
Gara-gara pakcik tarik mee ni lah, camera gabak si Sulli arwah

Okeh, back to the Fragrance Hill.

Ada banyak laluan tebenornya. Cukup berselirat dan banyak kali lah comey tertipu dengan route die. Dah laa membukit menegak. Takde rasa sejuk dah lepas tu. Panas kelung sebab memanjat bukit ada laa.. Cuma skali skala tu, buntang laaa bijik mata bila tengok amoi-amoi pakai High Heel panjat High Hill. Kehkehkeh..

Dah bayar tiket, silalah masuk ikut pintu gerbang sini.
Dah bayar tiket, silalah masuk ikut pintu gerbang sini.
Simpang pertama di sebelah kanan dan simpang kedua di sebelah kiri.. kami amik langkah kanan hehehehe
Simpang pertama di sebelah kanan dan simpang kedua di sebelah kiri.. kami amik langkah kanan hehehehe
Yuhuanxiu Hall ni lah yang kami cari bagai nak rak.. kire center dan iconic scene berada kat sini lah
bunga2 ni diorang tanam dalam pasu2 kecik tu.. macam kat Cameroon Highland tu
bunga2 ni diorang tanam dalam pasu2 kecik tu.. macam kat Cameroon Highland tu
Di kesempatan ini, ada je sign board dalam bahasa universal, terus snap. Jarang tauuu dapat jumpa signage selain daripada bahasa ibunda diorang
Di kesempatan ini, ada je sign board dalam bahasa universal, terus snap. Jarang tauuu dapat jumpa signage selain daripada bahasa ibunda diorang

Time comey gi tu, tak berapa nak autumn pun lagi, jadik.. suasana kurang best. Sebab hijauuuuuu je mannjang ( kite nak tengok kaler merah perang tuuuuu .. *muncunggg ).  Merangkak laa kite turun naik bukit nak cari satu tempat / spot yang dikabarkan memang tempat terbaikkk kat bukit ni.

Yuhuanxiu Hall ni lah yang kami cari bagai nak rak.. kire center dan iconic scene berada kat sini lah
Yuhuanxiu Hall ni lah yang kami cari bagai nak rak.. kire center dan iconic scene berada kat sini lah

Lagi satu cerita sadis;

Kantung buah pinggang comey nih, jenis yang tak tahan lama. Kene buang slalu hehehehe.. jadi, seperti biasa comey singgah laa kat tandas awam dalam fragrance hill tu. Mula-mula nak masuk ikut pintu tu dah terasa ada bau yang kurang menyenangkan. Comey dah semat dalam kepala yang dalam toilet takde air dan tisu, jadi dah standby dalam sling bag comey nih. Toilet die memanjang ke blakang. Jadi bile comey lalu nak cari tandas yang kosong, tadaaaaaaa.. makcik-makcik yang pakai tandas tu buat keje tak tutup pintu. Argggggghhhh… gelinyeee… dah laa comey wat lintas langsung kat situ. Terus terkujat, kansellll pi tandas. Ngeri wohhh.. pintu ada je. Awat tak tutup. Tak paham sampai ke sudah comey ape kes tak tutup pintu. Terus ku lari keluarrrr carik sulli.. tak menyempat2 nak cerita kat die. Sulli hanya mampu bukak mulut dan HHAHAHAHAHA… trauma!

Dah puas ronda2, kaki pun dah lenguh, kitorang pun menuju ke destinasi ke 2 iaitu misi mencari masjid Niujie di Niujie Street. Tapi sebelum tu, kami testing beli buah delima yang bederetttt ada tepi jalan. Kami beli kat tempat yang dah ada harga siap2. Malas dah nak bertekak nak tawar-tawar harga. Dapat beli 2 biji dengan harga 10 yuan. Besar dan merah menyala isi dia. Puas ati laa.. Kami beratur nunggu bas.

Fuhh.. manis.. sangat berjus.. besar lak tu.. tak sesia beli...
Fuhh.. manis.. sangat berjus.. besar lak tu.. tak sesia beli…
zoom skettttt...
zoom skettttt…
Tengok, betapa ramainya yang beratur nak naik bas.. huhuhuh..
Tengok, betapa ramainya yang beratur nak naik bas.. huhuhuh..

 

Kami naik subway di Beogongmen dan berhenti di Changchunjie, lepas tu menapak cari masjid. Jauhhhhhhhhhhnye menapak.. rasa nak tanggal tapak kaki.. berblok-blok kami jalan sambil mata melilau-lilau carik tanda masjid dan Niujie Muslim Supermarket. Kami decide nak berenti makan dulu baru solat. Lapar woooooo.. Tempat makan dalam Niujie Muslim Supermarket ni kat tingkat atas. Ala-ala medan selera gitu. Ada banyak stall yang jual macam-macam jenis makanan yang kite tak reti nak sebut atau tak tau nak makan macamana. Comey amik nasik campur ngan 3 jenis lauk. Tak tau gak tu lauk apa, main tunjukkk je. Bila dah masuk mulut baru tau.. satu lauk ubi manis goring tiram, terung goreng amende ntah ( rasa cam minyak bijannn je), dan sup sayur macam air suam taruk minyak satu mangkuk ( tetiba jadik vegetarian hahahahaha ).Sudu kene mintak, kalau tak diorang kasi chopstick kayu tu je. Nak mintak sudu pun serupa bagai bersilat dah sebab mintak sudu tak paham, spoon pun tak paham.

