Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 3

At last.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba jua.. hehehe.. pelik kan? Tak sabar nak jumpa “tamadun”.. takmo dah :

  1. basah lencun
  2. sejuk
  3. perang ngan pacat
  4. Nak mandi payah, nak gi toilet pun memang mimpi laa
  5. Penat jalan tak sampai-sampai
  6. Nak minum air panas kene turun sungai amik air, panaskan air dan tunggu air gelegak bebetul baru boleh buat air ( kat umah pakai hot flask je)
  7. Nak makan kene tunggu ramai-ramai dah ready.. takleh wat selfish pi makan sorang2
  8. Galas beg besar gabak dan berat nak bengkok tulang belakang
  9. Kuku kaki semua kembang air plus kuku kompem jahanam
  10. Stokin sentiasa basah lencun!
  11. Pakai kasut dalam air
  12. Pakai baju hiking yang sama selama 2 hari sebab taknak ada banyak helai baju basah yang akan memberatkan beg.. get it?
  13. Perang ngan agas.. gatal woooo
  14. Tido dalam khemah yang tanah tak rata.. lagi torture minda bila tanah tu ada batu ketul or akar kayu.. nanges!
  15. Jatuh tegolek sebab tanah bukit dalam hutan licin
  16. Nak jatuh tapi tak sempat jatuh sebab tangan berpaut pada akar dan dahan pokok yang tergantung.. ( tapi disaster bile terpaut dahan yang berduri.. Nanges lagi )
  17. Badan berpeluh-peluh ngan busuk!
  18. Takde fridge nak makan eskrim
  19. Takde tv
  20. Takde radio
  21. Takde spagetti
  22. Takleh online ( Zalora, Lazada, blogspot, kpop, korean drama, RunningMan)
  23.  Kene marah ngan mak ngan ayah.. (sebab aktiviti lasak ngan kejantanan uwawawa)
  24. Makan annual leave
  25. Takde sijil hape2 pun..

Perghhh.. laju je taip.. nononggg je kuor ayat.. heheheh.. sila baca dengan nada yang biasa2 aja.. bukan nada nyah yang gedix dan annoying.. tu bukannya perasaan tak puas hati.. tapi apa yang comei rasa bila dah duk dalam hutan selama 2 hari.. so I already know my limit.. not more than 3 days to out from civilization life. Heheheh.. tak pernah lagi pecahkan rekod 3 hari tu… Nanges sambil jalan kat tengah jalan gamaknya.. hehehe

Tapi.. jangan laa salah paham.. bukannya aduan or keluhan or repekkan kat atas tadi adalah disebabkan perasaan benci or tak puas ati or bagai.. tapi hanyalah omelan kosong je.. ( memang tu hakikat ponnn ).. masa penat tu macam-macam boleh keluar kot mulut.. tapi once dah berjaya reached the peak, semua penat tu washed away like a slowly river flow.. perghh.. hehehe.. betul.. tak tipu! ^^ Happy moment dengan kengkawan yang berjaya atau half way kat peak.

Pagi last day tu, comey ngan Sakky bangun awal sket.. pi sungai.. gosok gigi, basuh muka.. mandi2.. erkk.. tak mandi pon hahahaha.. sejuk weh.. air sungai dari air terjun tuuu. Pas siap tukar baju, Sakky tukar jadik chef.. masak nasik lomak.. pastu masak sambal sardin. Perabihkan bahan makanan.. takmo bawak turun dah.. Ikan kering Abby habis kene panggang.. keropok keping ngan papadom pun berjaya digoreng sebanyak 70%. Masak air dan tadaaaaa.. teh strawberry mantap seteko aka periuk karrimor Abby yang cun tu.

