Apa-apa saje lah · Mekah

SunoLut

 

Mendapat panggilan ke rumah Allah dan kekasihNya Rasulullah swt, merupakan satu takdir dan rezeki yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana travel yang comey pernah pergi. Eksaited tu memang lain macam sket lah. Teruja, berdebar, rasa cinta, terasa disayangi, terasa diingati, terasa dirahmati.. pendek crite, memang banyak rasa laa..

Okeh.. alkisahnya… semua perempuan normal atau tak monopaus lagi mesti runsing kalau ibadah umrah atau haji akan terganggu disebabkan period. Iye laa, dah pergi umrah biasa-biasa 10- 12 hari je.. kalau dah tetiba peot2 seminggu, terkilan lah tak dapat nak berdoa atau beribadah kat sana.

Jadi, comey pun dapatkan laa khidmat dokter kat tempat comey. Rupa-rupanya, ubat ni jugak diberi nama pill hormon @ pil tahan darah @ pill perancang kehamilan ( errrrr.. yang ni titlenye sedikit ngeri woh.. lum kawen lagi nak rancang hamil amendenyee.. haihhhhhhhh )

image

image

Doc ada cerita yang ubat ini berfungsi seperti hormon penahan yang menahan dan memanjangkan kitaran haid kita. Maknanya, pusingan haid tu berlangsung seperti biasa, ubat tu akan memanjangkan proses penampalan haid kat dinding rahim kita tu ( lebih kurang camni laa doc tu explain kat comey ). Terasa ada sesuatu di ovari dan perut akan bloated.

Agak-agak dalam 3 hari lagi kita nak mai period, dah boleh start consume ubat hormone nie. Makan tanpa fail 3 biji sehari. Comey siap buat timer kat phone as a reminder untuk elakkan daripada terlupa atau terlebih waktu. Iye laa.. waktu kat Malaysia ngan kat sana mana sama. Beza 5 jam. Jadi ada kemungkinan kita akan terlupa tu sangat besar.

Kesan sampingan adalah tidak tetap antara satu sama lain. Bagi comey, yang paling ketara adalah jerawat naik berbijik-bijik kat dahi. Lepas tu, mood swing. Kejapppppp je nak naik angin.. dan kejappp jugak angin tu surut. Lagi satu.. comey jadi kurang selera makan. lebih kepada nak minum yang manis-manis je..

Dah habis tawaf wida’, terus behenti makan ubat ni.. Dan keesokkan harinya, terus gugur laaa period yang tertahan tu.. 🙂

Mekah

Persiapan ke Mekah

Alhamdulillah…

Comey dah mendapat jemputan untuk menjadi tetamu di rumah Allah swt. In Sha Allah.. kalau tiada apa-apa halangan, perjalanan umrah comey sekeluarga akan dapat dilaksanakan pada bulan April ni. Syukur juga dipanjatkan kepada syarikat dan majikan comey yang bermurah hati menghantar pekerja yang terpilih setiap tahun untuk melakukan ibadah umrah ini.

Comey dah mintak pendapat kawan-kawan comey yang dah berjaya melakukan ibadat umrah dengan agensi pilihan masing-masing. Lepas amik pertimbangan yang sewajarnya, comey nekad dan memilih syarikat Andalusia sebagai medan pengantara kami.

Comey pergi jumpe direct agent dan lepas berunding tentang pro and con termasuklah pakej ziarah, comey decide untuk ambil flight chartered direct dari KLIA ke Jeddah. Sebab ni adalah pertama kali comey travel dengan keluarga ( mak + ayah + adik + pakcik + atuk ), jadi terasa ada sedikit beban yang invinsible tergalas kat bahu apatah lagi mereka ni tak pernah travel jauh. Mesti pening dengan sistem imigresen lah, kastam lah.. check in sana sini.. Fuhh.. mesti letih nak melayan.. tapi sabar itu separuh daripada iman.. bila lagi nak jadi anak harapan kalau tak sekarang. Sia-sia lahh mak ayah besarkan kita kalau tak boleh menumpang bergantung harap. Takde ambil extra pakej untuk ziarah.. concentrate kan untuk beribadah untuk perjalanan ini.

Sebelum ke Mekah, agent akan minta passport, gambar ukuran visa dan buku merah untuk diorang process permohonan visa dan urusan tiket. Persediaan untuk comey plak, sudah semestinya comey akan cuba attend kelas yang dianjurkan atau attend mana-mana kursus yang banyak diorang buat kat masjid atau surau. Nak belajar.. kat mana2 tempat pun boleh… tak semestinya kita pergi dengan pakej Andalusia, kene attend  kelas daripada Andalusia juga.

