China · Shanghai

Day 7_ Shanghai

Hemm.. hari ni adalah hari terakhir comey berada di Bumi China. Beg dah siap kemas dan kami check out terus dari Hostel ni dan akan simpan barang dalam luggage room. Sebenarnya takde bilik luggage pun. Sandar dalam kaunter receptionist dalam tu je. Sedikit cuak gak. Tapi since takde barang-barang berharga dalam beg tu, cuma ada pakaian je, kami pun sandar je lah.

20131016_130624

20131017_163433

20131017_164047

Dalam hotel ni, diorang ada bela sekor anjing yang sangat besar.. sangat besar.. lebih besar dari sekor kambing biri-biri tu.. kecik sikit je dari lembu.. series.. dan anjing tu diorang lepas berjalan-jalan dengan riangnya dalam hotel tu. huhuhuh.. takde pape masalah pun, cuma sedikit cuak je. Ye laa.. asyik nak sondol sana sini je.. (kunun2nya nak bermanja laa tu.. tapi.. kaedahnya.. kamoo tetap harammmm )

Dah settle hal beg bagai tu, kami menuju ke stesen subway dan destinasi seterusnya adalah Qibao Ancient Town.  Daripada stesen Dalian Rd ( Yangshupu Road ) Ln 4 -> Century Avenue
( Shangcheng Rd / Songjiang Railway ) Ln 9-> Century Avenue ( Shangcheng Rd / Songjiang Railway) Ln 9 -> Qibao ( Exit 2 ).

Stesen subway diorang nih.. dari Beijing-Xian-Suzhou-Shanghai.. ada satu persamaan, iaitu kene scan bag tiap kali nak masuk subway termasuklah change lane. Perghhh… dah laa pikul si tapir, satu kerjaan plak nak angkat letak pikul tapir tu. Dah laa berat.. seksa betul jiwa raga huhuhuh…

Okey, cerita kat Qibao nih.. kalau korang ada tengok drama Korea “Cain and Abel” lakonan So Ji Sub ( ^^ Oppaaaaa), haaa adegan berlari-lari kat sungai dan jambatan lekuk tu kat sini lah.. dengan lambaian pokok-pokol willownye… udara yang segar daPengaruh drama betul laa… heheheeh.. Kawasan Qibao ni sangat besar. Dan ada banyak tempat lawatan macam personal museum dan tempat pameran lain yang tidak memerlukan yuran masuk. Selain daripada seni bina bangunan dan landskap yang sangat unik dan antik, comey rasa kat sini barang-barang merchandise lagi murah kot.. Untuk barang-barang kraf yang kecik2 laa macam gelang kristal atau fridge magnet.

Okey.. lets the picture do the talks ^^

20131017_085240 20131017_090009 20131017_073834

Pagi lagi ni.. kedai pun tak bukak lagi
Pagi lagi ni.. kedai pun tak bukak lagi
Air sungai yang tenang..
Air sungai yang tenang..

20131017_092327 20131017_093510

Dah puas hati jajah Qibao nie, kami bergerak ke China Art Museum plak.. Museum ni terrrrrrrrrrrsangatlah besar. Tiket masuk adalah percuma ( ada portion yang kene bayar, kalau nak tiket free.. samada reserve online ataupun boleh je amik kat kaunter tiket tu.. tapi kene beratur awal-awal laa.. sebab tourist kat cinaa nih penuh dengan warga cina je.. ).  Tapi kalo korang jenis yang ngeri dan phobia dengan ketinggian.. silalah reconsider visit museum nih.. sebab dia punye escalator, punyalah mencuram tinggi.. dan ada satu escalator tu je untuk naik dan turun ke level 1 dan seterusnya. Sangat tinggi ! Boleh bawak jajan tapi jangan laa obvious sangat.. sebab museum tu ada banyak showroom dan tiap-tiap showroon ada kerusi rehat. Jadi, comey ngan sulli makan biskut oreo bila behenti rehat sambil urut-urut tapak kaki. 😥 ^^ 😛

Jom masuk Shanghai Art Museum
Jom masuk Shanghai Art Museum
lukisan pakcik ni tersangat real
lukisan pakcik ni tersangat real
Tangga eskelator yang sayup tinggi.. kalau jenis yang gayat, memang seriau laaa
Tangga eskelator yang sayup tinggi.. kalau jenis yang gayat, memang seriau laaa
tangga bergerak lagi..
tangga bergerak lagi..

