China · Xian

Day 4_ Xian

Kali ni dapat tido dengan lena-selena-helena-gomez gitu. Hehehehe.. Memang tido yang sangat berkualiti lah. Walaupun muka sedikit bengkak sebab sebelum menghibernatekan diri, comey dan sulli melantak megi rendam air panas sebungkus sorang.

Dah bangun pagi, kami cuci muka dan uruskan diri serta apa yang patut lah. Senang kalau bangun awal-awal pagi nih, orang tak ramai dan tak perlu nak bersesak-sesak kat sinki atau kat lorong dalam keretapi tu ( sempit lah ).

Turun dari stesen keretapi tu, kami amik bas no 611 dan lepas kira 5 stop, silalah turun dengan segera. Bas tu akan melalui satu pusingan yang kat tengah-tengah pusingan tu ada Bell Tower. Hotel tu adalah Xian Bell Tower Youth Hostel dan stop sebelum Bell Tower tu lah ( andai terlepas jugak.. silalah menapak hehehe). Senang je nak cari hotel tu, sebelah hotel tu ada kedai APPLE STORE dan hotel adalah sebelah kiri kedai APPLE tu… errr.. tepi jalan besar tu je.. bebetul mengadap Bell tower tu..

Kondisi hotel amatlah terbaik. Siap ada kettle lagi. Boleh wat hot choc dan bubur oat instant, isi perut dengan kenyangnya sebelum kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu.. Teracotta Warrior Museum.

tiket masuk ke Terracota warrior
tiket masuk ke Terracota warrior

20131014_115904

Kami pakai tebal sket sebab cuaca semakin sejuk dan hujan pun turun lebat jugaklah.  Naik bas ke stesen keretapi semula dan cari sign board bas Tourism bus #5 (306). Kena beratur panjang sebelum naik bas nie sebab ramai gak laa yang menuju ke Teracotta Museum. Tiket akan diberi oleh conductor bas dan standby siap-siap Yuan 7. ( Bas henti-henti rupenyee )

Citer lucu skali lagi… macam biasa, sulli duk belakang.. Comey duk sebelah makcik mana ntah.. sebab duk seat sebelah dalam dan tak nampak apa-apa kat tingkap, maka comey pun berdengkur laa sepanjang jalan. Pastu, tiba-tiba makcik sebelah tu goncang-goncang bahu comey sambil jerit-jerit dan tunding-tunding jari.. dalam hati comey ” Apekahhhh..” ( orang Cina kat sana suka cakap dalam nada jerit atau mcm nak marah.. tapi tak marah pun sebenarnya ^^ ).. Pastu, ingatkan dah sampai destinasi sebab semua turun beramai-ramai kat bus stop tu. Lepas comey ngan sulli turun, baru lah perasan, tu bukan stop kami. Macam ayam serama, naik bas balik dan lepas tu boleh lah duduk kat seat sama-sama.

Perjalanan lebih kurang 1 jam, dan lepas sampai kami ikut flow orang ramai je ( positif dan aspect yang semua orang akan terus menuju ke kaunter tiket dan.. memang betul hehehe ). Oh, lupe nak crite.. sepanjang perjalanan bas kami tu, kiri kanan jalan penuh dengan ladang buah delima.. masak-masak ranum plak tu.. main agriculture kot..

Jalan sampai lenguh kaki sebab kawasan museum nih tersangatlah besar. Jemaah yang visit pun terrrrrsangatlah ramai.. Tapi, toilet kat sini surprisingly bersih. Maybe sebab harga tiket mahal, so accommodation yang disediakan pun terjaga. Ada 3 dewan pameran utama. So.. let the picture do the talking.. ^^

20131014_115310

20131014_115410

20131014_115904

20131014_122710

20131014_124604

20131014_125522

kawasan bukit bukau yang menghijau.. musim autumn baru nak masuk kot

20131014_140059 20131014_140836

Kami naik bas yang sama untuada k pulang ke hotel. Bas tu parking kat tempat yang sama masa kitorang turun tadi. Tapi be careful tau, sebab ada 2-3 biji bas yang lalu route yang sama.. tapi kene bayar style nego-nego gitu.. haa, tak payah nak nego2 lah.. for sure kene cekik darah punye. Better amik bas yang Tourism bus #5 (306) nih je. Fix rated.

Nyumm nyummmm
Nyumm nyummmm
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.

Dah sampai kat stesen bas, cari bas no 611 menuju ke hotel. Tapi kami tak berenti kat hotel, kami turun depan sket lagi.. lepas daripada bulatan Pagoda tu. Kami pi solat dekat The Great Mosque of Xian. Melilau gak lah nak cari jalan masuk ke laluan masjid ni sebab setiap jalan dan lorong akan melalui bazar ( market atau kedai-kedai) muslim dan sepanjang jalan Muslim Street ni, akan ada kedai-kedai makan dan barang-barang kraftangan. (Banyaknyeeee makanan halallllll hehehehe).

Kami gi solat dulu.. Great Mosque of Xian ni macam museum pun ada. Kalau tourist non-muslim datang nak ziarah, diorang kene bayar entrance fee. Macam kami ni takyah bayar la.. Jumpa je gate tu, terus jumpa ngan ustaz yang ada kat situ, cakap nak solat. Pakcik tu terus jerit panggil sorang makcik dan makcik tu bawak kami pi amik air solat. Tandas dan tempat ambil air sembahyang berada di ruang yang berbeza dengan ruang sembahyang. Kalau kene cari sendiri tempat amik air solat tu, memang takkan jumpa lah.. kompem.

Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid
Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid

20131014_171436

banyak bangunan berbentuk pagoda dalam masjid.

Masa selebihnya, kami pi jajah muslim street tu. Hehehe.. masa untuk cuba segala jenis masakan dan memang tengah lapar gile kot sebab hampir seharian kami jalan-jalan.

20131014_183205

menu potato yang kecik2..
menu potato yang kecik2..

20131014_182834

ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
tengah tumbuk sejenis manisan..
tengah tumbuk sejenis manisan..

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s