Apa-apa saje lah · Beijing · China

Day 3_Beijing

Okey.. pagi-pagi sebelum keluar kami dah packing siap2.. dan bawak keluar beg simpan dekat dalam luggage stor hotel. Terus check out sebab dah plan nak jalan satu hari dan tak payah nak kejar balik hotel untuk check out waktu tengahari tu. Breakfast ala kadar je (makan apa yang ada.. errr.. comey makan bekal tapau steamboat semalam.. kekeekeke… celik mata je terus ngapppp… tak membazir betul)

Sebenarnya, cuaca makin sejuk. Jadi, kami pakai tebal sket. Tapi bibir comey dah start kering-kering dah.. tonyoh lip balm pun tak jadi apa dah.. Okey, destinasi pertama kami pada hari ini adalah Forbidden City.. Tapi sebelum tu, kami bergambar-gebus dulu kat Qianmen Street. Kami jalan kaki je dari hotel ke main road. Situ ada deretan bangunan yang senibinanya tu berjaya membulatkan biji mata comey dan sulli. Apa lagi.. snap je lah sepanjang-panjang jalan. Ada kedai yang jenis high end dengan branded outlet.. ada kedai macam jual barangan 2 hengget je.. Kat sini banyak senibina bangunan ala-ala istana lama gitu. Street performance pun ada jugak macam pakai outfit yang pelik-pelik tu pastu duk berdiri tegak je. Tak tau laa diorang buat income kot mane, sebab tengok takde orang baling duit pun kat diorang.

Ni lah pelakon jalanan nih... tegakkk berdiri tak gerak2.. ingat patung dah
Ni lah pelakon jalanan nih… tegakkk berdiri tak gerak2.. ingat patung dah
Tak tau laa akak ni jual mainan atau duk eksesais pepagi buta.. sejukkk masa ni tau
Tak tau laa akak ni jual mainan atau duk eksesais pepagi buta.. sejukkk masa ni tau
Pau~~pau~~ panas~~ panas~~~
Pau~~pau~~ panas~~ panas~~~
International franchise.. kat mana ceruk pun ada
International franchise.. kat mana ceruk pun ada
Building lama nih shopping complex tauu
Building lama nih shopping complex tauu

Sulli amat memahami comey.. dia agak2 yang jalan kaki tu mungkin akan menetaskan urat-urat tapak kaki comey, maka kami pun naik bas menuju ke Forbidden city. (  Forbidden city terletak didalam pagar besar dalam Tiananmen Square ).

Take bus 9, 17, 44, 48, 59, 66, 803, 808, 4, 7 or Tuanjiehu Special Line and get off at Qianmen, Qianmen Xi, or Qianmen Dong Station

Bile bas berenti dekat bas stop yang terdekat dengan Forbidden City tu, turun je tangga bas.. terus comey ternganga.. Ya Allah, ramainya manusia yang berkerumun kat dataran sebelum masuk gate yang ada gambar pemerintah diorang tu ( macam gambar pesen lamaaaa je :/ ). Comey boleh cakap yang sesungguhnya, rakyat cina nih memang suka melancong dalam Negara sendiri. Boleh kire je berapa kerat foreigners yang ada kat situ. Yang lelainya, semua crowd atau kumpulan yang beratur tu adalah rakyat cina. Diorang siap amik guide lagi ( yang bawak speaker kecik sambil bawak bendera kecik, pastu).

