Mekah

Day 8- Ziarah luar_ Museum Mekah, Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah

Day 8_Ziarah luar_ Museum Mekah, Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah

Okey, ini adalah aktiviti tambahan dan takde dalam pakej. Ada dinyatakan tapi kena bayar extra sebanyak 25 riyal. Lawatan pertama kami adalah museum Mekah yang mana seorang mutawif telah menggunakan suaranya menjadi speaker kepada semua Jemaah dalam usaha untuk menerangkan segala macam sejarah bahan pameran yang ada ( sampai serak-serak suara beliau hahahaha… err.. astaghfirullah… )

20140409_130127

Tekun dengar penerangan ustaz mengenai pembangunan akan datang kota mekah
Tekun dengar penerangan ustaz mengenai pembangunan akan datang kota mekah
Seni ukiran pada bekas pintu kaabah yang lama.
Seni ukiran pada bekas pintu kaabah yang lama.

20140409_135830

Telaga original zam-zam sebelum era pemodenan
Telaga original zam-zam sebelum era pemodenan
kat sini pun ada disediakan tong air zam-zam.. Jadi takde masalah nak topup air minum atau air spray
kat sini pun ada disediakan tong air zam-zam.. Jadi takde masalah nak topup air minum atau air spray
Pintu masuk museum masjidil haram
Pintu masuk Museum

Menarik je.. tapi jenis comey suka baca sendiri amende yang tertempek kat dinding dan explain bahan pameran daripada dengar ustaz yang sayup-sayup suara jadinya hehehe.. ampun ustaz. Lawatan tu sekejap je..
PS: Ustaz Hanif tertinggal bas.. jadi dia tak ikut lawatan luar hari ni.. kelakar bila mutawif sendiri kene tinggal dek bas. Bukan disebabkan beliau lambat, tapi ada kekeliruan pasal bas dan jalan kene tutup, jadi Jemaah main hentam masuk bas je. Ada bas yang penuh dan ada bas yang kosong.

Lepas tu, melalui jalan yang sama (takde u-turn pun) kami pergi melawat ke kandang unta. Hehehe, kelakar kan.. Ustaz Hanif cakap, kalau sebut ladang tu macam besar sangat.. ni memang bebetul saiz kandang je. Specialnya pergi sini, of coz laa tengok unta secara life. Boleh gosok-gosok badan unta, atau boleh kenyit mata ngan untaaa.. bulu mata unta kan panjangggg… wakakaka.. ape yang aku merapik nih.

Ps: masa ni kami tak tau lagi yang MERs atau Middle East Virus sedang outbreak kat Mekah dan Jeddah. Dah sampai Malaysia baru tau crite bagai pasal virus nie. Di nasihatkan, bagi sesapa yang antibody jenis lemah longlai tu, toksah gi la melawat si unta ni.. kalo mnegidam sangat nak minum susu untaa..susu pun minum susu kotak kat Bin Daud jual je..

Comey turun kat kandang unta tu sekejap je.. sebab matahari waktu tu bebetul terpacak terang atas kepala.. fuh.. berpinar jugak biji mata comey. Kami akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah dan bagi sesapa yang berniat nak mengerjakan umrah buat kali ke-3 boleh laa berniat ihram kat sini.

Inilah ladang untanya aka kandang unta.. memang bebetul padang pasir ah.. panas bersinar menyinari untaaaa
Inilah ladang untanya aka kandang unta.. memang bebetul padang pasir ah.. panas bersinar menyinari untaaaa
Unta-unta yang tenang duk 'sun-tan'.. muehehehe
Unta-unta yang tenang duk ‘sun-tan’.. muehehehe

Balik kat hotel sebelum pukul 12 tengahari dan comey solat kat hotel lepas lunch, dan settle bagai, comey gerak sorang-sorang pi buat umrah. In sha allah, kene yakin dengan diri sendiri. Dah 2 kali ikut mutawif kan.. dah boleh bawa sendiri dah..
Buat sorang-sorang lagi cepat settle rupanya.. tak taulaa pasai apa jadi cepat.. co mey gerak cepat-cepat kot. Sampailah masuk waktu asar.. Syukur Alhamdulillah..

ps: tak disarankan berjalan sorang-sorang.. boleh menimbulkan fitnah dan macam-macam masalah.. better bergerak dengan mahram masing-masing atau secara berkumpulan.

Sebenarnya, sebelum comey sampai di Mekah dan Madinah ( back in Malaysia punye cerita ), ramai laa orang berpesan kat comey supaya jangan jalan sorang-sorang, jangan keluar hotel malam, jangan gi tandas kat masjid, jangan itu.. jangan ini… comey suka berbaik sangka.. lagi pulak bila duk sana, comey terasa selamat.. sangat selamat. Feel dia lain.. rasa bagaikan dah sangat biasa kat sana.. Orang sana walau kasar takde laa sampai tak hormat orang lain. Jalan besesak terak macam mana pun.. takkan ada sexual harassment… NEVER! berhimpit laa lagu mana pun, sehabis daya sesame manusia akan cuba jaga jarak dan adab. Sebesar mana atau sekecil mana pun orang tu, diorang akan panggil comey hajjah.. hehehe… comey gi je tandas tengok guane rupe. Ok jee… takde laa menakutkan sebagaimana yang ditakutkan.. nak takut apa.. tandas bersih tau.. langsung takde bau hancing ke hapak ke..

Cuma kalau nak gi tandas, jangan pergi waktu solat.. iye laa.. orang semua tengah solat ngko nak gi tandas buat apa.. kalau tak tahan sangat.. tahan jugak.. masa tu takde manusia yang bergerak.. semua tengah solat.. Lagi satu, elakkan gi toilet lagi 15 minit nak masuk waktu solat.. orang sangat ramai jadi tandas akan sangat sesak waktu tu.. tu yang nampak ngeri je… padahal sangat oke… tandas kat China tu macam bumi ngan galaksi bimasakti kalau nak di compare.. sama je laa kalau nak compare public toilet kat negara kita pun.. hampehhh..

Ada satu waktu tu, comey pi duk dalam satu shoping complex dekat dengan Bin Daud tu.. pi laa makan aiskrim kat tengah2 shoping mall tu. Duk dalam shopping mall pakai telekung ngan slipar je… Sebelah mall tu plak Hilton Hotel.. try buat kat Malaysia balik dari masjid pakai telekung je pastu singgah mall makan aiskrim. Tengok camne orang tengok balik wakakaka… err.. sambung crite balik, masa duk makan airkrim tu, ada laa sorang pak arab, tetiba dia hulur tangan die kat idung comey.

“ Try to smell it.. Do you like this one.. or this one? “ sambil hulur kepal tangan die kat idung comey…
Die bukan nak jual minyak wangi pun… just nak tanya opinion kita.. takde bismillah pape pun hahaha…
Comey cakap yang kanan tu lagi best.. die super happy and say thank you sambil sengih sampai telinga..

Moral of the story, jangan duk takut-takut entah apa-apa.. Try.. mencuba sesuatu yang baru adalah priceless.. selagi selari dengan hokum dan syara’. memang precaution is better that prevention, tapi kalau over sangat.. tak betul dah tu..

Ps: kat sana terlalu ramai orang yang ingin menderma.. jadi, in sha allah.. akan sentiasa ada rezeki untuk kita.. samada sekepal kacang, secawan kurma, seutas tasbih, seketul cokelat, segelas teh.. dan sebiji cubitan kat pipi. Itu semua comey dah rasa secara percuma.

Tasbih hadiah daripada seorang hajjah dari Iran..
Tasbih hadiah daripada seorang hajjah dari Iran..
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s