Apa-apa saje lah

Bengang vs Bangang

Haduiiii… tetiba pedih telinga..

Apesal laa ada orang yang tak sensitif dengan hati dan perasaan orang lain..

Bercakap tak pandang kiri kanan..

Bercakap ikut sedap mulut..

Bercakap bagaikan diri itu menjunjung langit..

Memandang rendah pada orang lain.. Mencemuh mengumpat pada orang lain..

Hebat sangatkah awak..? Kalau kereta langgar awak, awak kebal kah ?

Awak hidup sepanjang zaman kah? Kalau awak mati, awak duk dalam peti besi kah?

Kadang-kadang.. saya sangat kasihan melihat hakikat sebenar hidup awak..

Dikelilingi oleh orang-orang yang perangainya sama seperti awak juga..

Saya taknak pahala saya disedekah kat awak secara sia-sia disebabkan saya terasa hati dengan awk dan mengumpat hidup awk..

 


ps: fuh.. korek punye korek dalam tabung draft.. ada luahan hati zaman lampau rupa2nya..

tapi dah tak ingat pasai apa..

since its got no means to anyone (since I cant remember it).. so I decided to published it.

Apa-apa saje lah

Bodoh Sombong..

Tau apa itu bodoh sombong?

Maknanya, bodoh tak boleh diajar.. dan sombong tak boleh di tegur!

Hidup laa engkau dalam kebodohan…

Konon2 nye.. detail person laa sangat..

Bukan sebab perangai details engkau tu.. tapi tak paham konsep.. tapi.. duk pertegak jugak konsep engkau yang salah paham sampai akhir zaman..

Lantak engkau lah…

Pi mampus!!!!

Dunia engkau… kehidupan engkau… otak engkau.. kebodohan engkau!

………………………………………………………………….

Fuhhhh… lega sikit hati ni…

Dalam ofis mesti ada makhluk yang pesen2 gini…

Engkau nak sentap orang tegur engkau tu apesal…

Patut terima kasih… and move on..

Huh… !!!!

Demmit…

Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..

Apa-apa saje lah

Next project.. Skill kendiri!

Comey dalam withdrawal state..

Sebab dah terbiasa study waktu weekend, sekarang ni asal weekend je blur.. sangap.. rasa kosong.. rasa macam takde bende nak buat..

So, comey decide… okeh.. jom belajar menjahit!

APA! Jahit????

Yer.. jahit… terap2.. potong2.. sambung2.. haaa.. jadilah baju kain sluor ke ape.. ( ni memori masa kelas kemahiran hidup ni..)

Nak belajar secara proper nyer..  bukan kelas2 derma yang pada comey, kene hadap lebih sket laaa… Kalau kita bayar ni, at least, diri sendiri akan bagi 200% komitmen sebab ada rasa derita tang kene fees tu..

Practically, comey dah settle registration dan dah attend 1st class..

Jauh lagi perjalanan kehidupan ni..

Tapi dah nekad.. nak blajar betul2.. at least.. lepas laa jahit baju sendiri or jahit kain perca buat sarung ke apa ke….

Minat dah ada sikit2.. kene polish dengan rajin je.. insha Allah..

Nanti.. dah lega2.. comey upload teknik2 lukis pola untuk blause mudah yer…

Eiyyy.. tak sabar betul nak tunggu next class…

hehehehe

 

Apa-apa saje lah · Hanoi

Day 3 @ Hanoi -> Ta Van Village

Day 3. Hanoi.

Pagi tu comei dikejutkan dengan alunan azan daripada apps telefon si Muzie. Beku-beku pun gigih kami semua bangun dan solat subuh. Toilet ada kat luar, fuhh… rasa segala bulu roma yang ada kat badan nih dah menceracak sejuk! Aigooooo…

Hari ni.. kami pack barang-barang dan akan hiking turun ke lereng gunung melalui lembah-lembah, hutan buluh dan kawasan air terjun. Pagi itu kami disapa oleh sekumpulan penduduk etnik ( semuanya perempuan… daripada size yang kecik hinggalah makcik-makcik yang dah tua ). Tak tau la diorang memang sengaja tunggu kami atau ape.. Kami bergambar bagai sebelum gerak turun dari rumah Mao. Mana bebudak kecik yang ada comey and the geng bagi cokelat.

