Fraser Hill · Gunung Ganang

Fraser Hill-Day 1

Aduhhhh.. lamenye tak menulis cikpress comey nih.. sibuk keje tu sikit je.. sibuk ngan bende lain yang banyaknye.. hehehe

Baru-baru ni comey and the geng ada ikut program hiking di Fraser Hill dan waterrafting di Kuala Kubu Baru. Group bebudak pejabat yang organizekan.. Trip hanyalah 2 hari 1 malam.. Kami bergerak dari tempat berkumpul lepas solat insyak.. dalam tunggu pakcik lambat, bebudak baru nak settle itu ini, dalam kul 11 malam jugak lah baru bas comey bergerak ke Hulu Selangor tu..

Akceli, ini adalah pertama kali comey sampai ke Fraser Hill. Duk dengar-dengar citer je sebelum ni.. Dalam 5 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Masjid Jamek Ar-Rahimah sebelum subuh. Jadi dapatlah kami salin baju hiking dan prepare beg apa yang patut untuk dibawa hiking. Takdelah bawak beg besar gabak tu. Cuma standby poncho, air, makanan ringan & packed lunch je. Barang-barang lain kami tinggalkan dalam bas je..

Dekat simpang masjid tu, ada sebuah kedai makan nama”Restoren Seri Mutiara”. Macam sahur lah jugak pas subuh kami bederet pi kedai akak nih. Kedai bukak pukul 6.30.. tapi kalo nak trip tu ramai peserta, baik korang bincang ngan akak tu beforehand untuk prepare lebihkan masakan ke apa ke.. So, si Memerang selaku ketua ekspidisi dah booked ngan akak kedai tu suh lebihkan mee goreng dan nasi goreng untuk ditapau oleh anak-anak buah beliau buat bekal masa lunch di puncak Fraser Hill tu.

Comey packed nasi goreng pluss sambal tempe. Panas2 lagi.. Owh, lupa nak cakap. Since comey dah tau awal-awal yang kami akan tapau makanan untuk lunch, maka comey dah standby bawak bekas plastik segiempat. Kalo tak, nasik tapau tu samada akan penyet dalam beg dan serentak itu akan mengeluarkan aroma yang affect sebijik beg!.. huuhuu comey tak suke..

Lepas breakfast, kami pun kembali ke bas dan menuju ke bukit Fraser. Dalam perjalanan tu, kami selisih dengan camping site ” Sanctuary Sungai Chilling”. Tapi penangan jalan yang macam ular kene palu tu perghhhhhhh… tingtong terus!

Mabuk + pening + rase cam nak mati = bila nak sampai  nihhhhhh

Ya rabbi… azab nyer.. kalah roller coaster nih..

Kereta 4WD yang swimg kami kiri kanan masa hantar kami naik dan turun kat bukit tu..
Kereta 4WD yang swimg kami kiri kanan masa hantar kami naik dan turun kat bukit tu..
Jumpe papan tanda nih.. kompem korang berada di gate yang betul hehehe
Jumpe papan tanda nih.. kompem korang berada di gate yang betul hehehe
Close up trail ke Pine Tree Hill dan Twin Peak
Close up trail ke Pine Tree Hill dan Twin Peak

Kami berenti di separuh jalan. Ada tempat  berhenti untuk bas since bas kami tak nak naik sampai atas ( reason tak tahu.. samada bas memang takleh naik atau drebar bas tu tak berani nak bawak bas naik..). Kat situ, kami turun dan naik kereta  4WD yang disewa dari KL. Bayangkan 15 orang disumbat dalam 4WD tu.. macam bangla nak kene jual dah hahahaha… Alhamdulillah.. di sebalik ngeri dengan jalan yang berlekuk-liku tu, kami semua selamat sampai ke kawasan gate “Pine Tree Trail” dengan selamatnya tanpa ada yang tercampak keluar ataupun cacat anggota badan.. hehehe

Perjalanan bermula…

Walaupun hampir terbang.. tapi angin dingin yang menyapu wajah membuatkan diri ini terasa puitis sekejap muahahahaha
Walaupun hampir terbang.. tapi angin dingin yang menyapu wajah membuatkan diri ini terasa puitis sekejap muahahahaha

Mula-mula semangat masih membara.. lenguh-lenguh tak terasa mana lagi sebab kebanyak perjalanan sepanjang lebih kurang  3KM pertama adalah menurun bukit. Tangga-tangga yang kejam hakikatnye nampak macam santai dan tidak torture minda ( yer laa.. kome turun tangga.. almost 75 degree pacaknya tau..) Estimate nak sampai di puncak Pine Tree Hill adalah 3 jam pendakian tambah dalam sejam perjalanan naik dan turun dari puncak Twin Peak.

