Mekah

Day 5_Keluar dari Kota Madinah, Miqat di Bir Ali dan berhenti di Wadi Qudaid umrah pertama

Day 5.

Hari ni adalah hari terakhir comey berada ni Madinah Al-Munawarah. Comey tanyakan siap2 kan Ustaz Hanif tu bagaimana jadual perjalanan esok untuk persediaan comey sekeluarga. Luggage besar dah siap kami kemaskan. Cuma tinggalkan beg kecil je untuk kemaskan barangan dan pakaian semasa musafir nanti.

Kami akan solat zohor berjemaah ( tamam) dan akan jamak waktu asar dalam waktu zohor terus. Maknanya, lepas habis imam solat zohor, terus bangun dan sambung niat untuk jamak solat asar.

Lepas tu, dalam pukul 2.30ptg kami terus gerak keluar daripada bumi madinah dan berhenti miqat iaitu berniat Umrah pertama/wajib di Bir Ali. Berhenti di masjid sini, kami solat sunat tahiyatul masjid dan sunat mutlat dan terus niat untuk berihram. Kalau rasa tak yakin dengan niat yang dibuat sendiri, boleh la niat sekali lagi beramai-ramai atas kenderaan ( mutawif akan ajar niat beramai-ramai ).
Start saat itu, dah start kena jaga 13 pantang larang ( yang paling utama dan kebiasaan kita terlagha adalah memakai bau-bauan macam minyak angin, lip balm berperisa, wet tissue yang wangi & tutup muka bagi perempuan ). Yang potong kuku atau rambut atau cabut pokok-pokok atau memburu bintang tu.. in sha allah laa kita takkan tersasul.. tak pasal-pasal kene bayar dam sekor kambing.

gate masuk ke Bir Ali untuk miqat umrah selepas keluar daripada Madinah. Dah siap-siap pakai ihram dari hotel lagi dah.. niat je belum.
gate masuk ke Bir Ali untuk miqat umrah selepas keluar daripada Madinah. Dah siap-siap pakai ihram dari hotel lagi dah.. niat je belum.
Pintu masuk ke dalam masjid untuk wanita.
Pintu masuk ke dalam masjid untuk wanita.

20140405_204138
Perjalanan daripada Bir Ali ke tanah haram mekah mengambil masa selama 7-8 jam. Bergantung kepada kelajuan driver yang tekan pedal bas tu. Driver kami tu sedikit darah muda… laju nonongg je dia bawak bas. Kami lak, ustaz Hanif nasihatkan kami agar berehat atau tido je sementara nak sampai ke sana. Dan nak sampai die akan kejutkan.. Suweett sungguh ustaz ini hahahaha…

Dalam waktu magrib tu, kami sampai di satu R&R di Wadi Qudaid. Tempat dia memang untuk berhenti rehat, makan dan solat. Tandas ada je kat blakang surau tu, tapi sedikit sesak laa nak tampung berbas-bas Jemaah yang turun kat situ.
Tiap tempat yang kami berhenti mesti mempunyai sejarahnya sendir seperti di Wadi Qudaid ini adalah kisah Ummu Ma’bad yang menyaksikan mukjizat Rasulullah saw. Boleh rujuk sejarah tu kat sini :
http://tulahan.blogspot.com/2011/10/kisah-ummu-mabad-menyaksikan-mukjizat.html

Pemandangan untuk kawasan hentian rehat di Wadi Qudaid. Ustaz Hanif dah pesan, niat solat jamak takhir dan jemaah kene makan tengahari dahulu sebelum berkejar nak solat. Sebab tempat makan kat situ adalah terhad, nanti kalau dah semua jemaah tertumpu kat situ, ada yang tertinggal makan ke apa.
Pemandangan untuk kawasan hentian rehat di Wadi Qudaid. Ustaz Hanif dah pesan, niat solat jamak takhir dan jemaah kene makan tengahari dahulu sebelum berkejar nak solat. Sebab tempat makan kat situ adalah terhad, nanti kalau dah semua jemaah tertumpu kat situ, ada yang tertinggal makan ke apa.
Bangunan yang hujung kaler cokelat tu lah restoran tempat kitorang makan. Agent dah booking siap2.. Masuk, basuh tangan dan duduk bersila yer..   Bangunan kuning cair kat sebelah kanan tu, adalah surau dan belakang surau tu, tandas.
Bangunan yang hujung kaler cokelat tu lah restoran tempat kitorang makan. Agent dah booking siap2.. Masuk, basuh tangan dan duduk bersila yer.. Bangunan kuning cair kat sebelah kanan tu, adalah surau dan belakang surau tu, tandas.
Inilah hidangannya.. nasik arab talam dengan lauk ikan talapia goreng telentang dan 2 ketul ayam panggang.. lebih dari cukup untuk 4 orang makan.
Inilah hidangannya.. nasik arab talam dengan lauk ikan talapia goreng telentang dan 2 ketul ayam panggang.. lebih dari cukup untuk 4 orang makan.