Dalam pada kemas fly, tinggal ground je lagi yang tak kemas sebab barang-barang personal still bertaburan. Kami breakfast sama-sama sambil gelak2.. imbau kenangan selama 2 hari.. Pas makan, kami sama-sama kemas semua peralatan masak dan khemah. Comey kemas barang sendiri je hik2.. diorang mmg tak harap comey pi kemaskan pun.. samaada takut jahanam atau hilang terus! ( Daku tak macam tu tauuuu 😛 )

Kemas beg.. tak hirau kiri kanan..
Kemas beg.. tak hirau kiri kanan..
bakar semua sampah sarap...
bakar semua sampah sarap…

Balut kaki siap2 ngan bandage yang tak pakai lagi.. wat balik pun sia-sia je.. baik pertahankan kaki dari serangan pacat yang sangat zombie. Sebab apa zombie.. pijak ke… lempang ke.. tarik ke.. selam air ke.. mmg tak mati-mati… huh.. ( baygone lak tak  bawak sbb mmg tak aspect langsung kawasan sini tempat pembiakan pacat.. ).. Korang jgn tak tau.. even pakai stokin tebal 2 lapis.. gigi pacat still boleh tembus sampai ke kulit.. Scary kan..

IMG_8500

Sungai di sepanjang laluan turun .
Sungai di sepanjang laluan turun .

Okeh.. dah ready.. start jalan ke arah ketamadunan.. hehehe.. Abg guide, Memerang ngan Middy super laju.. comey ngan Sakky pelan-pelan jalan kat belakang.. kene tinggal.. dalam ati kami.. kalo tak sure jalan.. kami tunggu Zammy, Abby ngan Ijan yang stay blakang skali.. Kadang-kadang jumpe jugak dengan jalan yang tak macam jalan.. jadik kami was-was.. nak go on ke or carik laluan lain.. Tak sure.. tunggu je lah orang belakang.. jangan wat pandai-pandai.. nanti tak sampai terus.. Hutan besar nih

5 jam perjalanan lepas berhenti sane sini… maka kami pun sampai lah semua skali.. First team zasss turun tak sampai 2.30.. perghhh… bandingkan 5 jam vs 2.30 .. babai laaa

Naik powill dan terus menuju ke bandar sungai lembing.. comey tumpang mandi kat tandas balai polis.. Yang lelain tumpang mandi kat umah abg guide.

Mission Accomplish..!! Sayonara.. Till next trip.. InsyAllah..

Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 2

Lepas subuh, kami bersiap2 untuk bergerak mendaki bukit taubat dan terus hiking ke puncak.. Perjalanan yang guide estimate adalah 2 jam untuk melepasi bukit taubat dan 4 jam lagi untuk naik terus ke puncak. Total perjalanan naik adalah 6 jam..

Around 7 o’clock lepas kitoang siap packing bagai.. takdelah bawak beban berat pun ( sebab tanker yang 3 orang lagi dah tolong bawakkan).. kami pun start lah jalan.. oh.. jangan lupa bawa headlamp.. penting tu.. siap dengan extra battery lagi.. sebab kompem akan berjalan malam.. Overtime lah nie..

Bukit pertama yang ditempuh adalah Bukit Taubat.. kenapa dinamakan bukit taubat..? sebab korang akan taubat nasuha dan taknak naik lagi bukit nih hahahaha.. macammana nak describe keadaan bukit taubat nih eaa.. emmm.. umpama bukit yang lerengnya 100% daripada selut yang warna merah tu.. dan licin (sebab time comey pergi tu cuti Chinese New Year.. so cuaca mendung dan hujan je manjang). Dan nak naik tu kene menggunakan 100% kekuatan buku lali dan tapak kaki sebab nak elakkan gelongsor jatuh dan lebih parah..takde tempat nak pegang kat kiri kanan tu.. pokok2 ada.. tapi jauh dengan trek dan sangat hutan. Ada lahh sekali dua terpeleot sane sini.. adat la tu.. tapi elakkan jatuh yang boleh menyebabkan korang injured dan seksa nak turun balik nanti. Kalau dah pernah injured macam cramp atau perasaan macam tertarik urat dalam lutut or peha, mintak ngan doc siap2 ubat untuk sakit urat. Boleh makan malam sebelum start activiti tu. Bukan makan ubat pastu start hiking yer.. kang ting tong plak.

