China · Xian

Day 5_ @ Xian

Apa yang comei boleh compare stakat nie untuk Beijing vs Xian adalah :

  • Beijing sangat crowded.. kurang bersih.. udara tak best.. makan tak best.. dan mahal..
  • Xian crowded jugak tapi tak terasa mana, maybe sebab kota diorang besar masyarakat kat sini ramai muslim.. udara tak terasa banyak carbon… makanan kat muslim street sangat heavennnnnn muehehehehe.. dan tak mahal..

Okeh.. comey ngan sulli bangun pepagi hari lagi sebab niat nak pi solat Aidiladha dekat masjid besar Xian tu.. since kami dah visit masjid tu kelmaren, jadi kami dah boleh jimat masa cari masjid tu.. Kami bangun sebelum subuh.. tapi bila hendap keluar tingkap hotel tu, omak aiiii.. golapnye.. macam tak berani laa plak nak jalan kaki gi masjid tu.. Jadi, kami pun sambung balik tidooo.. kejut-kejut dah cerah tanah alam sekitar. Apa lagi, melompat laa kami berdua..

Dah siap-siap pakai baju kurung.. iyerrr.. kami berdua pakai baju kurung kat bandar Xian nih.. hahahahah.. breakfast apa yang patut.. kami pun bergegas turun dan menuju ke masjid besar xian.. dah sampai kat masjid, kami melongo kehairanan.. sebab takde sesapa pun kat masjid tu.. siap mangga lagi pintu pagar masjid. Errrrr… diorang tak solat raya kat sini ke..?

Dalam kami duk mundar mandir kat lorong masjid tu, tetiba ada sorang lelaki pakai kopiah putih keluar dari salah satu pintu bangunan kat tepi-tepi lorong tu, sambil pegang cawan dan berus gigi.. ( err.. kenapa pakcik ni berus gigi kat tepi jalan.. dalam rumah die takde bilik air ke.. ). Dipendekkan cerita rupa2nya, Raya Qurban kat sini diorang sambut selama 3 hari. Hari pertama dekat masjid lain, hari ke dua kat masjid lain dan hari ke tiga baru diorang buat dekat masjid besar ni. Lepas tu, pakcik tu suruh kami ikut sekumpulan bebudak Han pergi ke masjid yang lagi satu. Still dalam kawasan yang berhampiran, cuma dia punye jalan tu, berliku-liku  sampai memang takde nak hapal pun kut celah mana ntah diorang bawak kami ni.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kat masjid ni. Kami masuk kat dalam dan since awal lagi, diorang solat kul 8.30 pagi, comey ngan suli pun melilau laa dalam masjid sambil tengok persiapan yang dilakukan. Diorang tak solat dalam masjid ( tempat terhad kot ).. Jadi, diorang hampar ground (karpet plastik tuu ) kat segenap ceruk laman masjid tu. Sejadah takde pun sebab masing-masing kene bawak sejadah sendiri. Bukan stakat sejadah, diorang siap bawak kain tebal atau karpet atau toto untuk wat lapik sejadah.. sebab.. ground tu direct atas tanah.. sejuk tu sampai masuk ke tulang bontot tauu..

DSCN3554

Lengang lagi masjid ni.. awal sangat kami sampai
Lengang lagi masjid ni.. awal sangat kami sampai

DSCN3557

diorang takde pakaian tradisi macam kita pakai baju kurung dan baju melayu..
diorang takde pakaian tradisi macam kita pakai baju kurung dan baju melayu..

DSCN3560

DSCN3562

DSCN3568

Kalau tak bawak sejadah, boleh beli kat pakcik depan pintu masuk masjid ni ( errr.. tak tau laa beli ke atau derma )
Kalau tak bawak sejadah, boleh beli kat pakcik depan pintu masuk masjid ni ( errr.. tak tau laa beli ke atau derma )
anak warga sudan ni.. tetiba nak pakai subang tengah2 orang duk dengar khutbah.
anak warga sudan ni.. tetiba nak pakai subang tengah2 orang duk dengar khutbah.

DSCN3575

ni suasana bila solat Qurban dan selesai.. semua orang berpusu keluar dari masjid.
ni suasana bila solat Qurban dan selesai.. semua orang berpusu keluar dari masjid.