Ustaz Hanif sediakan Jemaah semua tempat makan dan makan yang cukup. Bila semua dah makan dan dah solat, baru nampak dia pi makan. Sebelum tu, dia hanya jalan dan pusing tengok keadaan Jemaah lain.

Makanan yang disediakan secara berdulang, maknanya, kena sharing and caring lah. Kalau takde selera pun, sila telan juga untuk tampung tenaga yang akan digunakan sepanjang hari kita berada dalam ihram. Seb baik nasik arab ni jenis takde kuah, kering kontang.. kalau tak, abih laaa kuah jiran sebelah banjir kat kampung kite ihikss.. astaghfirullahalazimmm

Dah solat jamak taakhir Magrib dan Insya, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Haram Kota Mekah.
Bilamana bas hampir menggolekkan tayar masuk ke dalam gerbang kawasan Tanah Haram Mekah, Ustaz Hanif mengajak kami bersama-sama membacakan doa masuk ke Tanah Haram. Masing-masing dah segar bijik mata. Terus kami bersama-sama bertalbiah di sepanjang laluan di Tanah Haram.

Dalam bersesak-sesak di jalan besar (hotel kami berada di jalan kecil yang bas tak boleh masuk), kami turun dari bas dan menunggu Ustaz Hanif di ruang lobi hotel sambil menunggu beg besar di bawa masuk. Dah siap dibagi kunci bilik, mana yang takde masalah apa-apa, boleh naik rehat kat bilik sambil beringat mereka itu berada dalam ihram lagi. Comey kasi semua family naik ke bilik dulu untuk rehat dan comey stay kat lobi untuk cek luggage. Maybe sebab terbiasa dengan travel dan jalan banyak, jadi tak terasa mana penat tu plus eksited plus rasa bertanggungjawap untuk control keadaan membantu apa yang patut.

Berehat sementara nak settlekan luggage, bilik dan  macam-macam. Sila jaga batas-batas dalam ihram yer.. jangan lupeeeee
Berehat sementara nak settlekan luggage, bilik dan macam-macam. Sila jaga batas-batas dalam ihram yer.. jangan lupeeeee

Kami start berkumpul jam 12 tengah malam di lobi dan setelah semua Jemaah selesai dengan urusan beg dan luggage masing-masing. Penat, tapi tak terasa langsung..  Talbiah bermula apabila kami beramai-ramai memulakan langkah untuk melaksanakan rukun umrah ini.

Perjalanan yang paling bersejarah dalam hidup comey. Kami terus menuju ke Masjidil Haram dan setibanya di sana, Ustaz Hanif menunjukkan tempat mengambil air sembahyang untuk lelaki dan perempuan dan juga tandas.

Untuk melaksanakan rukun tawaf, kami wajib berada dalam air sembahyang. Selepas itu, dengan lafaz dan doa kami masuk ke pintu No 1 ( ada nombor gerbang kat pintu.. ). Oh, satu lagi.. kalau ada uncang kasut, terus bawak uncang tu. Walaupun berada dalam ihram, takde masalah untuk pakai beg galas, name tage atau pun jam tangan. Ramai yang kompius dan buang atau tak pakai terus bende-bende yang comey sebut tadi. Begitu juga dengan wangi-wangian dan juga deodorant. Boleh pakai sebelum niat ihram..

Semasa dalam ihram memang lah kita tidak boleh memakai segala jenis bau-bauan atas sebab larangan. Tetapi, sebelum niat ihram atau miqat kat mana-mana, boleh je kite pakai deodorant sebelum tu.. atau pakai wangi-wangian sebelum berniat ihram. Islam kan indah. Mana ada umat Nabi yang busuk-busuk, tak bersih dan tak menjaga kebersihan.

Comey pakai buku lipat yang ada tali tu sebagai bantuan dan pedoman comey untuk berdoa. In sha allah.. sempat baca.. sebab kita jalan sambil tawaf tu secara pelan-pelan.. da nada banyak masa untuk baca semua doa. Nak kata mata asyik duk tengok buku sampai tersasar jalan dan bahu kiri tu.. takde laah.. semua orang yang tawaf secara otomatik akan lead kita punya tawaf secara circle.. in sha allah, takkan jadi nye jalan straight je sebab duk pandang buku doa sambil jalan.

Setiap tawaf ada bacaan doa masing-masing, juga apabila bertemu dengan rukun yamani, hijir ismail dan maqam nabi Ibrahim.
Ps: jangan dipegang kaabah semasa berada dalam ihram, sebab kelambu kaabah tu ada bau wangi… juga hajarul aswad. Kawasan hijir Ismail atau dalam pancuran emas tu pun tak boleh masuk semasa buat tawaf rukun.

http://umrahmukmin.com/kelebihan-umrah/
Rasulullah saw juga pernah bersabda mengenai kelebihan pada Baitullah:
“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka’abah.”