Ntah apa laa yang dibebelkan si Sully.. ayam dan itik bertemu di China hahahaha
Ntah apa laa yang dibebelkan si Sully.. ayam dan itik bertemu di China hahahaha
Sebenarnya area ni panjang lagi..
Sebenarnya area ni panjang lagi..

Makan tak habis pun.. tak kene ngan selera tekak kot. Sebelum balik kami tapau kuih-kuih yang terasa macam sedap dan boleh masuk tekak. Satu tu macam kuih lipat atau lempeng tapi ada inti daun kucai, digoreng ngan minyak bijan kot, 2 yuan. Rasa die, boleh tahan muak laaa.. sebab seketul tu macam padat ngan tepung dan daun kucai. Satu lagi, macam onion ring, tapi bukan. Macam maruku tapi takde rasa maruku pun, 3 yuan ( tak best.. huhuhuh.. minyak yang terserat je yang lebih).

Inilah menu lunch kami.. Nasik campuq + sup yang takde rasa huhuhuh
Inilah menu lunch kami.. Nasik campuq + sup yang takde rasa huhuhuh
Kat luar dari Muslim supermarket tu, ada kedai jual street food tu.. beratur panjang. Comey tengok gak amende yang diorang jual tu, rupa sebijik macam lempeng yang ada inti kucai tapi warnanya hitam.. tak berani nak beli aihhh
Kat luar dari Muslim supermarket tu, ada kedai jual street food tu.. beratur panjang. Comey tengok gak amende yang diorang jual tu, rupa sebijik macam lempeng yang ada inti kucai tapi warnanya hitam.. tak berani nak beli aihhh

Okeh, masjid niujie nih berada bertentangan dengan Muslim supermarket. Daripada pintu masuk menuju ke dewan sembahyang berselirat skali. Tapi takdelah sampai sesat. Kene menyusuri lorong-lorong dan lalu kut pintu-pintu gerbang yang penuh dengan seni ukiran cina. Okeh, first impression comey dan Sulli adalah, orang Islam di China sangat bersih. Maksud comey bersih adalah, tandas diorang sangat suci; takde bau, kering, banyak kain tuala yang tersidai, banyak ketur ( atau kendi kecik, tak tau diorang pakai untuk apa). Sangat berbeza dengan pembawaan orang kafir. Kotor yang amat huhuhuhuh.  Bilik sembahyang sangat nyaman. Tapi takde telekung lah. Pakaian bersih dan menutup aurat dah memadai untuk menunaikan kewajipan seorang muslim. Lepas solat dan hilangkan penat, kami ke destinasi ke 3 dan yang terakhir untuk hari ini iaitu ke Sichachai.

Pintu masuk dewan sembahyang wanita.
Pintu masuk dewan sembahyang wanita.
Tempat parking imam masjid.. dan comey assume, itu adalah kereta imam masjid.. kelassssss
Tempat parking imam masjid.. dan comey assume, itu adalah kereta imam masjid.. kelassssss

Dari Niujie Street, kami amik bas ke Sichachai. Apa yang ada kat shichachai..? haa.. Drum tower and Bell tower adalah diorang punya main attraction. Dan kalau korang peminat runningman, penggambaran episode 61 diadakan disini. Comey tiba di Sichachai waktu dah gelap.. So, tak nampak drum towel pun. Kami menapak di sisi tebing tasik sambil menikmati keindahan panorama yang penuh dengan lampu berwarna warni. Seperti biasa, jarang kot diorang jumpa 2 orang perempuan bertudung duk berjalan sana sini tanpa guide. Skali diorang toleh, sampai ke blakang2 tauu.. takde cover2 dah… banyak kelab-kelab dan live band di sepanjang pesisiran tasik tu. Pokok- pokok willow melayut-layut di sepanjang jalan. Bot berhias pun ada, tapi kami tak pi naik lah.

Dalam bas menuju ke Sichachai..
Dalam bas menuju ke Sichachai..
Kiri kanan jalan  di sepanjang sungai penuh dengan warna warni lampu neon
Kiri kanan jalan di sepanjang sungai penuh dengan warna warni lampu neon
Best jugak mamat nih nyanyi... mendayu daya..
Best jugak mamat nih nyanyi… mendayu daya..

Selesai berjalan- kami pun memutuskan untuk kembali ke hotel. Cukup lah sudah perjalanan pada hari ini. Bersambung keesokkan harinya pula.

DAY 1- END.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s