Apa-apa saje lah · Beijing · China

Day 2

Day 2.

Bestnye tidooo… tapi kene bangun gak sebab banyak tempat lagi nak pi jalan-jalan ni.. lepas siap2 kami keluar awal pagi menuju ke station bas lepas amik exit B di Dongzhimen station.

Part ni kelakar sket. Kami sebenarnya tergagau-gagau mencari bas mana yang patut kami amik. Si Sulli dah survey yang kami sepatutnya amik bas no 867 atau 916 ke Huoarou Bei Daije dan lepas tu carik mini bas ke mutianyu tu. Tapi dalam kami duk panjang leher bulat biji mata tu, ada laa sorang aunty Chinese ni yang ramah tegur kitorang. Pastu kami habaq laa kat die yang kami nak cari  bas sekian sekian… tanpa makcik tu berlengah2, die terus heret kami berdua pi carik bas. Bahasa kami tetap maintain pakai bahasa insyarat plus ayam itik. Hahahaha… Selamat die anta kami atas bas.. tapi.. bas lain! Dan kami ingatkan die pun nak naik bas tu.. rupenye2, die tulun hantarkan aja. Aiyarkkkk~~~~

Comey ngan Sulli pun tawakkal je laaaa.. kami duduk kat seat asing-asing sebab dah takde seat couple yang kosong. Bas pun bergerak laa.. perjalanan hampir 1 jam lebih. Tiba-tiba, bas berhenti mengejut. Lepas tu ada pakcik jerit dari muka pintu bas tu ” Mu~tian~yuuuuu”.. lepas tu die naik atas bas dan tunding jari kat muka comey yang baru separuh celik sebab tidur dalam bas. Comey terkejut+blur= ikut pakcik tu turun bas.  Padahal, takde sorang pun penumpang yang turun dari bas tu selain daripada comey ngan sulli.

Aaaa sudahhhh… kami tengok keliling. Bas berenti dekat perhentian teksi sapu gitu. Ada laaa kereta 2-3 biji kat tepi jalan tu. Selain daripada tu, kosong! Takde pape atas jalan. Fuhhhh.. jangan gabra monyet. Drama pun bermula. Mula-mula pakcik tu cakap dalam nada jerit sambil tunjuk peta Great Wall China tu. Huh, nak kene begaduh + nego taxi fee nih.. Pakcik tu amik pen dan sekeping kertas pastu tulis 350 yuan.. huarghhhhh… kene ketuk dah.. mana lehhh.. lari budget gini.. Maka, kami pun berlakon laaa.. “student.. student… school… poor… very poor”.. lepas main tolak tarik ngan pakcik tu, last deal, pakcik tu rela lah hantarkan kami berdua dengan harga 150 yuan dan perjalanan amik masa dalam 1 jam. Berbuih gak laa mulut baca doa moga dihindarkan dari segala bencana dan musibah. Ye laaa.. buatnya dicampak kami kat mana2.. tak haru!

pemandangan dari dalam teksi sapu... tersapu jua poketku pada hari tu..
pemandangan dari dalam teksi sapu… tersapu jua poketku pada hari tu..
Kawasan parking bas dan tempat beratur naik bas
Kawasan parking bas dan tempat beratur naik bas

 

Alhamdulillah.. selamat sampai.. terus kat pintu gate tau.. tak sia-sia bayar teksi mahal-mahal hahahaha… sakit perut gelak ngan sulli bila teringat part nih..

Kami terus berjalan ke kaunter tiket dan terus beli tiket kereta kabel dan tiket masuk ke Great Wall China: Admission fee 45Yuan dan cable car 45Yuan.

entrance ticket ngan cable car ticket..
entrance ticket ngan cable car ticket..

Subhanallah, cantiknya pemandangan dari atas banjaran nie. Daun-daun belum bertukar warna secara keseluruhan, tapi udara sangatlah segar. Oh, baik bawak bekal siap-siap. Takde restoren kat atas tu hehehe. Kami bawak bekal buah-buahan, roti sandwich hand made kat dalam bilik hotel dan air mineral.. tak lupa cokelat bar jugak hehehe..

Pelukis jalanan berimaginasi dan berhaluseni
Pelukis jalanan berimaginasi dan berhaluseni
sambung makan buah delima yang ranum, besaq2 ngan manis2 isinya
sambung makan buah delima yang ranum, besaq2 ngan manis2 isinya
bawak bekal siap2 pastu kite berpiknik kat atas "Tembok Terhebat" hehehe
bawak bekal siap2 pastu kite berpiknik kat atas “Tembok Terhebat” hehehe

20131012_095922

uiiiiiii... jauhnyaa kene bejalan nihhh
uiiiiiii… jauhnyaa kene bejalan nihhh
oppsss... tunjuk ape tuuu
oppsss… tunjuk ape tuuu
beratur beli tiket dulu yer...
beratur beli tiket dulu yer…

Dah puas berjalan mendaki dan menurun “dinding hebat” itu, kami turun ke kaki gunung dengan menaiki toboggan. Bayar yuran toboggan 45Yuan dan yeahaaaaaa, sila guna fleksibiliti badan dan intuisi sendiri untuk break dan release break  atau toboggan akan meluncur laju turun. Bestttttttt… super best! Sangat di recommended.

laju nihhh... breakkkk
laju nihhh… breakkkk
tobbogan meluncurrr... yiehaaaaaa
tobbogan meluncurrr… yiehaaaaaa

Sampai kat bawah tu, kami pusing2 kat gerai-gerai yang meniaga merchandise kat kaki jalan.. macam biasa, kalau nak beli barang-barang kat situ, kene tawar gile-gila punye harga.. sampai 75-90% dari harga sebenar. Kalau tak, memang kene ketuk lagi.