Air sungai yang deras.. maybe sebab hujan semalam kot
Air sungai yang deras.. maybe sebab hujan semalam kot

Perjalanan berakhir apabila korang jumpa kem 3. Tempat  ni sangat sesuai untuk camping sebab ada water source dan dah dekat dengan kaki gunung. Actually pelan asal masa Day 1 kitorang nak camping kat sini, tapi memandangkan ada diantara team member dah tak larat nak jalan dan masing-masing ada yang tak cukup tidor bagai, maka cancellah wat base camp di kem 3 ini dan free body day pack je naik ke puncak.

Pokok Ada Rasa.. betul... pokok nih ada tag pokok ada rasa.. tak tau ler balak jenis apa.. tapi ada lah dekat 6 pemeluk..
Pokok Ada Rasa.. betul… pokok nih ada tag pokok ada rasa.. tak tau ler balak jenis apa.. tapi ada lah dekat 6 pemeluk..
Kem 3.. kat tempat nilah berlaku tragedi kemalangan jiwa yang menyebabkan seorang guide meninggal dunia sebab ditimpa dahan jatuh
Kem 3.. kat tempat nilah berlaku tragedi kemalangan jiwa yang menyebabkan seorang guide meninggal dunia sebab ditimpa dahan jatuh

Okeh.. stat dari sini.. 4 jam hiking yang bebetul hiking..  stress dah datang.. nafas semput, kaki lenguh, badan rasa berat yang amat sangat.. udara juga makin sejuk bile latitude menjadi semakin tinggi.. kadang-kadang duk sibuk menguap macam tak cukup oksigen. Ada trek yang boleh nampak lutut jumpe dengan dagu lagi.. hohoho.. masa nih muka dah tak cantek dah.. dah bertukar jadik penyu.. rasa nak golek2 badan biar turun bawah balik.. ~~~~tapi takutt :”(.. redah je lah…  bejalan dah tak pakai kaki.. tapi mind control dah nih.. betis dah tak rasa betis lagi.. trek sangat pacak yer.. plus cuaca yang hujan dan udara yang sangat sejuk sebab baju dah basah kuyup.. trek juga penuh dengan kayu balak yang tumbang, pokok berkeriuk bergesel sesama pokok sebab angin ( sangat ngeri masa nih ). Jadi, jalan cepat-cepat walaupun dah semput dan jauhkan diri daripada kawasan yang ada pokok cracking sound tu.. huhuhu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Anak sungai yang akan korang jumpa lepas berjaya melepasi bukit taubat nasuha.. :D
Anak sungai yang akan korang jumpa lepas berjaya melepasi bukit taubat nasuha.. 😀
Pokok "Ada Rasa".. seriesly... tak tau kenapa nama pokok cenggitu.. naseb baik bukan pokok masak tiga rasa keh3
Pokok “Ada Rasa”.. seriesly… tak tau kenapa nama pokok cenggitu.. naseb baik bukan pokok masak tiga rasa keh3

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tepat jam 3 petang, kami berjaya akhirnya sampai ke puncak. Happy betul.. err.. happy lah 3 minit.. masa bergambar-gambar tu.. skali mai angin tiup.. perghhhhh.. rase menusuk sampai tulang hitam! Menggeletar memang takleh cakap apa dah. Zammy ngan Memerang terus bukak dapur dan panaskan air. Buat air kopi panas kaw.. pastu kitorang lunch dengan nasik lemak ngan sambal yang dah tapau tu.. hohohoh heaven tau.. dah ler penat + lapor + sejuk = dapat lak makan nasik lemak sambal.. Actually ade telur goreng ngan mentimun.. tapi ada dalam beg si Abg Lan. Die lak kami tak tau duk mane.. so.. blasah je laa mana yang ada dulu..