Masa dalam perjalanan tu, comey asyik kene himpit dek makcik-makcik yang bersungguh nak bantu comey turun naik jalan yang tak serupa jalan tu.. dah laa bekas hujan.. dengan lecak dan tanah licinnya.. mula laa comey jalan pelan-pelan.. naik bebulu lak bila makcik2 nih terlampau nak “membantu” dengan hulur tangan bagai sebab lorong jalan sepanjang lereng pergunungan tu sempit..  tapi diorang duk sibuk nak jalan beriringan dengan kite.. rimas pun ada.. kawan-kawan comey bantai gelak je.. siap perli2 comey lagi… “habis laaaa.. kene paw laa nanti…” hahahaha..

So, moral of the story.. boleh suruh diorang jalan dulu.. atau kalau nak mohon bantuan pun.. hulur tangan kat saing-saing kite tu.. hehehe. Lebih selamat dan tak rasa annoying..

Bebudak kat sini sekolah stakat 12 tahun je. Lepas tu, yang pompuan akan balik umah dan jaga adik-adik, manakala yang lelaki akan ikut ibu bapa jaga kerbau air atau kutip kayu api kat atas kawasan pergunungan. Perempuan etnik kat sini kahwin awal. Ikutkan cerita Mao, lelaki akan melarikan anak perempuan yang mereka berkenan. Lepas tu, perempuan yang dilarikan akan diberi pilihan untuk terus stay dengan lelaki yang larikan mereka ( selepas disimpan di rumah lelaki tu selama 3 hari.. simpan buat apa..? wallahua’lam.. ) atau boleh balik ke rumah keluarga mereka semula. Tetapi, natijahnya, perempuan yang dilarikan tidak akan dikahwini oleh mana-mana lelaki di kampung berkenaan buat selama2nya.. Jadi nak tak nak.. terpaksa paksarela laa jadi bini lelaki yang larikan perempuan tu.

Dan sistem larikan perempuan ini masih diamalkan dizaman samsung note 3 dan Iphone 5s ( sbb lama sangat peram post, skang ni dah kuor Iphone 7 dah)..

Huhuhu.. Mao turut bersetuju yang menjadi anak perempuan di golongan etnik mereka sangat tidak adil hakikatnya. Comei ada tanyakan Mao, yang perempuan kene larik tu, takkan bior je.. takde bantahan atau takleh lawan ke..? Mao jawap.. macamaane nak lawan sebab lelaki tu akan berkumpul 9-10 orang untuk larikan seorang anak gadis yang berumur 12-15 tahun. Erkkk.. Abis tu.. kalau yang lelaki tu umur macam pakcik ke.. tokki ke.. Mao cakap.. once dah kahwin.. takde istilah cerai dalam masyarakat mereka. Kalau mereka nak berpisah atau bercerai gak.. kene lari kat atas gunung pastu kene stay kat sana.. sampai orang kampung tak nampak dan tak akan tahu sampai ke sudah..Dasat kan..

Budak-budak kecik yang tinggal di kawasan rumah dan bermain-main di sekitar kawasan tu sangat comel. Walaupun nampak comot tapi mereka semua takde laa kurus kering macam tak cukup makan. Semuanya gebu-gebu je.. maybe sebab kawasan tu kawasan sejuk kot hehehe…pipi-pipi semua dah merah macam buah peach hahahaha… lepas tu semuanya pakai pakaian etnik. Super cutee ^^

