Mekah

Day 7 – Ziarah luar umrah ke 2, Miqat di Masjid Ja’ranah

DAY 7

Hari ni lepas sarapan, kami semua berkumpul di Lobi dan akan menaiki bas untuk melakukan ziarah luar dan tempat-tempat bersejarah di Makkan seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah dan Jabal Nur.

Kat Jabal Thur, kami hanya tengok puncak bukit sambil lalu je sebab driver bas taknak berhenti hehehe.. ingatkan si Ustaz Hanif tu bergurau.. bebetul rupanya driver tu tak nak berhenti.. nonongggg je die bawak bas. Rupe-rupanya, driver pak arab ni dah naik angin, bas die bergesel dengan satu kereta kat selekoh.. kami lak tak perasan apa-apa pun.. tercalarr laa bas pak arab ni.

Tak relevan dengan title post. Tapi ini adalah kesinambungan daripada post day 6, kejadian lepas umrah pertama. Kami keluar dari masjid untuk bersihkan diri bagi yang nak balik hotel, atau terus menunggu subuh di masjid.

SubhanAllah. cantik kan rumah Allah ni.. terpegun bila bertentang mata secara live gitu.
SubhanAllah. cantik kan rumah Allah ni.. terpegun bila bertentang mata secara live gitu.
Perjalanan balik dari masjidil haram ke hotel. Nampak macam pagar biru tu, haa.. memang pagar pun.. kiri kanan lorong tu memang kawasan construction pun.
Perjalanan balik dari masjidil haram ke hotel. Nampak macam pagar biru tu, haa.. memang pagar pun.. kiri kanan lorong tu memang kawasan construction pun.
Masa nak masuk atau sesudah waktu solat, jalan raya tu diorang akan block daripada kenderaan. Semua berjalan kaki je. Jarak hotel comey ngan masjid adalah 700 meter.. kattang gak aa kaki gi balik kalau nak ngulang2 masjid 5 waktu ( setiap langkah adalah pahala.. pahalaaaa)

Memang berduyun-duyun laa ummat kat sana.. masyaallah..
Memang berduyun-duyun laa ummat kat sana.. masyaallah..
Oh.. dah lupa dah citer ke belum pasal susu nih.. kat bangunan yang ada hilton hotel tu, belah bawah dia ada Bin Dawood, market yang besau gitu.
Oh.. dah lupa dah citer ke belum pasal susu nih.. kat bangunan yang ada hilton hotel tu, belah bawah dia ada Bin Dawood, market yang besau gitu.
Feveret comey adalah susu berperisa macam-macam nih.. perghhh.. memang piauuu ah. Kalo yang cokelat tu, memang le pekat likat cokelat.. Aaaaa rindunyaaa.. Comey telan yang ni je.. untuk dapatkan tenaga extra

Ni lepas subuh punye scene nih
Ni lepas subuh punye scene nih

20140407_214351

Gua Thur adalah tempat persembunyian Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda saidina Abu Bakar daripada puak Quraisy Mushrikin. L abah-labah telah membuat sarang dan burung merpati bertelur di depan pintu gua telah mengelirukan puak-puak kafir daripada membunuh Rasulallah saw dan sahabat baginda.

Lepas tu, kami menuju ke Jabal Rahmah. Kat sini, bas berenti dan kami diberi masa 20 minit untuk panjat Jabal Rahmah bagi yang mampu dan ziarah kawasan sekitar bagi yang tak larat nak jajah bukit.

Naik tangga pun boleh, tapi sedikit sesak laa dengan orang ramai yang bertali arus.. tu tak campur lagi dengan peminta sedekah yang duk baring kat tengah2 tangga tu.. Jadi on the way naik, comey panjat bukit tu dari tepi.. jalan lagi short, tapi kena hati2 sket laa sebab licin dan sedikit pacak. Boleh je… pakai slipar lak tu.. hehehe..

Menurut ustaz Hanif, Jabal Rahmah merupakan tempat pertemuan antara Adam dan Hawa setelah terpisah selama 400 tahun selepas diusir daripada syurga ke muka bumi. Adam di turunkan di India dan Hawa diturunkan di Jeddah. Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan romantic mereka berdua ( ..quote ayat ustaz Hanif.. masa ni Jemaah dah bantai gelak dalam bas ). Die pesan lagi, dah naik sane.. toksah dibuat benda-benda khurafat macam tulis nama sesapa ngan marker pen lah.. peluk cium nangis laa… berdoa straight to Allah.. hanya amik tempat keberkatan sahaja semoga dengan izinNya doa kita dimakbulkan oleh Allah taala.

Macam biasa, sila perhatikan bebetul bas anda jenis apa dan kaler ape.. sebab bas berderet2 tauuu
Macam biasa, sila perhatikan bebetul bas anda jenis apa dan kaler ape.. sebab bas berderet2 tauuu
Gigih panjat nie.. kalau selipar jenis yang tak grip tu.. maka silalah naik tangga sebab pasir bukit kat situ agak laa licin
Gigih panjat nie.. kalau selipar jenis yang tak grip tu.. maka silalah naik tangga sebab pasir bukit kat situ agak laa licin

20140408_135222

Lepas tu kami hanya drive thru sahaja area Arafah dan Mina. Dari dalam bas, hanya mampu imagine je betapa ramainya Jemaah Haji dari seluruh dunia yang berkumpul disini compare dengan bilangan khemah-khemah putih yang jauh mata memandang tak putus-putus.

Lastly, kami akan miqat di Ja’ranah dan akan melakukan ibadah umrah kali ke-2. Yang lelaki akan bawak bekal kain ihram siap-siap dan akan tukar pakaian di dalam masjid. Yang perempuan.. just pakai sebagaimana menutup aurat dan ready untuk umrah.
Ustaz Hanif pesan, better umrah ke-2 ini dibuat untuk diri sendiri dahulu.. toksah buat umrah badal lagi (umrah badal adalah umrah hadiah yang diniatkan umrah tu untuk mak ayah yang dah meninggal atau sesapa yang kita nak kita niatkan), seeloknya diperbetulkan atau di enhance kan ibadah yang terdahulu bagi menampung mana-mana yang terkehel dan terlompang. Mana laa tau.. pertama-tama kali kot banyak yang tak sempurna.

Dah balik ke hotel smula, kami solat zohor di hotel dan makan tengahari, pukul 2 petang kami start buat umrah secara berjemaah. Alhamdulillah, maybe sebab lepas zohor, jadi cuaca sedikit panas maka orang yang tawaf kurang laa padatnya. Kurang sikit je.. jadi boleh laa berjalan tak bersesak-sesak sangat. Spek itam sangat membantu.. kurang silau dan boleh baca buku doa dengan releks.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s