Untuk warga perempuan, mesti risau terpeot2 masa kat mekah nanti. Comey ada jumpa dokter dan dia sarankan comey amik ubat 7 hari sebelum cycle period kita. Ikutkan explaination doktor tu, ubat tu sebenarnya sejenis ubat hormon. Orang sering salah anggap yang ubat tu digunakan untuk menahan period daripada keluar. Tak de laaa.. istilah menahan tu tak berapa betul.. Ubat tu actually akan memanjangkan tempoh tempelan period dalam rahim kita tu sebelum die gugur dan keluar menjadi darah kotor. Tawakkal kat Allah taala, dan berdoa semoga ubat yang diambil tidak mendatangkan musibah kat kita dan niat utama kita untuk beribadah dengan lebih sempurna. In sha allah.

Adalusia ada bagi 1 beg besar ( 24 inch), 1 beg troli, 1 beg sandang dan 1 beg drawstring ( macam beg jerut tu). Kami pergi 6 orang.. so ada 6 biji beg beso dan 6 biji bag hand carry.. total 12 biji beg.. fuyyohhh.. banyak gile bag.. 2 biji kereta pun belum tentu muat nih.. So, bincang2 kecil, beg beso tu pakai semua, tapi beg hand carry tu.. akan di share2.. 1 biji 2 orang.. save tangan heheheh..

Comey ada beli cover luggage .. pastu buat tag bag sendiri.. beli cover tag untuk kad nama yang plastik tu.. pastu print kertas kaler terang-terang.. gantung ngan riben dan sangkut kat luggage tu nanti.

Since kami akan ke Madinah dulu nanti, jadi barang2 yang perlu dibawa tu, kami kurang kan separuh.. dah jadi barang-barang yang perlu dibeli di Madinah nanti hehehe.. macam list kat bawah tu..

  1. kain ihram untuk lelaki.. bawak 1 dari Malaysia.. boleh beli lagi 1 atau lebih kat Madinah nanti.. ustaz tu cakap, kain ihram yang Malaysia jual sangat besooooo… yang dari sane, sedang-sedang elok je saiznye.. ( takleh nak gambarkan lagi.. sbb tak nampak )
  2. Jubah- kat sana banyak jubah2 yang murah2.. kalau plan nak pakai dan beli jubah.. boleh kurangkan jumlah jubah yang nak dipakai hari2.. macam comey bawak 4 helai..

Check list barang-barang :

  1. Tang seluar nih.. since dah pakai jubah.. comey nak pakai track suit je.. macam membazir laa plak kalau segala benda nak beli baru
  2. Telekung + sejadah nipis… comey standby 3 helai putih dan sehelai telekung hitam ( lycra jenis yang kaler2 tu.. )
  3. Selendang- just bawak shawl besar tu.. takyah nak gosok2..
  4. Sandal- yang bersesuaian.. since kita akan pakai stokin sepanjang masa.. takde masalah laa kalau pakai sporty sandal tu..
  5. Botol spray – nak carik kat kedai 2 ringgit je.. tak pun kat Mydin banyak..  ( tapi tak belajar lagi camne nak ambil air sembahyang pakai botol spray )
  6. Sanitiser / wet tissue.
  7. Ubat-ubatan ( ubat demam, selsema, batuk, sakit tekak, minyak angin, minyak urut.. blasah laa ubat apa2 pun)
  8. Toiletries + towel ( walaupun hotel ada sediakan, better standby yg ringan sehelai )
  9. Plastik beg
  10. Hanger nak sangkut baju

Oh.. sebelum ni.. comey ngan bebudak opis ada laa membelek2 satu website jubah ni ( EastEssence ).. belek punye belek.. terjebak laa… so kami tong-tong laaa share delivery cost sebab seller tu over the sea punye location.. just nak share, yang jubah-jubah diorang tu.. acceptable laa harga ngan design tu.. kain ada banyak jenis, cotton, cashibo, twail dan macam-macam pesen lagi.. dia takde laa jubah yang sarat dengan manik-manik berkelip bagai tu.. simple dan elegance.. chewah.. tetiba terpromote plak..

