Apa-apa saje lah · Hanoi

Day 2 @ Hanoi -> Lao Cai

Day 2. Hanoi.

Subuh-subuh hari kami dikejutkan dengan bunyi lagu vietnam.. dan macam ada announcement.. tapi dalam bahasa ibunda diorang laaa.. kami pun bangun laa lambat-lambat sebab sejukkkkkk nye Ya Allah.. beku abis sendi-sendi kat badan comey ni. Kami solat subuh dulu lepas tu kemas-kemas barang untuk berangkat. Solat atas katil je.. sbb gerabak dia tersangatlah sempit.. Yang kelakarnya, train tu tunggu kami berempat je turun, sebab train tu dah nak gerak balik ke Hanoi semula. Nasib baik itu adalah perhentian terakhir, kalo tak.. kompem ada yang kene pickup kami kat stesen lain hahaha.. cemberut gak laa muka guys yang tunggu kami kat bawah tu. Mau tak ngeri.. dah berapa kali stewardess diorang pi halau kami turun.. macam ribut tau sumbat barang-barang dalam beg dan turun cepat-cepat. So, len kali kalau ada perjalanan dengan keretapi, bila diorang buat announcement tu walaupun tak paham amende annoucement tu, sila lah bersiap2 untuk departure. ( tak tau laaa kenapa kitorang lambat… sebab takde mandi2 pun.. cuci muka je.. mekap pun haram tak de..)

Sampai je kat pintu gate, kami di datangi oleh seorang budak perempuan yang memakai pakaian etnik kaum “Black Hmong”. Speaking english sangat berabuk fluence, sangat terkejut bila Mao cerita yang diorang belajar bahasa lain daripada pelancong yang datang ke Lao Chai. Mao ni tak tau lah nama penuh dia apa.. tapi kire daripada etnik Hmong ni lah.. muka mcm ala2 cina pun ada…

Kami terpaksa menaiki bas mini dan mengharungi perjalanan yang berliku-liku bak ular kene palu selama 1 jam daripada stesen kereapi Lao Cai menuju ke Lao Chai. Comey dah tido pengsan dah dalam bas.. sebab mual sampai nak muntah. Dah laa cuaca keliling putih berkabusss je. Tak nampak satu hape pun.

Lepas satu jam, kami sampai di hotel Sunny Mountain Hotel. Mao settlekan urusan check in dan kami semua pergi sarapan di tingkat 8. Sarapan pun apa laa sangat. Makan telur rebus dengan roti french tu.. pastu kapit dengan keju dan tomato hiris. Nak makan yang lelain, errrrr.. diragui status kehalalan nye.. minum jus dan kopi.

Kami diberi satu tempat untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas ni, kami akan menaiki van dan menuju ke satu kawasan perkampungan dimana hari ini merupakan hari terakhir mereka merayakan festival kebudayaan mereka. Kire macam fun fair kampung diorang laa. Mereka semua berpakaian tradisi diorang dan kebanyakkan perempuan akan bawak bayi kecik di belakang masing-masing. Cuaca sangat sejuk time tu lebih kurang 10 darjah. Perghhhh.. gigil.. tangan dah kebas tak dapat rasa satu jari pun. Tapi tengok rakyat mereka nih, selambaa je pakai nipis-nipis dan keluar dari rumah tak kira besar atau kecil.

Dah puas tengok orang tangkap kambing, menari-nari, main kaki galah, dan banyak lagi game.. kami start menapak menuju ke kawasan perkampungan Ta-Van. Sepanjang perjalanan, kami melalui lereng pergunungan yang ditarah untuk penanaman padi. Kami berjalan di musim yang salah sebenarnya. Waktu tu, musim sejuk.. jadi segala denai dan lereng bukit yang menghijau dah tukar jadi warna cokelat dan berkabus. Kene elok bila mai kabus, memang tak nampak apa-apa. Jarang penglihatan cuma beberapa kaki kat depan je. Silap-silap terpijak tahi kerbau yang memang sepanjang perjalanan ada dimana jua tapak kaki berada hehehe.

Kami berjalan lebih kurang 1 jam atau lebih ( dah lupe sebab jauh gak laa jalan-jalan sambil berenti sana sini amik gambar).

