Apa-apa saje lah · Hanoi

Day 2 @ Hanoi -> Lao Cai

Day 2. Hanoi.

Subuh-subuh hari kami dikejutkan dengan bunyi lagu vietnam.. dan macam ada announcement.. tapi dalam bahasa ibunda diorang laaa.. kami pun bangun laa lambat-lambat sebab sejukkkkkk nye Ya Allah.. beku abis sendi-sendi kat badan comey ni. Kami solat subuh dulu lepas tu kemas-kemas barang untuk berangkat. Solat atas katil je.. sbb gerabak dia tersangatlah sempit.. Yang kelakarnya, train tu tunggu kami berempat je turun, sebab train tu dah nak gerak balik ke Hanoi semula. Nasib baik itu adalah perhentian terakhir, kalo tak.. kompem ada yang kene pickup kami kat stesen lain hahaha.. cemberut gak laa muka guys yang tunggu kami kat bawah tu. Mau tak ngeri.. dah berapa kali stewardess diorang pi halau kami turun.. macam ribut tau sumbat barang-barang dalam beg dan turun cepat-cepat. So, len kali kalau ada perjalanan dengan keretapi, bila diorang buat announcement tu walaupun tak paham amende annoucement tu, sila lah bersiap2 untuk departure. ( tak tau laaa kenapa kitorang lambat… sebab takde mandi2 pun.. cuci muka je.. mekap pun haram tak de..)

Sampai je kat pintu gate, kami di datangi oleh seorang budak perempuan yang memakai pakaian etnik kaum “Black Hmong”. Speaking english sangat berabuk fluence, sangat terkejut bila Mao cerita yang diorang belajar bahasa lain daripada pelancong yang datang ke Lao Chai. Mao ni tak tau lah nama penuh dia apa.. tapi kire daripada etnik Hmong ni lah.. muka mcm ala2 cina pun ada…

Kami terpaksa menaiki bas mini dan mengharungi perjalanan yang berliku-liku bak ular kene palu selama 1 jam daripada stesen kereapi Lao Cai menuju ke Lao Chai. Comey dah tido pengsan dah dalam bas.. sebab mual sampai nak muntah. Dah laa cuaca keliling putih berkabusss je. Tak nampak satu hape pun.

Lepas satu jam, kami sampai di hotel Sunny Mountain Hotel. Mao settlekan urusan check in dan kami semua pergi sarapan di tingkat 8. Sarapan pun apa laa sangat. Makan telur rebus dengan roti french tu.. pastu kapit dengan keju dan tomato hiris. Nak makan yang lelain, errrrr.. diragui status kehalalan nye.. minum jus dan kopi.

Kami diberi satu tempat untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas ni, kami akan menaiki van dan menuju ke satu kawasan perkampungan dimana hari ini merupakan hari terakhir mereka merayakan festival kebudayaan mereka. Kire macam fun fair kampung diorang laa. Mereka semua berpakaian tradisi diorang dan kebanyakkan perempuan akan bawak bayi kecik di belakang masing-masing. Cuaca sangat sejuk time tu lebih kurang 10 darjah. Perghhhh.. gigil.. tangan dah kebas tak dapat rasa satu jari pun. Tapi tengok rakyat mereka nih, selambaa je pakai nipis-nipis dan keluar dari rumah tak kira besar atau kecil.

Dah puas tengok orang tangkap kambing, menari-nari, main kaki galah, dan banyak lagi game.. kami start menapak menuju ke kawasan perkampungan Ta-Van. Sepanjang perjalanan, kami melalui lereng pergunungan yang ditarah untuk penanaman padi. Kami berjalan di musim yang salah sebenarnya. Waktu tu, musim sejuk.. jadi segala denai dan lereng bukit yang menghijau dah tukar jadi warna cokelat dan berkabus. Kene elok bila mai kabus, memang tak nampak apa-apa. Jarang penglihatan cuma beberapa kaki kat depan je. Silap-silap terpijak tahi kerbau yang memang sepanjang perjalanan ada dimana jua tapak kaki berada hehehe.

Kami berjalan lebih kurang 1 jam atau lebih ( dah lupe sebab jauh gak laa jalan-jalan sambil berenti sana sini amik gambar).

Rumah penginapan atau Homestay di Ta Van Village ni merupakan rumah keluarga Mao. Rumah kayu dua tingkat dan ada lebih kurang 25 katil kat dalam rumah tu. Hanya kumpulan kami yang ada kat situ, jadi takde laa kami share rumah tu dengan group lain. Makan minum kami bawak sendiri, cuma mintak air panas je dengan Mao untuk buat air kopi atau teh dan masak megi.  Tak lupa dengan sosej bakar jugak.

Aktiviti malam tu, kami habiskan masa dengan bersembang sambil duduk mengelilingi bara api untuk sejukkan badan kami. Takde aktivit mana sebab duk dalam umah pun mulut boleh keluar asap macam naga. Beku terus! Aaaaaaaaa… tak tahan sejuk betul uwawawaaaaaa…

Kami tidur dengan perasaan yang beku dan terseksa sebab dalam umah takde heater. Omak aiiii.. macammane laa diorang boleh hidup hari-hari tanpa ada heater dalam umah nie. Cuma satu je yang comei amazing.. umah diorang nie semua jauh dekat area puncak gunung tapi still ada bekalan elektrik, air panas walaupun terhad, dan ada Internet (WIFI).. laju plak tu.. takde laa sangap sangat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s