Mekah

Day 9- Masjid Saidatina Aishah di Tanaim

Day 9.

Hari ini merupakan hari terakhir kami melakukan umrah ke 4 yang mana kami akan miqat di Tan’aim iaitu Masjid Saidatina Aishah. Bas membawa kami ke masjid dan seperti biasa kami akan menunaikan solat sunat tahiatul masjid dan sunat ihram.

Umrah kali ni, masih dibimbingi oleh Ustaz Hanif, tapi bagi yang nak buat sendiri pun boleh carry on. Comey satu family pakat ikut mutawif sebab nak maintain satu kumpulan. Tapi lepas je tawaf, kami dah terpisah dengan mutawif dan lepas menunggu dalam 15 minit takde nampak bayang dan spek mata Ustaz tu, kami pun pelan-pelan gerak ke tempat Saie. Takde masalah pun.. gerak sendiri pun sama gak. Cuma adik comey ngomel sorang-sorang, dia cakap, tak dapat laa nak aminkan doa yang ustaz baca sepanjang masa ibadah umrah dibuat. ( bace sendiri laaaaa dik oiiii.. hempuk kangg… errr.. astaghfirullahhhhhh ).

Kami sudahkan ibadah tawaf kami dengan tahallul sebelum waktu asar. Lepas tu, macam biasa laa.. kami gi tandas dan amik air sembahyang yang baru sambil menunggu masuk waktu asar di dalam masjid.

Dah habis bertahalul, ada jemaah yang pulang ke hotel untuk berehat, ada yang berehat dalam masjid aja.. ada jugak yang berjalan-jalan ambil angin dalam shopping mall tu.  Takde masalah.. pandai-pandailah bahagikan masa.. jangan sampai membazir masa dengan membuat perkara2 yang tak mendatangkan pahala.

Bab shopping tu.. nawaitu kena sentiasa betul. Takde masalah untuk membeli belah. Kebanyakkan yang shopping pun, bukannya shopping untuk diri sendiri.. kebanyakkannya mesti plan nak bawak balik buah tangan untuk sedara mara lah.. kawan-kawanlah.. adik beradik lah.. iyelaa.. sejadah, tasbih dan minyak wangi mesti jadi satu kemestian.

Kalau rasa lapar, boleh keluar dari masjid tu, dan beli bekal kat kedai-kedai makan sepanjang jalan tu. Kompem… takyah nak risau2 walaupun duk oversea.. HALAL!

Masjid Saidatina Aishah di Tanaim
Masjid Saidatina Aishah di Tanaim

Masjid di Tanaim merupakan masjid yang paling hampir dengan tanah haram Mekah. Bermaksud, para jemaah yang ingin berniat ihram untuk membuat ibadah umrah, bolehlah keluar daripada tanah haram, naik teksi dah miqat di Masjid Tanaim ini. Kalau mampu dari segi fizikal dan mental, boleh lah perbanyakkan ibadah umrah dengan miqat kat masjid Saidatina Aishah ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s