Mekah

Sejenak san Sebening..

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya comey sekeluarga selamat pergi dan kembali dalam mengerja umrah di tanah suci Mekah. In Sha Allah, comey sedang susun coretan untuk dikongsi pengalaman tu.. semoga apa yang dikongsi boleh memberi manafaat kepada kita semua. Chewah..

Yang pastinya, bila dah kembali, comey berdoa agar apa yang comey cuba jaga sepanjang beribadah disana.. comey akan cuba carry dan teruskan di sini.. Semoga Allah menetapkan iman yang teguh buat diri kita semua.

Life must go on.. comey ada banyak bende yang nak di catch up.. ada belambak-lambak assignment dan test yang comey kene submit. Nasib baik tugasan hakiki kerja comey kat pejabat tu takde mendesak sangat. Slow progress means takde yang kene kejar atau kene bambu dek agensi sane sini.

Pelan-pelan..

Hadith Rasulullah bermaksud:

“Haji dan Umrah itu adalah fardhu, maka tidak salah hendak mendahulukan yang mana satu”

Rasulullah saw pernah menghuraikan mengenai Umrah:

“Satu Umrah dengan satu Umrah yang lain adalah penghapus dosa, tiada balasan haji yang mabrur melainkan dengan syuga.”

(kredit : umrahmukmin.com/kelebihan-umrah)