Rumah penginapan atau Homestay di Ta Van Village ni merupakan rumah keluarga Mao. Rumah kayu dua tingkat dan ada lebih kurang 25 katil kat dalam rumah tu. Hanya kumpulan kami yang ada kat situ, jadi takde laa kami share rumah tu dengan group lain. Makan minum kami bawak sendiri, cuma mintak air panas je dengan Mao untuk buat air kopi atau teh dan masak megi.  Tak lupa dengan sosej bakar jugak.

Aktiviti malam tu, kami habiskan masa dengan bersembang sambil duduk mengelilingi bara api untuk sejukkan badan kami. Takde aktivit mana sebab duk dalam umah pun mulut boleh keluar asap macam naga. Beku terus! Aaaaaaaaa… tak tahan sejuk betul uwawawaaaaaa…

Kami tidur dengan perasaan yang beku dan terseksa sebab dalam umah takde heater. Omak aiiii.. macammane laa diorang boleh hidup hari-hari tanpa ada heater dalam umah nie. Cuma satu je yang comei amazing.. umah diorang nie semua jauh dekat area puncak gunung tapi still ada bekalan elektrik, air panas walaupun terhad, dan ada Internet (WIFI).. laju plak tu.. takde laa sangap sangat.

Apa-apa saje lah

Day 1 @ Hanoi

Gilossss… punye laa lama duk dalam draft…

dari 2014 tuuuu…

Takpe.. biar lambat, asal publish post kekekeke…

Camne nak mulakan eh..  hemmm..

Okeh, alkisahnya, lebih kurang 4 bulan yang lepas, comey and the geng dah tobat takmo lagi berganas-ganasan dengan aktiviti hiking dan panjat gunung lagi. Kunun-kununnya sebagai penutup, kami plan nak panjat gunung Fansipan di Vietnam.

Cita-cita nak mendaki gunung Fansipan dah lama terbuku kat hati ini. Cuma kesempatan je yang takde.. dan poket pun asyik surut je.. huhuhu. Pendek ceritanya, si Abale OK dan berjaya mengumpulkan 10 orang perserta untuk join the trip.

Tragis : Seminggu sebelum tarikh kami berangkat, salah sorang daripada team member terjumpa laa satu artikel daripada website yang mengatakan Gunung Fansipan telah ditutup selama 3 bulan bermula daripada January 2014 untuk penyelenggaraan dan pembaikian disebabkan cuaca buruk dan salji. Kami pun terkejut lah jugak sebab travel agent Impress Travel takde  bagitau pape pun kat si Abale. Lagi 3 hari kot kami nak gi sane.. isk3.. Lepas ding dong sana sini, kompemlah yang itinerary kami dah berubah dan si Impress nih takkan aware perkara ni kalau kami tak beritahu. Terror kan?

Jadi, pengembaraan kami pun dah bertukar tema iaitu Lawatan Sambil Belajar bersama Kengkawan.. huhuhuhu.. Blasah je laa.. itinerary je yang bertukar, yang lelain sama je…

Okeh.. Comey ngan Saky bergerak ke LCCT pada malam Rabu since our flight tu pukul 6.05 pagi. Dah pickup si Abale, kami terus gerak ke LCCT dan lepak kat sana. Flight touch down lebih kurang pukul 9 pagi waktu tempatan ( Hanoi kena tolak 1 jam dari waktu Malaysia ), dan suasana di Lapangan Terbang Hanoi ni tersangatlah lengang.. takde laa meriah macam kat Bandung tu even airport kecik je.

Travel agent dah siap tunggu depan pintu dan terus hantar kami ke Hotel Dynasti untuk parking luggage sahaja. Kaedahnya kami semua akan naik train jarak jauh ke Lao Cai, Sapa pada malam tu. Jadi, takde lah kami check in hotel pun. Jadi, Day 1 tu, kami penuhkan dengan jalan-jalan di sekitar kawasan tu, sambil cuci perut dengan  minum kopi kawwwwwwwww dari Hanoi.