Sudah selesai 7 pusingan, mutawif akan terus susur keluar ke tepi dan buat solat sunat tawaf. Pandai-pandai laa cari ruang sendiri. Toksah harapkan mutawif je. Amik masa untuk berdoa, panjatkan kesyukuran dan muhasabah diri di kala diri terasa sangat kerdil di depan kaabah tu.

Selesai je tawaf, terus ke laluan Marwah untuk saie. Mutawif kami tunggu kat hujung laluan masuk ke Marwah, sambil duk kira Jemaah mana yang ada dan yang still missing. Kat dalam terowong ( errr.. macam terowong sebab duk dalam bangunan gitu ) ada tong-tong air zam-zam. Disunatkan minum air zam-zam dan ada doa untuk minum air zam-zam lepas buat ibadah tawaf ( boleh cek dalam buku lipat kecil yang ada tali tu..).

Saie… pertama kali comey wat saie adalah kat tingkat bawah.. yang ada bukit dan batu.. boleh panjat naik sampai atas.. takde laa tinggi sangat.. yang bebetul puncak ada dalam pagar.. yang ada hanyalah tebing-tebing dan bukit tu sendiri dan dilapisi dengan lapisan yang berkilat dan licin.. nak elakkan orang kutip atau kikis batu bukit tu.

Cabaran saie ni bagi comey sangatlah besar. Satunya, jarak dan satu lagi… tapak kaki terasa kemek.. hahahah.. seriesly.. dari awal sampai laa ke habis, mulut gatal nak tanye ustaz, takleh ke saie kita pakai slipar?.. tapi.. ternyata Allah tak izinkan comey tanye.. memang samada terlupa nak tanya, atau memang tak tertanya terus. Allah hanya nak bagi sedikit ujian je.. dan comey dah stat nak takwil itu ini.. Astaghfirullah… Jadi, lapangkan dada, teruskan membaca doa di setiap perjalanan saie dan niat lillahitaala. Kerana Allah taala.. Amin.
Ps: gunung duk tarah takde lak nak ngomel2.. jalan sana sini nak putus kaki takde laa nak ngomel2.. isk2.. Ya Allah, kau terimalah taubatku ini.. amin.

Tak banyak gambo yang comey snap masa buat umrah.. sebab nak focus dekat ibadah. Tapi ini adalah bukit marwah. Boleh duduk, solat, dan berdoa kat sini. Maybe sebab kami buat umrah pagi-pagi hari, jadi, jemaah kurang ramai. Jadi banyak laa tempat lapang yang ada.
Tak banyak gambo yang comey snap masa buat umrah.. sebab nak focus dekat ibadah. Tapi ini adalah bukit marwah. Boleh duduk, solat, dan berdoa kat sini. Maybe sebab kami buat umrah pagi-pagi hari, jadi, jemaah kurang ramai. Jadi banyak laa tempat lapang yang ada.

Alhamdulillah, habisnya saie, terus Ustaz Hanif bacekan doa untuk bertahalul.. dah siap bawa gunting kecil dalam beg sandang.. potong je rambut sendiri dan lepas tu, barulah disunatkan untuk tolong potong rambut orang lain. Jangan main sorong je tau.. nanti kene paw.. kalau niat nak bersedekah tu takpe laa.. banyakkan sedekah dan jangan mengungkit.

Dah habis saie 7 kali dan bertahalul atau bergunting maka jelas lah sudah satu ibadah umrah untuk diri kita.
Dah habis saie 7 kali dan bertahalul atau bergunting maka jelas lah sudah satu ibadah umrah untuk diri kita.

Comey sangat happy.. penat tapi gembira.. Alhamdulillah.. berjaya akhirnya comey menyudahkan ibadah umrah ini, dengan niat daripada diri sendiri.. bukan sebab ibu bapa atau duk ikut2 orang. Comey buat sebab comey hendakkan ibadah ini menjadi satu lapisan dalam diri comey. Lapisan yang akan membendung comey daripada menghampiri sifat-sifat yang berdosa dan comey nak kekalkan apa yang comey sudah amalkan bila berada di tanah haram ini. Huhuhuh..

Masa ni barulah perasan kesilapan diri. Baru lah sedar.. kesedaran dan pemberitahuan sudah sentiasa di beri.. apakah yang halal.. apakah yang haram.. apakah yang betul.. apakah yang salah.. tapi.. tak diamalkan.. buat tak kisah.. tak nampak dosa membukit dan menggunung.. Alhamdulillah… sekurang-kurangnya.. hidayah hadir dan datang.. walaupun lambat tapi belum terlewat.. subhanallah…
Comey sekolah agama 5 tahun!.. belajar Bahasa arab.. masuk kolej islam 3 tahun.. ruginyaaa hidup comey.. abis sekolah dan kolej.. tutup buku.. agama yang belajar.. stakat nak lepas pada periksa je.. tak buat amalan.. Ya Allah… ruginya hidup aku. 😥
Dunia.. kawan-kawan.. tv.. musik.. keberkatan hidup.. hemmm…

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
”Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”.

