Apa-apa saje lah

Jenjalan di Bukit Fraser- Pahang

Day 1

Ni ceritanya pada musim Raya Haji baru-baru ni. Kami sekeluarga yang di mastermind kan oleh akak ipar comey yang ohsem, booked rumah penginapan TNB di Bukit Fraser Pahang.  ( Kami memang suka memaksimumkan penggunaan faedah-faedah yang TNB bagi kat pekerja diorang.. muahahahaaaa).

Dulu-dulu masa remaja, comey dah pernah pergi ke area Bentong ni untuk camping dan main white water-rafting. Tapi, bila dah lama-lama tinggal jalan,  pulak tu jadi ketua konvoi yang tak rasmi ( of cos laa jadi driver merangkap pengguna waze tegar) memang hadap waze tu lah jadik pedoman tunjuk arah dari pantai timur.

Gedebuk gedebak, dekat 6 jam jugak kesudahnya baru sampai puncak bukit fraser nie. Takde apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan daerah Bentong tu. Kut ada pun, dusun-dusun durian musang king yang tak menjadi ( tutup dusun) dan adalah makcik-makcik yang duk menjual nangka madu yang ulas dia besar-besar penumbuk tauuu.

Okeh. Udah sampainya di simpang utama tu, dont worry be pening.. sebab kat situ adalah dalam 30 minit duk berpusing-pusing susur jalan tepi bukit macam ular kena ketuk. Selekoh dah laa tajam-tajam, lepas tu dia punya jalan ngam-ngam soi je muat 2 kereta. Ngeri gile tau…

Insha Allah, takkan sesat nya dalam usaha nak mencari rumah penginapan tu. Walaupun dia punya jalan berlingkar-lingkar, hakikatnya straight je jalan tu.. takde simpang kiri dan kanan. Kalau jumpa simpang pun, tembus jugak kut celah-celah mana. Abis teruk pun, jalan mati. Simple kehidupan atas bukit fraser ni. Kedai mini market ada lah 2 biji. Tu pun barang-barang very limited edition. Barang basah takde terus ( or kami tak jumpa). Takde pasar kat atas ni.

Rumah tu located di Pine Resort, Fraser Hill iaitu hujungggggggg nun di sana. Memang kalau terlepas simpang, boleh terus turun dari Bukit Fraser dan kene harung naik 30 minit yang derita.

Ceritanya, Pine Resort tu banyak owner. Means, ada pelbagai syarikat yang beli unit rumah penginapan tu dan under maintenance diorang. So, ada rumah yang elok dan cantik, dan ada rumah yang subhanallah ngeri. Boleh buat penggambaran entiti terbang atau diintai entiti ngeri.

Jadi, kami bawak banyak stock ration untuk dimasak sepanjang kami menumpang di bukit fraser nih. Macam-macam ada, pendek kata actually, the real mini market was in our car hahahaha (pehal ngko tetiba mengomputehkan diri nim? cehhhhh ). Ada menu Western, Eastern and Norwegian ( hahahaha, yang ni comey reka).

Hari pertama tu, mak comey dah bawak bekal lunch siap2, nasi minyak beras basmathi & nasi putih dengan gulai ayam kampung meletop & ikan goreng & sambal belacan & sayur goreng & ikan kering & sotong goreng merah & ulam2 & telur asin. Sila mengucap!

Next, menu grill & BBQ. Comey mengamanahkan my big bro and big sis untuk prepare semua bahan bbq iaitu semestinya kambing bakar & ketiak ayam & kebab sosej & mcm2 frozen food.

Next, menu steambot, yang mana comey personnaly give my chef touch untuk prepare semua bahan-bahan steambot ( sup, tempah kat restoren dan frozenkan.. balut dalam surat kabar, letak dalam container.. berminggu2 pun boleh tahan tau).. dan segala mak nenek bebola dan sosej. Sayur takde.. cendawan tertinggal kat umah. Hampagas! Tak healthy langsung sebab takde sayur. Kenapa tak beli sayur kat Taman Flora ( Kebun ) kat sana.. melah oiiii, yang ada kubis bulat  ajaaa… buah oren 2 bakul dan ubi manis 1 bakul.. ooppss, serta tomato cherry yang diimport dari cameron highland. Tak best langsung pilihan sayuran yang ada.