Makanan halal payah  nak cari. Jadi, kami satu group bawak ration sendiri untuk masak dan makan-makan. Ada je restoren halal (claimed) macam restoren indian dan Tandoori tu, tapi.. dak tau laa tang mana halal nya. Interior kat dalam tu penuh ngan patung hindu je. Huhuhuh.. tapi tulisan Halal tu besar laa depan signboard kedai.

Dah puas jelajah kedai-kedai dan minum kopi, kami balik ke hotel untuk get ready ke stesen keretapi pada malam tu. Cuaca sejuk tu toksah cakap laa.. comey yang tebal dengan lemak ni pun gagal menepis sengatan cuaca sejuk kat Hanoi ni.. dasat betul. Dinner malam tu kami blasah makan megi, roti dan serunding dan sambal bilis bagai.. dah lapar, tengok sambal bilis pun boleh naik selera. Dah settle makan, cuci muka dan solat, kami pun tido laa sambil diulik dengan goncangan dan bunyi bising gerabak yang duk mengkeriutt memanjang.

 

Gambar ada.. tapi malas nk tampal.. boleh? muahahahaha

Bebelan

Hati Tersepuk Debu…

Manusia ada macam-macam:

Gaya..

Rupa..

Perangai..

Habit..

Tu adalah yang normal..

Yang tak normal lak..

Busuk hati..

Depan lain, belakang lain..

Dengki entah apa-apa..

Kenapa nak dengki…? sebab hati tak suci… hati tak memilih untuk redha.. hati bertepuk debu kejahilan…

Kenapa nak busuk hati…? sebab tak boleh tengok orang lain lebih dari diri dia.. terasa dia yang paling ohsem padahal standard charted je..

Allah maha adil… apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya..

Cuma, atas diri kita nak baca macamane hikmah tu terjadi…

Kehidupan sangat banyak cabaran dan dugaan..

Kehidupan jugalah yang mendewasakan kan kita.. mematangkan kita.. membentuk kita…

Semoga Allah menjaga hati kita semua..

Semoga Allah meredhai semua perbuatan kita..

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua..

Semoga Allah jauhkan kita semua dari fitnah dunia..

Ameen…

...

 

Kadang-kadang, comey rasa nak ketawa bila diperhati perangai orang-orang yang kita rasa kita dah kenal dia..

Tapi, yang kita kenal tu lah.. memang ada perangai yang tak disangka-sangka..

Berbuat baik perpada-pada..

Berbuat jahat jangan sekali-kali..

Tapi, mana yang buat baik kat depan dan buat taik kat belakang tu…Hanya Allah dan semoga Allah balas balik.. lambat cepat.. Allah mahal adil

Yang suka mengadu domba, menyebarkan aib, baling tangan kanan-sorok tangan kiri, suka bercerita dan menyebarkan berita yang menyebabkan orang lain bersyak wasangka… Hanya Allah dan semoga Allah balas balik.. lambat cepat.. Allah mahal adil..

Hidup ini singkat.. jangan buang masa duk fikir apa yang orang fikir pasal kita..

Tingkatkan ilmu… Cekalkan rohani..

Apa-apa saje lah

Oh.. Chiko

Snap-snap-snap.. lepas tu, upload to wordpress via apps wordpress mobile.. mudah bebenau.. comey plak memang malas cap hayam bab2 nak edit gambo ni.. so.. snap2.. terus upload tanpa ada edit ke ubah ke apa ke.. suci dari phone.. hahahaha..

Chiko tengah bermalas-malasan dengan mummy dia aka comey.. kalau dia buat manja dia.. bukan main melepekkk lagi dia bersidai-sidaian… sila cuci mata yer!..

 

Apa-apa saje lah

Family trip ke Pulau Tioman

Dah lama plan nak ke Tioman ni.. dari tahun 2015 kut.. tapi banyak masalah masa tu.. termasuklah jadual trip tak tally ngan cuti masing-masing.. so.. tahun 2017.. tercapailah jua impiannya…

Yang kelakarnya.. trip kami ni pada cuti Chinese New Year.. jadi, normally cuaca pada time tu adalah samada hujan dan ribut petir.. ataupun hujan dan banjir.. hahahaha

Alhamdulillah.. seminggu sebelum tarikh perjalanan tu… hujan jugak  laa kat kampung kami.. tapi takde laa sampai banjir.. cuma.. kami kan dari East Coast, jadi.. keadaan kat negeri jiran tu kurang memberansangkan.. hujan dan banjir di Temerloh dan area2 kuantan..  ngeri wohhh… tapi sebab dah booked segala2nya.. hotel dan tiket feri.. kami tawakkal je lah..