Jumpe pakcik nih kat tengah2 jalan.. sangat gracefully menyeberang jalan kat bukit ni.. ( meremang bulu roma.. geliiiiiii)
Jumpe pakcik nih kat tengah2 jalan.. sangat gracefully menyeberang jalan kat bukit ni.. ( meremang bulu roma.. geliiiiiii)
Nyorok pak abu.. nyorokk cepattt
Nyorok pak abu.. nyorokk cepattt
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk

Menghampiri puncak Pine Tree Hill adalah satu laluan yang dah macam ala-ala wall climbing dah.. dengan bukit batu dah vertical terus pacaknya.  Kami panjat bukit tu dibantu oleh tali yang disediakan dan jugak kawan-kawan yang tak gayat dengan ketinggian. Ada kawan comey tu dah lekat kat tengah-tengah “vertical limit” tu.. chewah… macam dasyat je… hahahaha… tapi bagi orang yang gayat mcm comey huhuhu… jantung bedegup tak duduk diam tau sepanjang merangkak naik ke atas tu.. tapak tangan dah habis merah pegang kat tali tu.. dalam hati.. fuh.. kalo terlepas nih.. silap letak kaki ke.. bukan takat nangka busuk tegolek ni.. boleh pecah beterabur isi nangka dibuatnya… N.G.E.R.I

Lord Of The Ring versi Fraser Hill... tinggi orrr
Lord Of The Ring versi Fraser Hill… tinggi orrr

Alhamdulillah.. semua selamat sampai ke atas puncak.. berkat bantuan kawan-kawan yang memahami dan saling tolong menolong.. kami pun bergambar sakan lah kat puncak tu.. makan packed lunch kami dan kami teruskan perjalanan ke puncak Twin Peak. Oh, nak mention, cuaca kurang sejuk.. jadi tak payahlah bawak sweater ke ape ke.. tak sempat nak sejuk pun since badan panas berasap je manjang. Space kat puncak pun takdelah luas sangat.. nak camping boleh.. tapi watersource takde lah.. tapi sangat dogol kat atas tu.. macam tak secure je kalo nak camping kat puncak. Tu pendapat comey lah..

Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Masa naik bekalan air banyak lagi.. tapi masa turun.. mata air nih sangat lah heaven.. sangat ori dan sejuk
Dari puncak Twin Peak
Dari puncak Twin Peak
Kaki yang super kattang
Kaki yang super kattang
Sejuk.. puas ati.. dan Happy!
Sejuk.. puas ati.. dan Happy!
banyak jumpa batu sempadan antara Selangor dan Pahang kat atas puncak nih
banyak jumpa batu sempadan antara Selangor dan Pahang kat atas puncak nih

Okeh.. sekarang perjalanan pulang nan hazab pun bermula..  awal2 lagi dah turun bukit ala-ala wall climbing.. kene pandai cari tempat kaki nak pijak dan tangan kene cengkam tali atau mana-mana tempat yang  boleh dipegang. Masa nih memang dah heret kaki dah.. Nak-nak bila dah menghampiri 3.5 KM ke pintu gate keluar. Dengan tangga yang sayup-sayup jauh mata memandang, huuhuu.. ada sorang team member ekspidisi ni, riak muka memang epik lah.. bila dia jumpa simpang yang ala-ala mendaki sikit, dia akan hulur kepala pastu dengan muka yang tersangat frust die akan ngadu ” alaaaa.. tangga lagi.. bila nak habis ni…” hehehe.. muka memang “lost soul” terus pluss “ngko jangan banyak cakap, aku dah separuh nyawa lagi ni”..

Beza antara group arnab dan group kura-kura lebih kurang satu jam.. ok lah since takde lah kawan-kawan yang cedera parah tahap mengesot ke apa.. Kami semua bergerak turun ke tempat parking bas dan menuju ke Sanctuary Park Sungai Chiling. Dekat sejam jugak lah perjalanan turun melalui jalan yang ya rabbi.. kepala ngan perut dah macam kat dalam washing machine dah.. mabuk wehhhhhh… dah laa kaki penat bagai nak putus rasanya..