tiket masuk ke Forbidden City..
tiket masuk ke Forbidden City..
ilusi optic yang sedikit gagal hehehehe
ilusi optic yang sedikit gagal hehehehe
detail gile seni bumbung diorang.. ada orang cakap, semua tu bersalut emas tau.. kalau berani, sila panjat dan cuba kikis!
detail gile seni bumbung diorang.. ada orang cakap, semua tu bersalut emas tau.. kalau berani, sila panjat dan cuba kikis!
Dari Tiananmen Square ke pintu masuk Forbidden City
Dari Tiananmen Square ke pintu masuk Forbidden City
ni baru beratur kat luar.. kat dalammm lagi haru
ni baru beratur kat luar.. kat dalammm lagi haru
cross jambatan ni laa... terussss masuk dalam forbidden citu
cross jambatan ni laa… terussss masuk dalam forbidden citu
kaunter tiket
kaunter tiket
ramaii...
ramaii…
sangat ramai
sangat ramai
bederettttt
bederettttt
kawah ni buat ini air.. kot2 istana terbakar ke apa ke
kawah ni buat ini air.. kot2 istana terbakar ke apa ke
ngeri sket laa penjaga kawah nih.. nak kate naga pun bukan
ngeri sket laa penjaga kawah nih.. nak kate naga pun bukan
singgahsana raja...
singgahsana raja…
takleh masuk kat dalam ni.. zoom kamera je panjang2
takleh masuk kat dalam ni.. zoom kamera je panjang2
kota yang sangat luas
kota yang sangat luas
penat mata memandang... penat lagi kaki nak melangkah hehehehe
penat mata memandang… penat lagi kaki nak melangkah hehehehe
gambar bumbung pun Nampak cam cantikkk je
gambar bumbung pun Nampak cam cantikkk je
ni bilik tido si permaisuri...
ni bilik tido si permaisuri…
kolam ni ada ikan koi yang sangat gemuk gemukss
kolam ni ada ikan koi yang sangat gemuk gemukss
Ada 7 ekor naga kat situ dan air yang menuruni bukit ni akan melalui naga2 ini..
Ada 7 ekor naga kat situ dan air yang menuruni bukit ni akan melalui naga2 ini..

 

 

Comey ngan sulli terjenguk-jenguk sana sini laa sekejap. Macam curious sebab diorang macam duk beratur kat luar gate tu je. Mana kaunter tiket nih..?  Kami pun belasah ikut jalan yang macam jambatan putih gitu. Kat dalam tu kami ternganga buat kali ke-2. Kaunter tiket dah banyak, tapi orang yang beratur dah macam puzzle maze dah. Kami pun beratur jugak lah. Lepas amik tiket, kami pun jalan-jalan kat dalam Forbidden City tu.

Forbidden City nih adalah kawasan istana diraja dari zaman dinasti lama-lama tu.. Basically, senibina istana diorang sama pesen je. Cuma besar kecik je bezanya dan ada satu palace tu diorang display bilik tidur permaisuri. Kawasan dalam Forbidden City nih tersangatlah luas.. jadi, sila bersedia tapak kaki mengembang!

Dalam 2 jam jugak lah kami menghabiskan masa kat dalam tu. Makin lama semakin penuh pelancong yang menyerbu. Kami pun beransur-ansur keluar dan dalam perjalanan kami melintas jalan, ada gerai kecil yang menjual ubi keledek bakar. Comey sambar satu ketul. Ingatkan kecik je.. amik, besar peha budak! Tapi keledek bakar tu sangat manisssss… fevered betul laaa jenis-jenis ubi nih.

Kami amik bas dan subway menuju ke  Bird Nest dan ini bukanlah sarang burung sembarangan yer. Icon Olimpik Asia nih!

Subway Line 8 (Olympic Special Line): get off at Olympic Sports Center Station,get out of the station from Exit B1 (northwest exit) or Exit B2 (northeast exit), and walk north. Or Bus Route Take bus no. 82, 538 and get off at National Stadium East Station.

Okeh, kaki dah rabak.. kami beransur-ansur pulang ke hotel untuk pickup beg dan terus menuju ke Stesen keretapi Beijing. Xian… here we come!

Dekat Olympic Sport Station..
Dekat Olympic Sport Station..
bekabus sket.. sebab sejuk kott
bekabus sket.. sebab sejuk kott
bukan sebarang tiles ni tau.. ada ukiran wajah dan muka kat tiap keeping tile tu
bukan sebarang tiles ni tau.. ada ukiran wajah dan muka kat tiap keeping tile tu
hemmm.. snap je lahhh
hemmm.. snap je lahhh
errrr.. tak tau exhibition apa nih.. tapi free of charge hahahaa
errrr.. tak tau exhibition apa nih.. tapi free of charge hahahaa
rasa nak melompat berguling je kat pokok2 bunga nih
rasa nak melompat berguling je kat pokok2 bunga nih