Successs :D ^^' .. rupa2nya.. gunung tapis nih gunung angkat program Everest.. ( signage tu yang cakap..)
Successs 😀 ^^’ .. rupa2nya.. gunung tapis nih gunung angkat program Everest.. ( signage tu yang cakap..)
lambai tangannn...~~ nak suh lompat tapi jerit tak kuor suara dah :D
lambai tangannn…~~ nak suh lompat tapi jerit tak kuor suara dah 😀
peace lagi.. kene kerat jugak tangan budak nih.. takde gaya lain dah.. asyik jari 2 kerat tu je yang reti posing
peace lagi.. kene kerat jugak tangan budak nih.. takde gaya lain dah.. asyik jari 2 kerat tu je yang reti posing
Tunjuk kaki yang "kattang" ke..? heheehhe (kattang=super gagah)
Tunjuk kaki yang “kattang” ke..? heheehhe (kattang=super gagah)
nampak signage ni maka dengan rasminya kami dah sampai kat simpang taman bonsai
nampak signage ni maka dengan rasminya kami dah sampai kat simpang taman bonsai
semak samun dah jarang-jarang ada.. tapi kene beware sebab jalan sangat licin nih
semak samun dah jarang-jarang ada.. tapi kene beware sebab jalan sangat licin nih
Kami pergi dulu yer... hehehe.. kene gerak dulu sebab dah rest almost stengah jam.. Zammy ngan Middy prepare tea break untuk Ijam ngan Abg Lan kat blakang.. Bagus betol diorang nih :D.. sentiasa ingat kat kawan2
Kami pergi dulu yer… hehehe.. kene gerak dulu sebab dah rest almost stengah jam.. Zammy ngan Middy prepare tea break untuk Ijam ngan Abg Lan kat blakang.. Bagus betol diorang nih :D.. sentiasa ingat kat kawan2
Abang guide dan abang sweeper ku :D.. deeply thanks for their patient.
Abang guide dan abang sweeper ku :D.. deeply thanks for their patience towards us.
cantik kan..? ^^
cantik kan..? ^^
Sangat terang.. nampak segala keindahan Allah taala.. Alhamdulillah
Sangat terang.. nampak segala keindahan Allah taala.. Alhamdulillah
Alhamdullilah.. dalam 10 minit, awan pergi dan matahari muncul
Alhamdullilah.. dalam 10 minit, awan pergi dan matahari muncul
Kami hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu awan dan berikan kami pemandangan gunung Nya
Kami hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu awan dan berikan kami pemandangan gunung Nya
Sedikit demi sedikit kabus berlalu pergi.. memberikan kami pemandangan yang mampu menghapuskan semua penat dan fizikal drain.
Sedikit demi sedikit kabus berlalu pergi.. memberikan kami pemandangan yang mampu menghapuskan semua penat dan fizikal drain.
Puncak tapis.. err.. sebelah puncak tapi dekat taman bonsai.. Kabus banyak lagi even dah pukul 4 petang
Puncak tapis.. err.. sebelah puncak tapi dekat taman bonsai.. Kabus banyak lagi even dah pukul 4 petang
Debushhhh.. tangan duk selak dedaun.. mata tengok depan.. kaki terjelus elok dalam lopak selut yang beku
Debushhhh.. tangan duk selak dedaun.. mata tengok depan.. kaki terjelus elok dalam lopak selut yang beku
kentang nih laa yang paling epik.. ingatkan kentang bakar bercheese menjadi.. rupanya jadik arang! Taste pun sebijik arang nihh keh3.. tahniah yer Zammy
kentang nih laa yang paling epik.. ingatkan kentang bakar bercheese menjadi.. rupanya jadik arang! Taste pun sebijik arang nihh keh3.. tahniah yer Zammy
Errrr.. tersnap nihhh
Errrr.. tersnap nihhh
Zammy ala seriel killer gigih masak air even terketaq-ketaq melawan kesejukkan
Zammy ala seriel killer gigih masak air even terketaq-ketaq melawan kesejukkan

 

Pas makan, kemas-kemas apa yang patut dan bergambar lompat sane sini, abg guide ngan Memerang decide yang lepas pukul 4 kalau takde orang lain sampai atas, kitorang akan gerak turun. So, dalam perjalanan turun tu, kami nak singgah kat Taman Bonsai terserempak laa dengan si Zally ngan abg lan on the way naik. Ijam takde lak. Kami babai kat tengah jalan dan jumpe balik diorang masa kat kem 3 waktu malam tu.. Abang guide suh tunggu semua orang dah sampai kat kem 3 baru boleh gerak turun sesame.. bahaya jalan malam kalo takde guide.. kat tempat tu banyak binatang liar.. jalan ramai-ramai rasa selamat sket..

