Apa-apa saje lah

Day 1 @ Hanoi

Gilossss… punye laa lama duk dalam draft…

dari 2014 tuuuu…

Takpe.. biar lambat, asal publish post kekekeke…

Camne nak mulakan eh..  hemmm..

Okeh, alkisahnya, lebih kurang 4 bulan yang lepas, comey and the geng dah tobat takmo lagi berganas-ganasan dengan aktiviti hiking dan panjat gunung lagi. Kunun-kununnya sebagai penutup, kami plan nak panjat gunung Fansipan di Vietnam.

Cita-cita nak mendaki gunung Fansipan dah lama terbuku kat hati ini. Cuma kesempatan je yang takde.. dan poket pun asyik surut je.. huhuhu. Pendek ceritanya, si Abale OK dan berjaya mengumpulkan 10 orang perserta untuk join the trip.

Tragis : Seminggu sebelum tarikh kami berangkat, salah sorang daripada team member terjumpa laa satu artikel daripada website yang mengatakan Gunung Fansipan telah ditutup selama 3 bulan bermula daripada January 2014 untuk penyelenggaraan dan pembaikian disebabkan cuaca buruk dan salji. Kami pun terkejut lah jugak sebab travel agent Impress Travel takde  bagitau pape pun kat si Abale. Lagi 3 hari kot kami nak gi sane.. isk3.. Lepas ding dong sana sini, kompemlah yang itinerary kami dah berubah dan si Impress nih takkan aware perkara ni kalau kami tak beritahu. Terror kan?

Jadi, pengembaraan kami pun dah bertukar tema iaitu Lawatan Sambil Belajar bersama Kengkawan.. huhuhuhu.. Blasah je laa.. itinerary je yang bertukar, yang lelain sama je…

Okeh.. Comey ngan Saky bergerak ke LCCT pada malam Rabu since our flight tu pukul 6.05 pagi. Dah pickup si Abale, kami terus gerak ke LCCT dan lepak kat sana. Flight touch down lebih kurang pukul 9 pagi waktu tempatan ( Hanoi kena tolak 1 jam dari waktu Malaysia ), dan suasana di Lapangan Terbang Hanoi ni tersangatlah lengang.. takde laa meriah macam kat Bandung tu even airport kecik je.

Travel agent dah siap tunggu depan pintu dan terus hantar kami ke Hotel Dynasti untuk parking luggage sahaja. Kaedahnya kami semua akan naik train jarak jauh ke Lao Cai, Sapa pada malam tu. Jadi, takde lah kami check in hotel pun. Jadi, Day 1 tu, kami penuhkan dengan jalan-jalan di sekitar kawasan tu, sambil cuci perut dengan  minum kopi kawwwwwwwww dari Hanoi.

Makanan halal payah  nak cari. Jadi, kami satu group bawak ration sendiri untuk masak dan makan-makan. Ada je restoren halal (claimed) macam restoren indian dan Tandoori tu, tapi.. dak tau laa tang mana halal nya. Interior kat dalam tu penuh ngan patung hindu je. Huhuhuh.. tapi tulisan Halal tu besar laa depan signboard kedai.

Dah puas jelajah kedai-kedai dan minum kopi, kami balik ke hotel untuk get ready ke stesen keretapi pada malam tu. Cuaca sejuk tu toksah cakap laa.. comey yang tebal dengan lemak ni pun gagal menepis sengatan cuaca sejuk kat Hanoi ni.. dasat betul. Dinner malam tu kami blasah makan megi, roti dan serunding dan sambal bilis bagai.. dah lapar, tengok sambal bilis pun boleh naik selera. Dah settle makan, cuci muka dan solat, kami pun tido laa sambil diulik dengan goncangan dan bunyi bising gerabak yang duk mengkeriutt memanjang.

 

Gambar ada.. tapi malas nk tampal.. boleh? muahahahaha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s