Hanoi

Day 5 @ Hanoi -> Halong Bay

Day 5. Hanoi.

Setibanya kami semua di stesen keretapi Hanoi pukul 6 pagi tu, seorang driver daripada travel agent dah ready datang untuk pick up kami dan drop kami di hotel hanya untuk shower dan salin baju. Breakfast pun disediakan.. tapi breakfast apa laa sangat. Roti dan telur rebus je laa menu utama kami. Beg besar semua tinggal kat hotel dan ada driver lain yang pickup kami menaiki van menuju ke Halong Bay.

Suasana sepanjang perjalanan ke Halong Bay sebenarnya tersangatlah membosankan. Apa taknya.. satu biji van tu ada dalam 20 orang termasuklah kami 10 orang. Betapa sempitnya ruang untuk satu perjalanan yang jauh ( 4 jam pergi dan 4 jam balik.. almost 9 jam untuk perjalanan pergi dan balik termasuklah berhenti sana sini ).

Takde apa2 yang special sepanjang perjalanan since kami semua terbongkang tido hahahaha. Tapi adalah satu tempat perhentian tu, ntah apa nama tempat tu.. tapi kat situ macam pusat kraf untuk ukiran batu marmar dan jahitan sulaman bergambar. Harga toksah cakap laa.. memang juta-jutas Dong punye. Tapi, boleh tengok terus laa macammane complicated nya lukisan yang dibentuk melalui jahitan. Sangat real plak tu.. pandang berkali-kali pun belum tentu percaya yang itu semua adalah seni jahitan 100%.

Lebih kurang 4 jam sangap dalam van, akhirnya kami semua tiba di jeti. Tunggu agent collect tiket dalam stengah jam, pastu kami semua boarding dalam boat ( macam boat house pun ada ). Pelancong lain amik lunch set masa naik bot tu, kami semua lak just lunch dengan bekalan yang ada.. termasuklah pisang tapau dan telur rebus.

Pemandangan sepatutnya cantik yang amatlah ( according to visitor comments and trip advisor ), tapi di sebabkan kabus yang tebal, maka warna putih je laa yang kami nampak almost all the long way to the island. Nak menapak keluar dari  bot pun comey malas.. sekali angin langgar muka, mau kejung kulit muka nih..

Dah sailing lebih kurang 1 jam, bot berhenti kat gua Dau Go. Specialty gua nie, setiap corner, celah batu dan batu yang berbagai bentuk tu diorang highlightkan dengan lampu yang berwarna-warni. Si saky wat kelakar masa nih.. dengan konfidennya dia terkagum ” wahhhh.. hebatnya gua nie.. ada banyak kaler”… kahkahkah..  boleh die tak nampak lampu sorot kat celah-celah batu tu.. Yang pastinya.. gua ni takde bau sulfur.. atau bau taik kelawar.. clear je udara tu. Harga tiket kami tak amik pot sebab dah include dalam pakej sekali harung..

Lebih kurang pukul 4 petang, kami bertolak pulang ke Bandar Hanoi dan lepas terus drop bag, kami pi mengular kat bandar situ dan dinner. Niat dihati lepas makan malam nak mengular kat night market, tapi dah sampai situ baru tau yang night market diorang dah tak buat weekday.. weekend je. Huhuhu.. takde shopping2 dah lepas nie.. kami dinner pun kedai dah nak tutup.

Lepas makan, dan cuci mata lepas buntalkan perut, kami singgah di Happy Coffee. Kedai die kecik je, tapi dapat minum kopi meletup dan harga murah ( takde laa murah sangat.. tapi bukan kategori cekik darah lah).

Tips (tiba-tiba teringat.. sila hadam air kopi dia hari2.. sedap gileee)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s