Mekah

Day 10- Tawaf wida’

Day 10.

Pejam celik dah hampir 10 hari kami kat sini. Alhamdulillah, kami dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik. Alaa.. setakat demam terkejut tu biasa laa.. sebab tu kena bawak bekal ubat dimana jua anda berada. Your body is unpredictable.. tak tau bila tubuh badan terkejutkan cuaca, atau terkejutkan budaya atau terkejutkan dengan makanan yang ada kat sana.

Hari ni pada waktu petang selepas solat asar, akan ada taklimat berkenaan dengan tawaf wida’ atau tawaf selamat tinggal. Esok kami semua akan meninggalkan tanah suci kota mekah sob sobbb… entah bila lagi laa kami akan menjengah ke sini lagi..

Ada 4 pesanan utama yang perlu dipatuhi oleh Jemaah sesudah melaksanakan tawaf selamat tinggal.
1. Tidak boleh tidur dengan sengaja ( naik ke bilik dan tidur di atas katil )
2. Tidak boleh bergambar
3. Tidak boleh shopping
4. Tidak boleh menderma.

Kalau buat juga.. akan kene bayar dam lah.. seko kambing! Hehehe.. ( err..tak sure jugak.. sbb dah ingat-ingat lupa dah.. sila semak dengan ustaz smula!)

Kena jaga semua perkara di atas sehinggalah kita meninggalkan tanah haram mekah.

Disebabkan kami semua akan bertolak ke Airport Jeddah pada pukul 10 pagi esok, jadi tawaf wida’ boleh dilakukan sebelum subuh dalam pukul 3.00 pagi ke bawah dan boleh juga buat sesudah solat subuh. Tapi kene cepat-cepat sket laa.. takut terstuck kat laluan keluar ke apa ke.. kesian kat orang lain laa yang akan menunggu kita untuk berangkat pulang tu.

Jadi.. malam tu, kami dah pack siap2 barang-barang dalam beg besar dan beg kecil, cuma tinggal apa yang kecil-kecil dan boleh sumbat kat dalam beg hand carry tu. Beg besar pun seal siap2.. pastu kalau ada weight scale tu, boleh laa dibuat timbang kot-kot beg besar tu terlebih berat ke apa..

Ikutkan pengalaman comey la, untuk beg yang bersaiz 24 inch tu, kalo setakat letak pakaian dan barang-barang keperluan perjalanan kita tu, in sha Allah takkan terbabasnye nya pada 25kg.. apatah lagi nak exceed 30kg ( max weight untuk check in luggage bagi Saudi airline ). Tapi kalo korang sumbat kurma berkotak-kotak dalam beg, atau air zam-zam.. haaa, yang tu.. sangat besar laa untuk capai 30kg nye..

Jadi, apa yang comey buat adalah barang makanan macam cokelat, buah tin, gajus bagai tu dan kurma, kami distribute dalam hand carry luggage. Justifikasinya, sebab hand carry jadi takde lah insiden kene penyet ke, tetindih ke.. just precaution je laa.. kalau nak ilang pun, ilang jugak.. alhamdulillah, luggage kami maintain pergi dan balik, takde yang terberanak. Ada yang ikat beg dengan tali yang ala-ala jala tu.. better takyah kot.. inshaAllah, beg tu tak pecah ( lain laa kalo jenis yang menyumbat beg sampai over kembung ). Sebab, beg tu akan lalu kot conveyor belt yang kita tak tau kot celah mana lagi diorang lalu. Boleh tereksiden macam tersangkut ke apa ke..

Mana-mana beg yang nampak macam obesiti tu, kami belit dengan muskin tape ( belambak jual kat tepi-tepi jalan.. 2 riyal untuk gulung yang kecik tu ). Pastu, sangkutkan padlock yang kecil tu. Make sure name tag bag ok dan buang strip flight yang lepas-lepas tu.. tak yah simpan tag yang lama2 tu kat beg tu..

Pendek crite, dah siap mengemas, terus ready untuk ke masjid. Tido-tido ayam je laaa..

So, pukul 3 pagi tu, kami dah ready susun beg-beg besar tu kat lobby untuk diangkut ke dalam bas pagi nanti, dan kami terus ke masjid untuk melaksanakan tawaf wida’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s