Yang lain, macam biasa lah.. meggi dan sardin. Makanan goreng-goreng.

Day 2. 

Kami menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan yang sederhana dan bersemangat. Bangun awal pagi dan bersiap-siap ke masjid seawal jam 8 pagi lagi. Sebenarnya tak sure yang masjid kat sini start solat pukul berapa. Jadi main serkap je lah keluar pukul 8 tu.. sebab tak pernah dibuat orang lagi solat raya pukul 7.30 kan kan kan. Alhamdulillah, ramai jugak lah jemaah yang terdiri daripada penduduk kampung dan jugak pelancong dalam dan luar. Penuh melimpah sampai ke porch. 3 ekor lembu dan 5 ekor kambing ditumbang kan pada hari itu. Kami tak merasa mana lah daging korban tu. Banyak duk kat rumah dan segan hehehehe..

Balik rumah lepas solat, bedal nasik lemak mum handmade yang meletop 2nd time. Memang membuntal je lah kerjanya.

Aktiviti utama masa cuti adalah, tengok tv , tido dan main badminton hahahahaha… penyucian badan namanya.

Bosan-bosan petang-petang, boleh laaa hirup udara segar di taman awam. Cukup besar dan selesa untuk lepaskan anak-anak buah yang energy level tak pernah nak surut tu. boleh rental basikal dan pelbagai game lain. Sila ambil peluang ni untuk sedut oksigen tepu dalam-dalam.

Day 3.

Tracking route agak banyak untuk kaki explorer. Comey suka je, tapi takde geng. Ada geng, tapi si sloth adik comey tu.. huhuhuhu. Btw, pagi-pagi buta comey pi round-round keliling bukit tinggi ni. Just bawak pelan2 sebab jalan sangat sempit. Maybe muat sebiji kereta jer.. kalau bertembung, kene salah satu berhenti dan bagi laluan.

So, google 3 saat mana patut pergi, comey decide nak pi tengok air terjun Jeriau. Kalau dalam waze dalam 15 minit je.. tapi, dia punya pusing-pusing tu.. fuhh…. ingat dah turun kaki bukit ke apa jeriau nie… memang menurunnnn je kereta tu… takde naik bukit. Heran jap.

Disebabkan masih awal pagi ( kul 8 lebih awal sangat ke.?), takde manusia waima seketul pun di hutan lipur tu. Sunyi bening betul. Kami pun jalan je laaaa sampai ke hujung. Takde jauh mana sangat pun, area air terjun tu boleh dikategorikan sebagai kecik je benornya. Kalau nak piknik sangat sesuai, dengan udara sejuk2 susu gitu, kawasan air terjun pun cetek je.. insha Allah kalau ibu bapa bawak anak2 tu, takdelah sesak nafas kut anak terbabas main kat tempat dalam ke apa.

Dah cek in kat Jeriau, kami cek out balik. Nak prepare menu untuk lunch hari ni, iaitu steambot yang segala jenis sayur mayur comey tertinggal dekat peti sejuk rumah kui2. Barang-barang frozen tu pulak penuh satu peti sejuk. Bala betul. So, kamu bedesup hidup kan enjin kereta dan cepat-cepat pegi cari kebun sayur. Engkau ingat mentang-mentang cuaca sesejuk cameron highland, mesti imagine kebun sayur kehijauan tunggu masa nak petik je kan? huhuhuh, takde sayur-sayuran segar! Sekian. Yang ada setakat kubis bulat je. dengan keledek yang tak fresh. Dan tomato ceri yang encik bangladeshi tu claim diimport dari cameron. Hah!

Beli je laa tomato ceri tu satu bekas 5 hengget. Elok je, manis.

 

Day 4

A bit of tepu at this time. Nasib baik laaa setakat ini je kami melangut. Sumbat barang-barang dalam kereta, satu kereta balik pantai barat, satu lagi balik pantai timur. Rasanya, dah tak repeat kut Bukit Fraser nih. Anniyongggggggggggggggg

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s