Sampai di camping site, bas dan kenderaan lain takleh masuk, kene tinggal kat luar pagar besar tu. Dengan berbekalkan lampu suluh personal masing-masing sebab haram takde lampu atau pun cahaya kunang-kunang di pintu gate sungai chiling tu ( noted untuk korang jugak hehehe ).. kami pun gotong royong hangkut barang-barang camping untuk group dan juga barang masing-masing. Dengan penat longlai yang memang tak sempat nak surut langsung sebab baru lepas mendaki bukit fraser tu kan.. sedikit mental dan torture lah jugak… jalan tahap hayun kaki dah.. takde perasaan dah masa tu heheheh..

Khemah dah siap setup awal2 oleh geng peralatan. Sebab dah aspect yang kami akan mungkin sampai di camp site lewat malam.. Kami gotong-royong prepare dinner dan bbq. Nak dijadikan cerita, arang untuk kami buat bbq habis kene curi. Tak tahu laa mangkuk mana ntah yang sampai hati tak tinggalkan satu beg pun untuk kami. Satu keje plak bebudak comey terpaksa pi carik arang tu kat kedai. Delay lagi bbq kami. ~~laparrr~~

Tapi alhamdullah.. walaupun semuanya penat dan ada yang injured, tapi masing-masing tak lepas tangan dan hulurkan bantuan apa yang patut. Kami late dinner malam tu.. mee goreng basah+ segala macam seafood ( ada yang digoreng sbb tak sempat nak dibakar )+ ayam perap madu yang terbaekkkkkk hasil perapan kak na hehehe..

Ketung-ketang, tengah malam jugak lah baru kami lena.. walaupun kene kacau ngan bunyik genset…. oh.. lupa nak cite.. camping kami ari tu ada genset wa cakap luuuuuuu…  mane mau carik camping kat campsite tepi sungai yang mengalir air jernih dan sejuk dan ada ikan berenang-renang dan pakai genset.. perghhhhhh.. memang sedikit lawak lah.. bukan sikit lawak sebenarnya.. super lawak. Dah la, kami share camp site tu dengan pengunjung lain.. Deep apologies to them on behalf of my side. Bukan apa, matlamat nak menikmati alam semulajadi tu dah sedikit lari tajuk. Mana tak, dengan bising ngauman enjin genset tu, plus ada bau diesel lagi..tak patut bawak lah.. memang laa suasana jadi gelap, kena pakai lampu headlamp atau lampu gantung yang pakai bateri tu.. well, kalo nak pakai lampu kalimantang, camping pakai chalet ler.. tak yah bertent, ground ngan fly.. yer dak.. hehehe

Pada yang dah di assign duty untuk mengemas, memasak dan bagai2 tu.. dah settle semua, barulah masuk tent perebah badan… owh.. sedapnya baring betulkan uratttt.. memang dah kejung semua betis, paha ngan belakang.. rasa nak suh je sesapa pijak blakang..( tapi takleh pijak belakang yer.. rosak habis saraf2 kat belakang badan kite tu.. )…

Zzz…

Bebelan

Online Shopping… tergoda lagi

 

Aduyaaaaaaaaaaaaaa… tergoda juaa..

Terbeli lagi.. huhuhuh

Comey gatal tangan duk godek2 surfing tenet.. terterjun laa kat page zaloras.com tu..

Belek punye belek.. terjumpe la bende alah nih..

Dalam hati dah sembang sengsorang..

” errr.. murah nih.. ”

“sekadar wat lenjan takpe kot…”

“boleh simpan kasutku yg mahal tu.. takde laa cepat lusuh”

“sakit kaki gak duk pakai kasut getah tu.. tapi padan laa dengan harga.. tak sampai 10 hengget tuuu”

Jadi.. tanpa pikir panjangggg.. comey beli lah kasut hiking nih… skali ngan delivery charge.. RM40 engget!

Kasut brand power kedai Bata pun lagi mahal tau.. (sajeee nk sejukkan hati sendiri mueheheheh)

Tak sabar nk tunggu kasut baru..

Tak sabar nk g hiking ngan kanak2 ribena lagi..