Yang uniknya, tiada golongan wanita yang bersembahyang di masjid kecuali lelaki. Dalam duk sembang-sembang dengan sorang foreigners dari Sudan ( husband dia cikgu kat Xian ) yang datang untuk solat Aidiladha, memang wanita tidak dibenarkan solat di masjid. Samaada di tempat lain atau solat dirumah sahaja. Kami ni exepti0nal sebab tourist kot. Dah laa ternganga2 dengan khutbah bahasa Cina.. dengan sejuknya..

Dah siap solat.. kami bergambar-gambar dengan penduduk kat dalam masjid tu.. pastu, siap aaaa kami merewang. Mula-mula skali, haruslah mencari sarapan pagi.. Hidung dah kembang dengan macam-macam bau yang sedap-sedap. Kami berhenti kat gerai pakcik ni. Dia jual macam sup sayur campur yang pekat gitu.. ada ketulan daging kat dalam dan ada soohon..

ni laa rupenye sup yang kami makan pepagi hari tu..
ni laa rupenye sup yang kami makan pepagi hari tu..

Kemudian, kami jalan-jalan lagi menyusuri Muslim Street ni. Mungkin disebabkan kami berdua memakai baju kurung di tengah-tengah perkampungan China, maka mungkin sedikit sebanyak mendapat perhatian daripada orang ramai. Siap ada yang offer kami makan dan minum lagi dan bersama-sama menyambut suasana Hari Raya Aidiladha. Layanan daripada mereka tersangatlah mesra.. terharu pun ada hehehe..

Kami dipanggil masuk ke satu kedai dan kami duk semeja dengan abam dua orang nih.. lepas tu diorg bagi kami 2 mangkuk besar sup sayur campur yang ada daging kambing tu skali ngan ubi rebus dan pau kosong. Alhamdulillah.. begini rupanya tradisi masyarakat sini pada hari raya Qurban. Dan yang pastinya tak ada kaum wanita yang join majlis ni kecuali kami.
Kami dipanggil masuk ke satu kedai dan kami duk semeja dengan abam dua orang nih.. lepas tu diorg bagi kami 2 mangkuk besar sup sayur campur yang ada daging kambing tu skali ngan ubi rebus dan pau kosong. Alhamdulillah.. begini rupanya tradisi masyarakat sini pada hari raya Qurban. Dan yang pastinya tak ada kaum wanita yang join majlis ni kecuali kami.
kambing yang disembelih di tepi lorong-lorong je.. hanya 2 orang yang buat kerja.. sorang tukang pegang, sorang lagi tukang sembelih dan lapah..
kambing yang disembelih di tepi lorong-lorong je.. hanya 2 orang yang buat kerja.. sorang tukang pegang, sorang lagi tukang sembelih dan lapah..

DSCN3585

Pau kosong yang gebu gebas.. cicah  ngan sup sayur dalam mangkuk tadi.
Pau kosong yang gebu gebas.. cicah ngan sup sayur dalam mangkuk tadi.
kami meronda dan jumpa satu tempat nih.. diorang berkumpul wat majlis sembelihan kat sini upenye..
kami meronda dan jumpa satu tempat nih.. diorang berkumpul wat majlis sembelihan kat sini upenye..

DSCN3597

Comey amik kesempatan yang ada untuk beli buah tangan nak dibawa balik ke kampung. Antaranya yang mendapat suggestion daripada para tourist yang lain adalah kurma merah dan dried persimmon ( comey pun wat test drive gak.. memang boleh ditelan dan sangat sedap.. ). Sebelum kami balik ke hotel untuk check out, kami tapaukan kebab kambing dan mana2 jajan yang terasa best untuk dimakan.

DSCN3610

Macam lempeng goreng.. tapi boleh pilih nak filling apa..
Macam lempeng goreng.. tapi boleh pilih nak filling apa..

DSCN3612

Jumpa kedai yang ada tanda bismillah gini.. kedai halal laa tu..
Jumpa kedai yang ada tanda bismillah gini.. kedai halal laa tu..

20131015_112310

20131015_114746

Train kami akan berlepas ke dalam pukul 5 petang, jadi kami harus berada dalam stesen keretapi 2 jam setengah sebelum berlepas. Dah siap kemas beg dan check out, kami pun pi laa carik bas sambil pikul tapir yang berat dabak tu.

