China · Xian

Day 5_ @ Xian

Apa yang comei boleh compare stakat nie untuk Beijing vs Xian adalah :

  • Beijing sangat crowded.. kurang bersih.. udara tak best.. makan tak best.. dan mahal..
  • Xian crowded jugak tapi tak terasa mana, maybe sebab kota diorang besar masyarakat kat sini ramai muslim.. udara tak terasa banyak carbon… makanan kat muslim street sangat heavennnnnn muehehehehe.. dan tak mahal..

Okeh.. comey ngan sulli bangun pepagi hari lagi sebab niat nak pi solat Aidiladha dekat masjid besar Xian tu.. since kami dah visit masjid tu kelmaren, jadi kami dah boleh jimat masa cari masjid tu.. Kami bangun sebelum subuh.. tapi bila hendap keluar tingkap hotel tu, omak aiiii.. golapnye.. macam tak berani laa plak nak jalan kaki gi masjid tu.. Jadi, kami pun sambung balik tidooo.. kejut-kejut dah cerah tanah alam sekitar. Apa lagi, melompat laa kami berdua..

Dah siap-siap pakai baju kurung.. iyerrr.. kami berdua pakai baju kurung kat bandar Xian nih.. hahahahah.. breakfast apa yang patut.. kami pun bergegas turun dan menuju ke masjid besar xian.. dah sampai kat masjid, kami melongo kehairanan.. sebab takde sesapa pun kat masjid tu.. siap mangga lagi pintu pagar masjid. Errrrr… diorang tak solat raya kat sini ke..?

Dalam kami duk mundar mandir kat lorong masjid tu, tetiba ada sorang lelaki pakai kopiah putih keluar dari salah satu pintu bangunan kat tepi-tepi lorong tu, sambil pegang cawan dan berus gigi.. ( err.. kenapa pakcik ni berus gigi kat tepi jalan.. dalam rumah die takde bilik air ke.. ). Dipendekkan cerita rupa2nya, Raya Qurban kat sini diorang sambut selama 3 hari. Hari pertama dekat masjid lain, hari ke dua kat masjid lain dan hari ke tiga baru diorang buat dekat masjid besar ni. Lepas tu, pakcik tu suruh kami ikut sekumpulan bebudak Han pergi ke masjid yang lagi satu. Still dalam kawasan yang berhampiran, cuma dia punye jalan tu, berliku-liku  sampai memang takde nak hapal pun kut celah mana ntah diorang bawak kami ni.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kat masjid ni. Kami masuk kat dalam dan since awal lagi, diorang solat kul 8.30 pagi, comey ngan suli pun melilau laa dalam masjid sambil tengok persiapan yang dilakukan. Diorang tak solat dalam masjid ( tempat terhad kot ).. Jadi, diorang hampar ground (karpet plastik tuu ) kat segenap ceruk laman masjid tu. Sejadah takde pun sebab masing-masing kene bawak sejadah sendiri. Bukan stakat sejadah, diorang siap bawak kain tebal atau karpet atau toto untuk wat lapik sejadah.. sebab.. ground tu direct atas tanah.. sejuk tu sampai masuk ke tulang bontot tauu..

DSCN3554

Lengang lagi masjid ni.. awal sangat kami sampai
Lengang lagi masjid ni.. awal sangat kami sampai

DSCN3557

diorang takde pakaian tradisi macam kita pakai baju kurung dan baju melayu..
diorang takde pakaian tradisi macam kita pakai baju kurung dan baju melayu..

DSCN3560

DSCN3562

DSCN3568

Kalau tak bawak sejadah, boleh beli kat pakcik depan pintu masuk masjid ni ( errr.. tak tau laa beli ke atau derma )
Kalau tak bawak sejadah, boleh beli kat pakcik depan pintu masuk masjid ni ( errr.. tak tau laa beli ke atau derma )
anak warga sudan ni.. tetiba nak pakai subang tengah2 orang duk dengar khutbah.
anak warga sudan ni.. tetiba nak pakai subang tengah2 orang duk dengar khutbah.

DSCN3575

ni suasana bila solat Qurban dan selesai.. semua orang berpusu keluar dari masjid.
ni suasana bila solat Qurban dan selesai.. semua orang berpusu keluar dari masjid.

