Gunung Ganang · Khatamandu

Part 1: Permulaan Cerita – ABC DEC 2018

Lama betul perancangan trip ABC Kathamandu ni..

Semuanya bermula dengan tok batin memerang hahaha… comey dengan memerang ni attend satu kursus anjuran pejabat comey. Masa tengah2 kursus tu, memerang ni asyik nauu dengan telefon dia.. duk berbalas2 text.. comey pun intai lah…

Amboi2… diorang ada subgroup pulak… isk3… dengki.. takleh jadi.. kene tinggei nih… dan dan tu laa si memerang pasang racun.. Amacam, nak join trip to ABC tak..?

Info trip ni tersangatlah dangkal. Sebab memang takde dalam to do list before i grown old pun. Tapi dun worry, trip ni ada si nakal belalang, tok batin si memerang,  always jelita miss saky & budak gemuk sepanjang zaman iaitu comey. Asalnya berenam… yang kelima & ke enam short circuit.. jadilah korum tetap hanya berempat… lantak lahhhhhh

Bermulalah ticket hunter.

Tiap2 kali ada promo AA atau Malindo atau MAS, mesti laju je jemari tu belek2 tix price.

Nak di jadikan rezeki, kami dapat sambar tix flight Malindo pada bulan Dec ini. Yayyy, kite cari santa kat sana yer… ngekkk

Tix Price Malindo – RM 1036.38 (return)

Travel Insurance- RM42.48 (ni beli dengan malindo je… coverage dia OK & ada cover medical evacuation.)

Domestic Tix MAS – RM 180.00 ( return)

Total : RM 1,256.28

Any kind of travel insurance can do. Sebenarnya, kalau ikutkan pembacaan, travel insurance ni tak penting bila takde apa-apa terjadi, yang mana kita duk doa sentiasa semoga dijauhkan dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Tapi, kunun laa kita jenjalan, tetiba gunung berapi meletus macam yang terjadi kat Bali tu, tak ke ngeri? Jadi, untuk kita rest assure, sila ambik travel insurance yang tak berapa hinggit tu.. tiket ribu riban boleh beli, insurance yang tak berapa sen tu duk wat kedekut ntah apa-apa lak. Heh! bebel plak makcik.

Done beli tiket. So, nekad lah kiranya ni.

Pelan-pelan carik barang-barang kelengkapan winter dan hiking. Apa yang wajib ada dalam beg.. dan tak patut bawak time travel.. nak ngelakkan berat belebihan katanya..

Bekal makanan haruslah ada.. tak banyak pun… wajib bawak.. kut laa tekak takleh nak bekawan sangat dengan menu nepal.. sambal bilis wojibbbb bawak, roti2, canned food, instant food, 3 in 1, biskut cokelat bagai…

Lagi satu, sila lah carik kasut yang bagus.. whether tight, cushion support & multi terrain. Sebabnya, korang akan jalan berjuta-juta kilometer dan macam2 jenis tanah yang bakal dipijak.. dari bertar, berpasir, berbukit, bertangga, berakar, bersalji, belopak dan macam2 lagi… fuhhhh.. jadi a good shoes is a must… kalo tapak kaki ang kebal mcm shrek tu takpe lah.. pakai kasut tapak nipis mcm hapa pun boleh jalan jer… mcm kami nyer guide aka porter.. pakai kasut macam nak gi hantor buku kat library je.. kasut canvas yang tapak nipih tu… tabikkkkkkkkk..

Kami pergi tak pakai pakej. Sepertibiasa, redah je laa…. tapi takde laa redah buta2… baca and selam2 dulu apa yang patut…

Oh.. Visa.. nak masuk nepal kena apply visa.. tapi tak susah pun.. semua online.. sediakan gambar visa nepal ( gi kedai cakap je nak pi nepal.. diorang akan printkan ikut size yang required. )

By the way, apply visa online ni tersangatlah convenience. Attached gambar kita, then isi lah segala details yg diorg nak tu.. macam biasa lah, tix pergi & balik dah ready, hotel pun dah booked.. dah isi2 bagai.. print copy application visa online kita tu.. just hulur kat pegawai imigresen diorg utk diorg cop & and print dalam kita nyer passport. Takyah gambar hardcopy pun.. diorg pakai gambar online yg kite attached dlm sistem tu je… ( menyosal haku print gambar tu banyak2.. pakainye 2 keping je…denggggggg.. dah laa print muka besau gedabak!) Bayar kut RM pun boley… dlm seratus hengget gitu…

Ni adalah last meal kat epot sebelum depart to Kathamandu.. hehehe… feveret budak gemuk forever!

Teruja naik aero train nih… hehehehe… jakun lantaklah…

Okey.. kami boarding duluuuuuu.. jumpa di lain page ngeh3…

Part 2: Kathamandu-Pokhara