Mekah

Persiapan ke Mekah

Alhamdulillah…

Comey dah mendapat jemputan untuk menjadi tetamu di rumah Allah swt. In Sha Allah.. kalau tiada apa-apa halangan, perjalanan umrah comey sekeluarga akan dapat dilaksanakan pada bulan April ni. Syukur juga dipanjatkan kepada syarikat dan majikan comey yang bermurah hati menghantar pekerja yang terpilih setiap tahun untuk melakukan ibadah umrah ini.

Comey dah mintak pendapat kawan-kawan comey yang dah berjaya melakukan ibadat umrah dengan agensi pilihan masing-masing. Lepas amik pertimbangan yang sewajarnya, comey nekad dan memilih syarikat Andalusia sebagai medan pengantara kami.

Comey pergi jumpe direct agent dan lepas berunding tentang pro and con termasuklah pakej ziarah, comey decide untuk ambil flight chartered direct dari KLIA ke Jeddah. Sebab ni adalah pertama kali comey travel dengan keluarga ( mak + ayah + adik + pakcik + atuk ), jadi terasa ada sedikit beban yang invinsible tergalas kat bahu apatah lagi mereka ni tak pernah travel jauh. Mesti pening dengan sistem imigresen lah, kastam lah.. check in sana sini.. Fuhh.. mesti letih nak melayan.. tapi sabar itu separuh daripada iman.. bila lagi nak jadi anak harapan kalau tak sekarang. Sia-sia lahh mak ayah besarkan kita kalau tak boleh menumpang bergantung harap. Takde ambil extra pakej untuk ziarah.. concentrate kan untuk beribadah untuk perjalanan ini.

Sebelum ke Mekah, agent akan minta passport, gambar ukuran visa dan buku merah untuk diorang process permohonan visa dan urusan tiket. Persediaan untuk comey plak, sudah semestinya comey akan cuba attend kelas yang dianjurkan atau attend mana-mana kursus yang banyak diorang buat kat masjid atau surau. Nak belajar.. kat mana2 tempat pun boleh… tak semestinya kita pergi dengan pakej Andalusia, kene attend  kelas daripada Andalusia juga.

Untuk warga perempuan, mesti risau terpeot2 masa kat mekah nanti. Comey ada jumpa dokter dan dia sarankan comey amik ubat 7 hari sebelum cycle period kita. Ikutkan explaination doktor tu, ubat tu sebenarnya sejenis ubat hormon. Orang sering salah anggap yang ubat tu digunakan untuk menahan period daripada keluar. Tak de laaa.. istilah menahan tu tak berapa betul.. Ubat tu actually akan memanjangkan tempoh tempelan period dalam rahim kita tu sebelum die gugur dan keluar menjadi darah kotor. Tawakkal kat Allah taala, dan berdoa semoga ubat yang diambil tidak mendatangkan musibah kat kita dan niat utama kita untuk beribadah dengan lebih sempurna. In sha allah.

Adalusia ada bagi 1 beg besar ( 24 inch), 1 beg troli, 1 beg sandang dan 1 beg drawstring ( macam beg jerut tu). Kami pergi 6 orang.. so ada 6 biji beg beso dan 6 biji bag hand carry.. total 12 biji beg.. fuyyohhh.. banyak gile bag.. 2 biji kereta pun belum tentu muat nih.. So, bincang2 kecil, beg beso tu pakai semua, tapi beg hand carry tu.. akan di share2.. 1 biji 2 orang.. save tangan heheheh..

Comey ada beli cover luggage .. pastu buat tag bag sendiri.. beli cover tag untuk kad nama yang plastik tu.. pastu print kertas kaler terang-terang.. gantung ngan riben dan sangkut kat luggage tu nanti.

Since kami akan ke Madinah dulu nanti, jadi barang2 yang perlu dibawa tu, kami kurang kan separuh.. dah jadi barang-barang yang perlu dibeli di Madinah nanti hehehe.. macam list kat bawah tu..

  1. kain ihram untuk lelaki.. bawak 1 dari Malaysia.. boleh beli lagi 1 atau lebih kat Madinah nanti.. ustaz tu cakap, kain ihram yang Malaysia jual sangat besooooo… yang dari sane, sedang-sedang elok je saiznye.. ( takleh nak gambarkan lagi.. sbb tak nampak )
  2. Jubah- kat sana banyak jubah2 yang murah2.. kalau plan nak pakai dan beli jubah.. boleh kurangkan jumlah jubah yang nak dipakai hari2.. macam comey bawak 4 helai..

Check list barang-barang :

  1. Tang seluar nih.. since dah pakai jubah.. comey nak pakai track suit je.. macam membazir laa plak kalau segala benda nak beli baru
  2. Telekung + sejadah nipis… comey standby 3 helai putih dan sehelai telekung hitam ( lycra jenis yang kaler2 tu.. )
  3. Selendang- just bawak shawl besar tu.. takyah nak gosok2..
  4. Sandal- yang bersesuaian.. since kita akan pakai stokin sepanjang masa.. takde masalah laa kalau pakai sporty sandal tu..
  5. Botol spray – nak carik kat kedai 2 ringgit je.. tak pun kat Mydin banyak..  ( tapi tak belajar lagi camne nak ambil air sembahyang pakai botol spray )
  6. Sanitiser / wet tissue.
  7. Ubat-ubatan ( ubat demam, selsema, batuk, sakit tekak, minyak angin, minyak urut.. blasah laa ubat apa2 pun)
  8. Toiletries + towel ( walaupun hotel ada sediakan, better standby yg ringan sehelai )
  9. Plastik beg
  10. Hanger nak sangkut baju

Oh.. sebelum ni.. comey ngan bebudak opis ada laa membelek2 satu website jubah ni ( EastEssence ).. belek punye belek.. terjebak laa… so kami tong-tong laaa share delivery cost sebab seller tu over the sea punye location.. just nak share, yang jubah-jubah diorang tu.. acceptable laa harga ngan design tu.. kain ada banyak jenis, cotton, cashibo, twail dan macam-macam pesen lagi.. dia takde laa jubah yang sarat dengan manik-manik berkelip bagai tu.. simple dan elegance.. chewah.. tetiba terpromote plak..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s