Yang uniknya, tiada golongan wanita yang bersembahyang di masjid kecuali lelaki. Dalam duk sembang-sembang dengan sorang foreigners dari Sudan ( husband dia cikgu kat Xian ) yang datang untuk solat Aidiladha, memang wanita tidak dibenarkan solat di masjid. Samaada di tempat lain atau solat dirumah sahaja. Kami ni exepti0nal sebab tourist kot. Dah laa ternganga2 dengan khutbah bahasa Cina.. dengan sejuknya..

Dah siap solat.. kami bergambar-gambar dengan penduduk kat dalam masjid tu.. pastu, siap aaaa kami merewang. Mula-mula skali, haruslah mencari sarapan pagi.. Hidung dah kembang dengan macam-macam bau yang sedap-sedap. Kami berhenti kat gerai pakcik ni. Dia jual macam sup sayur campur yang pekat gitu.. ada ketulan daging kat dalam dan ada soohon..

ni laa rupenye sup yang kami makan pepagi hari tu..
ni laa rupenye sup yang kami makan pepagi hari tu..

Kemudian, kami jalan-jalan lagi menyusuri Muslim Street ni. Mungkin disebabkan kami berdua memakai baju kurung di tengah-tengah perkampungan China, maka mungkin sedikit sebanyak mendapat perhatian daripada orang ramai. Siap ada yang offer kami makan dan minum lagi dan bersama-sama menyambut suasana Hari Raya Aidiladha. Layanan daripada mereka tersangatlah mesra.. terharu pun ada hehehe..

Kami dipanggil masuk ke satu kedai dan kami duk semeja dengan abam dua orang nih.. lepas tu diorg bagi kami 2 mangkuk besar sup sayur campur yang ada daging kambing tu skali ngan ubi rebus dan pau kosong. Alhamdulillah.. begini rupanya tradisi masyarakat sini pada hari raya Qurban. Dan yang pastinya tak ada kaum wanita yang join majlis ni kecuali kami.
Kami dipanggil masuk ke satu kedai dan kami duk semeja dengan abam dua orang nih.. lepas tu diorg bagi kami 2 mangkuk besar sup sayur campur yang ada daging kambing tu skali ngan ubi rebus dan pau kosong. Alhamdulillah.. begini rupanya tradisi masyarakat sini pada hari raya Qurban. Dan yang pastinya tak ada kaum wanita yang join majlis ni kecuali kami.
kambing yang disembelih di tepi lorong-lorong je.. hanya 2 orang yang buat kerja.. sorang tukang pegang, sorang lagi tukang sembelih dan lapah..
kambing yang disembelih di tepi lorong-lorong je.. hanya 2 orang yang buat kerja.. sorang tukang pegang, sorang lagi tukang sembelih dan lapah..

DSCN3585

Pau kosong yang gebu gebas.. cicah  ngan sup sayur dalam mangkuk tadi.
Pau kosong yang gebu gebas.. cicah ngan sup sayur dalam mangkuk tadi.
kami meronda dan jumpa satu tempat nih.. diorang berkumpul wat majlis sembelihan kat sini upenye..
kami meronda dan jumpa satu tempat nih.. diorang berkumpul wat majlis sembelihan kat sini upenye..

DSCN3597

Comey amik kesempatan yang ada untuk beli buah tangan nak dibawa balik ke kampung. Antaranya yang mendapat suggestion daripada para tourist yang lain adalah kurma merah dan dried persimmon ( comey pun wat test drive gak.. memang boleh ditelan dan sangat sedap.. ). Sebelum kami balik ke hotel untuk check out, kami tapaukan kebab kambing dan mana2 jajan yang terasa best untuk dimakan.

DSCN3610

Macam lempeng goreng.. tapi boleh pilih nak filling apa..
Macam lempeng goreng.. tapi boleh pilih nak filling apa..

DSCN3612

Jumpa kedai yang ada tanda bismillah gini.. kedai halal laa tu..
Jumpa kedai yang ada tanda bismillah gini.. kedai halal laa tu..

20131015_112310

20131015_114746

Train kami akan berlepas ke dalam pukul 5 petang, jadi kami harus berada dalam stesen keretapi 2 jam setengah sebelum berlepas. Dah siap kemas beg dan check out, kami pun pi laa carik bas sambil pikul tapir yang berat dabak tu.