Ibadah umrah yang pertama comey dan rombongan dapat habiskan lebih kurang pukul 3 pagi.. Mutawif bagi kebebasan kepada para Jemaah samaada untuk terus pulang ke hotel atau boleh tunggu subuh kat masjid.

Comey dan emak dan beberapa Jemaah lain, turun pergi ke tandas dan ambil air solat yang baru. Segarkan badan sambil menunggu subuh di dalam masjid.

Mekah

Day 4

Day 4 .

Terasa masa sedikit lambat berlalu. Mungkin disebabkan comey tidak memikirkan hal duniawi at all hehehe.. takde fikirkan hal ofis, tak fikirkan hal sekolah, tak fikirkan hal kengkawan.. just comey dan Allah dan ibadah. Comey fikir dalam-dalam.. memang tempat yang dimuliakan oleh Nabi dan Allah amat memberikan makna kepada diri comey. Jadi comey berniat, nak teruskan.. dengan apa yang comey dah lakukan sekarang, comey nak carry dan jaga sampai bila-bila. Berjanji dengan diri sendiri. Tak nak dah pakai jeans ketat-ketat… t-shirt paras bontot.. nak jaga aurat.. tak nak tinggal solat.. nak jaga waktu solat… wawawaaaaaa.. Ya Allah, aku berdoa agar didekatkan dengan nur MU dan dijauhkan oleh fitnah dunia dan akhirat. Ameen.

Comey gi Rhaudah lagi hari ni.. lepas subuh, terus stay kat masjid sebab waktu untuk pelawat wanita ke Rhaudah adalah lepas subuh sehingga 9.00 pagi, lepas zohor dan lepas insya sehingga pukul 11.00 mlm. Kali ni gi sorang-sorang.. err.. still kene masuk by grouping, tapi comey tak g skali ngan mak comey. Masa solat main terjah je mana ruang kosong yang ada, jadi tak jumpa ke sudah akhirnya. Takpe laa.. niat nak beribadah.. bukan nak berkepit. In sha allah, Allah akan menjaga hamba-hambaNya yang ikhlas nak beribadah.

20140404_104948

20140404_121245

20140404_121259

20140404_121325

20140404_124525

20140404_130521 20140404_113024

20140404_113036

Mekah

Day 3_ Madinah

Day 3.

Mulakan hari anda dengan senyuman.. dan ubat demam serta kaum kerabat first aid kit. Aktiviti hari ni selain daripada pergi ke Masjid, kami akan melawat masjid Quba, ladang kurma dan pasar kurma. Ustaz Hanif cakap, Jemaah sangat suka akan aktiviti melontar ni. Ingatkan masa musim haji je ada aktiviti melontar. Rupa-rupanya, ni bukan melontar batu di Jamrah, tapi lontar duit riyal kat penjual hehehe..

Mulakan hari ini dengan niat untuk solat di Masjid Quba bilamana hendak turun dari tangga hotel menuju ke bas yang akan membawa Jemaah ke Masjid Quba. Sepanjang perjalanan kami, ada banyak cerita tentang sejarah dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman dahulu. Ada je masjid lain di sekitar madinah nie, tapi dia punya fadhilat tak standing dengan Masjid Quba yang wajib di kunjungi.

http://msmtravels.wordpress.com/2009/12/16/bersolat-di-masjid-quba/

” Kelebihan masjid Quba’ sepertimana hadith rasulullah dari riwayat ibnu majah dengan sanannya yang sohih. Hadis ini diletakkan di pintu masuk masjid Quba’. Maksud hadith ‘ barangsiapa yang berwudu’ dirumahnya lalu mendatangi masjid quba’ dan bersolat di dalamnya, maka baginya seperti pahala mengerjakan umrah’

Masjid Quba’ adalah merupakan masjid yang pertama didirikan sewaktu hijrah Rasulullah ke Madinah. Allah merakamkan akan kisah masjid ini dalam surah at-taubah ayat 107-110.”

Subhanallah, ramainya muslimin dan muslimat yang datang sewaktu dengan rombongan kami. Ustaz Hanif dah pesan siap-siap untuk semua Jemaah agar tak lupa akan kedudukan bas sebab deretan bas tersangatlah banyak dan sama lak tu. Kami tak ambil masa yang lama pun sebab masing-masing dah ada air sembahyang, terus cari ruang untuk solat dan berdoalah. Mutawwif kami dah tunggu siap-siap kat simpang letak bas tu kot-kot Jemaah dia tersasar kat mana-mana. Comey pun tak sempat nak explore seluruh masjid sebab gaya Ustaz pesan tadi macam pergi bagaikan juara dan balik sepantas kilat? Errrr.. ape yang aku merapik nih.. maknahu, toksah nak sunat dhuna 12 rakaat laa kat dalam tu, solat cepat-cepat dan balik ke bas pun cepat-cepat. Lambat, kene tinggal dan balik naik unta katanya.