"wat yu say... sambil pegang calculator"
“wat yu say… sambil pegang calculator”

Bas untuk balik adalah pada pukul 2.00 petang, tepat. Terlepas yang tu, haaa.. meraba laaa pakai teksi atau minivan yang nak kene nego bagai. Kami beratur awal, sbb dah nak putus kaki duk jalan-jalan kat area situ. Sebelum tu, kami dah singgah kat semua kedai yang ada kat bawah tu dan try beli buah-buahan tempatan. Still, nak beli buah pun kene nego bagai.. aiyyoooh.

buah ni macam bush bidara pun ada, macam epal hijau yang kecik pun ade..
buah ni macam bush bidara pun ada, macam epal hijau yang kecik pun ade..
yang kaler cokelat gini lagi ,manis ngan crunchy upoenye
yang kaler cokelat gini lagi ,manis ngan crunchy upoenye
Dah lenguh.. tak kira dah melepek kat tepi jalan mana sambil teropong kaki orang hakhakhak
Dah lenguh.. tak kira dah melepek kat tepi jalan mana sambil teropong kaki orang hakhakhak

Ramai je foreigners yang naik bas lompat-lompat ni ( sbb tu die amik masa sampai 3 jam nak sampai kat pusat Bandar Beijing). Nak dijadikan cerita kelakar, masa bas sampai tu, kami beratur laa naik bas. Tapi disebabkan jakun tak pernah naik bas pesen gini, kami pi duk kat seat area tayar depan. Tak tau lak terpaksa laa duduk dalam keadaan lutut terlipat sbb memang takde lantai sampai ke bawah. Bayangkan duduk dalam keaadaan kaki tercongok camtu sepanjang-panjang perjalanan. Comei penat gile, asal duk dalam bas, mesti lentok. Out terus. Sulli lak, muka dah tukar kaler ikan lemas dah hahahaha.. die boleh lak sengal bontot duk lelama gitu tapi takleh nak buat pape. Terpaksa tahankan diri je. Muka memang torture gila ah.. semput comey gelakkan die.

Kami turun dekat stesen apa ntah, dah lupa. Sepatutnya turun dekat Dongzhimen, tapi sulli dah memang jem tahap dewa sebab sengal bontot, kami blasah turun je mana-mana stesen pastu ke Dongsi untuk cari masjid Dongsi. Sadis gak cari masjid nih, sebab dia punye signage ada dalam pagar tinggi. Memang tak perasan lah. Berpusing-pusing siap Tanya bebudak sekolah yang duk makan aiskrim lagi. Walaupun English diorang hancur tapi still boleh tangkap laa apa yang diorang cuba nak tolong. Masjis Dongsi memang tepi jalan je. Skali pandang, macam satu rumah antik orang kaya-kaya. Pintu masuk lak tertutup rapat.

Masjid Dongsi dari pandangan luar...
Masjid Dongsi dari pandangan luar…

Lepas solat, kami pi cari pearl market dan naik subway menuju ke Yong’Anli. Pearl Market nih tempat orang Malaysia pi shopping. Sebab apa comei cakap macam tu, sebab ada pekedai yang jual beg/ kain/ merchandize boleh cakap melayu suh comey ngan sulli masuk kedai diorang ” Murah.. murah.. kasi murahhhh”…  Amazing race betul.. bayangkan comey nak dengar orang cakap omputeh pun payah.. nih siap boleh cakap melayu lagi.. Kitorang takde shopping mana pun.. (tak larat nak menyumbat dalam beg tapir dan heret sana sini).. Tapi bolehlah kalau nak beli China Silk untuk table cloth atau runner atau sarung bantal. Kedai patern banyak shoplot dalam bangunan gitu.. dan sila nego gila-gila jugak.

Balik kat area hotel, kami jumpa kedai makan muslim. Kami order hot pot (macam steamboat) dan pilih 2-3 jenis frozen food. Portion diorang sangat banyak untuk tiap2 hidangan, so jangan haloba sebab takleh nak beli separuh pun. Still kitorang makan tak habis, tapi sebab dalam beg ada bekas plastic, kami tapau apa yang tak habis tu, simpan wat balik hotel muehehehe.. ( rugi weh.. bayar mahal tuuuu… dah le tak sedap!.. sup diorang macam air panas taruk cili serbuk je ).. bebel plak dah

End of Day 2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s