Cerita kelakar:

Since kami sampai awal dalam stesen keratapi tu, macam-macam karenah dan gelagat orang ramai jadi perhatian. Sulli lak tetiba nak pi tandas, dah dia melilau-lilau comey nampak Sulli patah balik ke tempat duduk kami. Dengan mata yang buntang dan air muka tak sabar-sabar nak bercerita, dia cakap, dia nampak tandas serupa kotak-kotak paras pinggang. Dan dia nampak sorang autie bangun daripada kotak tu sambil betulkan zip seluar. Hahahaha, terus mati selera Sulli nak memerut. Wakakaka…Satu lagi  cerita, ada laa sorang mamat cina ni. Kalo tengok daripada appearance, macam office worker yang up atau canggih sket laa.. dengan kot yang kemas, bawak beg sling dan laptop backpack.. kami ingat boleh laa nak bercommunicate dengan mamat nih.. tapi harammmm.. sepatah berkataan omputeh pun die tak tau.. even Yes atau No. Aduiiiiii.. lagi best, bila dia ingat kami berdua ni orang dari Xianjing ( sebab perkataan tu je kami dapat tangkap ). Best part, mamat tu tekejut besar bila tengok passport kami made in Malaysia hahahaha… ( tapi sedikit ngeri laa.. sebab tetiba dia nih sambar passport comey dan pegang dan tunjuk kat kawan dia.. silap besar nih.. buatnya diorang nih sindiket melarikan passport warga asing… mau dapat bala.. len kali jangan bagi diorang pegang passport kita even diorang nk tengok! )

Train kali ni kami share ngan pakcik-pakcik cino semua.. comei tingkat bawah dan sulli tingkat atas skali. Tapi dah ada pengalaman, makanya, kami menyelesakan diri dengan sumbat tapir bawah katil siap-siap dan keluarkan barang-barang makanan dan keperluan. Train bergerak waktu petang, jadi kami ada masa untuk menikmati pemandangan sambil makan maggie rendam. Lepas tu ada makcik tolak trolli jual buah-buahan, comey beli 6 biji kiwi yang gemuk-gemuk dan manis ranum.

Dah kenyang.. kami Zzzzzzzzzzzzz dengan lenanya.. penat hooooo

China · Xian

Day 4_ Xian

Kali ni dapat tido dengan lena-selena-helena-gomez gitu. Hehehehe.. Memang tido yang sangat berkualiti lah. Walaupun muka sedikit bengkak sebab sebelum menghibernatekan diri, comey dan sulli melantak megi rendam air panas sebungkus sorang.

Dah bangun pagi, kami cuci muka dan uruskan diri serta apa yang patut lah. Senang kalau bangun awal-awal pagi nih, orang tak ramai dan tak perlu nak bersesak-sesak kat sinki atau kat lorong dalam keretapi tu ( sempit lah ).

Turun dari stesen keretapi tu, kami amik bas no 611 dan lepas kira 5 stop, silalah turun dengan segera. Bas tu akan melalui satu pusingan yang kat tengah-tengah pusingan tu ada Bell Tower. Hotel tu adalah Xian Bell Tower Youth Hostel dan stop sebelum Bell Tower tu lah ( andai terlepas jugak.. silalah menapak hehehe). Senang je nak cari hotel tu, sebelah hotel tu ada kedai APPLE STORE dan hotel adalah sebelah kiri kedai APPLE tu… errr.. tepi jalan besar tu je.. bebetul mengadap Bell tower tu..

Kondisi hotel amatlah terbaik. Siap ada kettle lagi. Boleh wat hot choc dan bubur oat instant, isi perut dengan kenyangnya sebelum kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu.. Teracotta Warrior Museum.

tiket masuk ke Terracota warrior
tiket masuk ke Terracota warrior

20131014_115904

Kami pakai tebal sket sebab cuaca semakin sejuk dan hujan pun turun lebat jugaklah.  Naik bas ke stesen keretapi semula dan cari sign board bas Tourism bus #5 (306). Kena beratur panjang sebelum naik bas nie sebab ramai gak laa yang menuju ke Teracotta Museum. Tiket akan diberi oleh conductor bas dan standby siap-siap Yuan 7. ( Bas henti-henti rupenyee )

Citer lucu skali lagi… macam biasa, sulli duk belakang.. Comey duk sebelah makcik mana ntah.. sebab duk seat sebelah dalam dan tak nampak apa-apa kat tingkap, maka comey pun berdengkur laa sepanjang jalan. Pastu, tiba-tiba makcik sebelah tu goncang-goncang bahu comey sambil jerit-jerit dan tunding-tunding jari.. dalam hati comey ” Apekahhhh..” ( orang Cina kat sana suka cakap dalam nada jerit atau mcm nak marah.. tapi tak marah pun sebenarnya ^^ ).. Pastu, ingatkan dah sampai destinasi sebab semua turun beramai-ramai kat bus stop tu. Lepas comey ngan sulli turun, baru lah perasan, tu bukan stop kami. Macam ayam serama, naik bas balik dan lepas tu boleh lah duduk kat seat sama-sama.