Main entrance ke Masjid Quba'. Bas akan parking agak jauh dari jalan masuk dan wajib ingat no bas masing-masing. Sebab bas yang ada tersangat lah banyak dan serupa je
Main entrance ke Masjid Quba’. Bas akan parking agak jauh dari jalan masuk dan wajib ingat no bas masing-masing. Sebab bas yang ada tersangat lah banyak dan serupa je

20140403_130209

20140403_130212

Yang lelaki boleh amik air sembahyang kat sini.. dan yang perempuan, kene keluar dari kawasan masjid untuk ke tandas dan air sembahyang. Tapi comel dah bawak botol spray yang diisi air zam-zam lagi..
Yang lelaki boleh amik air sembahyang kat sini.. dan yang perempuan, kene keluar dari kawasan masjid untuk ke tandas dan air sembahyang. Tapi comel dah bawak botol spray yang diisi air zam-zam lagi..
Tempat solat wanita. Jangan lupa bawak sarung kasut untuk disikan kasut bila nak masuk dalam masjid. Takyah nak simpan selipar kat tepi tu, orang ramai berasak-asak.
Tempat solat wanita. Jangan lupa bawak sarung kasut untuk disikan kasut bila nak masuk dalam masjid. Takyah nak simpan selipar kat tepi tu, orang ramai berasak-asak.

20140403_132308

Lepas tu, kami terus ke ladang kurma. Ingatkan bila sebut ladang tu, dapat laa kami petik kurma by hand ke macam petik rambutan kat pokok tu. Rupanya, bas akan parking kat dalam ladang tu, dan semua Jemaah akan turun untuk melontar kat satu tempat macam one stop center gitu. Ada macam-macam jenis kurma, kacang dan cokelat dan yang paling femes tentulah kurma ajwa made in Madinah. Banyak debate dan pesanan pasal beli-belah kurma nie. Ada yang pesan jangan beli kat ladang laa.. beli kat pasar je nanti.. kat ladang mahal, kat pasar murah. Pro and con nya, bak kata ustaz Hanif, kalau beli di ladang kurma, memang dah gerenti akan dapat kurma ajwa original tanah Madinah. Boleh beli jugak dengan pasar kurma tu, tetapi pasar tu dah dipenuhi dengan kurma yang datang dari banyak negara sekitar. Kut tertipu je. Jadi, kami pun decide, walaupun mahal, boleh laa beli untuk 2 portion. Satu yang mahal, satu lagi yang murah.

Ikhsan : https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/24/kagumi-khasiat-buah-kurma-nabi-ajwa

“Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.”

20140403_140933 20140403_140402

20140403_140348

Dah penat berebut ngan pelbagai jenis bangsa Jemaah, kami naik bas dan menuju ke pasar kurma. Comey bayangkan pasar kurma nie, macam pasar laa.. jenis yang dalam bangunan besar dan luas serta banyak penjual yang duk kat dalam tu. Rupa-rupanya, pasar diorang ni macam shop-lot yang berpetak tu. Dan setiap shoplot jual kurma, makanan jenis kering macam kekacang dan cokelat je. Minyak-minyak wangi pun ada gak. Tapi, takde selera nak beli minyak wangi tu. Dasat sangat promosi diorang. Asal lalu je, calit kat lengan kite, calit kat tangan kite. Pening gituuu je ngan macam-macam bau yang sangkut.

20140403_155450

Ustaz Hanif dah bagi signal dan semua Jemaah pun paham-paham sendiri laa untuk naik bas dan balik ke hotel. Memang setiap perjalanan tambahan dan ziarah akan dilakukan pada waktu senggang selepas subuh dan akan balik sebelum waktu zohor. Aktiviti tambahan yang dilakukan seboleh-bolehnya tidak akan menggangu ibadah para Jemaah yang inginkan ke Masjid dan sebagainya.
Dah balik hotel, kami terus menuju ke masjid Nabawi dan menunaikan solat zohor disana. Untuk kaum perempuan, baik gi awal sket, sebab bila dah sampai waktu solat keadaan akan jadi sangat sesak dan boleh dikatakan, mana-mana tempat yang boleh solat, semua akan dipenuhi oleh makmum yang berpelbagaian jenis dan mazhab. Tapi, kita buat tak nampak je laa.. dah nama duk dalam masjid dan niat nak beribadah setulus hati kat Allah taala, jadi tak usahlah nak usik hal yang entah apa-apa dan tak de kene mengena dengan kita. Niat kene sentiasa betul dan mulut hendaklah sentiasa berjaga. Daripada bercakap entah hal apa-apa ada baiknya kita diam terus dan praktikan dengan berzikir dan berdoa. Seriessss!