Perjalanan dari KT-Mersing lebih kurang 6 jam lah.. tolak tambah berenti toilet bagai… Kami gerak pukul 10 malam.. sebab feri dari mersing ke Pulau Tioman bergerak jam 8 pagi.. ( ada cerita di sebalik tabir tiket feri ni )..

Untuk yang 1st timer gi Pulau Tioman.. dalam satu pulau tu.. dia ada banyak kampung dan setiap kampung owned jeti masing-masing.. Contoh, Hotel Selesa Pulau Tioman akan drop off di jeti kampung Tekek. Once dah confirm hotel, management hotel akan contact kita untuk confirm seat booking tiket feri. Busuk2 sila confirm seminggu awal..  sebab, crowd adalah sangat ramaii..

Bulan January supposed still lagi dalam cuaca monsoon, dan kami ingatkan yang maybe family kami je yang tegar gi pulau masa musim tengkujuh.. tapi… perghhh.. bila sampai kat jeti penumpang mersing tu.. seriesly tekujat badak! penuhhhhhhhh orang beratur.. local dan foreigners.. sama ramai!

Okeh.. part tiket feri yang haru biru!

Parking kereta takde masalah.. baik park dekat kawasan parking yang Majlis Perbandaran Mersing conduct.. harga parking sama je.. cuma, parking yang Majlis tu.. dekat dengan jetty penumpang… kalau dari jalan besar… ambil laluan parking lurusss je.. terus ke arah laut.. jgn follow line parking belah kiri.. jauhhhhhhhh kene jalan maaa..

Once dah selamat parking.. kunci kereta elok2.. tutup semua side mirror… okeh.. sila hangkut barang2 menuju ke kaunter yang macam2 dekat jetty.. ( boleh bawak beg jenis trolly atau bagpack.. jalan semua bertar.. dan takde masalah untuk heret beg2 yang berat subhanallah itu.. boleh tanye yang jaga parking tu kalau blur..

Mula-mula, sila beratur untuk collect booking tiket feri.. macam comey, pihak hotel dah tolong booked kan.. tapi tak bayar lagi lah.. bayar upon collection..  blue water ferry kaunter no. 2 ( kalau tak silap ).. tiket untuk dewasa RM 70 untuk 2 hala.. dan kanak2 RM 60..

Dah berjaya ambil tiket.. sila beratur lagi untuk register nama visitor bersama tiket dan IC.. yess.. IC semua org yang ada dalam trip.. wakilkan sorang je untuk beratur.. sebab nama2 tu semua insert pakai sistem.. superrr lambat… so.. kalau feri gerak pukul 8.. pukul 6 dah boleh menapak beratur…

Dah tulis nama ikut jeti drop off masing-masing.. sila beratur lagi sekali.. untuk bayar caj dan tax dari jabatan laut.. comey pukul rata dalam RM10 laaa estimate utk bayaran caj dan tax nie..

Okey.. dah collect semua resit2 yang bayar tu.. bawak semua skali pi beratur tukar tiket feri tu dengan boarding pass ( nama je boarding pass.. padahal kertas warna2 je sekeping nak make sure time departure seat masing-masing ).. Dah settle.. beratur lagi untuk masuk feri.. make sure semua barang-barang takde yang tertinggal lah.. sebab takdenye diorang nak tolong peringat or tolong bawakkan… sendiri heret okay!

Alhamdulillah.. selamat sampai dan turun ke jeti kg.Tekek.. masing2 muka mabuk laut.. memang teruk betul kene hanyun.. even feri tu besar.. still lagi tingtong sebab layan gelombang.. ramai jugak laa yang tewas dengan plastik hitam ( muntaijauuuuuu )..