Perjalanan lebih kurang 1 jam, dan lepas sampai kami ikut flow orang ramai je ( positif dan aspect yang semua orang akan terus menuju ke kaunter tiket dan.. memang betul hehehe ). Oh, lupe nak crite.. sepanjang perjalanan bas kami tu, kiri kanan jalan penuh dengan ladang buah delima.. masak-masak ranum plak tu.. main agriculture kot..

Jalan sampai lenguh kaki sebab kawasan museum nih tersangatlah besar. Jemaah yang visit pun terrrrrsangatlah ramai.. Tapi, toilet kat sini surprisingly bersih. Maybe sebab harga tiket mahal, so accommodation yang disediakan pun terjaga. Ada 3 dewan pameran utama. So.. let the picture do the talking.. ^^

20131014_115310

20131014_115410

20131014_115904

20131014_122710

20131014_124604

20131014_125522

kawasan bukit bukau yang menghijau.. musim autumn baru nak masuk kot

20131014_140059 20131014_140836

Kami naik bas yang sama untuada k pulang ke hotel. Bas tu parking kat tempat yang sama masa kitorang turun tadi. Tapi be careful tau, sebab ada 2-3 biji bas yang lalu route yang sama.. tapi kene bayar style nego-nego gitu.. haa, tak payah nak nego2 lah.. for sure kene cekik darah punye. Better amik bas yang Tourism bus #5 (306) nih je. Fix rated.

Nyumm nyummmm
Nyumm nyummmm
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.

Dah sampai kat stesen bas, cari bas no 611 menuju ke hotel. Tapi kami tak berenti kat hotel, kami turun depan sket lagi.. lepas daripada bulatan Pagoda tu. Kami pi solat dekat The Great Mosque of Xian. Melilau gak lah nak cari jalan masuk ke laluan masjid ni sebab setiap jalan dan lorong akan melalui bazar ( market atau kedai-kedai) muslim dan sepanjang jalan Muslim Street ni, akan ada kedai-kedai makan dan barang-barang kraftangan. (Banyaknyeeee makanan halallllll hehehehe).

Kami gi solat dulu.. Great Mosque of Xian ni macam museum pun ada. Kalau tourist non-muslim datang nak ziarah, diorang kene bayar entrance fee. Macam kami ni takyah bayar la.. Jumpa je gate tu, terus jumpa ngan ustaz yang ada kat situ, cakap nak solat. Pakcik tu terus jerit panggil sorang makcik dan makcik tu bawak kami pi amik air solat. Tandas dan tempat ambil air sembahyang berada di ruang yang berbeza dengan ruang sembahyang. Kalau kene cari sendiri tempat amik air solat tu, memang takkan jumpa lah.. kompem.

Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid
Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid

20131014_171436

banyak bangunan berbentuk pagoda dalam masjid.

Masa selebihnya, kami pi jajah muslim street tu. Hehehe.. masa untuk cuba segala jenis masakan dan memang tengah lapar gile kot sebab hampir seharian kami jalan-jalan.

20131014_183205

menu potato yang kecik2..
menu potato yang kecik2..

20131014_182834

ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
tengah tumbuk sejenis manisan..
tengah tumbuk sejenis manisan..

 

 

Apa-apa saje lah · Gunung Ganang

Mendaki Gunung Stong Ayam, Kelantan.

Siri jelajah China pun tak habis-habis lagi tepek, huhuhuh.. jadual hidup comey tersangatlah penuh..

Bulan ni hidup comey di dedikasikan sepenuhnya dengan buku, nota-nota, garisan highlighter bagai dan past exam question..  ( uwaaaaaa… bulan exam.. tersangatlah sangap jiwa dan tepu otak.. )

Tapi.. pada akhir bulan Disember 2013, masa cuti krismas tu didedikasikan pada aktiviti mendaki Gunung Stong-Ayam di Dabong, Kuala Krai; Kelantan. Fuhhh, mistik jugaklah sebab comey ngan saky plan nak join trip kawan-kawan memang last minit.