Taraaaaaaaaaaa.. ganaz tak… ahhahaha..

sebab nih kasut lelaki.. so kene undur satu saiz daripada saiz asal
sebab nih kasut lelaki.. so kene undur satu saiz daripada saiz asal
Gunung Tapis

Checklist sebelum gi Hiking- Especially untuk ladiesssss

Sneek peek Taman Bonsai Gunung Tapis
Sneek peek from  Taman Bonsai Gunung Tapis

Checklist for the ladiesssss untuk hiking trip 3D2N:

  1. Pakaian dan peralatan :

–          Comey cuma bawak 2 helai seluar trek( satu pakai dan satu wat tido)

–           2 helai dri-fit tshirt ( Trekking pakai t-shirt sama je.. wat berat pikul baju basah wat per..nak wangi2 pi opis la.. jangan masuk utan)

–          1 helai windbreaker (sebab nipis dan ringan dan boleh tahan sejuk)

–          kain batik wat emergency apa2

–          baju smayang yang pek traveller tu..

–          ubat-ubatan .. yang ni biasa group ada sediakan.. tapi kita sedia maklum dengan badan dan kecederaan yang kite senang dapat.. so, sediakan dalam pek kecik.. letak dalam bekas waterproof dan simpan.. yang biasa2 bandage, handsplus, krim antibakteria, insect repellent, minyak angin, ubat sakit urat, ubat tahan sakit ( nak senang pi klinik cakap.. saya nak masuk utan..nak standby ubat.. kompem doc akan listkan segala mak nenek untuk korang).. standby untuk diri sendiri.

–          Toiletries; mini size je segala benda.. rebottled. Perlu diingatkan.. beg ringan sangat membantu dalam membawa pendakian berjaya ke puncak. Beg berat seksa woooo

–          Stokin panjang dan pendek.. comey suka extrakan stoking.. beli yang murah2.. nak buang pun tak sayang..

–          Ponco.. gi beli kat kedai 2 hengget tu.. beli 2.. poncor nih cepat koyak.. tu pasal beli extra.

–          Sleeping mat & sleeping bag untuk tidor yang bermutu dan tidak sengal badan.

–          Kamera

–          Selipar jepun kot nak begerak kat base camp takkan nak pakai kasut bagai gak..

** tambahan.. comey ada tertinggal headlamp dan batteri.. penting tuu… beli yang jenis LED tu.. lampu die terang dan jelas dan jugak jimat bateri.

Untuk Makanan dan Minuman:

–          Biasanya kalau trekking dalam group, barang makanan akan dibelikan secara pukal, dan pembahagian makanan masa nak bawa tu.. ikut kapasiti pembawa lah kan.. macam group comey nih.. ada 3 orang supply tanker.. sepatutnya ada 4 orang.. tapi sorang lagi tu last minit kene cancel.. boss suh keje.. meroyan gak laa sekejap pakcik tu.. so diorang bertiga nih akan berusaha menyumbat beg masing-masing penuh dengan barang2 dan pikul sampai naik keatas. Comey wat muka mintak ampun dan di wavekan daripada membawa bebanan yang maha berat tu.. hohoho.. tak larat den.. kat sini group understanding dan tolak ansur sangatlah memainkan peranan.. nak travel dalam hutan 3 hari kenalah ada persefahaman dan bonding yang kukuh.. kawan-kawan ibarat family dah.. perasaan segan..? sebab dah kenal, dah berkawan, sentiasa bergurau.. dan penat yang amat.. maka tiadalah lagi perasaan malu2 itu… hehehe..  Malu kenelah bertempat tau… kalu serba bende nak malu.. payah laa orang lain.. bukan maksud buang perasaan malu tu dengan tukar baju depan2 orang ke or yang sewaktu dengannya.. contoh.. kalau malam-malam terasa nak buang air kecil.. ajak kawan pompuan dah ok.. tapi kalo bawah yng lelaki temankan skali lagi okay.. dalam hutan tuu.. bukan tepi semak.. dan bukan die suluh hang pun.. jadi pak pacak jauh2 je.. in-case serempak dengan apa2 kann..

–          Untuk diri sendiri.. comey bawak biskut paket kecik.. senang nak abiskan skali makan je.. pastu air mineral select sport 700ml.. air Ribena mobile.. dan nak extrakan air mineral pun takpe.. kalo tempat hiking tu banyak water source, bawak bekal sket dah ler.. topup kat sungai je.. ingat RINGAN.. ingatlah COMEY hehehe.. kalo korang jenis yang mengunyah lebih.. bawak je laa coklat ke apa yang patut.. comey ada bawak kismis kotak cap lego tu.. tapikan.. adoyaa… masa hiking atas gunung tu.. kitorang berenti recharge energy.. makan laa kismis cap lego tu.. comey main tuang atas tapak tangan pastu terus sumbat dalam mulut. Nak jadi ke crite, tengah duk refill kat tapak tangan tu.. tergerak laa nak pandang dan kuis-kuis tapak tangan.. hamik.. 2 ekor ulat yang gemok tengah tegedik-gedik nak lari.. uwuwuwuw… ottokee.. mesti dah banyak ekor masuk dalam mulut comey.. lenkali.. jangan beli kismis kotak.. beli kismis timbang and repacked balik.