Cerita kelakar:

Since kami sampai awal dalam stesen keratapi tu, macam-macam karenah dan gelagat orang ramai jadi perhatian. Sulli lak tetiba nak pi tandas, dah dia melilau-lilau comey nampak Sulli patah balik ke tempat duduk kami. Dengan mata yang buntang dan air muka tak sabar-sabar nak bercerita, dia cakap, dia nampak tandas serupa kotak-kotak paras pinggang. Dan dia nampak sorang autie bangun daripada kotak tu sambil betulkan zip seluar. Hahahaha, terus mati selera Sulli nak memerut. Wakakaka…Satu lagi  cerita, ada laa sorang mamat cina ni. Kalo tengok daripada appearance, macam office worker yang up atau canggih sket laa.. dengan kot yang kemas, bawak beg sling dan laptop backpack.. kami ingat boleh laa nak bercommunicate dengan mamat nih.. tapi harammmm.. sepatah berkataan omputeh pun die tak tau.. even Yes atau No. Aduiiiiii.. lagi best, bila dia ingat kami berdua ni orang dari Xianjing ( sebab perkataan tu je kami dapat tangkap ). Best part, mamat tu tekejut besar bila tengok passport kami made in Malaysia hahahaha… ( tapi sedikit ngeri laa.. sebab tetiba dia nih sambar passport comey dan pegang dan tunjuk kat kawan dia.. silap besar nih.. buatnya diorang nih sindiket melarikan passport warga asing… mau dapat bala.. len kali jangan bagi diorang pegang passport kita even diorang nk tengok! )

Train kali ni kami share ngan pakcik-pakcik cino semua.. comei tingkat bawah dan sulli tingkat atas skali. Tapi dah ada pengalaman, makanya, kami menyelesakan diri dengan sumbat tapir bawah katil siap-siap dan keluarkan barang-barang makanan dan keperluan. Train bergerak waktu petang, jadi kami ada masa untuk menikmati pemandangan sambil makan maggie rendam. Lepas tu ada makcik tolak trolli jual buah-buahan, comey beli 6 biji kiwi yang gemuk-gemuk dan manis ranum.

Dah kenyang.. kami Zzzzzzzzzzzzz dengan lenanya.. penat hooooo

China · Xian

Day 4_ Xian

Kali ni dapat tido dengan lena-selena-helena-gomez gitu. Hehehehe.. Memang tido yang sangat berkualiti lah. Walaupun muka sedikit bengkak sebab sebelum menghibernatekan diri, comey dan sulli melantak megi rendam air panas sebungkus sorang.

Dah bangun pagi, kami cuci muka dan uruskan diri serta apa yang patut lah. Senang kalau bangun awal-awal pagi nih, orang tak ramai dan tak perlu nak bersesak-sesak kat sinki atau kat lorong dalam keretapi tu ( sempit lah ).

Turun dari stesen keretapi tu, kami amik bas no 611 dan lepas kira 5 stop, silalah turun dengan segera. Bas tu akan melalui satu pusingan yang kat tengah-tengah pusingan tu ada Bell Tower. Hotel tu adalah Xian Bell Tower Youth Hostel dan stop sebelum Bell Tower tu lah ( andai terlepas jugak.. silalah menapak hehehe). Senang je nak cari hotel tu, sebelah hotel tu ada kedai APPLE STORE dan hotel adalah sebelah kiri kedai APPLE tu… errr.. tepi jalan besar tu je.. bebetul mengadap Bell tower tu..

Kondisi hotel amatlah terbaik. Siap ada kettle lagi. Boleh wat hot choc dan bubur oat instant, isi perut dengan kenyangnya sebelum kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu.. Teracotta Warrior Museum.

tiket masuk ke Terracota warrior
tiket masuk ke Terracota warrior

20131014_115904

Kami pakai tebal sket sebab cuaca semakin sejuk dan hujan pun turun lebat jugaklah.  Naik bas ke stesen keretapi semula dan cari sign board bas Tourism bus #5 (306). Kena beratur panjang sebelum naik bas nie sebab ramai gak laa yang menuju ke Teracotta Museum. Tiket akan diberi oleh conductor bas dan standby siap-siap Yuan 7. ( Bas henti-henti rupenyee )

Citer lucu skali lagi… macam biasa, sulli duk belakang.. Comey duk sebelah makcik mana ntah.. sebab duk seat sebelah dalam dan tak nampak apa-apa kat tingkap, maka comey pun berdengkur laa sepanjang jalan. Pastu, tiba-tiba makcik sebelah tu goncang-goncang bahu comey sambil jerit-jerit dan tunding-tunding jari.. dalam hati comey ” Apekahhhh..” ( orang Cina kat sana suka cakap dalam nada jerit atau mcm nak marah.. tapi tak marah pun sebenarnya ^^ ).. Pastu, ingatkan dah sampai destinasi sebab semua turun beramai-ramai kat bus stop tu. Lepas comey ngan sulli turun, baru lah perasan, tu bukan stop kami. Macam ayam serama, naik bas balik dan lepas tu boleh lah duduk kat seat sama-sama.