Gua Idaman.. stakat nak baring lentang sementara pagi tu okey laaa.. tapi kami siap bukak sleeping bag dan mat lapik atas tilam tu hahahah.. macam tak lalu jee..
Gua Idaman.. stakat nak baring lentang sementara pagi tu okey laaa.. tapi kami siap bukak sleeping bag dan mat lapik atas tilam tu hahahah.. macam tak lalu jee..
Hotel ni bebetul atas BSN.. RM60 pernight dan ada bathroom dalam bilik.. siap ekon.. blasah je laa labuu
Hotel ni bebetul atas BSN.. RM60 pernight dan ada bathroom dalam bilik.. siap ekon.. blasah je laa labuu
Tomyam larva berapi... perghhh.. pedas die tu.. macam nak bunuh comey je.. hampagas.. langsung takleh nak telan kuah tu..
Tomyam larva berapi… perghhh.. pedas die tu.. macam nak bunuh comey je.. hampagas.. langsung takleh nak telan kuah tu..

Jadi, trip kali ni tak berapa ramai yang join, tapi still meriah lah. 6 abangs  yang gagah perkasa dan 2 ciki-ciki iaitu comey ngan saky ( sulli takde dalam drama nie, sebab sulli dah pencen mendaki hahaha). Masing-masing bertolak dari pantai barat dan pantai timur dan berjumpa di Hotel Bajet Gua Musang pada malam Khamis tu.  Sebab dah sampai hotel lewat malam ( geng pantai barat ) maka edisi delegate ration dibuat pada keesokkan harinya.

Macam biasa, Zammy, Abale, Ijam & Zali seperti biasa.. tankers untuk pikul barang-barang kompeni dan personal..  termasuklah periuk, dapur, fly+ground, tent untuk ciki2 dan jajan.. Nami +Apiz  plak adalah geng baru yang comey baru kenal.. dan specialty mereka adalah… masak! Hahaha.. masakkan mereka sangat besttt.. nanti comey crite lagi bab masak tu.

Perjalanan daripada Gua Musang menuju ke Dabong mengambil masa selama 1 jam. Cuasa sangat redup.. ala-ala suram gitu.. Iyer lah.. musim hujan tak habis lagi.. tapi Alhamdullillah lah, day 1 kami takde tempuh hujan bagai tu..

20131226_114013

Kami parking kereta masing-masing kat Taman Perhutanan Hutan Lipur Jelawang dan ketua guide kami pada trip ni adalah Ayah Mie.. sangat fatherly dan bertanggungjawap dan yang paling penting, sporting and happening.. heheheh.. baru lah trip tak sengal!

Dah posing bagai kat bawah tu, siap2 baca doa selamat perjalanan pergi dan balik, perjalanan dimulakan dengan mendaki tangga-tangga dan ayah Mie bawak kami melalui trek air terjun. Trek tu kalau hujan lebat sangat dan air besar, takleh nak cross dan kene lalu ikut laluan hutan. Dan pemandangan kawasan air terjun tu, subhanallah.. sangat cantik dan bersih. Memang terjaga tempat tu. Takde sampah dan plastik terbuang merata-rata.

Okeh, perjalanan 15 minit pertama dimulakan dengan sesi mendaki anak tangga sampailah habis anak tangga tu hehehe.. bila start masuk dalam hutan sikit, silalah bersalam dengan encik pacat yang panjang dan bergetah itu.. Arghhhhhh.. still tak suke ngan kerabat pacat nih.. geli wehh.. Bila dah jumpa dengan air terjun jelawang tu, kami kene cross laluan air terjun tu menuju ke bukit sebelah. Tercungap-cungap jugak lah nak perabiskan trek yang sedikit curam dan berselut licin. Penat berjalan selama 2 jam, kami pun sampai dekat base camp Baha. Hilang terus penat bila letak beg dan turun kat viewpoint Jelawang waterfall.

Jauhnyaaa.. tu bukan puncak lagi.. baru sampai kat base camp Baha
Jauhnyaaa.. tu bukan puncak lagi.. baru sampai kat base camp Baha
Air terjun hutan jelawang..
Air terjun hutan jelawang..
Pandangan dari bawah.. jalan besar
Pandangan dari bawah.. jalan besar

Best part of this trip, takde group lain yang hiking on that day. Jadi, kami 8 orang dengan abang-abang guide Kem Baha je yang conquer tempat nih.. Eksited gile. Cepat-cepat pasang fly ngan tent. Unloaded barang-barang pastu kitorang lunch dengan packed lunch masing-masing. Next activity adalah pergi mencari telaga 7 yang femes itu.. Ingatkan dekat je.. rupanya, boleh sengal kaki jugak laaa nak naik kat atas bukit tu.. Geng-geng lelaki je yang mandi manda kat situ, since comey ngan saky tak berani nak lompat dalam air yang terus terjun kat bawah tu.. ngeri wohh.. Kami mandi kat kolam baby kat bawah tu hahahaha.. tu pun ngeri gak sebab air macam derass je.. silalah berhati-hati yer.