Perasaan berjalan malam ni tengah hutan rimba ( bukan sebarang hutan tau.. bersempadan dengan taman negara. So, memang tempat binatang liar travel jugak lah Gunung Tapis nih ). Err.. ini opinion comey sendiri.. rasanya, kalau masuk hutan or gunung yang jarang-jarang orang naik, better bawak mercun banyak-banyak.. Kalau ada perasaan kureng enak..~~pepaham sendirilah bila korang rasa bulu roma korang meremang atau ada bau lain macma~~ boleh letup mercun tu sebijik dua.. binatang liar pun lari kalau dengar bunyi berdentum tu.. minda korang yang separa clear sebab letih pun boleh refresh balik. Group comey ada bawak mercun tu.. so bila berenti rehat sekejap, bersahut-sahutan lah bunyi mercun tu antara team comey ngan team ijam.

Sampai kat base camp balik pukul 12 tengahmalam.. tepat! hehehe.. letak beg, terus menuju ke tepi sungai.. carik port jauh-jauh sket dan boleh duduk, terus selam kaki dalam air dan kutip pacat yang bergayutan tu.. hhuhuhu.. geli nak nangessss… tapi buat jugak lah.. walaupun dah kembang telingan dan rambut rasa macam dah naik mencacak tu.. siap basuh-basuh stokin, bersihkan kasut, buang selut yang tebal melekat kat badan tu.. Comey dan geng ciki-ciki lain masuk khemah, amik pakaian bersih dan mensucikan diri kat sungai tu… take turn.. yang lelaki duk atas.. hidupkan api dan rehatkan badan dulu.. Pas kami dah bertukar jadik siti solehah, barulah diorang lak take turn mensucikan diri dari segala2nya.. kul 1 pagi duk berkubang dalam air sejuk hahahahah…

Pas solat.. masuk khemah atau fly dan terus pengsan. Sapa nak makan, pi amik roti cecah air dah.. tak larat nak masak dah.. stakat wat air teh panas je yang mampu.. mata dah tak larat nak celik dah 😀

GuD Niteee… babai Day 2.

Gunung Tapis

Gunung Tapis- Day 1

Trip dirancang seawal 2 bulan sebelum. Bukan apa, group kami terdiri daripada warga pantai barat dan warga pantai timur.. so memang akan termakan cuti jugak lah sorang satu. Seminggu sebelum kejadian, group leader pun emaillah checklist barang-barang personal yang perlu dibawak dan barang-barang group. Comey incharge bahagian medical kit. Jenuh laa jumpe 2 orang docter nak penuhkan kit tu ( kit laa sangat.. padahal zipped plactic made from ikea je.. rembat plastic dapur pun takpe.. asal waterproof)

Okeh, trip terdiri daripada 5 guys yang gagah perkasa dan 3 orang ciki-ciki yang mana salah sorang tu adalah super ciki ( semestinya bukan daku hek3).. maksud super ini.. trek yang comey buat 5 jam die boleh pintas wat 2 jam stengah saje.. hebakkkkkk sangat.. dan muka die senantiasa suci, takde iras letih dah sentiasa kanak-kanak Ribena..  Go Go Girl Power ^^

Sebelum apa-apa terjadi, eloklah kite bersarapan dulu.. sumbat perut kenyang2 sebelum lenjan kaki masing-masing kearah kawasan yang tiada tamadun dan seksa. Kami sarapan di gerai kecil berhadapan dengan balai polis sungai lembing. Kecik je tempat makan tu. Comey makan nasik lemak lauk sambal bilis+telur goreng+air teh tarik+ tapau pulut kepal 2 ketul.. dan harganya adalah 3 hengget sahaja.. bulat je mata comey tengok makcik tu dan siap tanye lagi skali.. makcik.. betul ke 3 hengget.. makcik ada tertinggal kira apa-apa tak..? ><’

