Apa-apa saje lah

Mati…. semua orang akan mati.

Semalam, ayahanda kepada seorang rakan sekerja comel telah meninggal dunia. Sedihnya..

Ayah beliau dah lama sakit-sakit.. k.ma (kawan comey tu) dah lama jaga ayah yang keluar masuk hospital.. Tapi, Allah lebih sayangkan beliau…

Apa yang comey nak bercerita sebenarnya, keaadan atau suasana semasa comey pergi menziarah keluarga arwah.

Ramai makcik-pakcik, jiran-jiran, kawan sekerja, rakan kampung memenuhi ruang rumah dan sekitar.

Tapi yang duduk dan hadiahkan bacaan alquran dan yassin.. comey boleh kira hanya berapa ketul.

Padahal, yang datang ziarah sangat ramai.. penuh rumah..

Ada yang duk bersembang pasal anak yang nak balik kampung..

Ada yang duk bersembang pasal nak masak apa petang karang..

Ada yang duk bersembang sambil gelak-gelak mengilai-ngilai..

Tak paham comey.. diorang datang ziarah nih, takde keinsafan diri ke..

Semua orang akan berada di situasi tu..

Kalau bukan mak bapak kita.. kita sendiri pun akan terbaring menanti di kuburkan..

Betapa sedihnya diri kita, tatkala kita ke alam barzah, tetapi orang yang berada di keliling tak ambil iktibar.

Ingat mati tu wajib.. untuk sedarkan kita betapa singkatnya hidup ini..

Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa..

Satu lagi yang comey sangat tak paham.. pergi ziarah orang mati, tapi pakaian macam ntah pape..

Pakai baju ketat membalut, pastu bila duduk bersimpuh, mulalah baju tu nampak abih isi dalam yang berlapis-lapis..

Tak paham! Seriesly

……….

Moga kita dijauhkan daripada perangai sebegitu.. dan beringatlah..

ps: sebab tu lah mak ayah suh pi mengaji agama.. biar tak jahil! huhuhuhu…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s