Oh, lupa.. sebelum bertolak balik ke hotel, dalam perjalanan kami singgah di Jabal Uhud. Kawasan padang pasir yang berbukit dan kat tengah-tengah padang tu, macam ada bazar jualan jugak.. Jadi, bagi jemaah yang larat dan upaya nak panjat bukit tu, boleh nai dk keatas secara hati-hati sebab pasir bukit tu agak licin dan curam. Sejarah Jabal Uhud ni korang boleh google lah kalau nak tau lebih lanjut. Tapi bukit uhud adalah sejarah wajah sebenar bagaimana orang yahudi madinah yang berpaling tadah dan ingkar untuk berperang dengan baginda Rasullullah walaupun sudah berjanji dengan pakatan sebelum itu. Memang bangsa terkutuk sejak zaman nabi lagi Yahudi nih..

20140403_150529 20140403_145421 20140403_145412

20140403_145308

Sesudah selesai solat berjemaah, kami pelan-pelan jalan balik ke hotel untuk lunch. Biasa diorang akan limitkan waktu lunch daripada pukul 12-2.30 ptg ( selepas zohor). Kalau comey terasa nak makan makanan orang sane, comey berenti kat kedai yang berdekatan dengan masjid tu, kedai yang ala2 fastfood tapi tak semua makanan fastfood diorang jual. Ada jual nasi beriani, nasi arab, nasi putih biasa, lauk pauk… jus… tapi semuanya kene tapau. Takde seat yang boleh makan dalam kedai. Kalau malas nak tapau balik hotel, boleh makan kat tepi kedai atau ada gazebo yang disediakan kat luar kedai makan tu. Cuma, kawasan masjid tu sedikit berdebu.. kalau anda bukan warga arab atau sealiran dengannya, maknanya body melayu yang makan nasik ngan ikan goreng.. maka saya nasihatkan tapau dan makan kat hotel atau dewan makan je laa.. takyah makan kat luar. Antibodi anda tidak kebal.. cuaca disana tidak synchronise dengan kebiasaan body anda

Mekah

Day 2_Madinah Al-Munawarah_Rhaudah, Makam Nabi Muhammad saw & Perkuburan Baqi

Day 2

Start hari ke-dua, comey dah rasa lain macam. Tekak dah start rasa perit-perit dan kepala pun macam dah pusing-pusing. Terus bukak bekalan ubat-ubatan dan telan pil demam siap-siap. Cuaca kat Madinah sedikit sejuk berbanding di Mekah. Sekali mai angin sejuk die.. peghhhh… sampai kedalam tulang jugak laa rasanya.

Pagi tu selepas sarapan pagi, kami diberitahu akan ada taklimat berkenaan dengan lawatan ke Rhaudah atau taman-taman syurga. Ada sorang ustazah yang pakai vest petugas Andalusia ditugaskan untuk bawa Jemaah perempuan melawat Makam Nabi Muhammad s.a.w dan perkuburan Baqi.

Oh, lupa nak bercerita. Andalusia punya sistem broadcasting untuk bagitau aktiviti atau program perjalanan kepada para Jemaah adalah melalui tampalan kertas pengumuman kat Board Hotel atau tepi-tepi lif. Contohnya korang punya flight adalah charterd tarikh 1 April, so travel code adalah SV 1 April 2014 ( dan sila ingat no.bas atau nama mutawif masing-masing.. senang nak rujuk kat sesapa kalau ada masalah atau pertanyaan.. lagi best, ambil no telefon mutawif tu). Dan di kertas hebahan tu, diorang akan letak laa, masa mana nak berkumpul di lobi, atau susunan tarikh untuk ziarah luar.

Ceritanya, nak masuk Rhaudah tu, kene ikut kumpulan-kumpulan tertentu yang telah ditetapkan. Maksudnya, akan ada satu signage untuk group Bahasa Melayu, Parsi, Iran, dan ada 2-3 kelompok group lagi yang comey kurang pasti. Masing-masing akan duduk dalam satu kelompok dan akan dengar ceramah atau tazkirah daripada petugas Masjid yang berpakaian serba hitam itu. Mereka akan bukak pintu atau laluan ( ekceli die macam tirai kayu yang ada roda tu.. untuk block laluan atau pandangan ) ikut suka hati mereka. Jadi takyah nak teka-teka laa pintu no berapa yang diorang bukak dulu a.k.a group mana yang akan pergi masuk dahulu.

Lagi beberapa langkah untuk ke jejakkan kaki ke Raudhah atau taman syurga dan Makan Nabi.
Lagi beberapa langkah untuk ke jejakkan kaki ke Raudhah atau taman syurga dan Makan Nabi.
Wanita arab yang menjadi petugas dalam memastikan aliran jemaah yang berasak-asak untuk bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad saw.
Wanita arab yang menjadi petugas dalam memastikan aliran jemaah yang berasak-asak untuk bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad saw.
Tangga bergerak menuju ke tingkat bawah tanah untuk ke tandas dan tempat mengambil air sembahyang. Tak perlu nak takut, cuma elakkan pergi waktu tengah solat sebab time tu je takde orang.
Tangga bergerak menuju ke tingkat bawah tanah untuk ke tandas dan tempat mengambil air sembahyang. Tak perlu nak takut, cuma elakkan pergi waktu tengah solat sebab time tu je takde orang.
Tenpat untuk ambil air sembahyang. Rasanya ada 2 tingkat atau 3 tingkat kat bawah ni.. waktu peak hour adalah stengah jam sebelum masuk waktu solat.. memang penuh dengan jemaah lah
Tenpat untuk ambil air sembahyang. Rasanya ada 2 tingkat atau 3 tingkat kat bawah ni.. waktu peak hour adalah stengah jam sebelum masuk waktu solat.. memang penuh dengan jemaah lah