Siap solat dan bersihkan diri, kami dinner dengan nasi putih, sardine goreng bertumis, telur goreng hangus, ayam BBQ, sosej dan air teh strawberry seperti biasa. Chef pada trip kali ni adalah Apiz. Fuh, sangat tabik hahaha.. kami yang ciki2 ni hanya hulur apa yang patut je.. pastu membuntalkan diri wakakaka.. Kene kumpul tenaga untuk esok sebab perjalanan dikabarkan akan amik masa 8 jam dan trek pun mencabar jiwa raga jugak.

Kedinginan malam bertambah menebal pabila menjelang ke tengah malam, hujan turun dengan lebatnya (fuh ayat.. purbakala sungguh). Masa tu, sedikit bimbang jugak laa.. mana laa tau tengah lena tidur tu, tetiba air sungai naik ke.. ape ke.. iye laa.. kami punye tent dekat ngan tebing sungai tu je.. Kenangan masa kejadian kepala air kat air terjun Gunung Berembun masih segar di ingatan. Dah laa khemah tiris air. Sadis gilaaa… Tapi kemah kami yang skang ni, ihsan daripada ayahley.. terbaik.. beso dan tak tiris air. Dan yang paling best, ayahley yang pikul tent tu naik turun gunung dan kami wat-wat comey je untuk guna khemah tu hehehe.. Mekasih ayahleh.. len kali, kami ikut lagi!

Nak dijadikan cerita, stock bahan masakan kami kumpul dan letak atas ground dekat tent kami, tengah2 malam tu, si mickey mouse mana ntah pi serang area tu dan berjaya merosakkan sepeket keropok kering, beras dan sekotak lilin. Lepas tu di kencingnye atas ground tu.. hampeh betul. Terpaksalah subuh2 hari tu, kami berhangkut cuci semua perkakas yang ada atas ground tu. Bahaya oiiii musim-musim orang kene jangkitan kencing tikus nih. PRECAUTION!

Breakfast kami yang tidak seberapa pada hari kedua adalah nasi goreng kampung, , telur goreng, chicken nugget dan kopi O panas berasapp.. tunggu jugak sunrises dengan awan guling.. tapi sebab cuaca memang dah sedia mendung dari kelmaren lagi dan malam sebelum tu pulak hujan lebat, clear terusss langit.. langsung takde awan.. huhuhuh.. kechiwa comey tak dapek tengok awan gulingg…

Kami bergotong royong mengemaskan tapak perkhemahan dan tapau lunch pack iaitu lebihan nasik goreng tadi plus ayam BBQ semalam jugak.. heheeh.. duk dalam utan takleh nak milih2.. makan apa yang ada.. jangan sakit perut udah. Seksa nak carik toilet..  Oh, lupa nak cerita, kat kem baha ni ada toilet tau.. toilet yang complete dan bersih dan jauh dari watersource dan tapak khemah.. means, kene hangkut air sendiri kat sungai, buh dalam baldi yang ada kat toilet tu dan carry on.. J So..boleh laa cuci perut sebelum start hiking to summit.

Hari ke dua ni, cuaca makin mendung, awan pun dah tebal semacam je. Trek pun semakin lama semakin mencabar. Siap ada panjat tangga kayu nak naik ke atas, tangga besi pun ada.. tapi, tangga tu just tersangkut kat tebing bukit macam tu je.. takde apa-apa yang terikat untuk pegang tangga tu… fuh, tawakkal je comey masa naik dan turun.. dah laa beg berat kat belakang ( walaupun tak seberat beg kawan2 yang lain.. tapi, daku dah cukup seksa ngan beban kat belakang nih uwawawa ).. trek pulak, licin semacam je.. daun-daun reput atas trek dah macam pelincir semulajadi dah.. asyik nak gelongsor je..