 

China · Shanghai

Day 7_ Shanghai

Hemm.. hari ni adalah hari terakhir comey berada di Bumi China. Beg dah siap kemas dan kami check out terus dari Hostel ni dan akan simpan barang dalam luggage room. Sebenarnya takde bilik luggage pun. Sandar dalam kaunter receptionist dalam tu je. Sedikit cuak gak. Tapi since takde barang-barang berharga dalam beg tu, cuma ada pakaian je, kami pun sandar je lah.

20131016_130624

20131017_163433

20131017_164047

Dalam hotel ni, diorang ada bela sekor anjing yang sangat besar.. sangat besar.. lebih besar dari sekor kambing biri-biri tu.. kecik sikit je dari lembu.. series.. dan anjing tu diorang lepas berjalan-jalan dengan riangnya dalam hotel tu. huhuhuh.. takde pape masalah pun, cuma sedikit cuak je. Ye laa.. asyik nak sondol sana sini je.. (kunun2nya nak bermanja laa tu.. tapi.. kaedahnya.. kamoo tetap harammmm )

Dah settle hal beg bagai tu, kami menuju ke stesen subway dan destinasi seterusnya adalah Qibao Ancient Town.  Daripada stesen Dalian Rd ( Yangshupu Road ) Ln 4 -> Century Avenue
( Shangcheng Rd / Songjiang Railway ) Ln 9-> Century Avenue ( Shangcheng Rd / Songjiang Railway) Ln 9 -> Qibao ( Exit 2 ).

Stesen subway diorang nih.. dari Beijing-Xian-Suzhou-Shanghai.. ada satu persamaan, iaitu kene scan bag tiap kali nak masuk subway termasuklah change lane. Perghhh… dah laa pikul si tapir, satu kerjaan plak nak angkat letak pikul tapir tu. Dah laa berat.. seksa betul jiwa raga huhuhuh…

Okey, cerita kat Qibao nih.. kalau korang ada tengok drama Korea “Cain and Abel” lakonan So Ji Sub ( ^^ Oppaaaaa), haaa adegan berlari-lari kat sungai dan jambatan lekuk tu kat sini lah.. dengan lambaian pokok-pokol willownye… udara yang segar daPengaruh drama betul laa… heheheeh.. Kawasan Qibao ni sangat besar. Dan ada banyak tempat lawatan macam personal museum dan tempat pameran lain yang tidak memerlukan yuran masuk. Selain daripada seni bina bangunan dan landskap yang sangat unik dan antik, comey rasa kat sini barang-barang merchandise lagi murah kot.. Untuk barang-barang kraf yang kecik2 laa macam gelang kristal atau fridge magnet.

Okey.. lets the picture do the talks ^^

20131017_085240 20131017_090009 20131017_073834

Pagi lagi ni.. kedai pun tak bukak lagi
Pagi lagi ni.. kedai pun tak bukak lagi
Air sungai yang tenang..
Air sungai yang tenang..

20131017_092327 20131017_093510

Dah puas hati jajah Qibao nie, kami bergerak ke China Art Museum plak.. Museum ni terrrrrrrrrrrsangatlah besar. Tiket masuk adalah percuma ( ada portion yang kene bayar, kalau nak tiket free.. samada reserve online ataupun boleh je amik kat kaunter tiket tu.. tapi kene beratur awal-awal laa.. sebab tourist kat cinaa nih penuh dengan warga cina je.. ).  Tapi kalo korang jenis yang ngeri dan phobia dengan ketinggian.. silalah reconsider visit museum nih.. sebab dia punye escalator, punyalah mencuram tinggi.. dan ada satu escalator tu je untuk naik dan turun ke level 1 dan seterusnya. Sangat tinggi ! Boleh bawak jajan tapi jangan laa obvious sangat.. sebab museum tu ada banyak showroom dan tiap-tiap showroon ada kerusi rehat. Jadi, comey ngan sulli makan biskut oreo bila behenti rehat sambil urut-urut tapak kaki. 😥 ^^ 😛

Jom masuk Shanghai Art Museum
Jom masuk Shanghai Art Museum
lukisan pakcik ni tersangat real
lukisan pakcik ni tersangat real
Tangga eskelator yang sayup tinggi.. kalau jenis yang gayat, memang seriau laaa
Tangga eskelator yang sayup tinggi.. kalau jenis yang gayat, memang seriau laaa
tangga bergerak lagi..
tangga bergerak lagi..