Once pintu dah bukak, akan dengarlah tapak-tapak kaki yang berlari dan Jemaah lain diharap bersabar dan tak ikut sama berlari ke pintu. Ikut turn masing-masing, kene banyak bersabar dan jangan ikut nafsu yang tak reti bersabar tu macam kat Malaysia. Biasanya, sebelum masuk dan berjumpa dengan pintu masuk ke Rhaudah dan makan Nabi Muhammad s.a.w, anda akan berhenti untuk dengar ceramah sebanyak 2-3 kali gak.. Mungkin untuk elakkan kesesakkan yang melampau kat dalam tu. Iye laa.. kawasan taman syurga tu tak luas.. Mana yang ada karpet hijau, itulah area Rhaudah.

Kalau ada ruang dan kesempatan, berdoalah banyak-banyak kat situ.. setulus dan seikhlas hati. In sha Allah, mustajab dan dimakbulkan oleh Allah Taala.

Mekah

Day 1- Panggilan ke Rumah Allah

Day 1. – Kuala Lumpur- Madinah
Barang-barang persiapan dah lama kami packing dan taruk dalam beg siap-siap. So, dihari kejadian tu, kami dikehendaki berada di KLIA seawal 3 jam dari masa pelepasan. Kami singgah subuh kat Masjid di Sepang. Agak lewat sebenarnya sebab ayah comey siap ikut sembahyang berjemaah kat masjid tu. Terkejar-kejar jugak laa nak ke departure hall kat KLIA tu. Dah laa orang ramai, kita plak tak dapat nak predict apa yang akan jadi kat sana kan.. so, moral of the story.. len kali.. pi direct to airport dan solat kat sana je.. In case tak nak jiwa berasa tidak tenteram hehehe.

 
Wakil daripada Andalusia tak nampak batang idung sorang pun lagi. Rakyat jelata dengan beg biru gabak dah menunggu lebih dari satu jam. Takde announcement dan takde apa-apa maklumat. Bagi yang cool menunggu.. boleh laa wat dekk je.. tapi bagi orang yang jaaarang bejalan jauh macam parent comey, diorang sedikit cuak a.k.a gusar laa.. dah laa tiket dan passport semuanya ada ngan diorang. Comey okey je..

 
Kaunter untuk Saudi Airline dah bukak lama dah.. sebab comey suka pusing-pusing amik port.. tengok kiri kanan apa yang berlaku.
Alhamdulillah, lepas tu nampak laa wakil Andalusia yang pakai vest biru approach Jemaah dan suh kami semua check in luggage besar. Beg troli kecil tu kami hand carry onboard.

 
PS: Komen untuk warga Andalusia sebagai penambahbaikan untuk perkhidmatan mereka. Seharusnya, wakil anda wajib berada di airport lebih awal daripada Jemaah yang akan hadir. Mereka kebanyakkan warga senior, mungkin berasa tida secure dengan tiadanya kelibat vest biru untuk tenangkan hati mereka. Kompem Jemaah akan tertanya-tanya.. saya sendiri ada menelifon nombor2 yang tertera dalam surat mereka untuk bertanyakan khabar dan semua nombor itu tidak berjawap.

 
Beg dah check in, kami ada masa dalam setengah jam lagi sebelum Andalusia buat briefing kat anjung tinjau ( tak tau betul ke idok nama tempat nie). Kami breakfast dulu sementara menunggu pukul 8.30 di level 3 food garden. Silalah menjamu selera sebab flight akan take off dalam pukul 10.30 dan makan yang disediakan mungkin lambat lagi.. kut-kut laaa mana yang jenis takleh perut kosong tu, gastrik plak kang..

 
Antara isi kandungan briefing adalah, berkenaan keselamatan dan isu kesihatan Jemaah. Juga pembahagian tag nama, passport dan juga boading pass. Dah settle semua, kami pun terus ke bahagian pelepasan antarabangsa sebab nak diikutkan comey, kami ni dah lewat dah. Beg kecik still nak kene cek imigresen, still kene naik aerotrain.. dan Jemaah Andalusia sahaja seramai 200++. Hemnmmm.. tak paham kenapa diorang nak buat briefing 1 jam stengah sebelum waktu pelepasan.
Airport kita sedikit strict kali nie, gamaknya disebabkan kes MH370 kot. Siap ada yang kene bukak kasut ngan belt bagai (menambahkan kelewatan dan keberaturan yang super panjang!).