Dalam 4 jam berjalan.. campur ngan berhenti sana sini, comey dah penat tahap dewata raya dah.. kejap-kejap berenti.. kejap-kejap tak nak jalan.. satu langkah comey tu, boleh diibaratkan sekor siput sedut boleh overtake tanpa was-was.. Memang sepanjang jalan asyik duk tanye si abale.. “lambat lagi ke nak sampai”, “jauh lagi ke..”, “mana puncak nih”, “peeeee~nattttt~nyeeeeee”, “berapa minit lagi nak kene jalan nih”.. Perghhh.. bile comey piker-pikir balik, annoying gile semua soklan tu.. sah-sah dah tau jawapan.. tapi still duk bebel sepanjang jalan..  ( abale.. tabik ngan anda.. sangat tabah melayan hahahaha ).

Selepas berhempas pulas berjalan.. akhirnya kami tiba di jua di Puncak Ayam.. tapi masa tu dah hujan rintik-rintik campur ngan kabus yang makin tebal.. lewat jugak laa kami sampai kat puncak ayam tu hampir pukul 7 malam. Tak kuor camera pun sbb cuaca dah makin buruk. Oh, lupa nak mention, trip ni banyak gambar-gambar yang awesome sebab si Namie dengan gigihnya menghangkut kamera gabak beliau ke sane kemari.

Masa sangat pantas berlalu.. masing-masing dah menggigil menahan kesejukan.. skali mai angina sapu badan.. fuhhhh.. rase macam duk kat eskimo.. dah laa hujan turun pun bukan rintik-rintik gaya masa tu. Geng-geng lelaki bergotong royong pasangkan tent dan fly.. Nami ngan Apiz dah start keluarkan dapur dan masak air kopi ( comey ada kidnap pudding ngan biskut cheese abale wakakaka.. ngap sementara tunggu turn saky tukar baju yang lebih kering ). Bila semua dah stabil, okeh kami start masak dinner iaitu spaggeti bolognies ngan sos tomato campur ngan sosej, keropok goreng, air kopi panas & cekodok lemak manis. Malam tu kami habiskan masa dengan menikmati makan malam pastu sembang-sembang entah hape topic.. comey takleh nak ikut diorang punye topic.. sengsara sungguh rasa badan.. sengal-sengal tu toksah nak crite lah.. kaki dah tak rasa pape dah..  tak sedar masa mana kami terlelap.. Zzzzzzzz

nak masak breakfast.. tapi kena buat cucian untuk barang dapur kes kene sabotaj dek tikus hutan.. hmphh
nak masak breakfast.. tapi kena buat cucian untuk barang dapur kes kene sabotaj dek tikus hutan.. hmphh

di laa area view point tu.. bukan main lagi semangat bangun subuh hari nak tengok awan guling dan sunrise.. tapi hampa jua... musim hujan takde awan mana... ilang terusss dan langit terang benderang

Subuh tu, comey ngan saky dikejutkan oleh jungle chef kami iaitu si Apiz, dan arghhhhhh… sejuknyaaaaaaaaaa… siap berkabus-kabus lagi… huhuhu.. menu pagi untuk day 3 adalah nasik lemak +bilis + sambal+ telur rebus + timun segar+ air teh strawberry lagi.. tapi kan.. rupa2nya tempat yang kami setup tent untuk dapur tu, adalah laluan air.. jadi, tensennya nak masak kat kawasan yang banjir. Siap slipar lekat kat selut tu lagi.. dan jangan lupa cuaca sangat sejukkkk.. beku kaki sebab terendam dalam air kat tempat masak tu uwawawa..

Lepas makan, hujan tetiba jadi makin lebat.. sepatutnya kami gerak awal menuju ke puncak stong.. tapi disebabkan hujan dan dengan harapan hujan turun sedikit reda, kami pun duk bertapa bawah tent masing-masing.. dekat kul 11 kami packed semua barang even hujan still turun. Beg dah balut ngan raincover dan ada yang balut lagi 2-3 lapis dengan plastic sampah yang tebal tu.. semua nak elakkan daripada beg basah kuyup dan bertambah berat. Tapi hakikatnya, fly + ground + tent yang dah memang berat akan bertambah berat apabila basah. Kami sangat kagum dengan ketabahan si Zammy ngan Abale yang gigih pikul benda alah tu selama 3 hari.  Lebih kurang pukul 11 pagi, kami clear dari camp site dan gerak menuju ke Puncak Stong.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak silap comey.. tu pun dah terasa azab. Jauhnyaaaaaaaaa huhuhuh.

