Apa-apa saje lah

Family trip ke Pulau Tioman

Dah lama plan nak ke Tioman ni.. dari tahun 2015 kut.. tapi banyak masalah masa tu.. termasuklah jadual trip tak tally ngan cuti masing-masing.. so.. tahun 2017.. tercapailah jua impiannya…

Yang kelakarnya.. trip kami ni pada cuti Chinese New Year.. jadi, normally cuaca pada time tu adalah samada hujan dan ribut petir.. ataupun hujan dan banjir.. hahahaha

Alhamdulillah.. seminggu sebelum tarikh perjalanan tu… hujan jugak  laa kat kampung kami.. tapi takde laa sampai banjir.. cuma.. kami kan dari East Coast, jadi.. keadaan kat negeri jiran tu kurang memberansangkan.. hujan dan banjir di Temerloh dan area2 kuantan..  ngeri wohhh… tapi sebab dah booked segala2nya.. hotel dan tiket feri.. kami tawakkal je lah..

Perjalanan dari KT-Mersing lebih kurang 6 jam lah.. tolak tambah berenti toilet bagai… Kami gerak pukul 10 malam.. sebab feri dari mersing ke Pulau Tioman bergerak jam 8 pagi.. ( ada cerita di sebalik tabir tiket feri ni )..

Untuk yang 1st timer gi Pulau Tioman.. dalam satu pulau tu.. dia ada banyak kampung dan setiap kampung owned jeti masing-masing.. Contoh, Hotel Selesa Pulau Tioman akan drop off di jeti kampung Tekek. Once dah confirm hotel, management hotel akan contact kita untuk confirm seat booking tiket feri. Busuk2 sila confirm seminggu awal..  sebab, crowd adalah sangat ramaii..

Bulan January supposed still lagi dalam cuaca monsoon, dan kami ingatkan yang maybe family kami je yang tegar gi pulau masa musim tengkujuh.. tapi… perghhh.. bila sampai kat jeti penumpang mersing tu.. seriesly tekujat badak! penuhhhhhhhh orang beratur.. local dan foreigners.. sama ramai!

Okeh.. part tiket feri yang haru biru!

Parking kereta takde masalah.. baik park dekat kawasan parking yang Majlis Perbandaran Mersing conduct.. harga parking sama je.. cuma, parking yang Majlis tu.. dekat dengan jetty penumpang… kalau dari jalan besar… ambil laluan parking lurusss je.. terus ke arah laut.. jgn follow line parking belah kiri.. jauhhhhhhhh kene jalan maaa..

Once dah selamat parking.. kunci kereta elok2.. tutup semua side mirror… okeh.. sila hangkut barang2 menuju ke kaunter yang macam2 dekat jetty.. ( boleh bawak beg jenis trolly atau bagpack.. jalan semua bertar.. dan takde masalah untuk heret beg2 yang berat subhanallah itu.. boleh tanye yang jaga parking tu kalau blur..

Mula-mula, sila beratur untuk collect booking tiket feri.. macam comey, pihak hotel dah tolong booked kan.. tapi tak bayar lagi lah.. bayar upon collection..  blue water ferry kaunter no. 2 ( kalau tak silap ).. tiket untuk dewasa RM 70 untuk 2 hala.. dan kanak2 RM 60..

Dah berjaya ambil tiket.. sila beratur lagi untuk register nama visitor bersama tiket dan IC.. yess.. IC semua org yang ada dalam trip.. wakilkan sorang je untuk beratur.. sebab nama2 tu semua insert pakai sistem.. superrr lambat… so.. kalau feri gerak pukul 8.. pukul 6 dah boleh menapak beratur…

Dah tulis nama ikut jeti drop off masing-masing.. sila beratur lagi sekali.. untuk bayar caj dan tax dari jabatan laut.. comey pukul rata dalam RM10 laaa estimate utk bayaran caj dan tax nie..

Okey.. dah collect semua resit2 yang bayar tu.. bawak semua skali pi beratur tukar tiket feri tu dengan boarding pass ( nama je boarding pass.. padahal kertas warna2 je sekeping nak make sure time departure seat masing-masing ).. Dah settle.. beratur lagi untuk masuk feri.. make sure semua barang-barang takde yang tertinggal lah.. sebab takdenye diorang nak tolong peringat or tolong bawakkan… sendiri heret okay!