Dah habis jajah kampung dan dah tawaf berlereng-lereng pergunungan, kami tiba di jalan besar untuk menunggu van yang akan membawa kami ke hotel Sunny Mountain. Kami sampai ke hotel dalam pukul 2 petang. Lepas settle semua urusan check in.. kami masak-masak untuk makan tengahari dan mnghabiskan masa petang kami dengan cuci mata dan survey harga barangan outdoor di Bandar Sapa. Masuk je tiap2 kedai sambil redah kabus yang sejuk tu. Sesapa nak beli jaket yang 2-3 layer, boleh laa cari kat sini.. memang kebanyakkan kedai jual jaket dan seluar khas untuk outdoor aktiviti. Kawan-kawan comey yang memang kaki daki gunung tu ( exclude myself hehehe ) semua rembat seluar 2-3 helai sorang.. currency yang diorang pakai adalah Dong dan Dollar.. tapikan.. better pakai Dollar lah.. sebab compare harga dong dan dollar untuk 1 item yang sama.. lagi murah dalam nilai Dollar berbanding Dong. Kad kredit pun boleh digunapakai kat certain2 kedai.. tapi diorang akan charge terus penggunaakn sebanyak 3 dolar.. biasa2 charge 3% atas nilai pembelian kan.. diorang tak pakai sistem macam tu.. terus tambah 3 dolar kat jumlah pembelian tu.

Jaket boleh dapat dalam $40-45 dolar .. kalau ganas nego harga, boleh dapat murah lagi.. seluar yang jenis berzip kat lutut tu.. boleh dapat dalam $18-25 dolar dan kebanyakkannya adalah jenama North Face.

Dah penat pusing-pusing kedai.. comey ngan Saky dah tak larat nak jalan lagi.. Kami balik ke hotel dan rebus mee spagetti dalam periuk nasi. Malam tu, kami masak spagetti bodo dengan sos tomato prego tu.. blasah makan spagetti dengan sambal bilis dan rendang daging. Plus air kopi berasap.. hehehe.. makan sampai buntal dan lepas tu pengsan.. Zzzzzz

 

Apa-apa saje lah · Hanoi

Day 2 @ Hanoi -> Lao Cai

Day 2. Hanoi.

Subuh-subuh hari kami dikejutkan dengan bunyi lagu vietnam.. dan macam ada announcement.. tapi dalam bahasa ibunda diorang laaa.. kami pun bangun laa lambat-lambat sebab sejukkkkkk nye Ya Allah.. beku abis sendi-sendi kat badan comey ni. Kami solat subuh dulu lepas tu kemas-kemas barang untuk berangkat. Solat atas katil je.. sbb gerabak dia tersangatlah sempit.. Yang kelakarnya, train tu tunggu kami berempat je turun, sebab train tu dah nak gerak balik ke Hanoi semula. Nasib baik itu adalah perhentian terakhir, kalo tak.. kompem ada yang kene pickup kami kat stesen lain hahaha.. cemberut gak laa muka guys yang tunggu kami kat bawah tu. Mau tak ngeri.. dah berapa kali stewardess diorang pi halau kami turun.. macam ribut tau sumbat barang-barang dalam beg dan turun cepat-cepat. So, len kali kalau ada perjalanan dengan keretapi, bila diorang buat announcement tu walaupun tak paham amende annoucement tu, sila lah bersiap2 untuk departure. ( tak tau laaa kenapa kitorang lambat… sebab takde mandi2 pun.. cuci muka je.. mekap pun haram tak de..)

Sampai je kat pintu gate, kami di datangi oleh seorang budak perempuan yang memakai pakaian etnik kaum “Black Hmong”. Speaking english sangat berabuk fluence, sangat terkejut bila Mao cerita yang diorang belajar bahasa lain daripada pelancong yang datang ke Lao Chai. Mao ni tak tau lah nama penuh dia apa.. tapi kire daripada etnik Hmong ni lah.. muka mcm ala2 cina pun ada…

Kami terpaksa menaiki bas mini dan mengharungi perjalanan yang berliku-liku bak ular kene palu selama 1 jam daripada stesen kereapi Lao Cai menuju ke Lao Chai. Comey dah tido pengsan dah dalam bas.. sebab mual sampai nak muntah. Dah laa cuaca keliling putih berkabusss je. Tak nampak satu hape pun.