Inilah powil yang kiut itu.. bukan sebarang kiut tau.. hampir wheely nih..
Inilah powil yang kiut itu.. bukan sebarang kiut tau.. hampir wheely nih..
redah lopak dan kawasan yang becak dengan powill.. perasaan masa nih lebih dasat dari naik roller coaster tau
redah lopak dan kawasan yang becak dengan powill.. perasaan masa nih lebih dasat dari naik roller coaster tau

Dah makan, dah tapau.. tukar slipar kepada kasut getah sekerap.. stoking panjang gile (dah macam penjaga gol dah).. beg dah compress, okeh..lompat naik atas powil ( 4 wheel ).. comel gile powil tu.. pastu mai ngeri.. erkk.. boleh muat ke 9 orang (plus guide) ngan beg gedabak masing2 nih? Okeh.. tenang~~ tenang~~.. susun beg elok2.. yang lain2.. scram aje!

Sejam jugak la berhempas pulas nak sampai kat first sungai yang perlu cross.. hopefully air tak naik lah.. sebab kalau air naik, bahaya nak lintas dan kebarangkalian kene cancel trip adalah sangat besar… Upah powil gi balik adalah RM450 dan guide adalah RM 400. Cadangnya, first day powill akan direct pegi ke air terjun pelangi dan patah balik untuk cross sungai. Tapi setelah dipikir2.. maybe akan makan masa nak sampai ke camp base kalau kami pi ke waterfall dulu.. mesti terjun tiruk bagai.. badan dah berat + basah.. nak hiking lagi.. estimate masa jalan 4-5 jam.. so kanak2 ribena dengan sokongan cherry-cherry yang lelain bersetuju yang air terjun akan pergi waktu last day, iaitu Day 3.

Kete powill stop dekat tepi sungai dan perjalanan bermula. Terhuyung haying jugak la nak cross sungai tu. Even air tak dalam, tapi arus sungai tu boleh tahan kuat la jugak. Kawan comey si shaky nih sempat laa tergolek dalam air sungai waktu dekattt dah nak sampai kat tebing sebelah. Kih kih kih.. gelak sengsorang kat blakang.. gelojoh nak mandi letteww… ^^

takyah tengok kiri kanan.. lintas je
takyah tengok kiri kanan.. lintas je

Mane yang laju, pi jalan dulu.. comey tergamam apabila melihat pacat-pacat sedang berusaha gigih nak panjat kasut dan seluar comey. Uwaaaaaaa.. daku geli ngan binatang takde kaki nih.. dah ler lembik.. laju lak tu diorang panjat. Kawan comey laa (Zammy)   yang sentiasa jadik mangsa pengutip pacat yang setia.. sebab dah janji dengan die nak jalan ketwok je..takmo laju2.. sebab takleh laju pon hahahaha.. si Zammy nih laju je tebenornye.. dah ler tanker ( beg super berat walopun orangnye kurus je 😀 ).. So he’s become my sweeper aka peneman bejalan dan sembang2.. lagi 3 orang dah laju kedepan. Diorang tu memang.. Memerang ngan Middy pakai enjin turbo gamaknya.. Plus guide.. diorang bukak jalan, tebas resam dan zoommmmmmm…  Kami yang belakang sket nih.. kutip pacat kejenye.. Menci tauu!

Zalli yang mula-mula pakai sandal je.. lepas tu cuak tak tahan ngan pacat yang kerasukan tengok orang huhuhuh
Zalli yang mula-mula pakai sandal je.. lepas tu cuak tak tahan ngan pacat yang kerasukan tengok orang huhuhuh
tengok tu.. dah kene jentik , tumbuk dan tampo pun masih berkeyakinan tinggi nak panjat badan orang
tengok tu.. dah kene jentik , tumbuk dan tampo pun masih berkeyakinan tinggi nak panjat badan orang

Berenti rest kat 2nd sungai yang ada.. kene cross lagi.. tapi air cetek je.. paras lutut gitu.. (masa ni lah kasut cap getah sangat berguna.. selam je dalam air.. kejap je kering.. hehehe).. cabut pacat lagi.. minum air sket.. pastu  group picture.. muka masing-masing still lagi ceria sebab jalan tak lama pun.. tak sampai sejam.