Alhamdulillah.. selamat sampai dan turun ke jeti kg.Tekek.. masing2 muka mabuk laut.. memang teruk betul kene hanyun.. even feri tu besar.. still lagi tingtong sebab layan gelombang.. ramai jugak laa yang tewas dengan plastik hitam ( muntaijauuuuuu )..

Dah sampai.. boleh keluar dari jetti dan ada reps dari hotel yang setia menunggu ketibaan kalian.. hehehe

Oh.. lupa nak tampal gambar.. teksi yang hangkut kita dari jeti ke hotel adalah sejenis 4x4wd okey.. triton lagi… kami 13 org sumbat 1 triton!!!!.. muat je.. tapi adventures gila lahhhh…hahahha

Selesa Condotel @ Hotel Selesa ni located hujunggggggg pulau.. memang jauh dari yang lain lah.. rasanya dalam kawasan pengurusan Berjaya Tioman Resort.. sebab area sama..

Rasanya adalah dalam 5-6 keluarga ada kat resort ni masa kami datang.. (dah nama musim tengkujuh tak habis lagi ).. Kawasan resort agak jauh dari area pantai.. kene sewa teksi yang tadi tu.. atau boleh sewa motor.. kami amik motor je… RM50 sebiji 1 hari… lenjan sampai habis motor tu… merempit! hahahaha

Kami sekeluarga kalau travel jenis bawak ration.. makan kat luar pun yer jugak.. tapi most of the meal time kami.. mak masak!.. tak kisah laa masak sardin ngan telur dadar.. asalkan mak masak! hhehehe…

Bilik kami jenis studio room. ada 4 bilik.. 2 bilik katil double, 2 bilik katil single.. tapi dont worry, setiap bilik ada bantal extra 4 biji dan juga comforter untuk bentang kat ruang tamu or dalam bilik.. luas, selesa dan fully aircond..

Kat pantry ada microwave, peti sejuk yang kecil tu.. dan juga periuk nasi.. kami bawak electric pan aka pot.. boleh sangat laaa stakat nak masak2 lauk tu.. mak kami siap boleh masak sayur batang keladi tau.. tapi dah siang siap2 laaa semua bahan2 mentah tu..

Si bulus kat atas ni… ketua kumpulan perompak yang dah buat onar kat bilik kami.. pandai betul laaa diorang bukak tingkap pintu.. so, make sure kunci pintu tu.. jangan sekadar tutup… walau dah kejap tutup tu.. diorang pandai gile bukak pintu tingkap dan slide… lepas tu, kenduri hancurkan semua stok makanan kami kat atas meja..

Beli bun kat kedai runcit kat bawah… ( lenjan motor sewa laaaa ).. takde roti commercial okey..

Ni padang golf Berjaya Tioman Resort.. on the way nak ke resort kami..

Berjaya Resort tak available until end of March.. tu pakcik2 yang bawak teksi tu lah cakap.. sebab tu lah sunyi bebenorrrr area resort kami..

Jangan duk compare Free Duty Shop kat sini dengan kat Labuan atau Langkawi.. sangat jauh panggang dari api.. lebih pada belian runcit je… coklat daim tu ada lagi laaaa… RM60/ 3 beg…

Ni adalah kawasan taman laut…  alaa.. yang korang bayar tax dan caj tu… haaa.. untuk preserve area ni lah… tak perlu naik bot pun.. boleh sewa life jacket dan beli roti untuk bagi makan ikan2.. tapi… seperti yang telah dibagitau… musim monsun belum habis lagi.. jadi.. air tak jernih dan kelabuuu je.. tak nampak ikan pun..

Dinner malam kami.. abang pi beli ikan panggang.. mak masak nasi… makan nasi panas2 ssambil cicah sambal bilis dan budu.. perghhhhhh.. tergolek kenyang..

Ni adalah keterangan belakang tiket feri tu… tak tau lahhh dari zaman bila tiket tu…

Ni gambar area jetti masa kami dah nak bertolak balik.. macam biasa.. still kene beratur untuk tulis nama tu.. macam biasa.. collect IC semua orang.. dan wakilkan untuk beratur… jimat masa…

Kesimpulannya… bertabahlah wahai ketua rombongan.. sebab most of the time.. anda yang akan beratur dan responsible untuk perjalanan semua aktiviti…  hehehehe

Advertisements

One thought on “Family trip ke Pulau Tioman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s