Dah sampai.. boleh keluar dari jetti dan ada reps dari hotel yang setia menunggu ketibaan kalian.. hehehe

Oh.. lupa nak tampal gambar.. teksi yang hangkut kita dari jeti ke hotel adalah sejenis 4x4wd okey.. triton lagi… kami 13 org sumbat 1 triton!!!!.. muat je.. tapi adventures gila lahhhh…hahahha

Selesa Condotel @ Hotel Selesa ni located hujunggggggg pulau.. memang jauh dari yang lain lah.. rasanya dalam kawasan pengurusan Berjaya Tioman Resort.. sebab area sama..

Rasanya adalah dalam 5-6 keluarga ada kat resort ni masa kami datang.. (dah nama musim tengkujuh tak habis lagi ).. Kawasan resort agak jauh dari area pantai.. kene sewa teksi yang tadi tu.. atau boleh sewa motor.. kami amik motor je… RM50 sebiji 1 hari… lenjan sampai habis motor tu… merempit! hahahaha

Kami sekeluarga kalau travel jenis bawak ration.. makan kat luar pun yer jugak.. tapi most of the meal time kami.. mak masak!.. tak kisah laa masak sardin ngan telur dadar.. asalkan mak masak! hhehehe…

Bilik kami jenis studio room. ada 4 bilik.. 2 bilik katil double, 2 bilik katil single.. tapi dont worry, setiap bilik ada bantal extra 4 biji dan juga comforter untuk bentang kat ruang tamu or dalam bilik.. luas, selesa dan fully aircond..

Kat pantry ada microwave, peti sejuk yang kecil tu.. dan juga periuk nasi.. kami bawak electric pan aka pot.. boleh sangat laaa stakat nak masak2 lauk tu.. mak kami siap boleh masak sayur batang keladi tau.. tapi dah siang siap2 laaa semua bahan2 mentah tu..

Si bulus kat atas ni… ketua kumpulan perompak yang dah buat onar kat bilik kami.. pandai betul laaa diorang bukak tingkap pintu.. so, make sure kunci pintu tu.. jangan sekadar tutup… walau dah kejap tutup tu.. diorang pandai gile bukak pintu tingkap dan slide… lepas tu, kenduri hancurkan semua stok makanan kami kat atas meja..

Beli bun kat kedai runcit kat bawah… ( lenjan motor sewa laaaa ).. takde roti commercial okey..

Ni padang golf Berjaya Tioman Resort.. on the way nak ke resort kami..

Berjaya Resort tak available until end of March.. tu pakcik2 yang bawak teksi tu lah cakap.. sebab tu lah sunyi bebenorrrr area resort kami..

Jangan duk compare Free Duty Shop kat sini dengan kat Labuan atau Langkawi.. sangat jauh panggang dari api.. lebih pada belian runcit je… coklat daim tu ada lagi laaaa… RM60/ 3 beg…

Ni adalah kawasan taman laut…  alaa.. yang korang bayar tax dan caj tu… haaa.. untuk preserve area ni lah… tak perlu naik bot pun.. boleh sewa life jacket dan beli roti untuk bagi makan ikan2.. tapi… seperti yang telah dibagitau… musim monsun belum habis lagi.. jadi.. air tak jernih dan kelabuuu je.. tak nampak ikan pun..

Dinner malam kami.. abang pi beli ikan panggang.. mak masak nasi… makan nasi panas2 ssambil cicah sambal bilis dan budu.. perghhhhhh.. tergolek kenyang..

Ni adalah keterangan belakang tiket feri tu… tak tau lahhh dari zaman bila tiket tu…

Ni gambar area jetti masa kami dah nak bertolak balik.. macam biasa.. still kene beratur untuk tulis nama tu.. macam biasa.. collect IC semua orang.. dan wakilkan untuk beratur… jimat masa…

Kesimpulannya… bertabahlah wahai ketua rombongan.. sebab most of the time.. anda yang akan beratur dan responsible untuk perjalanan semua aktiviti…  hehehehe

Apa-apa saje lah · Korea

Gila Kdrama.. Goblin

Habislah sudah episod ddokkebi atau goblin (orang korea marah tau samakan dokkebi dengan  goblin nie… sebab peel diorang jauh beza.. kate mereka laaaa)..

