Mekah

Day 11

Day 11.

Alhamdulillah.. setakat ni, Allah taala permudahkan perjalanan kami dengan memberikan kesihatan yang baik dan kegembiraan kepada kami. Rombongan chartered flight kami pun selamat tiba semua di airport Jeddah pada pukul 12 tengahari. Kami zohor kat sana dan terus jamak waktu asar.

Suasana airport Jeddah atau terminal Haji Jeddah tersangatlah unik. Terminal diorang sangat luas dan besar, dan juga sangat open air hohoho. Maksudnya, sebelum kaunter dibukak untuk urusan check in luggage, Jemaah akan menunggu di luar terminal dan tiada aircond dan juga berdebu.. kat tengah-tengah padang pasir kot terminal nie. Jadi facemask sangat berguna pada waktu ini, sebab flight pukul 7 karang.. kami dah ready beratur dengan luggage start tengahari lagi. Ustaz Hanif cakap, ,memang prosedur di Jeddah yang Jemaah harus tiba 5 jam lebih awal dari waktu boarding.

Kaedahnya, dari dalam bas lagi dah ada agreement yang jemaah akan collect berapa riyal sorang (dah lupaaa.. maafkan kecomelan dakuuuu) untuk bayaran bagi pengurusan luggage dan troli. Kalo dibiarkan arab-arab terminal tu tolak troli kita, mau kene takik bayar sewa diorang tu. Jadi, ustaz akan sewakan segerombolan troli, letak semua luggage, make sure takde yang tertinggal je sebab semua akan masuk dalam perut plane.

Bila semua beg dah ada atas troli, semua troli tadi akan beratur menuju ke kaunter (kaunter tak bukak pun lagi.. just line up kat tengah2 lorong tu menghala ke kaunter.. ). Jadi, para jemaah hanya take care off hand carry sahaja. Yang gagah perkasa akan tolong tolakkan trolli tu nanti. Masa senggang yang ada, kami solat zohor dan lunch kat open air situ.

Ada laa time kalutnya apabila waktu check in tu, ada Jemaah yang dah lagha duk merata bersepah dan tertinggal barang nak check in laa, beg kecik tu takmo wat naik onboard laa.. ustaz kecik yang 2-3 orang tu kalut nak layan pak arab lagi, orang yang sorong troli lagi.. air zam-zam lagi.. hehehhe.. demam laaa ustaz2 mutawwif tu bila kami dah balik nanti..

Urusan check in.. Alhamdulillah.. pak arab tak banyak songeh.. dia main masukkk je dalam kaunter.. Kami yang nak g chop passport ngan scan hand carry luggage pun tak banyak songeh.. kumpul je departure card, passport dan boarding pass utk satu keluarga, beratur dan chop degang.. tak banyak songeh.. Pak imigresen tu chop passport kami sambil duk layan iphone die tauu.. tangan kanan duk scroll iphone dan tangan sebelah kiri pegang chop! Heheheeh.. multitasking gitu..

To Ustaz Hanif, Kami sekeluarga amat berterima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar ustaz. Nak ucap selamat tinggal pun dah tak nampak bayang ustaz dah.. sebab ustaz sibuk duk kutip barang-barang Jemaah lain yang tertinggal.. isk isk iskkk.. tekun betul. Kalau ada segala salah dan silap tu, harap maafkan laa kami sekeluarga. Akak pun sama laa dik hehehee.. Moga adik menjadi pembimbing yang diredhai, diberkati dan disukai oleh semua orang. Aminn..

Ps: ustaz nih cakap, orang kampung dia sebut telekung semayang tu.. mengkana.. errr… hehe

Sekian lah travellog comey.. setakat tu je yang mampu comey gambarkan kembara yang indah ini. Memang takleh compare laa dengan jelajah-jelajah comey kat tempat lain. In Sha Allah, jika ada keizinan dan kurniaNya.. comey akan pergi lagi.. perbanyakkan ibadah lagi.. perbanyakkan doa lagi.. Nak cium kaabah banyak-banyak. Nak tawaf banyak-banyak. Nak jelajah seluruh pelosok masjid. Amin..

Ps: Ustaz ada berpesan.. yang segala yang tak elok.. toksah dibawak balik cerita kat orang.. cerita yang baik-baik je.. cerita yang bagus-bagus je. Maksudnya, takyah laa beria cerita pasal sana sangat berdebu.. cuaca kering ke.. cerita untuk orang lain wat panduan dan preparation tu ok je.. tapi bercerita gaya negative dan mendorong orang lain berfikiran negative juga.. baik diam daripada bersuara.

Nak balik daripada mekah pun, toksah nak bergembira bagai.. sebab kita sepatutnya dalam kedudukan berduka dan bersedih.. sebab tak tau bila lagi kita ada kesempatan untuk kembali ke rumah Allah. Tapi ada Jemaah yang seangkatan dengan Comey, stat je berada kat dalam airport Jeddah, dah datang balik perangai yang kurang berhemah. Bergelak ketawa bergurau sakan.. siap mencemuh keadaan sana sini.. subhanallah.. Cepatnya pesanan tu berlalu pergi. Comey hanya mampu pandang dan berdoa agar peringatan tu kembalik hadir kat dalam hati beliau.

menu masa lunch.. very the malaysian punye menu.
menu masa lunch.. very the malaysian punye menu.
berkampung lah kat sini sementara menunggu gate masuk ke kaunter tu bukak. Ada banyak je seat yang available
berkampung lah kat sini sementara menunggu gate masuk ke kaunter tu bukak. Ada banyak je seat yang available
bukan eskelator, so kene panjat tangga tu sambil heret hand carry luggage
bukan eskelator, so kene panjat tangga tu sambil heret hand carry luggage
menu dalam flight.. mewwah doh
menu dalam flight.. mewwah doh

Sekian sahaja coretan sepanjang perjalanan comey sekeluarga menjadi tetamu rumah Allah. Insha Allah, comey tanamkan niat dan azam, jika ada rezeki lain.. akan comey pergi lagi.

Advertisements

3 thoughts on “Day 11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s