DSCN3800 DSCN3809

Ada berbelas dewan yang macam nie.. kalau lenguh, boleh lepak-lepak santai kat kerusi yang diorang sediakan ni..
Ada berbelas dewan yang macam nie.. kalau lenguh, boleh lepak-lepak santai kat kerusi yang diorang sediakan ni..
Errr... beliau berpintal?
Errr… beliau berpintal?

Kami kembali ke hotel untuk pickup si tapir. Sebelum tu, kami singgah sekali lagi untuk dinner dekat restoren abang mee pintal tu. Tapi kali ni dah takmo makan mee tarik tu.. comey makan nasik sepinggan dengan selambak lauk atas nasi tu. Rasa lauk tetap sama je.. ada rasa minyak bijan, sos tiram dan kicap sahaja.. huhuhuh..  Sulli still kenyang so, dia tapau menu die untuk bekal makan kat airport karang.

Nasi terakhir sulli sebelum terbang balik ke Malaysia
Nasi terakhir sulli sebelum terbang balik ke Malaysia

Dah settle semua checkout, kami bereksperimental dengan menaiki Maglev… lebih kurang ERL laa.. tak terasa laju pun even indicator kat dinding tu ada tulis speed train dah cecah .. err .. dah lupa.. karang2 laa comei korek balik gambar2 proof. Hehehehe

20131017_200417

oohh.. baru ingat.. speed Maglev boleh reach 300km/h
oohh.. baru ingat.. speed Maglev boleh reach 300km/h

20131017_202055

Mana kitorang duk perabih masa nunggu boarding gate bukak, ada laa jumpa sorang budak nie.. ingatkan warga shanghai mana sebab dia asyik duk wat call je ( iyo lah.. international call kan mahal.. even roaming pun.. so.. sesapa yg ralit sembang by phone tu.. kami kompius sket laa warganegara mana ).. Pulak tu kat tangan dia ada air tin (tulisan cino) dan kepek jajan yang kami tak recognize.. so, even seat duk berhadapan pun.. kami wat donooo je la.. duk sembang berdua je sambil gelak sana sini ( comey ngan sulli memang sepanjang masa duk gelekek.. tak tau laa amende yang kelakar.. tapi memang all the time laa ada je yang kami gelakkan ).

Pastu, budak tu pandang kami berdua dan tanya:

” … dari Malaysia ea”

“ehhh.. bulih cakap melayuu… ingatkan warga sini tadi.. hahahaha…”

Budak laki tu pun bantai gelak.. jakunnye laa kami.. akceli, Sulli ni jenis yang sangat menjaga segala benda yang akan masuk dalam mulut dia.. so, kalau ada makanan yang dia rasa ragu-ragu level kehalalan tu, memang die tak akan makan.. dengan diriku sekali harung laa terjaga skali hehehe.. alhamdulillah..

mencari yang halal tu adalah wajib.. ” bak kate sulli 🙂

Budak tu student Universiti Malaysia, lecturer dia hantar die untuk attend conference. Dalam hati comey, mesti dasat gila budak ni kot.. dah laa datang sorang-sorang diri. Ramah dan very brotherly. Kuat gelak gak..

Flight delay.. tapi takde laa lama sangat.. tapi disebabkan flight kami tengah-tengah malam, jadi kebanyakkan kedai duty free tu dah tutup.. cafe pun tutup sekali.. tapi kedai serbaneka tu ada je.. boleh laa beli orange juice wat hilang dahaga.

KL- Beijing naik MAS… makan very the heaven..

Shanghai-KL naik AA… dah niat dari awal nak tido puas-puas hati.. so, tak amik inflight meal.

Sekian perjalanan kami..

Sulli sangat suka kat gambar nie.. so nekad laa nak tempek.. hehehe.. sangat girl group katanya :p
Sulli sangat suka kat gambar nie.. so nekad laa nak tempek.. hehehe.. sangat girl group katanya :p
Apa-apa saje lah

Pray for MH370

Allahuakbar..

mh370

Pesawat yang hilang tu adalah pesawat yang sama masa comei ngan Sully pi travel gi Beijing ari tu.. Subhanallah..

Comey doakan agar Allah swt permudahkan misi mencari dan menyelamat semua penumpang dan anak kapal berkenaann..  juga semoga semua penumpang selamat walau dimana mereka berada. Ameen.

Banyak betul draf huhuhu.. tak tempek gambar lagi.. kelas pun dah nak start balik..
Siap dah balik dari Hanoi pun.. :p