Apa-apa saje lah

I just want to be happy…

Disember 2017- titik tolak comey ambik keputusan yang besar dalam hidup comey. Setelah pelbagai masalah dan pancaroba penderitaan mental dan fizikal.. comey nekad untuk berpisah. Keputusan ini comey ambil setelah comey hadam, telan dan kisar segala macam situasi, yang mana end resultnya comey sangat tidak bahagia. Sentiasa berada dalam kehidupan yang kelam, tidak lagi dapat menjadi diri yang sebenar, memendam rasa dan menjeruk hati.

Januari 2018- perbincangan yang pada awalnya berjalan lancar, menjadi huru hara disebabkan oleh jolokkan syaitan berambut hitam oleh orang kiri kanan. Melepaskan secara bermaruah tidak lagi menjadi pegangan. Sebaliknya, andai comey ingin dilepaskan, dia menuntut bayaran gantirugi berpuluh ribu dari comey. Saat ini, comey nekad dan bersyukur, kerana wajah sebenar lelaki ini yang di kelabui oleh santun dan budi bahasa di hadapan orang lain sangat dusta sebenarnya. Bukan perkongsian perhubungan yang menjadi jantung keluarga, sebaliknya memeras dan mengambil kesempatan atas perhubungan. Tiada kerjasama sebaliknya hanyalah sebagai alat untuk digunakan untuk menekan dan menyenangkan hidup dia.

Februari- Comey nekad.. akan tabah menunggu sehingga melebihi 4 bulan yang mana tidak bersekedudukan dan tidak menerima nafkah, comey akan failkan cerai taklik. Untuk membayar dia, tidak sama sekali. Kerugian apakah yang ingin dituntut! Semoga Allah bagi pembalasan untuk dia kerana mengkhianati amanah tuhan dan amanah ibu bapa comey.

Sehingga saat ini.. kes mahkamah masih lagi berjalan. Comey sentiasa berdoa agar perpisahan ini di permudahkan oleh Allah. Comey berdoa agar pengakhiran perhubungan ini tidak menutup pintu hati comey untuk hidup lebih bahagia.

Hanya diriku yang tahu.

Hanya diriku yang rasa.

Hanya diriku yang ditipu.

Aku redha.

 

PS: don’t ever judge me if you not even know me..

 

Apa-apa saje lah

Chili Fried Onion

Ada sekumpulan penumis bawang detected.

Yang amazing race nya, diorang punya circle tersangatlah luas coverage area. Whatever happen kat daerah lain, kompem news tu akan circulate dengan jayanya dekat daerah comey. Waima hal tu lansung takde kene mengena dengan batang hidung diorang ataupun bersangkut paut. Cemerlang kan…

Comey rasa lah.. diorang ni banyak masa luang kut… takde keje hakiki yang sepatutnya mengguna pakai otak diorang yang di bayarkan gaji itu… isk3…

Perangai macam pondan.. aihhhhh…

So, penumis2 bawang bekenaan biasanya akan buat sebaran am mengenai cerita-cerita peribadi orang… achievement atau failure… but most that I hate it, whenever they reka-reka cerita then petik2 nama orang lain.. huh… boleh buat gelegak hati.. fitnah tu sajat oiiii… fitnah…

Orang jenis macam ni comey takkan pegang buku.. or takkan jadi sohabat kecil ku.. takpelah sekadar kawan atas angin macam tu… tak mo jadi buddy.. wat rosak akidah je… you say hi, I say hi back.. not more than that. Tak rugi pun kehidupan.. Yup.. tak rugi…

Okeh.. Next trip.. ABCDEFGHIJK……… cer teka2… hehehehe..

 

Apa-apa saje lah

Harung derita..

Tajuk bukan main lagi propa hahahaha…

Takde laa sederita orang warga syria dan pallestine tu… insaf kejap…

Derita pilihanraya dah berakhir…

Harung derita FIFA 2018 plak…

Kenapa lak derita…?

Haa… derita sbb terpaksa jadi petugas pilihanraya paksa rela… terpaksa bertugas demi tuntutan kerja hakiki..

Derita sebab malam-malam terpaksa layan bola instead of layan drama korea kuuuuuuu..

Kadang kadang ada laaa seketul dua yang acah2 bebel, macam kepelikkan kenapa suka layan sangat dengan drama korea.

Well, normal laa kut orang ada preference masing-masing…

Ada yang suka memancing.. sewa bot, beli alatan memancing, menunggu ikan tak jatuh ke bot… bagi comey, hobby ni sangap je… tapi dah depa suka, suka hati depa laaaa #whatever

Ada yang suka shopping alat mekap… muka dah lawa pun, kalau tak tepek mekap, rasa insecure dan rasa incomplete… padahal comey rasa budak tu dah lebih dari lawa dah… tak perlu over2 make up.. ehhhhhhh

So, my hobby is watching korean drama… sebabnya.. banyak sebab… jalan cerita, hero die, heroin dia, baju-baju dressing, persekitaran, warna, dan macam2 lagi… fuh…. kenapa, tak percaya? mudah cerita… lantak aii laaaa nyahhhh…

Okeh.. nak bebel aftermath pilihanraya 2018..

Pendapat peribadi comey… apa yang berlaku dah pun berlaku… kebiasaannya, adalah yang akan bertukar kerja sana sini… normal laa.. boss yang dulu of course nak tolong bala tentera dia yang duk mengipas siang malam untuk dapat whatever they want. So, bila boss dia dah kene reject, normal laaaa hangkut sekali harung bala tentera yang setia untuk sehidup dan semati tu…

Dan untuk new bos, normal laaa kalau dia nak tolong bala tentera dia yang duk mengipas siang malam untuk dapat whatever they want.. see the circle cycle! Roda dunia.. tak payah nak tunding2 jari kecam orang bagai… terima lah dengan hati terbuka..

Ayat ni biasa comey dengar..

“kami takde kepentingan apa-apa pun… jadi tak kisah laa sapa-sapa yang jadi pemimpin..”

Errrrr.. yer ke takde apa2 kepentingan.. kalau laa boleh comey audit diorg ni, nak je tau stakat mana dah suku sakat keturunan diorang sedut privilage yang sepatutnya rata, adil dan saksama..

Im not fond to the politics.. its sucks!