2022~~ New Year.. Another Chapter
Nak start kat mana dulu yer….
5 December 2021.
Tiba-tiba dalam pukul 10-11 pagi tu, phone ku yang tengah jahanam tu full blown incoming calls & message. Dapat call dan mesej bertalu-talu dari kawan-kawan office. Sebenarnya hari Khamis sebelum tu, phone aku jatuh masa kat parking lot. Terus screen tukar jadik green monster takleh tengok or slide bagai.
Kemudian, aku dapat satu perkabaran yang sangat mendukacitakan. Pemergian seorang sahabat yang sangat aku hargai & cherished. Sudden heart attack. Masa dapat news tu.. macam tak percaya & takleh nak digest. Sebab rasa baru minggu lepas jumpa arwah selisih kat parking lot & office. Memang tekejut. Sebab arwah ni seorang yang lasak dan wife dia doctor kut. Tapi tu lah, dah memang tertulis dan ketentuan Allah macam tu. Siapa lah kite nak takwil qada dan qadar tu.
Panjang perjalanan persahabatan kami nih. Start kenal arwah tahun 2019 dan lekat jadi geng hiking and camping sampai lah sekarang. Connected dengan geng-geng KRJ pun sebab arwah jugak. Aku & saky nyer friendship dengan arwah ni mmg best. Kami click. Arwah jenis tak banyak songeh & senang nak bwk discuss pasal apa2 program. Dia sangat hormati aku dan aku lagiii laa hormatkan dia.
Asal naik gunung.. mesti kami package sekali dengan arwah. Takde arwah dalam group, kami rela postpone or cancel terus kalau schedule tu contradict dengan arwah. Gitu taat aku and the geng hehehe.
Tu yang aku kene racun naik Gunung Tahan dengan ABC tu.. seb baik kaki tak relai satu-satu. Gunung paling larr & paling jahat yang penah aku rasa. Tapi aku berjaya daki sebab ada insan 3 ketul ( arwah, abley & saky) yg tegar & gigih bawak banner KRJ merata2 ceruk hehehe. Suffer with glory tema nya.
Lately arwah addicted dengan ride basikal. All out jugak. Kalau kat office tu sentiasa ada je barang-barang basikal dia beli. Lepas tu dia bragging laa dengan aku itu ini. Seat lah, meter lah, tayar lah.. ( mana laa aku ni nak faham hal-hal basikal tu.. mmg tak laa dapat pujian hehehe..)
Last activity kami berjemaah lepas border bukak pasal covid ni adalah camping and hiking kat Sungai Lembing, Gunung Tapis. Ironi nya, kami semua dapat reunion almost semua kawan-kawan KRJ dengan arwah. Asal arwah nak join sekali hiking tu, tapi sebab condition tak berapa best & wife arwah pun memang dah warning untuk join camping je, jadi arwah tak ikut lah hiking dengan saky and the geng. Join aku dengan geng yang dah pencen hiking & seksa diri untuk happy camping je.
Punya lah dia support saing-saing, even dia tak leh nak hiking, tapi still jenguk campsite masa bebudak ni nak check in, pi hantar barang2 yang nak bbq, siapkan kambing ayam perap bagai… siap anto geng2 yang nak hiking tu naik 4WD sampailah diorg turun gunung dengan selamat.
Arwah ni takde word yang boleh decribe dia nyer baik hati. Sejenis tak pernah nak mengira kalau dengan saing-saing. Mudah nak berurusan. Kalau nak mintak tolong itu ini, tak penah dia kata tak boleh. Ajak lah pegi mana-mana pun. Tak penah dia kata tak nak. ON je manjang. Kalau menyembang masa hiking or camping tu, arwah sentiasa selit bercerita hal keluarga, hal wife & hal anak-anak dia.
Banyak kali tu, dia dah sampai kat atas, dah siap pasang tent bagai & masak air panas, bila ada kawan2 yang macam sloth merangkak tak sampai2 lagi, dia akan turun aid and towing. Angkat bag bagai. Bagi semangat supaya tak give up and layan member yang dah lost soul. Tak pernah tinggalkan kawan kat belakang.
Arwah juga adalah seorang abang yang caring & trustable.. tempat kami consult dan hulur pandangan nak-nak bab activity outdoor… seorang sahabat yang best, geng hiking aka my sweeper forever sambil mulut penuh bebel sebab lembab jalan hegeh2 hehehe… tempat pinjam barang-barang camping, tent lah, ground lah fly, dapur, tali… apa saje yang takde pendek crite… , geng racun ride walaupun tak penah join sekali dengan dia, geng office yang sentiasa jenguk aku kat cubicle just untuk sembang2 & tanya khabar…
Walaupun kehilangan sangatlah dirasai.. tapi Allah lebih menyayangi beliau..
Sama-sama kita doakan semoga Allah merahmati, mengampuni dan menempatkan Almarhum bersama para hamba-Nya yang solihin.
Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan. Semoga Allah SWT mengampuni dosa almarhum dan menerima segala amal ibadahnya semasa hidup. Semoga kepergiannya tidak menyisakan hutang atau keburukan, dan bagi keluarga yang ditinggalkan semoga mendapat ketabahan dan dapat mengambil tauladan dari perbuatan Almarhum yg baik semasa hidupnya, dan menyimpan segala perbuatan Almarhum yg buruk semasa hidupnya. Amin.
Dalam Kenangan- Mohd Amram bin Awang
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