Apa-apa saje lah

I just want to be happy…

Disember 2017- titik tolak comey ambik keputusan yang besar dalam hidup comey. Setelah pelbagai masalah dan pancaroba penderitaan mental dan fizikal.. comey nekad untuk berpisah. Keputusan ini comey ambil setelah comey hadam, telan dan kisar segala macam situasi, yang mana end resultnya comey sangat tidak bahagia. Sentiasa berada dalam kehidupan yang kelam, tidak lagi dapat menjadi diri yang sebenar, memendam rasa dan menjeruk hati.

Januari 2018- perbincangan yang pada awalnya berjalan lancar, menjadi huru hara disebabkan oleh jolokkan syaitan berambut hitam oleh orang kiri kanan. Melepaskan secara bermaruah tidak lagi menjadi pegangan. Sebaliknya, andai comey ingin dilepaskan, dia menuntut bayaran gantirugi berpuluh ribu dari comey. Saat ini, comey nekad dan bersyukur, kerana wajah sebenar lelaki ini yang di kelabui oleh santun dan budi bahasa di hadapan orang lain sangat dusta sebenarnya. Bukan perkongsian perhubungan yang menjadi jantung keluarga, sebaliknya memeras dan mengambil kesempatan atas perhubungan. Tiada kerjasama sebaliknya hanyalah sebagai alat untuk digunakan untuk menekan dan menyenangkan hidup dia.

Februari- Comey nekad.. akan tabah menunggu sehingga melebihi 4 bulan yang mana tidak bersekedudukan dan tidak menerima nafkah, comey akan failkan cerai taklik. Untuk membayar dia, tidak sama sekali. Kerugian apakah yang ingin dituntut! Semoga Allah bagi pembalasan untuk dia kerana mengkhianati amanah tuhan dan amanah ibu bapa comey.

Sehingga saat ini.. kes mahkamah masih lagi berjalan. Comey sentiasa berdoa agar perpisahan ini di permudahkan oleh Allah. Comey berdoa agar pengakhiran perhubungan ini tidak menutup pintu hati comey untuk hidup lebih bahagia.

Hanya diriku yang tahu.

Hanya diriku yang rasa.

Hanya diriku yang ditipu.

Aku redha.

 

PS: don’t ever judge me if you not even know me..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s