Apa-apa saje lah · Hanoi

Day 3 @ Hanoi -> Ta Van Village

Day 3. Hanoi.

Pagi tu comei dikejutkan dengan alunan azan daripada apps telefon si Muzie. Beku-beku pun gigih kami semua bangun dan solat subuh. Toilet ada kat luar, fuhh… rasa segala bulu roma yang ada kat badan nih dah menceracak sejuk! Aigooooo…

Hari ni.. kami pack barang-barang dan akan hiking turun ke lereng gunung melalui lembah-lembah, hutan buluh dan kawasan air terjun. Pagi itu kami disapa oleh sekumpulan penduduk etnik ( semuanya perempuan… daripada size yang kecik hinggalah makcik-makcik yang dah tua ). Tak tau la diorang memang sengaja tunggu kami atau ape.. Kami bergambar bagai sebelum gerak turun dari rumah Mao. Mana bebudak kecik yang ada comey and the geng bagi cokelat.

Masa dalam perjalanan tu, comey asyik kene himpit dek makcik-makcik yang bersungguh nak bantu comey turun naik jalan yang tak serupa jalan tu.. dah laa bekas hujan.. dengan lecak dan tanah licinnya.. mula laa comey jalan pelan-pelan.. naik bebulu lak bila makcik2 nih terlampau nak “membantu” dengan hulur tangan bagai sebab lorong jalan sepanjang lereng pergunungan tu sempit..  tapi diorang duk sibuk nak jalan beriringan dengan kite.. rimas pun ada.. kawan-kawan comey bantai gelak je.. siap perli2 comey lagi… “habis laaaa.. kene paw laa nanti…” hahahaha..

So, moral of the story.. boleh suruh diorang jalan dulu.. atau kalau nak mohon bantuan pun.. hulur tangan kat saing-saing kite tu.. hehehe. Lebih selamat dan tak rasa annoying..

Bebudak kat sini sekolah stakat 12 tahun je. Lepas tu, yang pompuan akan balik umah dan jaga adik-adik, manakala yang lelaki akan ikut ibu bapa jaga kerbau air atau kutip kayu api kat atas kawasan pergunungan. Perempuan etnik kat sini kahwin awal. Ikutkan cerita Mao, lelaki akan melarikan anak perempuan yang mereka berkenan. Lepas tu, perempuan yang dilarikan akan diberi pilihan untuk terus stay dengan lelaki yang larikan mereka ( selepas disimpan di rumah lelaki tu selama 3 hari.. simpan buat apa..? wallahua’lam.. ) atau boleh balik ke rumah keluarga mereka semula. Tetapi, natijahnya, perempuan yang dilarikan tidak akan dikahwini oleh mana-mana lelaki di kampung berkenaan buat selama2nya.. Jadi nak tak nak.. terpaksa paksarela laa jadi bini lelaki yang larikan perempuan tu.

Dan sistem larikan perempuan ini masih diamalkan dizaman samsung note 3 dan Iphone 5s ( sbb lama sangat peram post, skang ni dah kuor Iphone 7 dah)..

Huhuhu.. Mao turut bersetuju yang menjadi anak perempuan di golongan etnik mereka sangat tidak adil hakikatnya. Comei ada tanyakan Mao, yang perempuan kene larik tu, takkan bior je.. takde bantahan atau takleh lawan ke..? Mao jawap.. macamaane nak lawan sebab lelaki tu akan berkumpul 9-10 orang untuk larikan seorang anak gadis yang berumur 12-15 tahun. Erkkk.. Abis tu.. kalau yang lelaki tu umur macam pakcik ke.. tokki ke.. Mao cakap.. once dah kahwin.. takde istilah cerai dalam masyarakat mereka. Kalau mereka nak berpisah atau bercerai gak.. kene lari kat atas gunung pastu kene stay kat sana.. sampai orang kampung tak nampak dan tak akan tahu sampai ke sudah..Dasat kan..

Budak-budak kecik yang tinggal di kawasan rumah dan bermain-main di sekitar kawasan tu sangat comel. Walaupun nampak comot tapi mereka semua takde laa kurus kering macam tak cukup makan. Semuanya gebu-gebu je.. maybe sebab kawasan tu kawasan sejuk kot hehehe…pipi-pipi semua dah merah macam buah peach hahahaha… lepas tu semuanya pakai pakaian etnik. Super cutee ^^

Dah habis jajah kampung dan dah tawaf berlereng-lereng pergunungan, kami tiba di jalan besar untuk menunggu van yang akan membawa kami ke hotel Sunny Mountain. Kami sampai ke hotel dalam pukul 2 petang. Lepas settle semua urusan check in.. kami masak-masak untuk makan tengahari dan mnghabiskan masa petang kami dengan cuci mata dan survey harga barangan outdoor di Bandar Sapa. Masuk je tiap2 kedai sambil redah kabus yang sejuk tu. Sesapa nak beli jaket yang 2-3 layer, boleh laa cari kat sini.. memang kebanyakkan kedai jual jaket dan seluar khas untuk outdoor aktiviti. Kawan-kawan comey yang memang kaki daki gunung tu ( exclude myself hehehe ) semua rembat seluar 2-3 helai sorang.. currency yang diorang pakai adalah Dong dan Dollar.. tapikan.. better pakai Dollar lah.. sebab compare harga dong dan dollar untuk 1 item yang sama.. lagi murah dalam nilai Dollar berbanding Dong. Kad kredit pun boleh digunapakai kat certain2 kedai.. tapi diorang akan charge terus penggunaakn sebanyak 3 dolar.. biasa2 charge 3% atas nilai pembelian kan.. diorang tak pakai sistem macam tu.. terus tambah 3 dolar kat jumlah pembelian tu.

Jaket boleh dapat dalam $40-45 dolar .. kalau ganas nego harga, boleh dapat murah lagi.. seluar yang jenis berzip kat lutut tu.. boleh dapat dalam $18-25 dolar dan kebanyakkannya adalah jenama North Face.

Dah penat pusing-pusing kedai.. comey ngan Saky dah tak larat nak jalan lagi.. Kami balik ke hotel dan rebus mee spagetti dalam periuk nasi. Malam tu, kami masak spagetti bodo dengan sos tomato prego tu.. blasah makan spagetti dengan sambal bilis dan rendang daging. Plus air kopi berasap.. hehehe.. makan sampai buntal dan lepas tu pengsan.. Zzzzzz

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s