Yang pakai vest biru tu adalah petugas Andalusia. Mereka akan bagi ceramah perkenaan perjalanan, pasport dan boarding pass.
Yang pakai vest biru tu adalah petugas Andalusia. Mereka akan bagi ceramah perkenaan perjalanan, pasport dan boarding pass.

Flight delayed dalam 20 minit. Kami berlepas lepas captain membaca doa bagai dan Alhamdulillah, penerbangan selama 8 jam kami manafaatkan dengan rehat dan tidur yang lena. Opps, lupa nak habaq, 2 jam after take off dan 2 jam before landing makanan akan disediakan oleh akak-akak stewardess yang berambut merah yang disangkut sehelai tudung jarang kat atas kepala tu. Flight chartered ni walaupun seat die ada screen monitor kecik tu, tapi takde siaran.

20140401_174127

20140401_113103

Kalau terasa lenguh leher, its ok sebab Saudi Airlines akan bekalkan kita dengan bantal kecil dan selimut yang gebus ini.
Kalau terasa lenguh leher, its ok sebab Saudi Airlines akan bekalkan kita dengan bantal kecil dan selimut yang gebus ini.
Besar nya sayap kapalterbang nie.. terasa sangat gagah dan perkasa! Ya Allah, selamatkan lah perjalanan kami ini.
Besar nya sayap kapalterbang nie.. terasa sangat gagah dan perkasa! Ya Allah, selamatkan lah perjalanan kami ini.
Eksaited dengan tulisan arab kat back seat.
Eksaited dengan tulisan arab kat back seat.

Kami sampai di Airport Medina dan selepas selesai urusan mencari beg besar gabak tu dan passport dah beres berchop imigresen, kami keluar mencari bas mengikut nombor yang telah ditag siap-siap kat kita punya tagnama. Mutawwif pun akan cek nama biar tally nama Jemaah yang ada dalam bas dengan yang ada kat tangan beliau. Mutawwif kami ni comel orangnya hahaha.. sejukkk mata comey memandangnya chewah. Beliau namanya Muhammad Hanif.. dan dengan humblenye dia suh kami panggil die Hanif je. Tapi kami panggil ustaz laa jugak ( biau laa muda pun.. ustaz pun ustaz laaa )

Haa... inilah ustaz comel yang menjadi pembimbing atau mutawif bagi kumpulan bas kami. Gigih beliau cari nama jemaah yang tak naik bas lagi.. hehehe
Haa… inilah ustaz comel yang menjadi pembimbing atau mutawif bagi kumpulan bas kami. Gigih beliau cari nama jemaah yang tak naik bas lagi.. hehehe

Perjalanan daripada Airport Madinah menuju ke kota Madinah lebih kurang 1 jam setengah. Tapi tak terasa panjang pun, sebab duk dengar celoteh ustaz yang duk bercerita pasal sejarah Madinah dan kerasulan Baginda.

Gambar lapangan terbang Madinah yang sempat snap.. menononggg je bas tu lalu..
Gambar lapangan terbang Madinah yang sempat snap.. menononggg je bas tu lalu..
Jalan raya tak sibuk mana kat sini.. boleh kata lengang je jalan ngan kereta.
Jalan raya tak sibuk mana kat sini.. boleh kata lengang je jalan ngan kereta.

Dah sampai hotel, terus dibahagikan bilik masing-masing dan pada yang nak turun pi masjid Nabawi secara konvoi ( gi sendiri pun takpe.. sebab mmg dah nampak pagar masjid dari pintu depan lobi hotel) diminta berada di lobi sebelum azan zuhur. Kami pun pakat laa turun ramai-ramai dan terus stay untuk solat magrib dan insya terus. Malas gtu, untuk Jemaah lelaki, ustaz Hanif ajak pi ke Makam Rasulullah dan Rhaudah terus pada mana-mana yang larat. Sebab kalau ikut perkiraan ustaz tu, Jemaah yang baru sampai dan akan melawat makan Rasulullah pada keesokkan harinya adalah sangat ramai. Jadi untuk mengelakkan kesesakkan, dia ajak pi malam tu terus.

Payung yang belum tutup lagi.. sat lagi, diorang pasanng lampu kat tiang-tiang payung nie
Payung yang belum tutup lagi.. sat lagi, diorang pasanng lampu kat tiang-tiang payung nie
Solat pertama kami di Masjidil Nabawi adalah Maghrib. Tapi disebabkan kami gi awal, makan penuhlah sepanjang jalan ke masjid dengan kereta sorang penjual yang macam-macam. Kalau time solat, kompem semua kedai ditutup.
Solat pertama kami di Masjidil Nabawi adalah Maghrib. Tapi disebabkan kami gi awal, makan penuhlah sepanjang jalan ke masjid dengan kereta sorang penjual yang macam-macam. Kalau time solat, kompem semua kedai ditutup.