Meredah la resam bagai.. dah macam berenang pun ada.. Kami naik powil kul 9, sampai kat sungai kul 10, start jalan dan sampai kat base camp kul 3. Setup tent dan pasang ground and fly.. buat unggun api..tebas apa yang patut.. sempat laa masak meggi dulu isi perut. Oh.. lupe, comey makan pulut kepal yang bungkus pagi tadi ngan makcik jual makanan murah tu.. tak terasa nak duk atas darat sebab pacat banyak lagi orrr.. duk dalam air berenti lenguh.. Orang last yang sampai around pukul 6 sebab banyak berenti dan setiap kali diorang jumpe sungai diorang pi terjun mandi.. hehehe.. riadah betul.

kami jumpe satu tempat air terjun mini.. tapi tak singgah lah.. just jalan je
kami jumpe satu tempat air terjun mini.. tapi tak singgah lah.. just jalan je
comel je en.bejambul nih.. goreng sedap tak ehh?
comel je en.bejambul nih.. goreng sedap tak ehh?
resam jenis nih tak best.. sebab die ada duri yang tajam.. abih la tecalar balar lengan ngan kaki..
resam jenis nih tak best.. sebab die ada duri yang tajam.. abih la tecalar balar lengan ngan kaki..
ada satu tempat tu, tanah dah runtuh.. so kene panjat lah thru selut2 licin tu.. kiri kanan lak jurang uhuhuh..
ada satu tempat tu, tanah dah runtuh.. so kene panjat lah thru selut2 licin tu.. kiri kanan lak jurang uhuhuh..
lintas alur.. tanah lembik ngan lecak memang takleh elak.. halal je lah
lintas alur.. tanah lembik ngan lecak memang takleh elak.. halal je lah
pacat gemuk dah kenyang.. pasni nak takik ngan batu.. geram!
pacat gemuk dah kenyang.. pasni nak takik ngan batu.. geram!

 

Okeh, keluarkan semua bekalan makanan daripada beg masing-masing. Layout cantik-cantik supaya senang nak cari dan amik. Zammy ngan Memerang dah stat buat unggun api. Baru diorang sedar yang si memerang dah pikul 6 kg arang kotak atas belakang. Huhuhuh.. badang betul laa.. takde keje pi pikul arang sampai 6 kg.. bara arang tu boleh panggang kambing seko tau.

Si Shakky ngan Middy jadik tukang goreng mee mamak (extra pedas horrr).. Zally tulun shaky goreng fries, Comey ngan abang guide ngan Zammy bakar ayam sampai rentung hahahaha.. Si Abby lak bakar daging burger ngan sosej cheese gemok. Pas makan malam.. prepare menu untuk pagi esok plak.. nasik lemak ngan sambal untuk lunch dan mee goreng yang tak habes dengan sosej untuk breakfast. Pepagi hari dah kene trekking untuk naik ke puncak. Kalo lewat gerak maka lewat laa kami sampai balik kat camp base. Tak nak OT lebih.. Pack untuk sorang satu, dah pagi esok nya free body je naik ke puncak. Takde laa free body sangat. Bawak beg kecik untuk isi air, kamera (penting) dan jajan nak kunyah2.. Barang makanan berat lain si tanker Abby, Memerang ngan Zammy yang bawakkan. Oppss.. jangan lupa, air Ribena mobile jua… pembekal vitamin c dikala anda kekeringan hahahaha..

tent ngan ground pun tak proper pasang lagi.. masak meggi dulu.. makan tengah penat.. heaven.. Plus strawberry tea.. hahahah
tent ngan ground pun tak proper pasang lagi.. masak meggi dulu.. makan tengah penat.. heaven.. Plus strawberry tea.. hahahah
Ada ayam bakar, sosej bakar, mee goreng berdessup, fries dan segala macam mak nenek sos diorang hangkut bawak
Ada ayam bakar, sosej bakar, mee goreng berdessup, fries dan segala macam mak nenek sos diorang hangkut bawak
walopun rentung.. tapi taste tetap superb!
walopun rentung.. tapi taste tetap superb!
kan dah cakap.. sosej gemok!
kan dah cakap.. sosej gemok!