Lepas satu jam, kami sampai di hotel Sunny Mountain Hotel. Mao settlekan urusan check in dan kami semua pergi sarapan di tingkat 8. Sarapan pun apa laa sangat. Makan telur rebus dengan roti french tu.. pastu kapit dengan keju dan tomato hiris. Nak makan yang lelain, errrrr.. diragui status kehalalan nye.. minum jus dan kopi.

Kami diberi satu tempat untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas ni, kami akan menaiki van dan menuju ke satu kawasan perkampungan dimana hari ini merupakan hari terakhir mereka merayakan festival kebudayaan mereka. Kire macam fun fair kampung diorang laa. Mereka semua berpakaian tradisi diorang dan kebanyakkan perempuan akan bawak bayi kecik di belakang masing-masing. Cuaca sangat sejuk time tu lebih kurang 10 darjah. Perghhhh.. gigil.. tangan dah kebas tak dapat rasa satu jari pun. Tapi tengok rakyat mereka nih, selambaa je pakai nipis-nipis dan keluar dari rumah tak kira besar atau kecil.

Dah puas tengok orang tangkap kambing, menari-nari, main kaki galah, dan banyak lagi game.. kami start menapak menuju ke kawasan perkampungan Ta-Van. Sepanjang perjalanan, kami melalui lereng pergunungan yang ditarah untuk penanaman padi. Kami berjalan di musim yang salah sebenarnya. Waktu tu, musim sejuk.. jadi segala denai dan lereng bukit yang menghijau dah tukar jadi warna cokelat dan berkabus. Kene elok bila mai kabus, memang tak nampak apa-apa. Jarang penglihatan cuma beberapa kaki kat depan je. Silap-silap terpijak tahi kerbau yang memang sepanjang perjalanan ada dimana jua tapak kaki berada hehehe.

Kami berjalan lebih kurang 1 jam atau lebih ( dah lupe sebab jauh gak laa jalan-jalan sambil berenti sana sini amik gambar).

Rumah penginapan atau Homestay di Ta Van Village ni merupakan rumah keluarga Mao. Rumah kayu dua tingkat dan ada lebih kurang 25 katil kat dalam rumah tu. Hanya kumpulan kami yang ada kat situ, jadi takde laa kami share rumah tu dengan group lain. Makan minum kami bawak sendiri, cuma mintak air panas je dengan Mao untuk buat air kopi atau teh dan masak megi.  Tak lupa dengan sosej bakar jugak.

Aktiviti malam tu, kami habiskan masa dengan bersembang sambil duduk mengelilingi bara api untuk sejukkan badan kami. Takde aktivit mana sebab duk dalam umah pun mulut boleh keluar asap macam naga. Beku terus! Aaaaaaaaa… tak tahan sejuk betul uwawawaaaaaa…

Kami tidur dengan perasaan yang beku dan terseksa sebab dalam umah takde heater. Omak aiiii.. macammane laa diorang boleh hidup hari-hari tanpa ada heater dalam umah nie. Cuma satu je yang comei amazing.. umah diorang nie semua jauh dekat area puncak gunung tapi still ada bekalan elektrik, air panas walaupun terhad, dan ada Internet (WIFI).. laju plak tu.. takde laa sangap sangat.

Apa-apa saje lah

Day 1 @ Hanoi

Gilossss… punye laa lama duk dalam draft…

dari 2014 tuuuu…

Takpe.. biar lambat, asal publish post kekekeke…

Camne nak mulakan eh..  hemmm..

Okeh, alkisahnya, lebih kurang 4 bulan yang lepas, comey and the geng dah tobat takmo lagi berganas-ganasan dengan aktiviti hiking dan panjat gunung lagi. Kunun-kununnya sebagai penutup, kami plan nak panjat gunung Fansipan di Vietnam.

