Hanoi

Day 4 @ Hanoi -> Cat Cat Village

Day 4. Hanoi

Dah empat hari comey membeku kat daerah Sapa ni. Bibir dah crack abis hehehe.. kulit muka pun dah bebayang menggelupas.. memang kompem anak jati Melayu lah.. kes tak tahan sejuk.

Pagi tu, kami takde apa-apa aktiviti sementara menunggu masa untuk lawatan ke Cat-Cat Village selepas checkout daripada hotel pada pukul 12.30 thgari. So, ada yang habiskan masa sambung shopping bagai dan ada yang lepak kat bilik je.. (sejuk wooooo).. Lepas checkout kami pack semua barang-barang dan letak kat lobby hotel. Kami start jalan kaki dari hotel Sunny Mountain terus menuju ke Cat Cat Village.

Si Abale punye akalan cerita kat kami asal usul kampung kucing tu. Lagaknya macam betul je, sampai berkerut jugak la dahi comey ni. Ape taknya, die cakap asal usul penduduk kampung tu jenis makan kucing sampai habis kucing pupus.. Cesssss… takde maknanya… Encik Google telah memberi penjelasan yang lebih jitu gituuuu

“Cat Cat Village. The ethnic Cat Cat is a few kilometers’ walk from Sapa. You’re not likely to get lost – just walk down the road out of Sapa, which should be marked on maps, and after a while you’ll find a path which descends the hill to your left. This path runs through the village before climbing another hill back to the road. This walk provides a good chance to observe Vietnamese farming and farm animals, and there are excellent views. The walk back up can be difficult (it is steep in parts) but once you get back onto the road there are plenty of enterprising locals ready to take you back to Sapa on motorbikes (40,000VND per person per bike, but remember to try negotiate the price even lower). Entrance to the village is currently 40,000 VND. Elderly persons should skip this Cat Cat trek. Nothing much actually. Walking down you see a few home cottage industries like fabrics, carving , art shops. In the middle of the trek, you come to a restplace, with a so-so waterfall, and a supposedly minority village which is a block of dwelling, like compartmentalised units in one building, and no sign of any activity. Nice stroll if you have a morning or afternoon free.” ( Ihsan Wikitravel)

Kena makan kenyang-kenyang sebelum menapak sebab.. fuhhh.. dalam misi mencari scenery yang cantik dan awesome, kene tabah menghiking dengan gigih. Jalan diorang sentiasa akan menaik.. jarang sangat menurun. Pastu akan berselisih dengan makhluk kaki 4 yang pendek dan hagham itu.. hadoiii… seb baik ada Helson ( baik, gentleman, kiut..) , sahabat baru kami.. hehehe.

Mula-mula Mao tunjukkan kami gaya hidup masyarakat Black H’mong. Sebuah rumah di pinggir kawasan pergunungan yang usang tapi kukuh, dan mempunyai 1 bilik sahaja. Mao cakap yang sebuah rumah bersaiz kecil macam tu mempunyai 11 orang ahli rumah, dan ada yang lagi ramai. Terpikir jugak kat mana laaa diorang tido ramai-ramai.. Mao tunjuk kat lantai tempat kami duk berkumpul, jerami padi akan dibentangkan di lantai tempat kami berdiri dan di situ laa jugak tempat tidur diorang, Kat atas siling umah, mereka gantungkan jagung untuk dibuat benih bagi penanaman musim akan datang. Bahagian atas rumah (macam loteng atau separa tingkat atas ) dipenuhi dengan guni berkepuk kepuk.. dah macam stor jadinya. Talian elektrik dan tv ok je kat situ.. takde laa primitif sangat hahaha.. mesti terbayang macam kaum orang asli gitu.. takde laaa..

Kraftangan utama bagi kaum wanita Black H’mong adalah menenun kain ( macam wooven gitu ), lepas tu warnakan kain tadi, jemur dan jadikan beg, baju, kain sulam dan macam-macam lagi. Bak kate si Mao, idup diorang start dengan celik je biji mata terus hadap mesin tenun atau mesin jahit. Kalau musim panas diorang akan bercucuk tanam sambil jaga kerbau air.

Kat kampung kucing ini jugak tiada lah kelihatan barang seekor kucing pun yang melintas hahaha.. series.. yang ada cuma babies dan anjing yang serupa serigala tu je. Agak-agak comey, selepas separuh daripada perjalanan, kami bertemu dengan satu jambatan gantung dan kawasan air terjun yang sangat cantik.  Ala-ala macam pit stop aa gitu. Kat situ juga ada rumah budaya yang menyediakan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian kepada para pelancong. Masuk free je. Nak join menari sekali pun boleh ( tarian ala-aka tarian ngajat gitu ).

Perjalanan diteruskan dengan menyusuri lereng-lereng gunung dan sawah padi dan kandang kerbau hahahaha… ( kat kampung sendiri pun tak masuk sampai ceruk2 kandang ).. sehinggalah abis route course tu.

Sampai kat satu point, bas dah sedia menunggu kami. Kami di bawa pulang ke hotel dan boleh lepak-lepak kat hotel atau sambung shopping selama 2 jam sementara pukul 6 petang. Bas hantar kami semua ke stesen keretapi Lao Cai sebab train akan gerak pada pukul 9 dan kami dah boleh masuk ke gerabak masing-masing pada pukul 8.30 mlm.

Dalam keretapi, memang dah kong sangat amat dah.. settle je makan malam kami.. comey terus bungkus tido pengsan.. sejuk beku campur kepala dah tingtong sangat amat dah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s