Sekarang.. sedang mengalami withdrawal sindrom iaitu, tiap kali nampak lilin, mesti terasa nak hembussss… dengan harapan ajushi berdiri kat belakang.. muahahahahaha #ampunEnSuami

Kat mata lak terbayang-bayang betapa smartnye ahjussi pakai winter attire, sweat shirt, coat, trench.. semua perfect di mata comey. Warna, saiz, patern… dan comey baru tertengok kat satu portal yang Gong Yoo punye attire tu, bukan murah2 pesen tau. Semua brand designer. Patut laa hensem pelik mamat tu.. (atau memang dah hensem.. jadi bertambah2 hensem )..

Lepas tu.. dia punye scenery scene… memang marvelous lah.. dan dan tu jugakkkk rase nak tempah tiket pi Qubec.. tak pernah2 tau pun Qubec sangat cantikkkk dia punye surrounding.. tak nampak crowded.. bersih.. bukit yang kehijauan.. depan bukit ada jeti kapal layar.. depan laut tu plak, tersergam besar bangunan zaman lama yang dijadikan hotel.. (comey tak study lagi.. nafsu dah tinggi menggunung nie).. Kawan comey lagi dasat.. dah siap survey harga tiket flight ke sana dan harga hotel yang Eun Tak stay kat sana tu.. ternganga jugak laaaaaa tengok harga combine dua tu buat rakyat marhaen mcm comey nie.. dah laa flight 24 jam… mau hibernate terusss dalam plane…fuh2… kejung muntut duk dalam flight.. (gamaknye laaaa)

Agak2nya.. berapa laa cost untuk satu drama 16 episode tu..? Dengan pelakon2 dia semua super class.. script writer yang berhantu. pengarah yang mengerikan.. berapa laaa agaknya kos 1 drama tu ekkk.. why.. malaysia tanah air tercintaku takde pun cerita2 yang boleh buat orang demam? ( Yang cerita fatah amin dan neelofa tu boleh laa kut nak compare)…

 

 

Apa-apa saje lah

Bujang Vs Kahwin

Betul laa bak kata pepatah ..

Masa engkau bujang… orang akan duk sibuk tanya2.. bila nak kawen..

Bila engkau dah kawen.. orang akan sibuk tanya2.. bila nak dapat anak..

Fuh.. Comey punye kes.. 2-2 merasa hazab pertanyaan tu.. rata!

Bila difikirkan positifnya, mungkin dah jadi habit diorang kut… bertanya lagi elok dari tak tanya2 lansung.. #motif?

Ndak je comey royat.. alang2 tanye tu.. bagi laa angpow ke.. duit poket ke.. duit tabung ke.. baru laa terasa up sket nak menjawap soalan2 pedih hulu hati yang takde skema jawapan tu..

Bende nyer ketentuan Allah blaka.. siapalah kita nak gi usul korek dan reka..

Daripada duk tanya sesaja2.. lepas bertanya tu.. haaa.. angkat tangan dan doakan kat org yang engkau sibuk bertanya tu..

“Ya Allah, semoga pasangan ini dipermudahkan untuk mendapat zuriat yang soleh dan soleha”

“Ya Allah, semoga sahabatku ini diperceparkan untuk berjumpa dengan jodoh beliau”

Haaa.. kan sejukkk hati sesapa yang mendengarnya..

Buat sahabat2 comey yang masih lagi belum ketemu dengan jodoh masing-masing.. bertabah dan bersabarlah.. semuanya urusan tuhan.. kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Allah maha mendengar dan maha mengetahui lagi..

…………………………………………………………………………………………………………………..

Comey nak meluahkan sikit…

Senggugut bukan lah alasan untuk korang swing kenapa payah nak lekat..

Mak comey tu dari remaja sampailah dah up status nenek.. tiap kali peot2 mest derita senggugut.. Alhamdulillah.. senggugut2 dia pun… lengkap kami 6 beradik… huhuhuh..

Sentap juga bila diri ini dijadikan alasan…

Padahal, kejadian memerlukan lebih dari 1 usaha… lebih daya.. lebih doa.. #sedih

Tak apalah..

Mungkin bukan lagi rezeki utk kami menjadi ibu bapa… #cikokanAde

.