Kami lunch kat puncak gunung stong dengan menu yang seadanya. Telur mentah ada dalam 12 biji, kami campak atas kuali dan goreng bodoh camtu je.. ala-ala telur goreng hancur gitu.. lepas tu makan dengan sos.. masing-masing dah nak kosongkan bekalan yang kene pikul.. Kunyah-kunyah jajan sambil hirup air kopi panas berasap kat puncak Stong.. heheheh.. pastu, walaupun masa dah hampir pukul 3 petang, kami masih lagi duk main-main kat atas tu dengan berposing sakan dan bergambar bagai.. Best moment ever sampai kene jeling ngan abang guide..

masa ni rasanya tak de derita sangat sbb kaki still boleh pakai lagi.. hahaha comot gile time nih..
masa ni rasanya tak de derita sangat sbb kaki still boleh pakai lagi.. hahaha comot gile time nih..

Okey, last stop dah tu.. kami pun pelan-pelan kemas barang dah start turun dari gunung Stong-Ayam. Okey, perjalanan turun.. memang “no joke”.. tak kisahlah teromputeh sekejap.. tapi die punye trek, perghhhh… memang didesign khas untuk menggelongsor dengan riangnya disertai dengan akar-akar kayu yang tebal dan bergelimpangan.. kene lompat sane sini plus jalan sangat licin sebab daun reput tu basah dek hujan.. dan tanah bukit yang berlumpur. Dan takmo kire dah berapa kali comey gelongsor.. sengal betul.. jari jemari tosah cakap laa.. bukan takat calar balar lagi.. habis semua selumbar cucuk dalam cari..

Perjalanan turun ni sedikit seksa dan disebabkan comey join trip hiking nih fresh bawak body dari ofis (means takde ekesesais gape2.. main terjah je pi hiking ), so dalam perjalanan turun tu, kaki comey dah terkehel.. mula-mula boleh paksa diri lagi jalan lompat-lompat dan terjah-terjah.. lepas pada jumpa gua bogor tu, secara rasminya, comey memang takleh jalan macam normal dah.. sengsara gile  bila urat lutut tu tertarik.. macam kaki takleh bengkok tapi macamana nak turun gunung kalau kaki takleh lipat..? jadi.. paksa diri lah.. rasa macam nak kerat-kerat je kaki tu tinggal kat tepi sungai..

Time jalan turun tu.. fuhhh… deritanya.. nak nanges tu toksah crite laa.. sabooo je sebab ada org lain yang duk toll kat blakang.. tolong hulur tangan bila takde tmpat nak pegang.. tolong sambut bile jatuh tergolek.. huhuhu.. sedih betul kalo teringat-ingat.. berpeluh-peluh dibuatnya sebab tahan sakit. Memang kaki tu dah tak rasa kaki dah.. macam kene strike ngan lightning je setiap kali kaki melangkah. Tahan je laa.. Tapi comey ada sweeper yang sangat tabah temankan comey kat blakang.. perjalanan memang sampai ke malam sebab kami gerak lewat plus comey memang dah takleh jalan laju langsung. Memang super duper sengsara laa bila terpaksa jalan waktu malam  yang gelap gelita dengan trek yang berselut+licin+hujan dan.. jalan macam ketam! Hahahahaa.. Bertabahlah yer..

Alhamdulillah.. akhirnya kami tiba di Kem Baha jam 8 malam.. sampai je kat sane.. ayah mie terus hulur air teh panas ngan kuih keping (tak tau tu nama kuih apa.. tapi die bulat leper dan sekeping). Nikmatnya memang tak terkata. Lupa jap yang kaki dah cedera parah.. Tapi waktu tu jugak, kami dikejutkan dengan berita sedih. Seorang warga singapura (student) telah terjatuh dari point view kem baha dan meninggal dunia. Diorang satu group datang dengan niat untuk menggapai puncak gunung, tapi niat tu terpaksa dibatalkan atas kejadian malang itu. Kes tu juga buat comey beringat dengan diri sendiri. Malang tak berbau dan maut datang tak berjemput. L

Lepas berehat sekejap, kami semua menyusul turun dan kali ni, ayah mie taruk comey sebagai passenger yang paling depan. Jadi kepala keretapi yang berjalan ketam ( ampunkan daku wahai sahabat sekalian, sebab daku.. korang semua terpaksa slowkan speed masing-masing ). Alhamdulillah, kami semua selamat tiba dan ketibaan kami disambut dengan gerombolan daripada ambulan, bomba dan polis ( kes budak jatuh tadi ).

Part ni kelako sket.. once beg besar gabak tu selamat landing atas lot parking, boleh nampak semua geng-geng comey dah start jalan macam kingkong hahahaha.. tu je laa kesudahan ceritera Mendaki Gunung Stong Ayam..

Till then.. wassalammm..