Perjalanan lebih kurang 1 jam, dan lepas sampai kami ikut flow orang ramai je ( positif dan aspect yang semua orang akan terus menuju ke kaunter tiket dan.. memang betul hehehe ). Oh, lupe nak crite.. sepanjang perjalanan bas kami tu, kiri kanan jalan penuh dengan ladang buah delima.. masak-masak ranum plak tu.. main agriculture kot..

Jalan sampai lenguh kaki sebab kawasan museum nih tersangatlah besar. Jemaah yang visit pun terrrrrsangatlah ramai.. Tapi, toilet kat sini surprisingly bersih. Maybe sebab harga tiket mahal, so accommodation yang disediakan pun terjaga. Ada 3 dewan pameran utama. So.. let the picture do the talking.. ^^

20131014_115310

20131014_115410

20131014_115904

20131014_122710

20131014_124604

20131014_125522

kawasan bukit bukau yang menghijau.. musim autumn baru nak masuk kot

20131014_140059 20131014_140836

Kami naik bas yang sama untuada k pulang ke hotel. Bas tu parking kat tempat yang sama masa kitorang turun tadi. Tapi be careful tau, sebab ada 2-3 biji bas yang lalu route yang sama.. tapi kene bayar style nego-nego gitu.. haa, tak payah nak nego2 lah.. for sure kene cekik darah punye. Better amik bas yang Tourism bus #5 (306) nih je. Fix rated.

Nyumm nyummmm
Nyumm nyummmm
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.
Ada satu persembahan seni kat stesen keretapi bila dah balik dari Terracotta museum. Meriah tapi sila berjaga-jaga dengan beg anda di tempat yang ramai orang mcmni.

Dah sampai kat stesen bas, cari bas no 611 menuju ke hotel. Tapi kami tak berenti kat hotel, kami turun depan sket lagi.. lepas daripada bulatan Pagoda tu. Kami pi solat dekat The Great Mosque of Xian. Melilau gak lah nak cari jalan masuk ke laluan masjid ni sebab setiap jalan dan lorong akan melalui bazar ( market atau kedai-kedai) muslim dan sepanjang jalan Muslim Street ni, akan ada kedai-kedai makan dan barang-barang kraftangan. (Banyaknyeeee makanan halallllll hehehehe).

Kami gi solat dulu.. Great Mosque of Xian ni macam museum pun ada. Kalau tourist non-muslim datang nak ziarah, diorang kene bayar entrance fee. Macam kami ni takyah bayar la.. Jumpa je gate tu, terus jumpa ngan ustaz yang ada kat situ, cakap nak solat. Pakcik tu terus jerit panggil sorang makcik dan makcik tu bawak kami pi amik air solat. Tandas dan tempat ambil air sembahyang berada di ruang yang berbeza dengan ruang sembahyang. Kalau kene cari sendiri tempat amik air solat tu, memang takkan jumpa lah.. kompem.

Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid
Ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding dalam masjid

20131014_171436

banyak bangunan berbentuk pagoda dalam masjid.

Masa selebihnya, kami pi jajah muslim street tu. Hehehe.. masa untuk cuba segala jenis masakan dan memang tengah lapar gile kot sebab hampir seharian kami jalan-jalan.

20131014_183205

menu potato yang kecik2..
menu potato yang kecik2..

20131014_182834

ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
ini adalah sup daging dengan ketulan atau hirisan roti ( yang warna putih tu ) plus soohoon dan daging, Side dished adalah cili potong dan bawang putih jeruk
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
Inilah yang dicari.. kebab kambingggggggg
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
pilih lidi mana yang kite nak, pastu diorang akan grill kan..
tengah tumbuk sejenis manisan..
tengah tumbuk sejenis manisan..