DSCN3416

DSCN3417

DSCN3421

Disebabkan tapir tersangatlah berat, kami tak rela nak naik bas walaupun niat dah cukup suci untuk jimatkan kos pengankutan. Kami tahan teksi kat tepi jalan gitu je (takde designated teksi stop kat sini.. jadi blasah tahan gitu je). Teksi driver takde pun nak tolong bukakkan bonet atau tolong angkat beg masuk bonet. Kami berdua lah dengan gagahnya hangkat 2 ekor tapir tu dah sumbat dalam bonet teksi. Takde berbasi basa.. terus menuju ke Stesen Keretapi Beijing. Kami amik teksi yang warna kuning tu, sebab diorang pakai meter reader. Jadi takdelah kene ketuk atau cakap bahasa makhluk asing nak nego harga.

Pintu masuk stesen keretapi tu, sangat unik bagi comey. Sebab, diorang terus check tiket kat situ. Means, kalau takde tiket, takleh masuk dalam stesen tu. Siap scanning beg bagai tau. Dekat tiket tu dah dibagitau kat section / lounge berapa yang kite akan boarding train. Jadi takkkan sesat atau tersilap trainnye.. System boarding ngan check in dah ala2 nak naik flight dah.

Beijing Railway Station
Beijing Railway Station
Ini lah pintu masuknyee
Ini lah pintu masuknyee
Dari jauh macam kaunter ape ntah... buat kompius je nak masuk.. dah ler takde signage lansung
Dari jauh macam kaunter ape ntah… buat kompius je nak masuk.. dah ler takde signage lansung
pemandang dalam stesen keretapi
pemandang dalam stesen keretapi
Information Board.. boleh check train duk kat gate berapa..
Information Board.. boleh check train duk kat gate berapa..

Kami tiba dalam stesen keretapi tu dalam 2 jam awal sebenarnya. Jadi, apa lagi.. duk perati lah gelagat rakyat jelata dari Republic of China nih. Macam-macam pesen. Yang paling unik, kami dapat tengok gelagat bebudak yang duk main kehulu hilir. Diorang pakai seluar yang ada lubang besarrrr kat bontot. Motipp…???? Ingatkan sorang dua je yang pesen gitu..  rupa2nya, memang parent diorang tak pakaikan pampers, tapi create lubang kat bontot seluar diorang. ( comey ada google.. diorang panggil Chinese toilet training pant).. huhuhuh…

Satu lagi culture diorang, time boarding keretapi, takde announcement yang dibuat melalui pembesar suara. Tapi akan ada staff yang pakai uniform dan jerit sambil jalan **dalam bahasa cina.. ikut orang je lah nak senang.. diorang bangun beratur, kami pun bangun jugak lah.

Crite dalam keretapi plak…

Satu kabin ada 6 seat. Seat paling bawah (lower berth) paling mahal harganya. Mungkin sebab space sedikit luas daripada tingkat tengah dan atas skali. Beg boleh letak bawah katil (share ngan org lain jugak ).. ada meja kat tepi tingkap dan tilam takde laa keras sangat ( comey ada baca dalam blog org lain yang cakap tilam sangat keras ).. Bantal bersih je takde bau (tapi comey still lapik ngan towel kecik hehehehe ) dan blanket diorang sangat tebal.. dah macam toto dah.. jadi bila selimut, takdelaa kain tu melekap elok kat badan.. even comey tido kat lower berth.. takde rasa segan sangat sebab blanket tu tebal.. skali begulung kat dalam tu, dah ilang patern badan  hehehehe… Toilet ok je.. walaupun sulli cakap, die takde selera tengok toilet hahaha.. sempat laa comey basuh muka kat singki dan salin baju kat toilet tu.. dekat 10 jam jugak lah travel dari Beijing to Xian.. sila penuhkan bateri tepon dan mp3 beforehand okeh. Sebab travel waktu malam, jadi takde pemandangan mana pun.. golapp je sepanjang perjalanan. Gud Niteeeeeee 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s