DSCN3800 DSCN3809

Ada berbelas dewan yang macam nie.. kalau lenguh, boleh lepak-lepak santai kat kerusi yang diorang sediakan ni..
Ada berbelas dewan yang macam nie.. kalau lenguh, boleh lepak-lepak santai kat kerusi yang diorang sediakan ni..
Errr... beliau berpintal?
Errr… beliau berpintal?

Kami kembali ke hotel untuk pickup si tapir. Sebelum tu, kami singgah sekali lagi untuk dinner dekat restoren abang mee pintal tu. Tapi kali ni dah takmo makan mee tarik tu.. comey makan nasik sepinggan dengan selambak lauk atas nasi tu. Rasa lauk tetap sama je.. ada rasa minyak bijan, sos tiram dan kicap sahaja.. huhuhuh..  Sulli still kenyang so, dia tapau menu die untuk bekal makan kat airport karang.

Nasi terakhir sulli sebelum terbang balik ke Malaysia
Nasi terakhir sulli sebelum terbang balik ke Malaysia

Dah settle semua checkout, kami bereksperimental dengan menaiki Maglev… lebih kurang ERL laa.. tak terasa laju pun even indicator kat dinding tu ada tulis speed train dah cecah .. err .. dah lupa.. karang2 laa comei korek balik gambar2 proof. Hehehehe

20131017_200417

oohh.. baru ingat.. speed Maglev boleh reach 300km/h
oohh.. baru ingat.. speed Maglev boleh reach 300km/h

20131017_202055

Mana kitorang duk perabih masa nunggu boarding gate bukak, ada laa jumpa sorang budak nie.. ingatkan warga shanghai mana sebab dia asyik duk wat call je ( iyo lah.. international call kan mahal.. even roaming pun.. so.. sesapa yg ralit sembang by phone tu.. kami kompius sket laa warganegara mana ).. Pulak tu kat tangan dia ada air tin (tulisan cino) dan kepek jajan yang kami tak recognize.. so, even seat duk berhadapan pun.. kami wat donooo je la.. duk sembang berdua je sambil gelak sana sini ( comey ngan sulli memang sepanjang masa duk gelekek.. tak tau laa amende yang kelakar.. tapi memang all the time laa ada je yang kami gelakkan ).

Pastu, budak tu pandang kami berdua dan tanya:

” … dari Malaysia ea”

“ehhh.. bulih cakap melayuu… ingatkan warga sini tadi.. hahahaha…”

Budak laki tu pun bantai gelak.. jakunnye laa kami.. akceli, Sulli ni jenis yang sangat menjaga segala benda yang akan masuk dalam mulut dia.. so, kalau ada makanan yang dia rasa ragu-ragu level kehalalan tu, memang die tak akan makan.. dengan diriku sekali harung laa terjaga skali hehehe.. alhamdulillah..

mencari yang halal tu adalah wajib.. ” bak kate sulli 🙂

Budak tu student Universiti Malaysia, lecturer dia hantar die untuk attend conference. Dalam hati comey, mesti dasat gila budak ni kot.. dah laa datang sorang-sorang diri. Ramah dan very brotherly. Kuat gelak gak..

Flight delay.. tapi takde laa lama sangat.. tapi disebabkan flight kami tengah-tengah malam, jadi kebanyakkan kedai duty free tu dah tutup.. cafe pun tutup sekali.. tapi kedai serbaneka tu ada je.. boleh laa beli orange juice wat hilang dahaga.

KL- Beijing naik MAS… makan very the heaven..

Shanghai-KL naik AA… dah niat dari awal nak tido puas-puas hati.. so, tak amik inflight meal.

Sekian perjalanan kami..

Sulli sangat suka kat gambar nie.. so nekad laa nak tempek.. hehehe.. sangat girl group katanya :p
Sulli sangat suka kat gambar nie.. so nekad laa nak tempek.. hehehe.. sangat girl group katanya :p
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s