Ni khas untuk Mt Tapis sahaja..

silalah beli Baygone berbotol-botol sebab pacat masyallah.. banyaknye.. tak terkira dan terhitung.. daripada ngeri dan phobia terus tak larat nak layan dah pacat ni.. bukan kecik2 pacat.. yang berbelang, yang kurus, yang panjang, yang pendek.. pendek crite macam pacat buat AGM laa ari tu.. langkah sket sauk pacat.. even pakai stoking berlapis-lapis pun diorang akan gigih panjat stoking korang dan masuk dalam badan dan nyonyot darah korang.  Dan once die dah gigit kat situ, even korang berjaya get rid off this pacat, yang lelain akan panjat dan magicnye diorang akan gigit kat tempat yang sama je. Comey punye kaki ada satu fevered spot untuk si pacat nih diorang gigit tempat yang sama 4-5 ekor tau..

Sweet Journey....

Hijau di Bukit Panorama, Sungai Lembing ( Kuantan )

Weekend yang lepas comey ngan 3 orang sahabat sehati sejiwa telah menggagahkan kaki yang super berat itu untuk pegi tengok sunrise di atas puncak bukit Panorama situated at Sungai Lembing, Kuantan. Kami gerak pagi2 hari.. yer la kan.. nak tengok sunrise mestilah atleast sampai sane before subuh.. plus minus takut ada yang sangkut kat tangga2 tu masa pendakian.. Yer la kan.. dah lame tak eksesais.. otot2 kaki pun dah habis tak grip dah 😀

image

Ni gambaq pintu gerbang nak masuk ke perkampungan Sungai Lembing nih.. jumpa nih maknanya anda berada di jalan yang benarrrrrrr hahahaha

 

image

Perkampungan yang tenang, takde kesibukan, udara yang bersih.. memang sejuk jiwa lah..

image

Pas dari pintu gerbang tu, kita akan melalui jalan sehala nih je.. dan kat tengah2 jalan tu, ada pokok2 besaq nih..tak tau laa berapa umur pokok2 nih.. sangat besarr.. dan kiri kanan jalan ada kedai2 cina yang very the old skool..

image

Jalan menuju ke kaki bukit panorama tu adalah Market Street.. memang bebetul ada pasar kat sini..tapi takde lah pasar yang besar tu..

image

Jangan ingat kat songkla je ada I LOVE SONGKLA… kat sini pun ada I LOVE S.LELMBING

image

Tangga durjanaaaaaa….

image

Ada gazebo ngan toilet yg sangat bersih.. kami solat subuh kat sini je.. bentang tikar dan solat..

image

Tangga semua ada divider.. dan bersimen.. ada 1-2 tempat je yang tangga rosak sket.. tapi still hikable laa

image

ni dalam 70% nak sampai puncak bukit.. keliling nampak awan yang gebu2 gitu.. seronok!

image

ada nampak sungai tak..? tu lah sungai lembing.. kat depan sket sungai tu akan bertembung dengan sungai kuantan

image

Remang2 jingga muncul di ufuk awan..

image

Tinggi di awan…

image

image

image

banyak betul pokok bunga nih.. almost ada kat sepanjang tangga.. tapi tak tau bunga apa..

image

Encik belit2 ni pun banyak gak..

image

Uncle ngan untie tu datang dari Kl dan cakap kul 5am dah sampai kat puncak.. fuh.. cayalah UncleUntie..

Stat naik tangga kul 6 pagi dan kitorang selamat sampai kat puncak bukit dalam masa 40 minit.. tu pun semput gile… mana2 yang kaki cap naga dan buaya boleh buat trip 30 minit je kot.. matahari dah cukup terang masa comey and the geng sampai.. apa2 pun.. trip adalah marveles.. taik lembu pun takde lah dasat sangat ( on the way ke sungai lembing nih).. turun dari bukit.. comey blasah makan roti canai telur double kat medan selera stesen bas yang sangat laa kiut.. hahahha.. amik ngko!