Cita-cita nak mendaki gunung Fansipan dah lama terbuku kat hati ini. Cuma kesempatan je yang takde.. dan poket pun asyik surut je.. huhuhu. Pendek ceritanya, si Abale OK dan berjaya mengumpulkan 10 orang perserta untuk join the trip.

Tragis : Seminggu sebelum tarikh kami berangkat, salah sorang daripada team member terjumpa laa satu artikel daripada website yang mengatakan Gunung Fansipan telah ditutup selama 3 bulan bermula daripada January 2014 untuk penyelenggaraan dan pembaikian disebabkan cuaca buruk dan salji. Kami pun terkejut lah jugak sebab travel agent Impress Travel takde  bagitau pape pun kat si Abale. Lagi 3 hari kot kami nak gi sane.. isk3.. Lepas ding dong sana sini, kompemlah yang itinerary kami dah berubah dan si Impress nih takkan aware perkara ni kalau kami tak beritahu. Terror kan?

Jadi, pengembaraan kami pun dah bertukar tema iaitu Lawatan Sambil Belajar bersama Kengkawan.. huhuhuhu.. Blasah je laa.. itinerary je yang bertukar, yang lelain sama je…

Okeh.. Comey ngan Saky bergerak ke LCCT pada malam Rabu since our flight tu pukul 6.05 pagi. Dah pickup si Abale, kami terus gerak ke LCCT dan lepak kat sana. Flight touch down lebih kurang pukul 9 pagi waktu tempatan ( Hanoi kena tolak 1 jam dari waktu Malaysia ), dan suasana di Lapangan Terbang Hanoi ni tersangatlah lengang.. takde laa meriah macam kat Bandung tu even airport kecik je.

Travel agent dah siap tunggu depan pintu dan terus hantar kami ke Hotel Dynasti untuk parking luggage sahaja. Kaedahnya kami semua akan naik train jarak jauh ke Lao Cai, Sapa pada malam tu. Jadi, takde lah kami check in hotel pun. Jadi, Day 1 tu, kami penuhkan dengan jalan-jalan di sekitar kawasan tu, sambil cuci perut dengan  minum kopi kawwwwwwwww dari Hanoi.

Makanan halal payah  nak cari. Jadi, kami satu group bawak ration sendiri untuk masak dan makan-makan. Ada je restoren halal (claimed) macam restoren indian dan Tandoori tu, tapi.. dak tau laa tang mana halal nya. Interior kat dalam tu penuh ngan patung hindu je. Huhuhuh.. tapi tulisan Halal tu besar laa depan signboard kedai.

Dah puas jelajah kedai-kedai dan minum kopi, kami balik ke hotel untuk get ready ke stesen keretapi pada malam tu. Cuaca sejuk tu toksah cakap laa.. comey yang tebal dengan lemak ni pun gagal menepis sengatan cuaca sejuk kat Hanoi ni.. dasat betul. Dinner malam tu kami blasah makan megi, roti dan serunding dan sambal bilis bagai.. dah lapar, tengok sambal bilis pun boleh naik selera. Dah settle makan, cuci muka dan solat, kami pun tido laa sambil diulik dengan goncangan dan bunyi bising gerabak yang duk mengkeriutt memanjang.

 

Gambar ada.. tapi malas nk tampal.. boleh? muahahahaha

Apa-apa saje lah

Oh.. Chiko

Snap-snap-snap.. lepas tu, upload to wordpress via apps wordpress mobile.. mudah bebenau.. comey plak memang malas cap hayam bab2 nak edit gambo ni.. so.. snap2.. terus upload tanpa ada edit ke ubah ke apa ke.. suci dari phone.. hahahaha..

Chiko tengah bermalas-malasan dengan mummy dia aka comey.. kalau dia buat manja dia.. bukan main melepekkk lagi dia bersidai-sidaian… sila cuci mata yer!..